ads/iklan

Sabtu, 28 November 2009

Biskut Semprit Coklat

BISKUT SEMPRIT COKLAT

Salam dpagi sabtu masih dhari raya :-),

Semua org masih sibuk lg beraya dan sibuk ngemas sebok nak masukkan bekalan daging2 dan tulang2 korban :D.. Kita kat sini biasa2 jerr, dan hari ni nak g hadiri sukan kat sekolah kakak jdnyer akn sibuk untuk hari ni dan esok :D sapa2 yg singgah2 tu jemput makan kukis ya ni sbb tengok umah KAK HANA buat kukis tp kukis versi ni tiada adengan2 tut tut :D hihihi.... kat sana kaler kuning cair yg kat sini kaler itam! :D bebudak kan suke cekelat2 ni kan.. memula tgk sekut ni kat umah kak hana terus jer kuarkan brg sbb kita pun suke dgn sekut ni dan tak pernah buat pun lagi jdnyer kita pecahkan dara si acu semprit tu ya :D terima kasih buat ORANG ITU sekali lagi psstt, sama dgn ORANG ITU yg dsebutkan kak hana :P, ok, resepi dr MyR dr NZIELA, tenkiu ya for sharing n sharing is caring :-), got to go, have a nice and safe weekend!InsyaAllah ;-)

BISKUR SEMPRIT

Bahan-bahan
  • 150g butter
  • 80g gula aising
  • 50g tepung jagung
  • 80g tepung kastard
  • 120g tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
Cara-cara
  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Masukkan ke dlm acuan dan picitkan ke atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit.

Jumaat, 27 November 2009

Selamat AidilAdha buat semua umat muslimin dan muslimat dseluruh dunia :D

AYAM PANGGANG SATAY


Salam aidil adha buat semua yg beragama islam :-),

1st, nak ucapkan terima kasih yg sudi singgah kat sini walau tuan umah menyepi jerrr :D tgh tak sihat alaaa..cuma kena selsema tp tahap ke ngada ngadaAN tu yg lebih sikit :D hihihi.... semalam tunggu tuan umah tu menukang kabinet dapur yg dah nak roboh ni sampai tak makan huhuhu..ingat nak wat sup dan ingatkan sekejap ajerr rupanyer lama tu! dekat kul 2ptg habis! huh! sian dak kecik tu lapo.. Hari ni dlm kepenatan dlm ketidaksihatan kita masak2 lh jugak nak hidupkan suasana raya tu kan ni lerrr juadah YG MAMPU dbuat oleh tuan umah sempena raya korban ni haa.... tak de spesel pung biasa2 jerrr tp ttp menyelerakan.. betul! tak tipu ni hihihi..sedap tau mana yg bermalas malasan tu mmg sesuwai kalau nak buat ayam panggang sate ni jimat tenaga dan masa :D tak yah duk cucuk2 sakit tgn tak yah potong2 dagingnyer kerjakan lah ayam tu sekor2 atau separuh tp kita buat ni cuma separuh ayam dah siap potong sume tp rasa menyesal pulak sbb tak cukup! tak dpt nak bg org atas ni :-( mmg mcm makan satay :D Resepi dr umah KAK HANA tenkiu ya kak! muaaaaahhhh!! antor lembu sekor ke siam ya lembu jepun sedap2! :D Mintak ijin ya resepinyer gam kat sini pulak :D selamat hari raya! :D ngeeee..... kita pun perap semalaman :D kul 12tgh malam keja memblender memekak jerr :P

AYAM PANGGANG SATAY

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - bleh juga jika nk gune ketulan ayam@bhgn yg lain
  • *1/2 biji bwg besar
  • *3 ulas bwg putih
  • *2 btg serai- dihiris
  • *1 inci lengkuas
  • *2 inci halia
  • *1 inci kunyit hidop
  • *1 sk ketumbar
  • *1 sk jintan putih
  • *1 sk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 2 sudu mkn madu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1 sudu mkn minyak msk
  • garam secukupnyer
Cara-cara
  • Blend tanpa air bhn2 yg bertanda *. jika tk berpusing, tmbhkan air sedikit shj asal bleh pusing.
  • Satukan dengan bhn2 yg lain.
  • Cucuk2kan ayam agar rempah meresap ke dalam. Lumurkan rempah dan perap semalaman atau sekurang2nya 1-2jam.
  • Bakar dengan suhu 200darjah celcius selama 1jam atau hingga masak.sapu ayam setiap 20 min dgn rempah yg keluar dr ayam tuh.
  • Sedap di makan dengan kuah kacang sate atau dratah begitu sajer.

Sila2 duk bersila :D



KUAH LODEH


Yg ni pulak kuah lodeh lama dah tak wat! suke yg cara mcm ni tak cerewet sgt sume2 bhn sgt senang dan cepat tak yah selongkar2 sebok sure ada punyer :D, ni cara mak kita lah yg ajar dan kita tak baper suke sgt kuah yg pekat atau yg cair sgt sedang2 gitu.. :D senang jer buat dia ni sume org pun reti buat kan? yg ni cuma tumbuk bwg merah, bwg putih dgn ikan bilis.. pas tu letak kiub ikan bilis sikit.. sayur suka hati lah nak letak apa.. tak lupa juga UDANG! sedap tu letak udang :D



KUAH KACANG


Yg ni mmg dah biasa buat guna resepi ni dr sapa kita tak tahu tapi TERIMA KASIH buat tuan punyer resepi ya, sori ya sapa lupa pulak nak resepi kuah kacang ni leh rujuk kat SINI kat situ ada resepinyer bacalah sampai habis mesti ada terselit tuan punyer resepi kuah kacang ni :D hihihi... akhir sekali SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua! Hati2 semasa pulang ke kampung ingatlah IKA yg sentiasa mengingati kalian semua di sana :D.. jgn balik kampung lama2 cepat2 balik umah ya :D ehehe... HAPPY HOLIDAY!!! lupa pulak esok ada sports day kat tadika si kakak pastu ahadnyer ada PARTY anjuran KELAB SOGNI D ORO kelab bolasepak dimana si abang sertai jdnyer akn berjumpa kembali minggu depan insyaAllah.. :-)

Rabu, 25 November 2009

Roti Naik Comel :D

ROTI NAIK COMEL

Salam aidiladha buat semua :-),

Tk pe ucap awal lg baik kan hihihi.... hmmm... hari ni mood kurengg sikitlah sebab bdn dah menunjukkan ketidaksihatannyer huhuhu... idung dah sebal2 gitu tekak rasa nak jolok2 jerr sbb gatal! yg kena dulu kat umah ni budak kicit tuuu ni terjangkit lah ni dr dia..kat sini dah musim influenza jugak doa2 ajer lah djauhkan dr penyakit2 yg boleh memudaratkan ni seriklah.. Hari ni jugak tak mkn nasik tp makan pulut :D cukupalah mkn bubur dgn pulut td pg tu dgn cemil2 ntah apa2 lah td ni tak sedap betullah idung niii huh! Rumah org sana sini dah tayang roti itu hari yg buat roti naik ni umah ROSS pas tu roti dmana mana hihihi... tp yg best kan roti ni mmg dia naik pas tu lembuttttttttttttttttt sgt ssh nak imagine buat sendirik baru tahu mana yg dah tahu tu tahu lah dia mcm mana lembutnyer roti ni ;-) Resepi ambik kat umah CMG, mintak halal ya CMG nak cnp kat sini pulak cuma versi kali ni kicit2 sbb buat stgh adunan jer :D jom makan! num petang dgn roti naik yg comel mcm tuan yg buat ni :D

ROTI NAIK

BAHAN-BAHANNYA :-)

400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
CATATAN MAT GEBU :- Tips dari "Kak Pah JB"....kak pah kata, kalau guna susu pekat manis roti lagi halus dan roti ni teknik dia tak sama dengan roti bun, jadi sesiapa nak cuba tu, tak payah guna langkah tumbuk doh untuk buang udara tu...kalau nak tumbuk juga, koo tumbuk tembok simen yeaa!!..hahaha..Ucapan terima kasih pada kak pah JB......dia ni sifu oooo..jgn memain, kita terharu ni kak pah sudi bagi tips...kembang idung ceQ!!!!

Bubur Kacang Hijau wif durian n pulut

BUBUR KACANG HIJAU wif DURIAN n PULUT

Salam dan selamat pagi!! :-)

Haaaa...kita mmg tak boleh tgk pulut2 niii pas tu ada durian2 niiii kan sib baik masih ada lagi durian kejang dlm sebok tuu tu yg tak nmpk sebijik2 tuuu.. itu hari jalan2 kat umah KAK HAZILA tgkkak zila makan bubur kacang ni dgn pulut??? ekekeke...siri lah ya kalau dah ada org yg dah makan dgn cara mcm ni lama TAPI bg kita sesuatu yg baru nak2 pulut dgn durian dgn bubur?? MEMANG sgt enaknyer mcm mkn pulut dgn serawa durian gitulah gayanyer.. sedap!! TENKIU KAK HAZILA tuk idea ni kita sukeeeeeee... ;-) Untuk pulut tu dah biasa guna resepi cmg senang sgt nak buatnyer tu yg laju jerrr kalau ada menu pulut2 ni :D jom bf dgn bubur dgn pulut! nak cicah ngan roti pun ok jugak :-)..jemput makan ya ;-)..


Sedap! jom lah makan :D

Selasa, 24 November 2009

jeng jeng jeng!!!!?? apa dalam bungkusan ni?? cuba teka!! :D

Sapa tahu bungkusan kat atas tuuuu angkat baju kat luar ampaian!!!!!! :D

Salam kembali!!! :-)

Alhamdulillah kenyang dan berpuas hati dgn menu hari ni :-) hialng segala rindu huhuhu.. dapat teka tak???? g tgk gmbr kat bawah tuuu>>>>>>>>>>>>>>
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
NASI AMBENGGGGGGGGGG!!!!!!!!!
Yeaaaaaaa!!!! setelah sekian lama memndam nak makan nasi ni akhirnyer tercapai jugak!!! :D ni kak FMINA08 lah ni buat org terliur jerr tgk nasi ambeng kat umah akak huhuhu...masa tu sabo3!!! dan hari ni kita ber ambeng ambengan ya :D SAPA ORG JAWA?????? angkat lauk kat dapur!!! haaaaa....owang2 jawa biasa hidang nasik ni bila kenduri SEBAB??? jimat tenaga jimat pinggan jimat mcm2 jimat lagi cuma guna dulang letak dlm suratkhabar yg dalas daun pisang walahhh!!! enak banget duduk kat bawah bersila makan ramai2 huhuhu..natsukashiiiiiiiiiiii...TAPI ada satu yg kurang sob sob sob....URAPPPPPPP tak de!!!! biasanyer guna urap pucuk ubi tp sini mana nak carik pucuk ubi huhuhu.. jdnyer ini ajer lah yg dpt dhidang.. JEMPUT MAKAN sblm tu duk bersila kat bawah ya guna tgn bukan sudu2 garpu2 itu ya :D ekekeke....kena bungkus pastu makan baru nikmat! :D


NASI AMBENG
Ikan kering bulu ayam(betul ke nama dia ni :D??),ayam masak merah yg td :-),Sayur goreng kacanag panjang+soo hoon+kentang dengan serunding daging.

Ayam Masak merah Madu

AYAM MASAK MERAH BERMADU


Salam kembali!! ;-)

Dah lama pendam nak masak ayam masak merah tp kita ni ssh sikit nak kena dgn selera kita bab2 ayam masak merah ni sbb cerewet hihihi.... kita nak makan yg org buat itu lah masalahnyer nak buat sendirik mcm ada yg kurenggg jerrr ekekeke... tapi kalau dah nak makan tu TERPAKSA lah buat takkan nak tunggu org dtg ketuk pintu umah bg lauk ni pulak kan hihihi...kang daging lain pulak yg org bg :Dmemula nak masak ayam masak kicap tapi asyik kicappp jerrr itu hari baru lepas masak daging masak kicap kita tukar selera pulak ya :D.. Resepi ambik kat umah KAK NOR sedappppp!!! kena ngan selera kita cuma kurangkan kuantiti madu jerr boleh kan kak nor??? :D ngeeeee... Resepi mintak ijin ya kak nor cnp kat sini pulak tenkiuuuuu!!! ambik peha ya :D.. tak pun leh g SINI.. ;-) tapi kat resepi tu tulis untuk LINA jerr bukan kita huhuhu.. tak pelah kita ambik jer dgn muka tak malu ni :P hihihi..

AYAM MASAK MERAH BERMADU

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar cili mesin
3 labu bawang besar ~ diblend
3 ulas bawang putih ~ diblend
1/2 in halia ~ diblend
garam
3 sudu besar madu
air asam jawa/tomato sos
1 sudu besar kicap manis
air secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
minyak


Cara2
Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..


Ambiklah kepak ya bak balik umah masing2 :D

Cucur Badak

CUCUR BADAK


Salam dpagi selasa yg sejukkkkkkkk rrrrrrrrr....

Haaaa..jemput makan cucur badak ya mcm biasa nak mengurangkan serunding2 itewwww dan hari ni jugak buat menu yg pembantu2nyer adalah serunding jugak tungguuuuu jer lah menu apa yg kuar nanti ni kalau rajin yg pasti SERUNDING ekekeke.... jom makan dulu nak siapkan bekal si si kakak pulak abg dah turun bawah tunggu bas nak kena turun jugak jap lagi jumpa lagi insyaAllah... ;-)


Isnin, 23 November 2009

Kek Coklat

KEK COKLAT

Salam kembali sume ;-),

Dalam malas2 dalam penat2 jd kek sebijik besor ni haa! sapa yg nak abiskan???? huhuhu..kena bg org kat atas ni lerrr :D, kek ni telah menjadi popular dgn iklan2 yg byk dan umah2 org yg byk jugak buat kek niii, memula KAK HASUE, kak sue iklan kat KAK HANA pulak pas tu g umah KAK ZANA pulak skrg dah sampai siam pulak hihihi...Resepi asal dr KOG walau pun tak oenah kenal lagi tapi kek ni mmg best lembap jerrr.. sbnrnyer buat kek ni nak sambut besday abg 25hb nanti niii sibuk jer nak kek lah haaa..ambik tu sebijik besor! td dia lah yg rasmikan dulu makan sepotong besor habis dia makan cuma tggl sikit jerrr maknanyer sedap lah tu sbb dia lah antu no 1 kalau bab2 kek cekelat niii nak tahu sedap ke tak tgk dia mkn kalau bykkkkk tak habes tu tak sedaplah tuuu nak suh juri besor mmg dia tak baper gemor dgn kek manis2 niii, apa pun tenkiuuu buat semua org yg terlibat dgn resepi ni dan mencuba dan untuk diri kita jugak sbb dah mencuba dan menjadi dgn jayanyer ;-) Terima kasih untuk tuan resepi kek ni KOG :-) mintak izin n halal juga resepinyer dsharekan dsini :-) ,

KEK COKLAT

Bahan-bahan

Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair - hana gune myk masak jerk!
1 cawan susu pekat

Bahan C:
1 cawan air panas didih








Cara-cara
  1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
  2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
  3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
  4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
  5. Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
  7. Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)


Tersgt moistnyer ;-) ambik sorang sikit jgn gaduh2 :D

Pulut 2 in 1

PULUT PANGGANG ke PULUT BAKAR? :D
lupa lak nama dia hihihi

Salam kembali bersiaran buat semua org :-),

Ada sedikit kepenatan + Kemalasan lah baru jer siap kemas nii tp ntahlah sejak sejuk2 ni kan rasa sume2 malassssss jerrrr huhuhu... agak2 apa ubat dia eak?? hihihi... Kan dah kata kan hari ni mesti buat makanan yg berasaskan serunding daging semalam tuuuu haaa.... menu yg terkeluar secara automatiknyer mestilah PULUT semalam g pasar carik2 udang sume beli daun pisang yg ala2 dah nak arwah tuuu tp org jual tu bg sume ekekeke... ambik jer lah kan org dah nak bg lg pun bukannyer fresh lagi pun :P alhamdulillah syukran rezeki daun pisang :D Hari ni tak de mood nak main masak2 lahhh nak relax2 jerr dulu :D sapa2 nak ambiklah pulut panggang ke pulut serunding tu ke.. sama jerr versi lain2 :D tp yg paling sedap mestilah panggang2 kan :D..Resepi mana ada resepi buat pulut2 niii kukus mcm biasalah kan pastu guna serunding yg dah siap tu jimat tenaga masa dan elektrik hari ni :D jom makan! :-)


Makan pulut ni part paling sedap adalah yg rentung2 tu haa.. :D



PULUT SERUNDING

Salam Kembali ;-),

KAK FAE!!!! oooo KAK FAE!!! KAK INAHARRR!!! haaaa....bila makan pulut teringat kat akak 2 org ni yg suke buat pulut ekekeke atau yg suke makan pulut dan sume org pun suke makan pulut kan? hihihi... kita sukeeeeeeeeeee mmg makanan yg berasaskan pulut ni jugak :D, sapa2 yg ada semput kita dah sediakan ambulans tuu dgn bekalan oksigen secukupnyer oleh itu jemput makan sume :D hari ni sampai kepetang ngadap pulut jerrr.. :D minatk izin undur diri dulu buat hari ini misssssss u alls!!!!! ;-) hugs!!

Ahad, 22 November 2009

Muffin Cekelat

MUFFIN CEKELAT

Salam kembali!!! hugs!!! hihihi...

Haaa...mcm biasalah kan penyakit jangkit2 ni mmg kejap jer kena td ni g singgah2 kat umah KAK AS NZ tu afda tayang MUFFIN pulak! kita lama tak wat muffin td ni ringankan tgn buat jugak! alaaaa...godek2 jerrrr bukan ssh pun muffin cekelat yg dah byk kali buat dan byk kali jugak org jepu nak tgk laporan kita ni ekekeke... nak carik resepi g carik kat label MUFFIN resepi dr mem besar MyR KAK YANI g carik yaaa.. tgh malas niii nak gosok baju pulak lepas ni pas tu nak kena masak malam untuk sume org dlm umah niii malasssssssssnyerrrr sejuk2 mcm ni keja nak main baring2 jerr kat atas katil nak2 ada teman hihihi... :P seeeee uuuuuuuu ols!!! muaaaaaahhhh!!! :-) salam..


Ambik sorang seketul buat num ptg atau bf eak.. :-)

Daging Masak Kicap Pedas

DAGING MASAK KICAP PEDAS


Salam kembali ;-) wink wink!!

Betul kata KAK UMMI nak hilangkan rindu masak lah masakan mak huhuhu... tenkiu KAK UMMI, dah masak dah hari niii :-) mak kita suke masak daging kicap style mcm ni kita sukeeeeeeeeeeeeeee sgtttttttttttt mmg sedap kan kak ummi kan kan.. ;-) Resepi ni kita ambik kat umah KAK UMMI KUANTAN muaaaaahhhh!!! cayang akak! suke sgt dpt masak mcm ni hilang rindu yg skrg ni tgh rindu rinduan :-) ninja tu pun suke cuma kurangkan pedas lah kan kalau pedas dia tak mo makan :D Resepinyer mintak ijin ya kak ummi dkongsikan kat sini pulak ya tenkiuuuu so mch!!!!! :-)

DAGING MASAK KICAP PEDAS

Bahan: ( 5- 6 orang)
  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk dan Tumis:-

  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...

Jom sume makan kat umah kita :D sunyi lahhh..huhuhu..

Serunding Daging

SERUNDING DAGING


Salam buat semua dhari minggu :-)

Sebelum tu nak ucapkan dulu SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua kawan yg beragama islam tak kira dmana anda berada tika dan saat ini sekeluarga, semoga tahun ni dapat byk daging2 dan tulang2 lembuuuu dgn byknyerrr :D sebenarnyer kita tgh rindu rindu an niiii :-(, biasanyer ayah kita dpt panggilan untuk sembelih lembu2 dan KAMBEN2 tp bukan KAMBEN SI JIYA SEORANG PENGEMBALA ekekeke.... masa tu mesti ramai yg bg hadiah sampingan dan juga upah2 mana yg ikhlas nak bg no charge pun, tp tu laaa....kesian kat ayah kita tu bila dah kena sembelih dapat duit sikit pun dia tetap bg kat ank2 cucu dia walau sikit KITA ni pun dapat! tak kiralah seringgit ke ttp dkongsikan sob sob.. sedih sgt lah, semalam ni pun dgn kadar segera telepon mak kita yg skrg ni kat mekah, akak long kita bgtau sejak sampai ke tanah suci tu AYAH kita tak pernah berenti bertanyerkan pasal kita :-( sedih tak? kalau kita mmg sedih lah semalam kol pun mak ayah tgh batuk2 tak sihat 26hb dah nak buat ibadat tanggungjawab yg sgt berat yer la dah tua tuuu.. huhuhu... kalau dah tepon HARUS ada nangis2 niii... alaaaa....mesti ada org kata ika ni mcm mak dia sorang yg g mekah TAPI kat sini bukan itu persoalannyer kes setiap org lain2 kan nak2 ayah kita tuu BUAT2 sihat walau tak sihat sbnrnyer dah lah dah setahun lebih tak balik walau cuma seberang jerr DAN kat umah kita ni dah phm sgt perangai ayah kita kalau kata mcm tu dah cukup buat satu keluarga kita takut.. ntahlah... sedih bila pkirkan hanya doa ajer yg mengiringi mak dan ayah kita kat sana.. tak dpt nak thn pulak kesedihan kali ni ... hmmmm.... ok.. untuk projek seterusnyer yg kat atas tu biasalah kan nak buat apa lagi ehehe... kita tunggu sok lusa tulat kuar resepi apa ya :D Resepi ni dr KAK AS NZ yg pandaiiiii sgt buat kuih2 masakan traditional niii tenkiuu kak as!! kita suke sedap sgt! tp terhiris nipis sgt lah pulak dagingnyer dah tak nmpk tp sedap! ;-) mintak ijij ya kak as letak kat sini resepinyer tenkiuuuuu!! :-)

SERUNDING DAGING

Bahan-bahan ( Lebih dari 10 orang makan )

  • Sebiji kelapa di buang kulit ari dan diparut (saya guna kelapa kering 500gm)
  • 300gm daging- di hiris halus
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan udang kering-di kisar halus
  • *2 labu bawang besar
  • * 3 ulas bawang putih
  • * sehiris lengkuas
  • *1 batang serai
  • *1 inci halia
  • *6 tangkai cili kering - pedas ikut suka
  • * 1/2 cawan ketumbar
  • Kisar bahan *
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Gula & garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 yang di kisar
  2. Setelah naik minyak dan bau masukkan daging
  3. Masukkan garam gula & air asam jawa, setelah daging empuk masukkan kelapa parut @ kelapa kering
  4. Gaul hingga rata dan agak kering, angkat dan sedia di hidang...
  5. * Jika x suka letak daging boleh juga. Guna kelapa sahaja...bahan2 tetap sama.. Selamat mencuba..

Sabtu, 21 November 2009

Lemon Rosemarry Chicken Grill n the geng

IJAYUJI`s COMBO SET :D

Salam kembali!!!!

Alalalalalala....siannyerrrrr yg dtg kena hirup kuah jerrr ya... td ni haaaa.....baru lepas makan tetiba ninja tu kata kuar!!! org tgh sedap2 duduk nak mengN3 tetiba jer dia kata siap2 huh! rumah tak kemas dapur mcm gempa bumi huh! biasanyer ninja tu mmg mcm tuuuu dia dah siap diam2 lepas tu dia boleh kata siap2!! aaarrrghhhhhhh!!!! tu yg tak sempat nak n3 huhuhu.... ni baru balik terus sambung kerja menaip :D ok tak mo bebel lama2 menu ni dah byk umah buat kan kita pun dulu dah buat TAPI tak buat gravy sbb masa tu bodoh2 lagi ninja tu kata tak de rasa! muahahahaha...skrg ni dah buat lengkap sume dgn gravy kena puji berbesen besen! :D Resepi asal dr JAMIE OLIVER yg ckpnyer tersembur sembur pas tu kita cnp dr umah KAK HANA dan mana2 yg terlibat TERIMA KASIH!!! muaaaaahhhhh!!! Mintak ijin ya :D kita tak leh lama ni sbnrnyer nak belanja brg dapur pulak ngeeeee.. :D Selamat berhujung minggu sume!!!! ;-)

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILL

Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver) Diolah oleh Jeni.

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam/1 ekor ayam
  • 1 biji lemon
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar olive oil
  • Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil>>kita guna fresh rosemarry :D yg botol mahal!!!
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
  • 2 biji tomato atau lebih
  • Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 2 sudu serbuk Paprika - ditambah
  • Kicap Pekat - ditambah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • hana tambah madu 2 sudu besar.




Nuffnang Ads
Cara-cara
  • Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
  • Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  • Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
  • Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
  • Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
  • Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  • Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
  • Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan..bersama mashed potato dan salad. -hana tk wat mashed potato sbb dh byk sgt kentang! hihihi
jom layan gmbr ayam tgh posing mcm2 gaya :D

VERSI TERTONGGENG :D

VERSI TERLENTANG hihihi..

The Geng

Salam dtgh hari sabtu buat semua :-),

Haaaa.... layan gmbr kat bawah ni dulu yaaaa... Semua resepi kat bwh nak mintak ijin dkopipes kan dsini juya ya buat penyumbang2 resepi yg tak lokek untuk berkongsi dan sume resepi kat bawah ni d ambil dr MyR, tenkiuuuu so mchhh!!! u make my life easier eheheh....

SOS untuk STEAK etc

Peyumbang untuk resepi sos kat atas ni oleh PRINCESS HARYATIE @ MyR sedap sgt! memula buat dulu mkn dgn steak TAPI daging steak liat dan ninja tu kata sos sedap tp daging liat mcm selipar jepung! ekekeke.... Tenkiuuu ya princess haryatie ;-),

SOS untuk STEAK

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu kecil biji ketumbar di kisar
  • 2 sudu kecil lada hitam dikisar
  • 6-7 biji badam digoreng dan dikisar
  • 1/2 kiut pati ayam

Cara-cara

  1. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
  2. Panaskan periuk, masukan butter, setelah cair , letakkan bancuhan tepung goreng hingga keperangan.
  3. Cimg1493
    Masukan kacang badam, kuib ayam, lada hitam dan biji ketumbar. Campurkan sedikit air. Gambar biji ketumbar
  4. Setelah masak angkat. Siap untuk disantap
  5. Kuah sos ini dimasak pekat. Sesuai utk mkn bersama steak , lamb chop, chicken chop dan lain2.


MASHED POTATO GRAVY


Dan untuk resepi gravy ni sumbangan dr DAUN PANDAN @ MyR mmg sedap mcm kat KFC lagi sedap buat sendirik tak percaya cuba buat cuma adjust kan kepekatan dia.. stok ayam kita pun dah nak habis ekekeke.... Tenkiuuuu 4 sharing this recipe.. so yummmy!! ;-)

SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.



COLESLAW

REsepi tuk COLESLAW ni pulak penyumbang dr membesar MyR KAK YANI @ MyR, sedap!!! kita yg tak suke dulunyer pun leh suke cuma kita letak mayonis sikit ehehehe... sedap banget! Mintak ijin juga resepinyer untuk dshare dsini ;-)

COLESLAW

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/4 biji kubis
  • 1/2 biji lobak merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
  2. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  3. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  4. Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.
  5. Bahancoleslaw
    Sebahagian dari bahan-bahan yang digunakan untuk resipi ini


MASHED POTATO

Dan resepi ni jugak dr mem MyR KAK YANI @ MyR sedap!!! lemak berkrim ibu yg antu makan menda niii hihihi... mcm biasa jugak mintak ijin kopi resepinyer ya tenkiuuuu!!!

MASHED POTATO

Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu besar butter
  • 3~4 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit parsley-dicincang(optional)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
  2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
  3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
  4. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan.








Jumaat, 20 November 2009

Cendawan GORENG CENDAWAN goreng

CENDAWAN GORENG

Salam kembali n akan kembali minggu depan??? :D

Alhamdulillah! lega haa dapat buat cendawan goreng niiii.. asyik lupa jer bila g supa nak ambik cendawan nii dah tenung2 pun boleh tak ambik jugak bila sampai umah baru teringat ehehe... SEDAP! 1st time makan niii sedap rangup jerrr.. Resepi dr sapa ni??? adeeeeeeeedeeeee.. lupa lagi kak hana tak mention pun lagi sapanyer resepi ekekeke.. rasanyer dak HANA6877 tu lagi kot! apa pun sapa pun yg empunyer resepi ni mmg sedap tp kita adjust sikit ikut keperluan dan sesedap rasa :D.. Tak pun leh g SINI :D kak hana!!!! ni resepi sapa?????? katanyer idea letak kari jer dr MAMAFAMI resepi asal tak tahu :D tp mmg lah kalau buat tenpura pun kita lagi suke letak serbuk kari syedap!!! jom tgk resepinyer!

CENDAWAN GORENG

Bahan-bahan
  • Cendawan tiram secukupnyer - siat2
  • 1/2 cwn tepung kentucky
  • 2 sb tepung gandum>>yg ni kita letak 1sb tepung ubi+1sb tepung gandum
  • 1 sk serbuk kari
  • secubit garam
  • air secukupnyer
  • sambal kicap - utk cicah.
*hana x ltk telur pada batter cendawan nih sbb biasanya telur akan menyebabkan serap minyak, dan lembik@tak rangup bila dah sejuk. nih cara hana, terpulang cara owang lain yer... :)

Cara-cara
  • Panaskan minyak. pastikan minyak betol2 panas utk menghasilkan cendawan goreng yg rangup! dan masa menggoreng api jgn kuat @ slow sgt.
  • Sediakan batter. Campur semua bhn kecuali cendawan. agak2 la yer tahap kecairannya.
  • Bila minyak dah betol2 panas, renjis2kan batter tadi ke dalam minyak. kemudian celur cendawan satu persatu ke dalam batter dan goreng terus hingga keemasan.
  • Angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama sambal kicap jika suka.

Nasi berasaskan AYAM :D

NASI AYAM kurang spesel :D

Salam kembali masih dwaktu dan hari yang sama :D,

Bismillahhirahmanirrahim....duduk2 jgn segan2 ambik sorang sepinggan jerr jgn lebey2 kalau family ramai kongsi 1 pinggan tuuu :D.. siap dah pun nasi ayam kurang spesel kita nii niii.... Malas nak cakap byk, jemput duduk dan makan kalau nak tambah kena g kedai .. Padanan dgn ayam goreng madu kat bawah tu ya, mmg sesuwai!!! Untuk resepi nasik ayam ni kita dah biasa guna resepi dr KAK JUNS11 atau NADIA @ MyR 2 2 tu pun lebih kurang dan sedap!!! itu yg penting! pilih lah nak mana satu ya :D untuk resepi kat atas ni kita guna resepi KAK JUNJS11 ya tenkiuuu kak juns!!! mintak ijin kopipes resepinyer pulak kat sini ya :D,

NASI AYAM SPESEL

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit kicap cair
  • Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.
  • Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • @lebihan air rebusan ayam
  • @1 biji bawang besar kisar
  • @rempah sup
  • @garam
  • @daun sup yg dihiris.

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

SUP AYAM n CARROT

Ayam Goreng Madu

AYAM GORENG MADU

Salam kembali sume! :-)

Haaaa...ni ayam goreng madu paling senang dsiam! ehehe... nak mkn dgn nasik ayam huhuhu...sesekali tukar selera pulak ayamnyer ingat nak wat ayam penyet belum sampai seru lagi sbb kemalasan melampau dgn byk kerja umah nak kena buat :D alasan yg sama :P... Resepi dr sapa ya? sbb kak hana tak mention pun dr sapa maknanyer resepi dak HANA6877 tuu???konpius jap... apa pun resepi ni cnp dr umah KAK HANA.. ehehe.. mintak ijin ya buk resepi yg senang ni tampal kat sini pulak maklumlah otak kita ni dah penuh dgn mcm2 harta jdnyer walau senang kenalah letak kat sini ye tak? tenkiuuuuu!!!

AYAM GORENG MADU

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam yg sudah di rebus dgn sedikit garam - angkat dan toskan.
  • 2 inci halia - parut
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2-3 sudu makan madu
  • 1 sk blackpepper - optional
Cara-cara
  • Perap ayam ngan semua bahan sekurang2nya satu jam.
  • Panaskan minyak. (biasanya hana guna kuali non stick ngan minyak yg sederhana sket)
  • Goreng ayam hingga keitam2an. itam bukan bermakna geseng yer! hihi... tkyah goreng lama2 sbb ayam dh masak! cume nk keringkan bhgn luar ayam tuh jer. bleh juga dbakar menggunakan oven.
  • Enak dmakan dengan nasi ayam atau dratah begitu sajer!


Sila2 ambik kepak kecik yg kat atas tu jerrr yg tgh2 dah dbooking :D hihihi...

PUMPKIN donuts

KABOCHA DONATSU

Salam pagi jumaat buat semua!!! :-)

Wehehe..... yum yum!! jemput sarapan sume tuan umah baru nak makan pagi :D, kok penak banget donut ki thoo! GRACIAS SENORITA HANA! hihihi...:D sapa2 PENUNGGU DONUT boleh buat resepi ni mmg lembutttt dan syedappppp itu yg penting.. ;-) buat stgh adunan tak cukup!!! sedap sgt! warnanyer pun santekkk jerrrrr... Resepi asal dr GERT dan dah diolah oleh MAKCIK HANA KANAZAWA.. arigatouuuuu!!! oishiiiiiiikatta desuyo! akan buat lagi dan lagi dan lagiiii.. TAPI kan nak bgtau donut ni tak naik mcm donut2 lain jenuh ucu nunggu dia nak naik tuuuu betul ke mcm tu kak hana?? ke donut kita jerr yg tak mau naik2??? muahahaha.... tak po bila dgoreng dia akn mengembang dgn sendirinyer dgn syarat ikut step by step insyaAllah lembut.. Mintak ijin ya mbuk hana kopipes resepi yg syedap tuuuuuu kat sini :-) Tenkiuuuuu muaaaaaahhh!! n GERT too tenkiu so mch for sharing this yummy recipe!!

PUMPKIN DONUTS

Ingredients
  • 320 grams flour (a bit more if the dough is too sticky)
  • 2 tsp yeast
  • 1/2 tsp salt
  • 150 grms mashed sweet potatoes - ganti labu
  • 2 tbsp sugar
  • 30 grms butter
  • 100 ml water
For coating
  • Some sugar or cinnamon sugar



No versi geget2 haaa... :D ini versi patah2 :D..

Methods
  • In a large mixing bowl mix all the ingredients together and knead for about 6-7 minutes until you get nice smooth dough. Add some extra flour if it’s so sticky. Cover the bowl with a dry kitchen towel and let it rise for an hour or double it size at a warm place.
  • Punch down the dough and remove onto a floured work tabletop. Roll out the dough to about 1/4" thick and cut the dough out into rounds with a donuts cutter. Gather the snaps and re-roll, then cut out more donuts.
  • Place donuts on parchment paper,cover and let rise for 20 minutes or until they feel light and spongy.
  • Heat oil for deep-frying in a frying pan over medium heat. Slip a few donuts into the oil at a time, leaving enough room for them to expand. Make sure that the oil is not too hot otherwise the donuts will not be cooked.
  • When the donuts are golden brown, turn them over and cook the other side. It takes about 2–3 minutes to cook through. When donuts are done, remove from oil and drain the oil on paper towels before rolling them in sugar.

Khamis, 19 November 2009

Puding Tauhu Laici Strawberry gelatin campur hihihi..

PUDING TAUHU mix wif STRAWBERRY GELATIN halal :D

Salam kembali!!

Tak makan lagi niii haaaa.... keja nak buat cemil2 jerrr :D hihihi... ptg karang baru masak malam sekali :D Haaa..ni xcident yaaaa...sbnrnyer kita nak wat PUDING KUKUS LAICI nehhh tapi kita nak cuba gantikan yg bwh tu dgn PUDING TAUHU nehhh pastu kita ni SENGAL ala2 gonjeng sikit masa nak buat ni yer lah jenis tak sabo tu lah padahnyer :D ehehe.... patutnyer kena keraskan yg strawberry gelatin tu dulu baru nak letak puding tauhu tu kat atas dia TAPI kita buat serentak tu yg bercampur nak tunggu keras sempat keras jugaklah puding tauhu tuuu ekekeke...mmgnyer minah sorang ni sengal.. nak buat mcm mana ya bila dah tuang yg strawberry tuuu kan dia ala2 malu2 nak keras terpaksalah tuang jerrr ekekekek... TAPI hasilnyer jgn tak cayer sedap!!!!!!!!!! kebetulan ada jumpa gelatin halal perisa strawberry nehh byk perisa nanti nak angkut sume perisa bak balik umah sbb sedap! nxt time nak wat lagi dan tak nak ada error2.. sapa2 nak cuba leh lah pilih yg mana satu ya ehehe.... dah kasi linknyer pun :D jom mamam puding pulak cedap!!!! sejukkkkkk jerrrrr.. :D pas ni nak g supa carik ayam! :D


Ambik sorangs sesudu jerr dak kecik kat umah ni suka lah pulak! :D

Cantonese EGG Tart

CANTONESE EGG TART


Salam buat semua dptg khamis malam jumaat :-),

Hari ni tak sedingin semalam tp masih dingin sikit2 jerr perut asyik nak mamam jerr mama CEMIL2 ya bukan nasik! huh! Haaaa!! ni g jalan2 kat umah KAK ZANA malam2 buta ada pulak tart telur niiiii huhuhu.... tart2 ni kita kira antu jugaklah tp telur2 ni kita kurang TAPI oleh kerana TART kita cuba buat manalah tahu terbekenan kat tekak niii.. ehehe... sedaplah! kita 1st time mkn tart jenis telur2 nehh maklumlah tekak allergic ngada2 dgn specis telur2 ni kan ehehe... tp telur dadar telur goreng kita suke :D Untuk resepi ni asalnyer dr CHRISTINERECIPE seronok pulak bila masuk blog christine niii byk makanan sedap2 ehehe.. Tapi kita cnp dr umah KAK ZANA jerr :D tenkiuuu!!! sapa2 yg suka tart leh lah cuba jgn was2 ya hihihi...gerenti cedap! :D


CANTONESE EGG TART

Makes about 10-12 egg tarts (3-Inch Wide 1-1/2-Inch Deep Tart Tin)

Ingredients of crust:
225 gm plain flour
125 gm butter
55 gm icing sugar
1 egg, whisked
a dash of vanilla extract

Ingredients of custard:
3 eggs
110 gm caster sugar
225 gm hot water
85 gm evaporated milk
1/2 tsp vanilla extract

Method (making crust):
1.Place butter at room temperature until softened. Cream the butter and sugar with an electric mixer over medium speed until the mixture is smooth, fluffy and light in color.
2.Add in whisked egg, half at a time, beat over low speed. Add vanilla extract, mix well.
3.Sift in flour in two batches, scraping down the sides of the bowl between additions with a spatula, and make sure all ingredients combine well. Knead into dough. (see picture)
4.Roll out the dough to a 1/2 cm thickness. Cut dough with a cookie cutter that is just a bit smaller than your tart tin in size. Line dough in the middle of tart tins, one by one. Lightly press the dough with your thumbs, starting from the bottom then up to the sides. While pressing the dough, turn the tart tin clockwise/anti-clockwise in order to make an even tart shell. Trim away any excess dough.
Method (making custard):
1.Add sugar into hot water, mix until completely dissolved.
2.Whisk egg with evaporated milk. Pour in sugar water. Mix well.
3.Sift egg mixture to get rid of any foam into a tea pot. Carefully pour egg mixture into each tart shell.

Method (baking tarts):
1. Preheat oven to 200C. Position rack in lower third of oven. Bake tarts for 10 to 15 minutes until the edges are lightly brown.
2. Lower the heat to 180C. Keep an eye on them. Once you see the custard being puffed up a bit, pull the oven door open about 2 to 3 inches. Bake for another 10 to 15 minutes until the custard is cooked through. Just insert a toothpick into the custard. If it stands on its own, it’s done.




Ambik sorang 2 geget jer sbb byk sikit :D