Isnin, 31 Ogos 2009

Air Soya n Iftar part 10

AIR SOYA

Salam kembali n penutup n3 pd hari ni ramadhan ke 10 :-),

Sbnrnyer kita dah rendam kacang soya nih tgh hari td, tp bila bukak MyR ada resepi Ice Blended kelapa!! DAN, petang td lepas mandi g jugak supa carik KELAPA MUDA!!! hihihi..kita kalau kata nak jugak mmg kita redah!! :D dpt beli kelapa muda tapi yg menjadi pujaan tuk berbuke pd hari ni AIR SOYA jugak!!! memula nmpk kat umah KAK ITA pas tu ada umah sapa2 lagi ke yg bvuat air nih kita lupa!! hihihi...mulalah rasa nak minum!! maklumlah puasa2 ni bagus minum air2 mcm nih :P haih!! baru tahu air ni healty!! sblm ni keja menSMOOTHIE tak hingat kat luar ujan2 mcm tuu :D.. resepi ni ambik kat MyR jugak dr KAK YANI merangkap mem MyR eheheh.... dah berkali kali buat air soya nihhh sbb nak guna hampas soya tu buat nugget ayam!!! :D lagipun bekalan nugget dah habis kenalah buat kalau guna hampas soya ni sedap tau nuggetnye, tekak kita lah!! :D jdnyer jom tgk resepi yg palingggg mudah, tenkiuu ya kak yani!! leh rujuk SINI jugak ya.. n mitak izin letak resepinyer kat sini juga ;-) tq!!

AIR SOYA

Bahan-bahan ( +/- 1 liter )

  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  3. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.
>>Gambar hampas soya kalau sempat akn dupdatekan selepas terawih ya :D

Kerabu Taugeh

KERABU TAUGEH


Salam kembali sblm masuknyer waktu isya` d kwsn bangkok ;-),

Ni buat ratah2 jerrr, mkn byk pun tak pe sihat nihh tp ada kerisik pulak!! hihihi... kita dah biasa guna resepi nih mmg sedap!! tp lada kita kurangkan lah kali ni sbb takut kena penyakit lain ehehe... Resepi asal dr KAK SHERRY MZ @ MyR, tenkiu ya kak pah!! Mintak izin jugak resepinyer dsalinkan dsini untuk rujukan akn dtg :-) tp kita letak kerang mcm kerabu cikmat buat tp cikmat guna resepi kak ummi, nxt time leh cuba sbb td dah tak sempat nak buat yg laen2, sedap jugak ya letak kerang :D hihihi... ini resepinyer>>

KERABU TAUGEH

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Sebungkus taugeh (dlm 50sen kalau kat msia)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
  2. Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Hiris halus bawang merah & cili padi.
  4. Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  5. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
  6. Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
  7. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.

Mee Hailam

MEE HAILAM


Salam dmalam selasa, alhamdulillah penuh sudah berpuasa selama 10 hari :-),

Ha! ni sbb kes malasssss nak masak lauk2 kita buat mee hailam jerr!! lagi pun dah lamaaaaaa tk makan mee hailam nihh, kita berdua mmg suke dgn mee2 nihh nak2 yg berkuah mcm nii :D, Resepi asal dr CMG nanti kalau ada masa kita update balik masukkan resepinyer kat sini ya sbb sibuk sikit lepas niii hihihi.... Selamat berterawih buat semua!! ok ok, ni resepinyer, cepat pulak guna si MOZILLA GODZILA nihh, IE buat hal lagi!! huhuhu.... okiesss, mintak izin resepinyer letak kat sini ya cikmat tenkiuu!!! sedap ;-)

MEE HAILAM

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

Haaa!!nmpk pun meenyer!! :D hihihi...

Lompat Tikam!

LOMPAT TIKAM dr udara hihihi....

Yg ni versi ASAL :D

Yg ni versi TERBALIK hihihi.. :D

Salam dptg isnin yg cerah jugak ahkirnyer alhamdulillah! :-)


Penat? huh! asyik kata penat jerrr!! mcm tu lah owang perempuan yg kerjanyer tak pernah nak habis sampai kemalam, rasa sekejap jer kan dah masuk hari yg kesepuluh berpuasa insyaAllah, eeeeeee...malasssssnyer nak buat kuih WALAU tak de owang yg dtg beraya hihihi..kita raya syok sendirik jerr dgn budak2 :D ngeeeee....tak pe, tunggu dan sabar insyaAllah lagi 2 tahun akn beraya kat mesia :-).. okieess!!! hari ni dlm penat2 kita main lompat2 jom!!! hihihi... dah masuk list nih sejak nmpk kat umah ALONGROZ ehehe...kita tak pernah mkn tauu kalau namanyer LOMPAT TIKAM ni kalau ada nama lain tp kita dah makan kira kita ni mmg specis2 jakun lah ya :D, nak masuk MyR malas sbb teramat lmbtnyer jdnyer kita mintak ijin dr ALONG nak kopies resepinyer kat sini jugak buat rujukan akn dtg nanti, tenkiu ya ALONG!! Resepi asal dr KAK FIDA yg ni kita tak sure kakfida yg byk sumbang resepi atau owang lain, tenkiuuuu buat semua org atas sumbangan resepi ni ya, tak pun leh g sini>>


LOMPAT TIKAM

Bahan2


*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras
660 ml air
62 ml air pandan + 1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
1 sk air kapur


*Lapisan atas :-
25 g tepung beras
600 g santan pekat
1/2 sk garam *Air gula :-
250 g gula melaka
500 ml air
1 helai daun pandan - di simpul





Cara-cara
Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
*Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.

Siakap sweet sour n iftar part 9

SIAKAP SWEET SOUR


Salam dtgh hari isnin dah nak masuk ke ptg jap lagi ni :-),

Ni menu berbuke semalam ya, dulangi SEMALAM hihihi....semalam kita org lepak2 tgk F1 jerrr tu pasal malas nak mengN3 :D hari ni pulak keja menambun sbb semalam hujan kejap mendung pas tu ujan balik dan mcm biasalah baju2 tak nak kering jdnyer hari ni double triple lah ya kena menggosok huhuhu..tercabut kepala lutut mcm nih :D.. Ikan siakap ni ambik kat umah MAK YUNG bukan AMBIK IKAN SIAKAP ya! AMBIK RESEPI hihihi... mintak ijin dkopipes disini ya KAK YUNG comel ehehe..tenkiuu!!! Kalau nak leh g SINI juga ya :-)

IKAN SWEET SOUR

Bahan-bahan
Utk Ikan Goreng
Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng
*garam
*serbuk kunyit
*tepung jagung
*tepung kentucky - optional
Utk Sos
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos chili
1 sudu makan sos tiram
sedikit air
1 keping nenas dalam tin - potong dadu
sedikit air nenas
lada benggala merah dan hijau - potong dadu
garam dan gula


Cara-cara
Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

Ahad, 30 Ogos 2009

Kuih BOM yg tak aktif so no worry k :P

KUIH BOM



KUIH BOM BELANG2!! :D

Salam dptg ahad buat semua !! :-)



Huh!! sebelum tu kita nak mintak maaf pd PERSATUAN KUIH2 BOM Senegara sbb telah menderhaka kepada rupa paras kuih bom tu sendiri ya :D, ALONG!!!!!!! sowiiiiiiii!!!! patut pong masa kita capai tepung2 tu kan lain mcm jerrrr memula hati terdetik, (Eh? Kenapa tepung pulut palsticnyer warna MERAH!! tapi kita tak baca tauu kat plastic tu tepung apa) ehehe....yg ni 1st attempt buat tau kakak2 dan adik2 sekalian hihihi.... then, masa tgh gentel2 tu dlm hati terdetik lagi (Kenapa eak adunan lembik semacam!! ) huh!! tak g cek lagi ni tepung apa yg kat palstic merah niii... bila dah lembik mcm tu mulalah gatal tgn tambah tepung lagi!!! huh!! penyudahnyer KERAS!! hihihi..so sorry along!!! kita silap ambik tepung!!! then bila ALONG dah hantar n bg tips2 tu sume baru terperasan ada 2 jenis tepung dan palsticnyer berlainan kaler satu WARNA MERAH dan satu lagi WARNA HIJAU jeng jeng jeng!!! uuuwwwwwaaaaaaa!!!! salah ambik tepung upernyer!!!! sepatutnyer TEPUNG BERAS kaler MERAH!! PALSTIC HIJAU tepung pulut!!!!! hihihi sengal betulll minah aowang nih!! adeehhh..barulah tak lembik2 adunannyer!! huh!!, terima kasih ya ALONG malu kita! :-) TAPI bijan kita nih dah habis sbb 1st attempt buat tu kita sumekan dan habis punggg!! yg tggl bijan HITAM jerr!!! malas nak kuar lagi jdnyerr guna jer lah!!! ehehe.. halallah kan :D ngeeeee,... Resepinyer kita mintak izin letak kat sini ya along untuk rujukan akn datang, tenkiu so mch ALONG!!! ;-) eeeee..nak nyorok jerrr!!! resepi dr ALONGROZ tgk kat SINI ya>>

KUIH BOM

(Makes a dozen)
INGREDIENTS:

80g Sweet Potato - steamed & mashed
120g Glutinous Rice Flour
20g Plain Flour
35g Castor Sugar
A pinch Salt
100ml WaterSesame Seeds - for rollingCoconut/Bean Filling

METHOD:
1. Mix all ingredients to form a soft dough.Divide into 12 balls.Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.Roll onto sesame seeds.
2. Deep fry until golden.Enjoy!

Sabtu, 29 Ogos 2009

Manggo Smoothie wif rambutan n Iftar part 8

MANGGO SMOOTHIE wif RAMBUTAN



Salam dmalam ahad!!! jam kul 11pm waktu thai!! :-)



Hummm...hari ni tak sempat sgt nak buat itu ini sbb g luar!! balik2 jerr dah nak dekat nak buke jdnyer tak sempat nak buat kuih!! pdhal bhn2 dah sediakan tp terus malas nak buat sbb mmg dah nak masuk waktu pung huhuhu.... :D cuma sempat buat okonomiyaki tuk ninja tu pas tu mkn roti dgn mkn puding tauhu semalamm tuuuu... :D Manggo smoothie ni dulu dah pernah buat tp kita tak paste kat sini resepinyer cuma ingat2 kat kepala jerr sbb mmg dah tak sempat jdnyer kita b uat ikut sukahati ehehe..klu betulk bhn2nyer maknanyer otak kita ni masih kuat lagi>>Mangga>>fresh Milk>>Yogurt>>Susu Pekat>>Rambutan... ehehe... sedap!! jdnyer inilah air penghilang dahaga pada hari niiii untuk berbuke puasa yg ke 8, alhamdulilah.. SELAMAT MALAM n SELAMAT BERSAHUR n SELAMAT BERISTIREHAT!! :-)

Update untuk resepi MANGGO SMOOTHIE ni ya tgh lapang niii jap agi nak kuar belanja brg dapur :D, Resepi dr KAK YATIEZAINI @ MyR tp tak leh nak masuk MyR tersgtlah lembapnyer jdnyer kita cnp dr umah MEK YUNG hihihi.. tp yg semalam niii kita buat agak2 jerr sukatan sbb dah kelam kabut!! ehehe... Mintak izin letak kat sini kak yatie resepinyer tenkiuu!!

MANGGO SMOOTHIE

Bahan-bahan
1/2 biji isi mangga masak
2 sb yogurt perisa asli / mangga
1/2 cawan low fat milk >>Kita masukkan 1 cawan sbb tak masukkan air
1 sb gula>>kita ganti susu pekat
1/2 cawan air>>Tak masukkan
Ais ketul secukupnya

Cara-cara
Masukkan semua bhn kedlm blender dan kisar sehingga smooth / halus
Tuangkan ke dlm gelas kesukaan anda dan sedia utk dinikmati ... senangkan!

Roti Jala

ROTI JALA


Salam kembali buat sume!! :-)

Hari ni jap lagi nak kuar ikut si ninja tu g carik makanan ikan seperti kebiasaanyer ehehe..biasanyer g pagi tp oleh keran pose kita g lambat2 nanti balik dah tak penat!! balik umah dah nak buke kan? ehehe..dan dgn itu buat keputusan kuarlah segala menu2 malas nih!! hihihi..halal lah ya janji pewut kenyang kan :-) resepi roti jala ni ambik kat umah KAK UMMI, tenkiuu ya kak!! senang bangeetttt sbb guna cwn!! kita suka guna sukatan cawan2 nih :D malas nak menimbang walaupun digital :P, ntahlah eak, nak buat menu apa lagi hari ni??? malasssss sgttt niiiiiiii... pulak2 nak kuar, tgklah nanti klu wajennn nak buat2 kuih tp mcm nak buat kuih mcm tak best lah pulak berbuke tanpa kuih!! huhuhu... okieeesss!! jumpa lagiii nak kuarrr dah niiii :D selamat bershoppng dBAZAR RAMADHAN ya :-) Resepi kita letak sini ya kak ummi, mintak halal selamat berbuke!!

ROTI JALA

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Kari Ayam Kerisik

KARI AYAM KERISIK
Salam dptg sabtu yg mendung kat luar sana tuuuuu sesuwai untuk kuar!! :D ngeee....

Okieesss!! Nak buat kari ni semalam makan dgn roti mcm2 tu tp dah tak larat dah!! bdn pun mmg lemah semacam jerrr semalam nih agaknyer minum byk sgt ais2 kebelakangan nih huhuhu.... Resepi asal guna daging tp kita guna ayam!! uuuwwwaaaaa!!! bekalan daging dah habissss!!! itu hari g pasar mmg tak de owang islam niaga daging halal niii cuma ada satu tempat tu jerr pick up butcher niii tp itu hari datang dagingnyer warna dah tak fresh!! pas tu mcm bau jerr!! tak mo lah!!! :-( kita sukeeee sgt daging sbb liat2 gitu!! tak pelah, tunggu jelah butcher tu bawakkan daging yg fresh2.. 1st time kita masak kari guna KERISIK nihhhh tadi masa masak tu baunyer ala2 rendang gitu!! ehehe..sedap betul bau kerisik ni kan? tapi kita nak jimat kerisik yg sikit tuuu letak sikit jer lah!!! ni kes malas nak menyangan kelapa parut sbb kuali kita kecik jerr!! :D jdnyer nak berjimat sampai ke raya nanti nak buat rendang tak polah buat rasa2 bau2 kerisik ni kan, resepi kita tgk kat umah CMG, mintak izin letak kat sini ya cikmat!! tenkiuu!!!


KARI AYAM KERISIK/DAGING

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g daging batang pinang, dipotong kiub
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari1
1/2 camca besar kerisek
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.
Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan..



KARI AYAM KERISIK

Jumaat, 28 Ogos 2009

Manggo Spin n Iftar part 7

MANGGO SPIN


Salam kembali n SELAMAT BERBUKE PUASA bersama keluarga tersayang!!


Alhamdulillah, lengkap sudah puasa untuk hari ketujuh pada hari jumaat yg mulia ni.. Ini antara minuman penghilang dahaga selepas satu hari suntuk menunaikan ibadah puasa.. Td g pasar lagi!! pasar lagi!! adeeehhhh... keja g pasar jer minggu ni sejak mula jer puasa, jdnyer bila dah pasar tu tau tau jer lah kan!! mmg rambang mata!! nak2 bila nmpk udang ikan sotong yg besor2 segar2 tu, pas tu dikuti sayur2 dgn buah2 yg mmgnyer fresh!! kita g beli manggo ni td, cuma li 3 bijik jerr sbb murah!! pas tu belilah buah pear dgn longan huh! hari ni kenyang dgn cemil2 jer lah ya :D Mmg berhajat nak buat MANGGO SPIN ni asalnyer sbb tu beli manggo, resepi asal ni dr KAK FIDA MyR yg byk sumbangkan resepi yg best2 tapi sedih pulak MyR teramatlah jemnyerrrr jdnyer kita ambik copy resepi ni dr uamh MEK YUNG HANA yg tggl tunggu nak bersalin jer tuh!! ehehe.. tenkiu ya buat sume org!! senang jer niii buatnyer kita tambah yogurt nak bg masam2 sikit perah lemon sikit mesti nak memandai mandai kan!! :D mintak halal ya untuk dpastekan dsini resepinyer :-)


MANGGO SPIN

Bahan-bahan
1 biji mangga manis - ambil isinya
1 gelas ice cream soda
1 gelas susu segar atau susu cair
ketulan ais secukupnya.
Yogurt>>yg ni kita tambah
Perahan lemon>>yg ni pun kita tambah

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender dan kisar hingga hancur dan sebati.
Tuangkan ke dalam gelas dan segera dinikmati.

Puding Tauhu laici :D

PUDING TAUHU LAICI wif NATA DE COCO



Salam kembali :-),

Buat puding ni pg tadi sblm kemas sbb nak mkn sejuk2 gitu!! kita dah jatuh cinta dgn puding tauhu niii sedap yg amat!! masa meula buat dia lembut tp dia tak jd mcm tauhu betull tuuu tak nak hancur!! lps dah byk kali buat tu yg last baru betul2 jadi mcm taufu fah!! sukeeeeeeee sbb kita suke mkn yg hancur2 gitu!! Resepi asal dr KAK NOR GANU tenkiu kak!! tapi buat pengetahuan semua KAK NOR dah edit balik untuk dapatkan hasil yg lembuttttttttt sekali!! td pegang2 pun dia lembut mcm tauhu!! maknanyer mmg sah2 jadik pudingku iteww!! :-), Mintak halal ya kak nor nak letakkan resepi tu kat sini sebagai rujukan akn datang tenkiuuu so mch!! mmg mabelesss puding ni :-),


PUDING TAUHU
Bahan Bahan
* 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
* 1 1/2 liter air
* 1 cawan santan pekat
* 1 tin kecil susu pekat manis
* 1 tin susu cair
* 4 sudu besar gula
* 2 helai daun pandan - disimpulkan


* Untuk kuahnya:

* 1 tin laici - laici tu di siat2kan
* 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
* 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
* 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara
1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
7. Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..

>>SALINAN ni dCOPY dr SKYPE ya nanti kita masukkan sekali link nak ke umah KAK NOR ya :-)

Apam Gula Melaka

APAM GULA MELAKA


Salam kembali n catatan ni dtulis dulu sblm memasukkan gambar jdnyer fhm2 jer lah ya waktunyer :-),


Oleh kerana hari ni cuti makan nasik jdnyer kita buat jugak kuih muih niii nk menambah berat badan yg dah turun 2 kg skrg ni!! huh! jgn tak cayerr 2 hari lepas turun 1kg hari ni timbang balik dah turun 1 kg lagi alhamdulillah lah sbb nak jugak turun berat bdn nihhh kalau tak mmg maintain segitu jer lah!! sakit bijik mata menengoknyer!! TAPI kalau mkn berlebihan dia serta merta akn naik balik!! huhuhu..jdnyer kena berhati hati masa makan sbb tu lah kita buat ni bukan untuk kita seorang tp untuk dkongsi 2 buah umah kat atas nii... dah naik boring agaknyer org tu sbb kita asyik anto makanan jerr!! hihihi...kita tak pedulik!! sedap ke tak mmg kita nak bg org!! :D ngeeeee..... okiessss!! untuk resepi ni mcm biasalh kan kita dah terbiasa guna resepi dr CHE`IZA yg terrer masak2 tuuu, best ni kalau duk sebelah umah boleh berguru ;-), tenkiu ya che`iza!! dah byk kali kita buat resepi mmg menjadi dan cantikk jerr dia punyer sarang tu :-) mintak izin letak kat sini ya resepinyer :-),

APAM GULA MELAKA
Bahan-bahan ( satu family )
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Cara-cara
Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Roti Canai>>telur, sardin n murtabak

Dr depan :D >>MURTABAK, ROTI TELUR dan ROTI SARDIN



Salam kembali dhari jumaat yg mulia buat sume org dimana saja anda berada ;-),




Memula plan nak turun MENJALA tp mcm malas pulak sbb mendung kat luar sana tu!! ehehe... jdnyer kita main tebar2 koyak2 tarik2 jer lah kat dlm umah!! hari ni tak mo mkn nasik nak makan jenis ambik sana ambik sini sikit ambik kat situ sikit :D jdlah roti ni sume, saja nak pelbagai kan lagi roti nii kan, sbnrnyer kita dah lamaaaa sgt tak mkn murtabak bila nampak KAK CM buat murtabak aka mentadak :D segera ituuu lagi lah tak sabo nak buat!! nak guna kulit popiah boleh tp oleh kerana dah mencanai sekali lagi niii bolehlah buat 3 in 1!! :D tak pe, tak penat mana pun cuma dok tunggu jerr sbb BM yg bekerja sepenuhnyer :D jdnyer kita tukang cek masa jer lah!! Sejak mula cuba dan sampai sekarang ni kita cuma guna resepi dr JOAYEE jerr sbb mmg lembut dan sedap!! tenkiu ya kak jo!! walau kak jo tak masuk sini tp ucapan terima kasih tu ttp ducapkan sbb sudi berkongsi resepi yg best ni :-), n mintak izin dan halalkan sbb nak dcopy n paste dsini resepinyer sbb MyR jem!! tenkiu!! tapi resepi ni kena ikut step yg dsuruh sbb mmg best!! mcm renyah tp hasilnyer memuaskan :-),


ROTI CANAI


Bahan-bahan
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli



Cara-cara




masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
uli hingga jadi doh

rehatkan doh selama 10min

uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.

bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2. *hana perap dalam minyak msk! gune marjerin pon bleh!
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.

Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

>>Untuk inti kita ambik kat umah KAK CM, tenkiu kak!! kita mintak ijin resepinyer letak sini ya.

INTI MURTABAK

Bahan-bahannya:)

200 gm daging cincang

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

1 sudu kecil serbuk kari

1/2 sudu teh lada putih

1 tangkai daun ketumbar

1 tangkai daun bawanggaram dan gula secukup rasa.

2 biji telur ayamkuli popia secukupnya

Cara-caranya:)
Bawang besar dan bawang putih dicincang halus.Daun ketumbar dan daun bawang potong kecil-kecil.
Panaskan minyak tumiskan bawang cincang sampa naik bau .Masukkan rempah kari (campur sedikit air).Tumis sampai wangi
Masukkan daging cincang kacau rata,tambah sedikit air ,letakkan garam dan sedikit gula masak sampai kuahnya kering.
Taburkan daun bawang dan daun ketumbar,gaul rata.Biarkan sejuk sedikit baru campurkan telur.
Sendukkan inti kedalam kulit popia dan lipat seperti murtabak .Goreng hingga masak tapi jangan guna minyak yang terlalu banyak sebab kulit popia ni serap minyak.Sedap dimakan bersama bawang jeruk.

Kuah Dal

KUAH DAL


Salam jumaat buat semua ;-),

Hari ni buat roti canai jdnyer kita buat 2 jenis pencicah nak padankan dgn roti canai nih, kita buat kuah dal resepi dr S SHAMEN @ MyR dgn kari daging kerisik resepi ambik kat umah CMG untuk mak budak, budak2 mkn kuah dal ni mak pun menyibuk sekali makan kuah dal ni jugak!! cuma sambal tumis tak buatlah sbb penat!! :D dr semalam tak habis penat!! ehehe... tenkiuu ya s shamen !! nmpk mcm menyelerakan jer kuah dal ni cuma kita tambahkan serbuk kari sikit nak bg aroma kari tu lebih sikit :D... resepi mintak izin copy n paste kat sini ya :-) tenkiuu!!

KUAH DAL
Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
**1 inci halia diracik
**2 biji bawang putih diracik
**3-4 biji bawang kecil dimayang
**sedikit daun kari
**sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
**1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
minyak untuk menumis
garam & gula sesedap rasa


Cara-cara
Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

Khamis, 27 Ogos 2009

Puding Roti Marble n Iftar part 6

PUDING ROTI MARBLE


Salam kembali sume! ;-)


Puding ni jgn tak cayer tau kita 1st time buat!! hihihi... ramai dah mencuba mmg memuaskan tekak masing2 :D jdnyer sambil2 tunggu ayam tu kita memuding lah pulak kan, dah lama tak memuding!! rasa rindu pulak!!! Resepi dr KAK HANA aka mek yung kepoh tuuu :P n jom kita tgk resepinyer kat bawah ni ya :D tenkiuu kak!!!

PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) kita campur dgn milo sikit :D


Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Tauhu Sumbat n Air Nenas wif laici

AIR NENAS wif LAICI



TAUHU SUMBAT+ sambal kicap+petis+kacang tumbuk!

Salam kembali dan akn bersiap sedia menghidang :-),


Tauhu sumbat?? humm...lebihan tauhu yg dbuat tauhu bakar masih ada lagi drpd dia terbiar gitu saja dan akhirnyer masuk pak tong baik kita projek tauhu sumbat buat lepas2 gian kan? umah ROSS dah menyumbat jugak, umah KAK ZANA pung sama!! huh! kita mmg suke ngan tauhu niiiii jdnyer buat jugaklah sbb senang banget!!! main sumbat2 jerrr siap!! kuah terpulang nk mkn macam mana tp biasanyer dgn kuah kacang tak pun sambal kicap+petis+kacang tumbuk mcm KAK ZANA buat :-), TAPI kita nyer tauhu cuma sekeping jerrr!! D ulangi, SEKEPING bukan 2 atau 3 atau 4 ehehe.... DAN, buat air nenas ni sbb dah beli nenas semalam jdnyer rebus nenas dgn gula then letak sebok n hidangkan dgn laici n ais!! huh!! dah terliur dah niii... sume org leh buat nenas ni kan??? just rebus jerr sumenyer pas tu hidanglah dgn apa cara yg dgemari, kita ni kurang kerja sbb laici lebihan buat smoothie masih ada jdnyer masukkkan jer lah!! abis citer!! tu yg jd AIR NENAS WIF LAICI!! ehehe... okiesssss, buat semua masa tuk mengundurkan diri pd hari niii, DAN ducapkan SELAMAT BERBUKE PUASA bersama keluarga tersayang!!! Sekian n SALAM buat sume. :-)

Ayam Masak Padang

AYAM MASAK PADANG


Salam kembali dan mcm biasa masih dhari dan waktu yg sama sebelum masuknyer waktu berbuke d bangkok!! :-)



Hari ni mkn nasik putih kot!! jdnyer buatlah Ayam Masak Padang dan jgn tanyer kita asal usul ayam ni ya ehehe...rasanyer resepi asal dr pelakon terkenal dolu2 tuuu Rubiah Suparman n kak hana dpt resepi ni dr KAK NUR, dan kita ambik resepi ni pulak kat umah KAK HANA, tenkiuu sume!! resepi kat bawah ni ya, mintak d masukkan d sini ya untuk main masak2 yg akn dtg nanti niii :D,

AYAM MASAK PADANG
Bahan-Bahan

1 ekor ayam dibersihkan dan di potong lapan
1 1/2 biji kelapa3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih2 inci halia
4 batang serai
4 inci lengkuas
cili kering mengikut pedas
1 sudu teh serbuk kunyit *hana gune kunyit idop!asam keping
2 helai daun kunyit di siat siat >>yg ni kita masukkan daun limau purut sbb daun kunyit tak do :-(

Cara Cara


1. Semua bahan dikisar halus.
2. Kelapa diperah dan ambil santan cair sebanyak
3 cawan dan santan pekat 2 cawan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
4. Masukkan ayam digaul rata, setelah itu masukkan santan cair.
5. Masak dengan api yg sederhana, apabila ayam telah masak dan empuk masukkanpula santan pekat.
6. Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit.

Kuih Tako @ Tepung Pelita

KUIH TAKO @ TEPUNG PELITA


Salam dptg khamis buat sume!! :-),


Hari ni ada sedikit malas+sibuk mcm mana tu? :D Orang lain dah pasang PELITA kita jerr yg belum lagi nak mula memelita, sbnrnyer kuih ni kita tak pernah buat pun!! tp tu lah kan dah duduk kat luar ni kan sume makanan rasa nak makan n buat sendirik, itu kes2 terpencil mcm kita ni jerr!! :P org lain dah kenyang mkn kuih niii.. jdnyer hari ni dgn malas + sibuk buat lah jugak dgn rela hati dan dgn keadaan waras ya :D, resepi asal dr MEM MyR KAK YANI tak pun leh tgk kat sini ya, ni gara tgk umah KAK HANA, KAK ANA sume dah pasang pelita belum raya lagi masing2 sibuk nak berPELITA hihihi... yg dlm cwn tu tuk kita, yg belakang2 tu dlm bekas tako tu untuk org2 atas!! ehehe... tenkiuuu buat KAK CM yg bekalkan kita Bekas taco tu :-) n tenkiuuu buat kak yani yg sentiasa kretip!! n tekniuuu buat member2 blogger yg sentiasa memberikan idea2 baru dlm masakan kita nih! haih!! mcm berucap dpt anugerah!! jom layan resepi ni kat bawah dulu ya, mintak halal ya kak yani buat rujukan akn dtg sbb MyR sssssssshhhhhhhhh sgt nak masuk skunk ni kopipes dr umah KAK HANA.. tenkiuu sume!!
TEPUNG PELITA @ KUIH TAKO

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan@pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

Rabu, 26 Ogos 2009

Rambutan Smoothie.. Iftar Part 5

RAMBUTAN SMOOTHIE


Salam kembali!!! alhamdulillah kenyang dah!! :-)


Rambutan Smoothie menu tuk penghilang dahaga untuk puasa hari ni :-), nyaman sungguh!! Resepi mcm biasa dr LOVE2COOK cuma tukar rambutan jerrr dan ilham dari KAK MAZ BAHRAIN, tenkiuu both of u!! sayangggg sume!! :-) dan untuk komen menu2 yg kat bwh tu selepas waktu berbuke teramatlahhhhhhh sedapnyerrr!!! daging panggang tuuuu dgn colek tu mmg ngam betull!!! rasanyerr pun mmg best!! nasi daging tu pulak mcm mkn nasik kat kenduri kawen pun ada!! yummy sgt!!! tenkiu buat KAK JUN@ JC, KAK HANA , SHIMA27 n KAK MAZ untuk semua menu hari ni :-) eeeeeee...mkn terpaksa berenti tuk rehatkan perut sbb pedas!!! hihihi.. dgn itu, selamat beristirehat dan menjalani solat terawih sume!!! :D resepi leh tgk SINI

Kuih Kaswi

KUIH KASWI


salam kembali :-),


Ini pulak kuih untuk berbuke hari niii, buat 1 jenis jerr sbb kita nak sambung mkn lopes semalam tuu!! hihihi... sedap betull lopes!! kita mkn tgh2 malam buta ninja tu dah geleng2 paler jerr tgk kita mkn benda yg pelik bg dia lah kan ehehe....okiessss!! kuih kaswi ni dah buat byk kali jugak sejak menjadi buat masa dolu2 tuuuuu cuma kita tak letak pun air abu sbb tak ada!! dan mmg tak pernah beli!! :D resepi asal dr CMG yg pandai masak2 tuuuu tp kita ambik kat MyR ya, halal ya cikmat! tenkiu!! kita letak kat sini resepinyer :-) tak pun leh g SITU :D,

KUIH KASWI

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)

190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat

BAHAN C :-)

1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam

Cara-cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..

>>>>Kuih ni mmg terkenal dgn kenyal2 manja yg sgt manja dan mentelnyer!! hihihi.. :P

SELAMAT BERBUKE DUCAPKAN BUAT SEMUA TAK KIRALAH KAT MANA ANDA BERADA SEKARANG NI :-) SALAM n SELAMAT MALAM!!

Colek Daging Panggang

COLEK DAGING PANGGANG


Salam kembali n masih dwaktu yg sama sebelum masuknyer waktu berbuke d bangkok ;-),



Daging panggang colek ni padanan dgn nasi daging kat bawah td sbnrnyer pun tgk kat umah KAK MARIA sbb kat sana ada daging rebus cicah air asam kerisik!! hihihi tapi, malas lah pulak nak masak byk2 hari ni lotih!! hihihi.... resepi ni ambik kat MyR dari SHIMA27, tenkiuu yaaa!! masa gaul2 air asam tu pun dah terasa terasa dia punyer kesedapan tuuu sbb bau daun ketumbar masam2 dr perahan lemon n asam jawa huh!! cili jgn kata lah mmg kita letak byk!! ehehe..bersiap sedia jerr lah mlm nanti niiiii sure jd penunggu jam jam jam!! :D Untuk resepinyer pun akn kita letak kat sini sebagai rujukan akan dtg supaya tak kelam kabut bila MyR dtgt traffic jamnyer!! hihihi... tak pun leh tgk SINI :-),


COLEK DAGING PANGGANG


Bahan-bahan ( separuh family :D )
daging batang pinang - dipotong kiub2 besar...lumurkan garam + kunyit + serbuk ketumbar = perap at least 30min



Bhn utk colek:
cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
1-2 biji cili masak - dikisar
1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
1 biji tomato - dicincang
1 labu bwg besar dicincang
daun coriander/ketumbar - dicincang
lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
2 sudu besar nampla/minyak ikan
garam & gula secukup rasa
extra air masak (tuk kuah colek)



Cara-cara
daging yg telah diperap di panggang atas grill hingga masak ( i prefer medium)
sementara tuh, satukan bhn2 kisar dgn bhn2 lain dlm mangkuk...gaul sebati...adjust rasa & kepekatan colek...kalau cair sgt tambah lg sos cili & tomato..
hidang daging panggan dihiris nipis bersama colek...

Nasi Daging

NASI DAGING tanpa keju sbb keju dah habis!! :D but XTRA bawang goreng n kismis goreng :D


Salam dptg rabu dah nak masuk waktu berbuke tak lama lagi :-),


Hari ni rasa bdn yg teramattttt lah penatnyer!! ntahlah tak tahu kenapa huhuhu.... tp tekak ttp mcm biasa nak mkn itu ini untuk buke nanti :D ngeeee.... hari ni ada sedikit keinginan makan n mencuba NASI DAGING tp kita suke carik yg senang2 jerrr jdnyer kita ambik resepi ni kat umah KAK JUN @ JC yg berada kat US, tenkiuu kak!! senang sgt nak membuatnyer cuma kita tak letak cheese sbb tak de stok!! ehehe.... mudah yg amat baunyer pun alahaiiiiiii, semerbak!! dan atas nasihat PAKAR PEMAKANAN dari jepun kanazawa itewwwww maka kita pun menggoreng kismis2 yg dbeli td itewwww...nmpk semakin menyelerakan nak2 XTRA BAWANG GORENG!! huh!! rasa nak ngap jerrr!! :D untuk resepi kita cnp kat sini ya kak jun!! tenkiu so mch!! tak pun leh g kat SINI>>
NASI DAGING BERKEJU


Bahannya:
2 1/2 Cawan beras basmati>>kita guna beras siam jerr :D sbb tak de basmathi! :D
3 cawan air rebusan daging ( atau secukupnya)
1/2 biji bawang yg besar
4 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 cawan keju cheddar yg diparut kasar ( atau secukupnya)
Bawang goreng
Garam
Caranya:
Bawang2 & halia dikisar. kemudian tumis sikit, masukkan garam & air rebusan.
Lepas tu masukkan air rebusan tadi & beras kedlm rice cooker, masak mcm masak nasi biasa.
Bila nasi dah masak baru taburkan dgn cheese dan bawang goreng. Gaul rata

Selasa, 25 Ogos 2009

Lychee smoothi.. iftar part 4

LYCHEE SMOOTHIE


Salam dmalam rabu!!! selamat berterawih sume!!


Ni lah minuman penghilang dahaga pada hari ni setelah 1 hari yg panas berpuasa ya :D ehehe... resepi dr SIS LOVE @ LOVE2COOK MyR.. Sedap betulll tegukk air nih td!! habis 2 cwn mcm kat atas tu kita minum!! hihihi... hari2 minum ni pun tak pe yg tak larat nak membeli laici tu jer lah, berat lerr!! :D resepi akn dkopipes kan dsini untuk rujukan akan datang tenkiu sis!! lepas sudah iron baju baru leh merayap umah org ya, tunggu ya!! im coming!!! bawak pinggan kosong pulak :D.. ni resepinyer>> dah tak leh tyg buah laici segar sbb dah tak de org jual!! :P
LYCHEE SMOOTHI

Bahan-bahan ( 2 gelas )
15 buah laici dlm tin (laici fresh pun okey)
250ml susu segar
100ml susu cair
1.5 sb susu pekat
200ml air laici dlm tin
Ketulan ais
Cara-cara
Masukkan semua bahan kedlm blender. Blend hingga halus.
Tuang ke dlm gelas dan tambah ketulan ais. Sedia diminum!
Bagi yang nak smoothie kurang manis, boleh kurangkan susu pekat. ;) Selamat mencuba!

Ikan SABA (masih konpius antara mackerel n tongkol n yg sewaktu dgnnyer) :P hihihi..

IKAN SABA GORENG ASAM JAWA


Salam kembali dmalam rabu n alhamdulillah kenyang dah :D,


N3 yg byk2 ni kita dah taip dulu n save dulu sbb nanti dah nak buke kita tggl masukkan gmbr jer!! hihihi...ni lauk budak2 yg dah buke puasa kul 4ptg!! hihihi...kesian betull tgk si kakak asyik asyik tgk si adik kecik minum air mkn sekrim, masa dia tertido td rasa sedih pulak tak bg buke dulu :-( lepas dia bgn tido terus suruh dia buke tu pun buke dgn pisang sebijik dgn minum air calpics, si abg kita suh buke kul 5 ptg, rasa kesian tgk mcm penat pulak lah kan..ibu mana yg tak kesian kan walaupun nak latih dr sekarang ni tp ok lah kan dah nak sampai ke buke dia boleh thn insyaAllah klu lama2 nanti dah terbiasa makin lama makin leh thn si kakak pun baru 5 tahun..ok, ni ikan goreng yg tgh panas masa niii ramai dah yg buat kita suke cuit kerak2 tepinyer sedap!! masam2 gitu!! :D resepi dr KAK HASUE, tenkiuu ya kak!! resepi kita letak sini untuk rujukan akn dtg :-),
IKAN TONGKOL GORENG ASAM JAWA kita ganti SABA
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih- 1-2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
Serbuk perasa-tak letak pun takpe
1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
1 cawan minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering

Tauhu Bakar!!

TAUHU BAKAR xtra taugeh mcm biasa hihiihi.. :D sedap!!


TAUHU BAKAR geng tauhu bakar akn mnyusul kemudian :D



Salam kembali sume!! masih dwaktu yg sama :D ngeeee,




Jgn terperanjat!!! mmg ginilerrr rupa tauhu yg kita bakar sejam lebih!!! hihihi.,.. specis2 darurat mcm kita nihh kenalah bersabar nak buat betul2 yg mcm kat jb tu mmg payah lerr!! maklumlah tauhu apa yg dia guna kita pun tak tahu!! :D ni tauhu2 biasa jerr tp ada xtra lembik sikit lah!! tu yg lama memanggang atas kuali tuuu, sori ya laling puasa2 ni sure bil letrik mahal!! hihihi... sume2 guna letrik!! gmbr datas saja nak tunjuk pd mek yung tuuu jd ke idak!! sbb kita lupa lah rasa dan rupa tauhu bakar yg sebenar tu!! :D ni kira ala2 ya, bukan betul2 kot!! Resepi dr CHE`IZA @ MyR nak g umah che`iza pun boleh sbb mmg mak dara sowang ni terrer masak2!! Tenkiu ya che`iza!! set lengkap TAUHU BAKAR akn menyusul bila dah nak buke nanti ya, sabar ya kakak2 adik2 sume hihihi.. ni resepinyer, halal ya che`iza ;-) tenkiuuu again!!


TAUHU BAKAR


Bahan-bahan ( 2 org )
4 kpg tahu
100 gm taugeh
1/2 btg timun
1/2 biji sengkuang
* 3 sb lada boh / lada giling
* 1 ulas bawang putih dititik
* 2 sb gula merah
* 1 sb gula pasir
* 3 sb air asam jawa
* 2 cwn air
sedikit garam
1 sb bijan digoreng tanpa minyak
kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu
*1sk petis yg ni kita tambah
*1sk tepung jagung yg ni jugak kita tambah


Cara-cara

Tahu bakar hingga masak dan ketepikan.
Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
Potong tahu kecil2, letak taugeh sengkuang n timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang....
Sos boleh simpan dlm fridge n boleh tahan lama gaklah, sesuai gak tuk keropok lekor, popia n karipap sayur..

Kuih Lopes moden hihihi..

KUEH LOPES



Sedih tuu kelapa beli kat sini tak cantik!! :-(

Salam kembali semua n selamat berbuke buat sume org!! :-)



Ni kueh ke 2 hari niiii sbbnyer buat LOPES ni sbb kuah gula semalam yg dmakan dgn cendol byk lagi!!! :D jdnyer malas nak pkir panjang buat lopes lah!! nak buat bubur som som tp nak mkn pulut pulutan sbb hari ni kita tak mkn nasik jdnyer gantikan dgn pulut lah!! :D buat separuh adunan jerr dpt segitulah yg kat atas pinggan tuu ehehe.... resepi dah jatuh chenta buat perantau mcm kita nihh dr KAK TULIP @ MyR, tenkiuu kak!! dah byk kali buat sejak mula2 buat tu jadi!! suke betull kita!! kita paste kat sini ya resepinyer mintak halal n tenkiu!! :-)


KUEH LOPES


Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )


2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air


Cara-cara
Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur.
Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang.
Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Lepat Pisang again!

LEPAT PISANG MONTEL :D



Ni lah yg dpt buat stgh adunan jer :-)

Salam dptg selasa yg cerah dan malas sikit bg penulis ya, :P



Hari ni mood nak buat itu ini sume Dlambat lambatkan!! ngemas pun gitu jugak!!! balik dr pasar tersu menerusss jd malas!! hihihi... ni pun baru jer buat kueh muih ni haaa.... layan jer lah ya kueh2 yg tak seberapa niii, kali ni buat lepat pisang lagi!! sejak tahu kesedapannyerrr tuuu mungkin again n again n again buat lagi!! hihiihi..sedap betul!! kita suke pulak!! Resepi ambik dr CMG ya, ni kat bwh kita paste kan resepinyer, mintak halal ya cikmat!! tenkiu!! sedap lepat ni, tp kita guna pisang montel jerr!! ehehe....

LEPAT PISANG

Bahan-bahan

700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
70 g gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai
Cara-cara
Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Isnin, 24 Ogos 2009

Rojak campur2!! ada buah ada sayur ada tauhu hihihi...

ROJAK CAMPUR
Salam kembali n selamat berbuke!!!!
Menu2 hari ni adalah menu berbuke puasa part 3, part 2 skip ya sbb nasik gorengg malas nak ambik gmbr!! :D ngeh3!! haaa..ni rojak MAK BEE hihihi... tp kita alter sikit sbb sblm puasa itu hari cuba mkn tp mcm manis jdnyer kita tmbh air sket pas tu ketuk lada cili dan untuk penambah selera lagi kacang tumbuk!!! letak byk3!!!!! sedappp nih!!! mcm2 ada kat atas tuu, tp nak say thank you tuk KAK NOR sbb bg kita paste rojak mak bee niii :-), kat atas tu ada timun, ada jambu batu, nenas, pelam, tauhu, kangkung taugeh ntah lupa lagi!! hihihi... apa pun ingin mengucapkan selamat berbuke puasa tuk semua org dan selamat menunaikan solat terawih!! dgn itu SALAM n SELAMAT MALAM!!!

Cendol

Taraaaa!! ni dia CENDOLnyerrr!!! lagi sedap buat sendirik ya cendol ni.. pas ni buat jer lah!! tp klu kat mesia tak de nyer nak buat!! main tunjuk2 jerr!! :D hihiih..sedap!!!!! ;-)


CENDOL>> Lubang pengukus kita tak besor sgt sedang2 jdnyer mcm gitulah jdnyer :D



Salam kembali :-),




ahahahaha...kita ketawa dulu!!! KAK HANA!!! cendol kita seghuperr sbb kita menggunakan ALAT yg sama nak lenyek2 cendol tuu!! hihihi... sowilah ya kalau takut ada2 yg bosan sbb menu kita sama ngan kak hana :-) maklumlah kita ni tak gheti masak2 apa2 mesti nak tanyer dgn lebih lanjut jdnyer td ni bergosip gosip pasal si ALAT cendol ni dgn nak buat sbb tak pernah buat tu pasal menu sama hari nih!!! tp yg onde2 tu kebetulan ehehe... :D tak pe lah asal tgn yg buat tu lain kan jd aromanyer pun lain!! :P alasan nak sedapkan hati, k lah td ni dok bual2 ngan kak hana jd lah si CENDOL ala2 rupa ulat iteewww!! hihihi... hummm bau pandan yg sgt terserlah!! untuk gmbr SET CENCOL akn menyusul kemudian bila nak buke pose nanti ya klu tak dah cair santan pun tak sedap rasa pun tawar hebeh jdnyer kita tyg cendolnyer ajer dulu ya :D, kita kopipes dr umah MAK YUNG jugak sbb kita tak leh nak masuk MyR, resepi dr MARIAM @ MyR tenkiuuu!!! rasanyer menjadi ni sbb masa pegang td mcm cendol!! bau pun cendol!! d ulangi BAU CENDOL bukan bau AIR CIKONG!! hihhihi.. adehhhh.. masa nak buat si cendol ni pun ada tragedi!! biarlah rahsia hanya mek yung yg tahu!! :D


CENDOL



Bahan-bahan


1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)


Cara-cara
masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
kacau selalu supaya tidak hangit
sediakan bekas yang berisi air sejuk
masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.


>>Kita ikut bulat2 resepi kat atas ni.. tang ALAT jer yg pelik sikit :D

Laksa Asam

Sowi lah eak masa letak bhn2 ni sume tgn gigil2 dah!! nak ambik gmbr pun terketar ketar!!! hihihi..melampau betull!! baru 3 hari pose dah nak mogok bdn2 nih!! :P




LAKSA ASAM



Salam kembali dan akn kembali masih d dalam keadaan mendung kat luar sana tuuu...




Mcm biasalah kita ni kan mesti nak ngada2 ngan MEK YUNG tu haaa... nak tiru2 jugak dan kebetulan tekak kita pun membenarkan tiru2 nih!! :D sedap klu puasa2 ni pekena lauk2 mcm nii..sblm ni buat laksa asam main guna tuna jerrr sbb malas!! malas nak asingkan tulang2!! :D kali ni mmg tersagt RAJINNNYERR hihihi.... nak bg org jugak ni separuh yg kat atas tu nak dbg org yg dlm pinggan kita nanti nih bila nak buke baru snap gmbr ya sabo3!!! :D kita suke laksa skrg ni sbb ulam2 dia lah kan, sukeeeee sgtttt!!! sedap!! nak2 klu TAUGEH yg byk!!! :D Resepi asal dr KAK JUN tp kita kopipes kat umah MEK YUNG jer lah!! halal ya, tenkiuuu!!! ni resepinyer>>


LAKSA ASAM


Bahan-bahan
500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang



Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan
Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa



Cara-cara
Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
Isi ikan dikisar.
Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

Onde onde keledek delight!!

ONDE ONDE KELEDEK DELIGHT humm..rasanyer sedap kot sbb ada keledek!! :D


Salam dptg isnin yg mendung kejap ujan dr pg td nih :-),


Sowi lah ya semalam MALAS yg amat sume org mkn nasik goreng jerr!! hihihi.... dah kesedapan lepak2 kat umah lepas balik beli barang apa lagiii penat lah tu kan :D taktik org2 malas mcm kita ni lah :P, jdnyer untuk membalas segala dendam kesumat semalam tu hari ni kita bersilat kat dapur seawal yg mungkin sbb nak mkn macam2!! :D hihihi... ni antara cuci mulut paling fofular masa puasa2 mcm niii tak puasa pun fofular jugak kuih niii!! cuma cara dan gaya dan bhn yg dgunakan berlainan kan? kali ni ikut KAK MIMI!!! tenkiuu kak!!! kita guna keledek jepunggg ehehe.... baunyer harum sekali lah!! mungkin pengaruh keledek tu sendirik yg buatkan bau kuih ni sedap ;-) lagi satu buat byk2 makanan hari ni sbb nak memulang kunjungan org atas ni haaaa...bg makanan tp kita tak makan pung!! tak berani lah nak makan kan sbb tak tahu apa pisau yg dia org gunakan huhuhu.... biasanyer kita bg polistrin jerr kalau nak bg kuih ke apa ke makanan ke jdnyer SELAMATlah pinggan2 mangkuk kita tuuu :D, ok lah kita menjelajah dulu resepi ni ya, senang jerr sume org leh buat dgn satu mata jerrr klu pejam mata takut salah letak bhn2 pulak kan? hihihi... resepi cnp dr umah mak yung, resepi asal dr KAK NUR dan telah dglamourkan oleh KAK MIMI namnyer tu ada delight2 lagi!! TENKIUUU untuk kakak2 ku yg tak lokek berkongsi resepi yg sedap2!!! halal ya kita cnp kat sini, tq!!
ONDE ONDE KELEDEK
Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm kentang
secukup air - hana campur garam skitpewarna kuning>>kita letak warna ijo :D
200 gm gula melaka>>kita gune gula melaka+gula merah ehehe
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan*hana gune kelapa kering jerk+ngan air panas n garam skit.>>sama mcm kak hana sbb darurat :D
Cara-Cara
1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Kentang direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan kentang dan air serta pewarna.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Puasa part 1

NASI AYAM wif AYAM BAKAR BERMADU

Salam dmalam ahad :-) tp kat luar sana guruh kilat petir sume ada hujan lebat laks tu...




Alhamdulillah, habis puasa tuk hari ni dan berbuke pun menu malas2 gitu hihihi...mcm penat sgt lah tuu, bak kata mak yung mcm dah kelaparan sgt!! :D ngeeee...... lepas sahur tertido dan terr terr bangun suku pagi!! hihihi.... sib baik si abg kejut mama masa tu dah kul 7pg!!! huh!! punyerlah sedap tido :D.. jom layan menu buke hari ni nasi ayam resepi main campak2 sbb dah kemalasan :D esk tak tahu lagi mungkin sambung mkn sup td kot!! tak elok membazir kan jdnyer kita buat bersahur pulak :D taktik org2 pemalas mcm kita nih :D.. apa pun ducapkan kepada semua org selamat berpuasa kembali esok hari!! Salam n selamat malam! nak gosok baju nih :D..

Jumaat, 21 Ogos 2009

Kad Ramadhan again, tenkiu !!


Kad 2 kat atas ni dr KAK IEDA KUWAIT senagkatan dgn kak aymy hihiih..tenkiu kak!! baru kenal2 akak dgn baik hati dah bg kat kita tq!!


Dari KAK DAYANG yg terrer masak2 tuuu, tenkiu kak!!





Dari KAK ITA atau ROSSITAMZ, tenkiu kak!! selalu masuk umah akak tak de cbox kuar ehehe...

Dari KAK LYANA, tenkiuuu kak!!!


Dari KAK AZIE yg dah jd mek yung!! Tenkiu kak!! semoga sihat2 ya :-)


Kad dari ALONGROZ, tenkiu along!

Dari KAK ALIMAZ, tenkiuu kak!!


Dari KAK WAWA, tenkiuuu kak!!

Dari Pn.IENA, tenkiuu kak!!


Dari IJAN finland, tenkiuu!! n take care!!



Dari CIKWAN taipei, tenkiuuu!!


Dari KAK MIMI, tenkiu kak!!


Dari ROSS japan ,tenkiu adik akak!!




Dari LINDA, tenkiuu!!


Dari KAK HASUE, tenkiu kak sue!!



Dari HALEN, tenkiu halen!!



Dari KAK MIZAN tenkiuuu kak!!


Dari KAK INA KL, tenkiu kak!!



Dari KAK HUNNY puchong tenkiuu!!



Dr KAK AYMY kuawait..


Dari AMY GERMANY, tenkiuu!!

Dari KAK HANA japan, tenkiuu my desr sister!!


Dari KAK FATIN, tenkiuu kak!!