ads/iklan

Rabu, 31 Mac 2010

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Salam kembali masih dwaktu yg lebih kurang sama :D,

Oklah, jgn tanyer kitalah rasa ayam kat kenny rogers tu mcm mana ya sbb mmg kita tak tahu dan tak pernah pergi makan kat situ :D, agaknyer sama mcm kat atas ni kot! hihihi... bila lg nak perasan kan kan kan :D.. SEDAP lah ayam2 panggang mcm ni letak rencah sana sini mmg best! makan pulak bermandikan dgn sos lada hitam ke apa ke mmg xtra sedap n triple terangkat :D Resepi asal dr SHARM1969@MyR tp kita kopipes kat umah KAK HANA jer lah! semalam tido kat sana kikiki.... tk pun leh jugak g kat MyR ya :-).. Mintak izin n halal resepinyer juga d panjangkan kat sini juga, mekaseh!!!

AYAM PANGGANG ala KENNY ROGERS

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Mashed Cauliflower n Sweet Potato

MASHED CAULIFLOWER n SWEET POTATO

Salam kembali :-),

Menu ni pdnkan dgn n3 kat atas tu ya hihihi.... 1st time buat mashed cauliflower dpadankan dgn sweet potato, sedap! tak pernah pulak terpkir nak buat gini, kalau guna brocoli sure jd ijo kan kan kan ekekeke... Mekaseh kak jun jc!! sedap lah! tak yah gravy2 pun dah sedap sbb ada sweet potato tu yg dah manis kan pastu lawankan pulak dgn cis?? erm erm erm!!! tak leh nk turun lerr berat kalau gini ekekeke... Ok kak jun, mintak izin n halal resepinyer mekaseh! kita tabur jugak shreded cheddar :D xtra lemak ni mmg suke banget! hihihi... Tak pun leh g umah KAK JUN JC mcm biasanyer ya :D..

MASHED CAULIFLOWER n SWEET POTATO

Bhn2
  • 1 head cauliflower size sedang
  • 2 biji keledek size sedang
  • 2 sudu besar jus oren
  • 2 sudu besar fresh milk
  • 1 sudu teh serbuk cinamon
  • 4 sudu besar butter - suhu bilik
  • Sikit garam & serbuk lada hitam
  • 5 sudu besar parutan keju parmesan-dibahagikan
Cara2:
Rebus cauliflower dan keledek hingga betul2 empok dan lembut. Kemudian toskan betul, campurkan dgn jus oren, susu, butter,2 sudu besar parmesan, garam, pepper & cinamon mashed atau putarkan hingga sebati ( jadi mcm mashed potato).


Kemudian masukkan kedlm caserol pan tabur lebihan keju parmesan rata2 diatasnya dan bakar dlm 20 min pd suhu 190'C.

Blueberry Cheese Cake, again!

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Salam n selamat pagi sume ;-),

eheheh.... all time fev my ninja yg sorang tuu lah ya, dah kempunan sgt nk makan sbb lama tak buat hihihi...buat semalam ptg tp dah habes separuh :D mmg suke betul dia dgn cis kek ni DAN resepi ni rasanyer the best! mmg sedap sgt2! tp og koslah kan dah ada alter2 sikit.. Thanks ti tuan punyer resepi suke sgt dia punyer tekstur cis tu lembuttt! Resepi asal dr MAJALH MIDI pastu kat dapur KAK ZAI pulak, dapur KAK HANA yg sentiasa panas tu pun ada jugak hihihi.... dan akn ada kat dapur kita jugak :D lagi dan lagi sbb dah ada org yg antukan dgn ciskek ni :D Mintak izin kembali resepinyer ya kak zai mekaseh!! best sgt! n best ciskek ever! ;-) Resepi asal ni guna ceri, sampai jepun jd strawberry, sampai sini jd blueberry hihihi... tak pe lah janji ada ry ry belakangnyer tuuu :D

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - lebih kurang 200g
125 gm mentega tanpa garam - letak 100g

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - letak 150g
1 sudu besar jus lemon- 2 sb

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Topping
Blueberry topping secukupnyer
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air



Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
  8. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
  9. Tuangkan kuah topping hingga habis.

Selasa, 30 Mac 2010

Pizza Ayam

PIZZA SUKAHATI :D

Salam kembali :-) masih dhari n waktu yg sama :D,

Haaaa..satu lg menu malas! :D budak2 yg letak topping ni sume dgn pemerhatian n speaker dr kita jerr hihihi.. yg ada olive tu kita punyer lah kan yg laen2 dia org yg letak since dia org ni kan kalau mkn pizza suka sgt umpil2 kuar sayur2 tu nak2 yg ijau tuuu jdnyer biar dia org letak topping yg dsukai mcm biasalah kan topping sosej, jagung dgn cis jerr ehehehe.... Kita lak mcm biasalah mmg peminat vege jdnyer sayur jer lh alat2 :D Untuk Resepi kita ambik kat MyR dr MINAMI san, cuma kita gnti dgn olive oil jerr :-).. Mintak halal n ijin juga resepinyer ya minami san, mekaseh!! byk kali jugak guna resepi nii jdnyer ni ulang tyg lah ya ntah yg keberapa kali tak tahu ekekeke...

PIZZA AYAM

Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )

  • 200 gm tepung roti
  • 1 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu susu tepung
  • bhn2 utk topping
  • ** 2 keping dada ayam
  • ** 2 ulas bawang putih
  • ** serbuk lada sulah
  • ** mayonis
  • ** sos cili dan sos tomato
  • ** cheese
  • ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
  • ** black pepper


Cara-cara

  1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
  3. utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
  4. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
  5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!


Sebelum tabur cheese :D

Donut Berlin

DONUT BERLIN @ BERLINER

Salam kembali buat semua :-),

Mintak maaffff sgt2 tak dpt nak mengupdate n3 terkini sibuk sikitlah sejak2 budak dah cuti sekolah ni kan, pastu byk benda yg nak kena buat lepas ni, lagiiiiiilah sibuk huhuhu.. Mekaseh yg sudi tggl mesej n jejak kat cbox tu ya, sayang sume!!! :-) Kita masak2 pun malasnyer nak menaip sbb kalau dah menaip ni mau 2 jam depan lappy huhuhu... Kita n family sihat2 jer alhamdulillah.. Harap sumenyer pun sihat2 juga ya ;-).. Ok ni bf pagi ni, hari ni menu roti2 jerr malas betul nak masak berat2 gitu :D Kali ni buat donut ikut resepi KAK HANA kat dlm buku apa ntah! lupa pulak ehehe... DONUT BERLIN sepatutnyer donut ni sumbat jem dlmnyer tp kita ni tak de penyumbat yg leh cucukkan kat donut tuuu ekekeke... kita buat jer lah bulat2 biasa tuu nak makan ngan jem belah jer tgh selet jem abis citer! hihihi... Rasanyer lama sgt dah kita tak wat donut sbb malas punyer pasal ni pun td abang mintak topping cekelat mama malas sgt lah abg lenkali jer lah ya ehehe... KAK HANA!! mintak ijin n halal resepinyer ya :D.. Nanti kalau free bukak YM k ada berita terkini hihihi... Untuk yg dtg ke sini insyaAllah free nanti kita buat balas kunjungan mekaseh sume :-)

DONUT BERLIN @ BERLINER

Bahan-bahan
  • 500g tepung roti - tpg gandum pong boleh
  • 20g yis kering
  • 295ml susu segar suam
  • 50g gula
  • 6g garam
  • 25g butter
  • 25g shortening
  • 50g kuning telur
  • 1/2 sk parutan kulit lemon
  • esen vanila - tk ltk sbb dh ade lemon
  • Filling - ikut suka
Cara-cara
  • Campurkan yis dan juga susu segar suam. Ketepikan. Biarkan yis kembang lebih kurang 40min.
  • Gaul tepung, gula, garam seperti breadcrumbs. Masukkan butter dan juga shortening. Gaul lagi.
  • Lobangkan bahagian tengah doh.. Kocok2kan kuning telur dan tuang ke dalam tepung. Kacau rata. Tuang campuran susu dan juga yis yg dh kembang td sedikit demi sedikit. Uli.
  • Masukkan pula esen vanila dan juga parutan lemon. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan elastik.
  • Kaedah lain - Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. dan tekan menu Dough. On kan tunggu sehingga siap.
  • Tutup doh tadi dengan kain lembab atau cyling film, perap hingga naik dua kali ganda. Doh nih mudah naik, so tak amik masa lama sgt.
  • Tumbuk2kan doh. Bahagikan kepada bulat2 kecil lebih kurang 40g setiap satu.
  • Naikkan doh skali lagik. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. dan sejukkan.
  • Sadurkan donut ke dalam gula halus dan tekan sket agar donut leper sedikit.
  • Inject@paipkan filling ke dalam donut.
  • Siap utk dihidang.

Sabtu, 27 Mac 2010

Nasi LEmak Kukus

NASI LEMAK KUKUS

Salam kembali ;-),

Akhirnyerrrr! hah! baru puas hati lama benor tak makan nasi lemak ni gara2 teringat kalau mkn sure bertambah tambah tambah hihihi... tak pe dah seminggu tak mkn nasik niii mkn pun ala2 segan gitu kan jdnyer hari ni kita balas dendam untuk minggu yg lepas ni ya ekekeke.... NASI LEMAK KUKUS, sedap! buatnyer tak lah payah tp renyah sikit jerr, tak byk pun sikit jerrr :D rasanyer lg sedap dr tanak biasa cuma malas dgn tak jer lah kan :D Sblm ni kita pun dah pernah buat jugak nasi lemak kukus cuma lain resepi jer kali ni ambik resepi kat umah KAK HANA dan resepi asal kat umah KAK ZURA.. Bau2 serai daun pandan sedapnyerr! mmg keja nak menambah jer lah kalau makan :D, wahai kakak2ku sekalian ijinkan n halalkan resepinyer juga ya mekaseh!! lebiuuuu!!!

Alkisah jugak nak selitkan kat sini jugak, kita semalam ni masa sedang sibuk ber FB jengah2 profil kwn tgk2 gmbr kwn tup tup terjumpa sorang kwn satu sekolah ni lah, kita jarang bertegur sbb lain aliran tp bertegur jugak lah kan kalau tanyer2 gitu ehehe... skrg ni rasa rindu pd semua kwn2 sekolah sama ada yg se aliran atau pun tak sbb bila dah ddk jauh ni rasa sunyi jerr bila imbas balik waktu sekolah tersenyum sorang2, mekaseh yer SITI NURIZA SALEH hb dia pun sekelas dgn kita dulu ehehe... tu yg xcited + tak percayer gitu.. Mekaseh ya iza add kita semoga hubungan persahabatan ni pulak kekal kat sini insyaAllah.. :-) Panjang sudah tajuk nasi lemak kukus hari ni hihihi...Ni resepinyer ;-)

NASI LEMAK KUKUS

Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmathi (direndam 8-10 jam) - hana gune beras thailand
  • 4 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 biji kelapa
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan


Cara-cara
  • Beras yang telah direndam dicuci bersih dan toskan airnya. Bawang merah, bawang putih dimayang. Halia dihiris memanjang. Serai dititik. Santan diambil patinya sahaja.
  • Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam loyang kukusan yang dialas dengan sehelas kain kasa ataupun kain net. Terlebih dahulu didihkan air kukusan. Kukus beras selama 40 minit dan kemudian keluarkan beras dari kukusan dan dibubuh di dalam besen kecil dan curahkan air panas dalam 1 pot tin susu. Kacau sehingga airnya meresap ke dalam beras. Kukus semula selama 1/2 jam. Selepas 1/2 jam keluarkan semula beras dan arun dengan santan pekat dan bahan-bahan yang lain dan kukus lagi sehingga nasi benar-benar lembut dan masak.
  • *jika tidak memasukkan biji-biji halba kita bolehlah merendamkan halba dan diambil airnya sahaja dengan cara meramas-ramaskan halba tersebut. (Ini adalah kaedah orang-orang terdahulu di Johor Bahru kerana biji-biji halba yang terdapat pada nasi yang telah dimasak nampak tidak berapa molek)
  • Nasi lemak ini sedap dihidangkan bersama sambal tumis, rendang atau ayam goreng berempah, telur dan mentimun.


>>Kak mimi!!! ni gmbr seasoning yg dcampurkan dlm ladna.. ada tak kat sana? ehehe...

UNTUK MESEJ PULAK, akn buat balas kunjungan bila free nanti insyaAllah sibuk sikitlah cuaca dingin jer niii dr semalam :D alhmdulillah sejuk sikit :D. HAPPY WEEKEND SUME!!! ;-)

Sambal Udang

SAMBAL UDANG

Salam sabtu buat semua ;-),

Sowilah eak semalam byk sgt tragedinyer huhuhu.... tak mo citer lah, tp yg pasti bukan 1 2 perkara yg terjadi ni 3 4 perkara sekali nak jd tragedi semalam nii hihihi... dasyat sungguh kan tuan umah ni bila buat semua tak menjadi hihihi... Ok lah, weekend2 gini sunyi jerrrr kan, kita pulak tak kuar jalan2 sbb nak tgk lumba2 dulu, ni dah season melumba jerr mmg weekend jarang kuarlah nmpknyer huh! Kena temankan ninja tgk tv ekekeke... bulan depan kat mesia tau!!! HARUS tgk! :D ok lah kita jrg letak menu2 gini kat sini kan? bukannyer aper dah biasa sgt org buat kan? malah lagi pandai dr kita :D kita ni masak main2 jerr, jdnyer semua org mmg dah terrer ;ah masak sambal udang gini cuma yg best dgn tak best bila kena lada kering yg agak2 kusam gitu yg tu mmg membantutkan mata nak pandang :D tp lada yg mak kita pos ni pulak terlebih sudah merah dia! langsung tak edit tau gmbr atas tu gitu lah dia kaler asal nk makan pun seram jer! ehehe... ok tgk n3 atas pulak ya :D ada sebab kenapa kita buat sambal udang ni jeng jeng jeng!!!


Jumaat, 26 Mac 2010

Ladna

LADNA

Salam kembali sume! :-)

Hari ni dr pagi sibuk sikit sibuk bukak sume tingkap hihihi... angin pagi ni kuat betul tu yg tak nak lepaskan peluang kasi angin tu lepas masuk dlm setiap ruang umah nii kalau tak mcm berhaba gituu kat ceruk2 umah ni ehehe.. ok, satu lg menu yg sgt2 popular kat negara gajah atau pun land of smile :D.. Yg ni mmg lah fev kita tak kiralah hari2 mkn pun tak pe mmg sedap, 2 menu ni yg jd kegilaan kita sampai skrg somtam dgn ladna.. Ssh nak carik betul2 yg ori resepi ni tanyer org A dia kata letak sos tiram sos ikan sume tapi bila tanyer org B tak yah letak sume tu just guna seasoning jer seasoning ni dia mcm seasoning maggi baunyer lebih kurang jer rasa dia tp mmg sedap letak tu kat mesia tak de jual rasanyer.. kalau kat utara mungkin ada dia mcm botol kicap tu dia punyer sticker kaler ijau byk brnad lain kaler lah kan ehehe... Hari ni nak share resepi ni sblm ni kita tak berani sgt nak share takut tak kena selera tp dah dedit sana sini ok lah :D Resepi ni kita tanyer maid yg kerja dgn japanese kat tingkat atas nii... dia ni kira pandai masak, japanese food pun dia boleh masak sbb dia dah lama berkhidmat dgn family ni, satu jer yg kita tak suke sgt sikit jerr kalau ckp tak leh berenti! ssh betul nak potong ckp dia huh! ok jom tgk resepinyer :D

LADNA

Bhn A
  • Sepeket Kue teow >>kita guna kue teow keras kejang tuu hihihi.. itu jer yg halal nak guna mee hoon pun boleh.
  • 4sb Minyak masak
  • 1sb Kicap pekat @ manis

Bhn B
  • 1 cwn Dada Ayam/daging dpotong nipis
  • 3 sb Tepung ubi/jagung>>guna 1sb tuk perap dan 2sb untuk dcampurkan dgn air.
  • 1 sb Maggi seasoning

Bhn C
  • 1 sb Bawang putih yg dcincang
  • 1/2 sk Halia yg di cincang
  • 1 sb Tauchu tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam>>kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 sb Sos ikan /nampla
  • 3 sb Sos Tiram
  • 1 sb kicap cair>>yg ni kita guna brand thai yg biasa digunakan utk buat ladna
  • 1 sb gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 sk lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Fresh shitake optional
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur dkocok sedikit
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
  • Minyak utk menumis
Cara2:

Bahan A
Panaskan minyak dlm kuali, masukkan kue teow yg telah drendam dan d toskan, masukkan kicap pekat td gaul hingga warna kicap sekata, angkat dan ketepikan.

Bahan B
Gaulkan 1sb tepung jagung bersama daging td bersama 1sb seasoning maggi sampai sebati ketepikan. Biar terperap lebih kurang 10 min.

Bahan C
Panaskan minyak dlm kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, selepas itu masukkan tauchu dan kacau lagi dan masukkan bahan B kacau sehingga daging masak, masukkan udang atau sotong dan kacau lagi, kemudian masukkan lobak merah, fresh shiitake, btg kailan dan baby corn kacau seketika dan masukkan stok ayam tunggu sehingga mendidih dan masukkan pula sos tiram, sos ikan selepas itu tunggu sehingga sayur lembut dan masukkan daun kailan pula perasakan mana yg kurang dan masukkan telur yg telah d kocok td, dan akhir sekali masukkan 2 sb lebihan tepung jagung yg telah dbancuh dgn air, kacau sehingga kuah pekat, matikan api. Masukkan kue teow yg telah dgoreng td kedalam pinggan dan curahkan kuah td ke atas kue teow yg telah dgoreng td.. sedia untuk dhidang, boleh dmakan bersama dgn lada jeruk atau powderkan dgn lada putih td, selamat mencuba! :-)

Khamis, 25 Mac 2010

Agar2 Koktel

AGAR2 KOKTEL

Salam kembali n akn kembali esok hari insyaAllah :D,

Sana sini puding lah agar2 lah sakit mata sakit tekak! hihihi....Haaa..ni buat td pg, panas2 ni kan mcm dah boring pulak asyik melantak aissssss jerrr kali ni sejukkan tekak dgn agar2 atau puding2 pulak :D ehehe.. Resepi dekat MyR dr HONEY mekaseh ya tuan punyer resepi mintak halal n izin juga resepinyer ;-).. Sedap tp kita tak suke lah mkn agar2 gini jerr mesti nak berkuah walahhhhh.. ini dietnyer ahahahaha... alaaa...mkn sikit jerrrr tak byk pun buat lepas kempunan kan.. kuah dia tu main sembarang jerr tak de sukat2 letak susu cair, tepung kastard dgn gula! hihihi... sedaplah! jom makan! Cuma tang koktelnyer ni yg tak puas hati byk, NENAS jerr yg melambak dlm tuu lain2 cuma cetoet jerr huh! mentang nenas murah huh! tu yg jd kaler dia pun pucat semacam jerrr.. :D nxt time kena guna buah sebijik2 tu baru best :D.. Ni resepinyer kat bwh ni ya :D mekaseh ya puan resepi :-)..

AGAR2 KOKTEL

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.5 liter air(5 gelas)
  • 100ml(1/2 cwn) susu cair
  • 200g gula
  • 1 tin besar koktel
  • 2 helai daun pandan



campakkan laici 4 biji :D

Cara-cara

  1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
  3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
  4. Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
  5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
  6. Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.

Spicy Fried Chicken

SPICY FRIED CHICKEN

Salam kembali sume!! :-)

Ayam ni dah perap dr semalam jdnyer mmg xtra sedaplah kan hihihi... Sedap! kids pun leh makan sbb kita buat tak pedas sgt ehehe tp mmg laku ;-) resepi asal kat umah kak JUN JC.. mekaseh kak jun!!! budak2 suke!! mak budak pun lg lah suke dtg ank2 makan berselera gitu.. bdk2 ni kan tak ssh asal ada ayam dgn nasik kenyang lah dia org ni hihihi alaaa...kalau masak lebey2 tak makan kang cuitnyer sikit membazir pulak kan ehehe... Mintak ijin n halal ya kak jun resepinyer mekaseh!! :-) Leh g kat umah KAK JUN jugak ya :-)

SPICY FRIED CHICKEN

1 ekor ayam potong 8

1 biji lemon atau lime ambil jusnya

1/4 cawan garam kasar

Air ice secukupnya

Campurkan garam dgn air kacau bagi larut, kemudian masukkan jus lemon dan ayam pastikan ayam tenggelam dlm air kemudian simpan dlm fridge selama 1-2 jam. Bilas dan toskan ayam betul2 sebelum di gaul dgn bahan perapnya.

BAHAN PERAP:

1 sudu besar ketumbar

1 sudu besar pes bawang putih

2-3 sudu besar serbuk lada (kurang atau lebihkan ikut kepedasan yg dikehendaki)

2 sudu teh serbuk lada hitam

3 sudu besar sos tiram

4 sudu besar sos ikan/nampla

Gaul semua bahan perap ni dgn ayam rata2 kemudian simpan dlm fridge biarkan perap dlm 2 jam.

1/4 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung jagung/corn starch/corn flour

1/4 cawan tepung beras

1 sudu besar serbuk bawang



Gaul bahan2 ni semua rata2, bila dah sedia utk goreng ayam. Salut ayam dgn tepung kemudian goreng terendam dlm minyak banyak, api sederhana biar ayam masak selama 8-10 min sebelum diterbalikkan dan masak lagi dlm 6-8 min hingga ranggup. Selamat mencuba. (tepung tu kalu tk cukup tambah le lagi ia equal amount setiap satu jenis)

Apple Bread

APPLE BREAD

Salam selamat pagi sume :-),

Satu lg resepi dr umah SHINTA, apple bread.. tgk bhn2nyer pun senang sgt!!!! sikit jer bhn2nyer kita pun apa lglah mlm td mula projek sambil masakkan tuk ninja tu sambik menggulung gulung buat bf hari niii :D roti lagi! tak pe roti mmg sesuwai buat bf atau pun apa2 keadaan sekali pun! hihihi.... tang epal tu letak kaler kuning terlebih sudah! abis tgn sume kuning!.. Sapa2 yg nak try leh try cuma gulungan kita ni tak kemas mcm tuan punyer resepi nii :D tak kisah janji sedap! cuma terlebih bakar pulak dok sibuk tgk tv hihihi... Jemput makan sume!!! Mbak shinta., minta ijin n halal resepinyer sekali lagi tenkiuuuu!!! :-) Resepi asal leh klik kat SINI website jepun. Cnp dr umah KAK SHINTA.. tq!

APPLE BREAD

Bahan :
200 gr terigu protein tinggi
20 gr gula pasir
4 gr ragi instant (saya tambah jadi 5 gr)
20 gr telur (saya pake 1 butir kuning telur aja)
100 ml air hangat (saya ganti 100 ml susu cair hangat)
20 gr margarin/butter
1/2 sdt garam

Apel rebus :
1 buah apel
30 gr gula pasir
2 sdm air lemon

Topping : susu cair atau kuning telur.


lepas bakar sapu mentega then tabur caster sugar sedap!!

Cara membuat :
1. Campur terigu, gula dan ragi instant lalu aduk rata dengan whisker.
2. Masukkan kuning telur, uleni sambil ditambahkan susu/air sedikit demi sedikit. Uleni hingga setengah kalis.
3. Masukkan margarin/butter, uleni kembali. Kemudian baru tambahkan garam. Uleni hingga kalis dan elastis.
4. Istirahatkan adonan dalam wadah tertutup di tempat hangat selama 45-50 menit.
5. Sementara itu buat apel rebus. Kupas apel, iris setebal kurleb 1 cm dan potong sebesar 1 ruas jari. Cuci bersih, tiriskan lalu aduk-aduk dengan air lemon, diamkan kurleb 5 menit. Lalu tiriskan kembali. Selanjutnya :
a. Bila memakai microwave/renji, taburi irisan apel dengan gula lalu panaskan selama 5 menit. Angkat, biarkan dingin.
b. Tempatkan apel pada panci kecil, taburi gula dan beri sedikit air. Panaskan hingga gula larut dan apel berubah warna menjadi lebih kuning.
6. Ambil adonan roti, tipiskan dengan rolling pin sampai setebal kurleb 1-2 cm dan bentuk persegi panjang. Letakkan irisan apel secara merata di atasnya. Lalu gulung sambil dipadatkan (seperti membuat roll cake).
7. Potong gulungan tersebut (dengan pisau atau scapper) setebal 4-5 cm. Letakkan masing-masing potongan di dalam loyang yang telah dioles margarin, dan atur jarak antara satu dengan yang lain karena adonan akan mengembang. Atau bisa juga pada paper cup kecil, kalo mau satu-satu aja.
8. Diamkan lagi selama 15 menit. Lalu olesi topping.
9. Panggang pada suhu 180 C selama 30 menit.

UNTUK ALIH BAHASA nanti lepas free sikit kita update.. :D tak pun leh g kat link tuk resepi asal tu kat SINI

Rabu, 24 Mac 2010

Microwave Banana Puding

MICROWAVE BANANA PUDING


Salam dtgh hari sume ;-),

PISANG?? kita akn carik resepi pisang yg menarik sbb kita suke pisang suka bau pisang yg ekna bakar atau kukus atau apa2 lah bau yg kena masak ni tp bukan bau pisang fresh yg tu kita tak suke tapi kita suke makan pisang hihihi..... Pg td jalan2 kat umah IJAN ada resepi baru ni! nmpk sgt menarik, dlm dok berblogwalking kita nyambil2 buat benda ni lah! punyer lah tak sabo! sedapppp sgt! suke rasa pisang! Sapa yg nak mencuba mmg dgalakkan mencuba cuma kuantiti gula tolong kurangkan ikut kemanisan pisang sbb kalau ikut kan resepi tu suh letak 100g rasanyer mmg dah manis tahap kena kencing manis hihihi... kita kurangkan pd 70g nice sgt! leh mkn dgn cekelat n sekrem lagi! mmg best dessert ni.. Mekaseh ijan atas resepi yg mabeles ni.. ;-) Mintak ijin n halal resepinyer n resepi asal dr BBC Goodfood Magazine n kita cnp dr umah IJAN tenkiuuu!!!

MICROWAVE BANANA PUDING

Adapted from BBC GoodFood Magazine, April 2010 pg.38

  • 100 gram butter, softened
  • 2 ripe bananas
  • 100 gram muscovado sugar (I used normal sugar. It was a bit too sweet for me. I would reduce the amount next time)>>kita letak 70g gula biasa tu jer
  • 100 gram self-raising flour (I used normal flour)>>sama, dan jugak tmbhkan baking powder dlm 1/2sk
  • 2 tsp ground cinnamon (I reduced to 1 tsp)>> secubit jer :D
  • 2 eggs (I replaced with Egg Replacer Powder)>>letak sebiji dah ok :-)
  • 2 tbsp milk
  • icing sugar, toffee sauce, and ice cream to serve, if you like ( I used ready made vanilla cream)

Taburkan cocoa powder pastu tuang cekelat n letak sekrim vanilla mcm yg dsuggestkan, walahhhhh! enak banget! hihihi..

METHOD:
  1. Put the butter in a 1-litre baking dish and microwave for about 30 secs-1 min until melted.
  2. Add 1 1/2 mashed bananas, sugar, flour, cinnamon, eggs and milk. Mix together well.
  3. Slice the remaining banana over the top, then return to the microwave and cook on High for 8 mins until cooked through and risen.
  4. Serve warm, dusted with icing sugar, if you like, with a drizzle of toffee sauce and a scoop of vanilla ice cream.
Cara2 dia ni kita cairkan butter then campur sume bhn :D xtra cepat hihihi...

Roti Kismis Nestum Gebu

ROTI KISMIS NESTUM GEBU

Salam n selamat pagi sume! :-),

Hihihi.... buat roti ni kan dah 2 kali semalam dgn semalamnyer :D sbb buat stgh adunan tak cukup! jdnyer semalam ni buat lagi :D sedap tau lembut pastu rasa raisin tu pun sedap pastu ada bau2 nestum yummmy sgt! NEstum ni dpt idea dr ROSS ehehehe tp guna nestum yg ori jerr bukan yg 2 in 1 ke apa tu. kismis pulak mmg sajer buh terlebih lebih gitu sedapnyerrrr!! lembut pun ya jugak ;-) Resepi kat umah CMG n resepi asal dr SHINTA org seberang niii ;-).. Mintak ijin n halal resepinyer ya :-) mekaseh!!

ROTI KISMIS NESTUM GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee)>>kita guna separuh shortening n separuh butter
50 g kismis
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti
>>kita tambah 2sb nestum





CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
  3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...



Yg ni guna loaf tin buat hari isnin petgnyer lepas n3 ni publish hihihi..lembut!!

Selasa, 23 Mac 2010

Cendawan Goreng

CENDAWAN GORENG

Salam kembali n akn kembali esok hari insyaAllah :-),

Cemil2 tuk ptg niii rasa lapo lah pulak hihihi... semalam dah beli cendwan ni kan kalau simpan lama2 dia meresap air dah tak sedap! Dah buat dulu nii tp lupa lg lah resepi sapa tp yg pasti ada nama KAK HANA dan nama MAMAFAMI hihihi... yg pasti mekaseh!!! for sharing!! Kita cnp lagi resepi yg senang sgt ni ya hihihi... jemput makan, sekali makan jer ni tak de simpan2 :D

Updated>>resepi asal dr MAK CU MAMAFAMI, mekaseh ma bgtau! kita ni kdg lupa betullah hihihi...

CENDAWAN GORENG

Bahan-bahan
  • Cendawan tiram secukupnyer - siat2
  • 1/2 cwn tepung kentucky
  • 2 sb tepung gandum>>yg ni kita letak 1sb tepung ubi+1sb tepung gandum
  • 1 sk serbuk kari
  • secubit garam
  • air secukupnyer
  • sambal kicap - utk cicah.

Cara-cara
  • Panaskan minyak. pastikan minyak betol2 panas utk menghasilkan cendawan goreng yg rangup! dan masa menggoreng api jgn kuat @ slow sgt.
  • Sediakan batter. Campur semua bhn kecuali cendawan. agak2 la yer tahap kecairannya.
  • Bila minyak dah betol2 panas, renjis2kan batter tadi ke dalam minyak. kemudian celur cendawan satu persatu ke dalam batter dan goreng terus hingga keemasan.
  • Angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama sambal kicap jika suka.

Mee Hailam

MEE HAILAM

Salam kembali dptg selasa ;-),

Kejap jer dah petang kerja tak habis2 lagi nii huhuhu....mata pulak ngantuk jan citerlah, nak tido kang terlelap terbabas babas ni kang hihihi.... Ok menu mudah tuk lunch hari ni, menu bersama jugak dgn menu budak2 :D Lama jugak dah tak buat mee hailam nii, tu yg terasa nak makan tuu guna mee cintan jer mee kuning tak de lah.. Sedap! guna resepi yg sama dr CMG@MyR maceh cikmat! Mintak izin n halal juga resepinyer tq!!

MEE HAILAM

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.
KUIH JAGUNG BAKAR


Salam n selamat pagi sume!! :-)

Senyum duluuuu ^_____^ hihihi... Kuih bakar ni semalam kita duk tunggu kak ayu abis taip baru kuar n3 ni, bila refresh tgk n3 terbaru kak ayu kuih bakar jagung ni terus tak pikir banyak godeh sana sini mana yg patut :D, taraaaaaa..siap kuih ni malam2 hari :D... Sedap! kita suke lah kuih2 jenis mcm ni makan panas2 tak kiralah janji kerak dia rangup :D... Resepi asal dr KAK CITARASAWAN n kita pulak kopipes dr umah KAK AYU SG mekaseh kakak2 yg baik hati yg nak share resepi ;-) mintak izin n halal ya resepinyer.. :D rasanyer hari ni byk kerja yg nak dbuat :D pastu nak masaka apa trgh hari nanti ni??? Jomlah makan kuih ni dulu :D

KUIH JAGUNG BAKAR

Ingredients:-
500g tepung gandum-saya ayak -(500g plain flour-I sieved)
5 biji telur-(5 eggs)
1 tin jagung dalam tin-(1 can cream corn )
1 mangkuk sederhana gula pasir-saya gunakan 1 cawan -(1 medium size bowl sugar-i used 1 cup sugar)
2 mangkuk santan-saya gunakan 500ml + 130ml-(2 bowl coconut milk-I used 500ml +130ml)
sedikit minyak sapi-(some ghee oil)
sedikit garam-(some salt)
sedikit pewarna kuning-(some yellow colouring)



Ni potong masa panas2 jdnyer dia belum nak keras lg tp jan risau kalau dah sejuk dia cantek kerasnyer ;-)jan ikut kita sbb kita suke makan kuih panas2 dan tak sabo nak potong! hihihi..


Method:-
Masukkan tepung gandum dalam sebuah bekas kemudian campurkan dengan telur, santan, gula, sedikit garam dan pewarna kuning. Kacau adunan sehingga tidak bergentel2. Sesudah itu masukkan jagung manis dan kacau lagi sehingga rata. Sapukan acuan pembakar dengan sedikit minyak sapi. Tuangkan adunan kedalamnya dan bakar sehingga masak-(saya bakar selama 50 minit @ 175C)-terserah nak kerak macam mana.-(Combine flour, eggs, coconut milk, sugar, some salt and some yellow colouring in a bowl. Fold mixture till incorporated and not lumpy. Add in cream corn and mix well. Grease mould with some ghee oil. Pour mixture into moulds and bake till cook- I baked for 50 minutes@ 175C-depends on how well the crisp you want)
Sources:-From resipicitarasawan.blogspot.com

Isnin, 22 Mac 2010

Ayam Percik Lada Hitam

AYAM PERCIK LADA HITAM

Salam Dptg hari buat semua ;-),

Hari ninyer menu ayam ayam ayam ayam hihihi..... Dah masuk list lepas publishnyer n3 tang ayam ni kat umah KAK YATIE US mekaseh kak bg idea tp nak masaknyer baru hari ni, maklum lah list sgtlah panjangnyer :D.. Cuma cara masak tu kita ikut cara kita sbb dah tersilap step ehehe.. apa pun sedap! rasa ld hitam tenggelam sbb kita guna lada kering :D.. kang letak byk2 takut tak leh telan sbb pedas! Ok, selesai sudah makan2 pasni nak g menggosok dgn susun baju yg menggunung kat dlm almari, ni lah tabiat buruk kita yg tak leh ilang sgt nii.. lepas gosok baju sume kita liat betul nak susun kat dlm gerobok sampaikan baju dlm almari habis! Si abang pulak siap perli, Mama, nape baju tak de dlm gobok ni?? hihihi.. alaaa...nanti lah mama susun hihihi... Ok, jemput makan sume! Resepi asal dr KAK HANIELIZA mekaseh ya kak n cnp dr umah KAK YATIE US mekaseh jugak kak yatie.. Mintak izin n halal resepinyer ya :-)

AYAM PERCIK LADA HITAM

Bahan-Bahan
1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
2 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam dan gula

Bahan Kisar

1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai



Cara-cara
  1. Bersihkan ayam.
  2. Masukkkan semua bahan2 kisar dalam kuali dan biarkan mendidih.
  3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
  5. Masakkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
  6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.

Apam Mekar

APAM MEKAR


Salam n selamat pagi sume :-),

Mulakan pg anda dgn senyuman ^_________^ yg leborrrrr n sekembang apam kat atas nun :D.. Alhamdulillah semalam dah settle sume urusan kat sepital n org yg kena inject pun tak de apa2. Mekaseh yg dtg singgah, n semalam tak leh lama sgt ber OL sbb bz kemas brg carik2 buah tgn nak dbawak ke jepun nanti ni.. adooiiii yaiiii... ssh nak mencarik buah tgn tuk org jepun ni kena cek harga, cek berapa gram huh! naik krem kaki duk berdiri jerr... Kita org ginilah setiap kali balik jepun buah tgn mmg HARUS ada pastu payah sikit nak pilih yg mana, nak2 ada penasihat mak ninja tu kang itu tak kena kang rega mahal kang sikit sgt gramnyer.. bygkan jer lah ada 4 jenis buah tgn yg berlainan pastu setiap 1 jenis tu kena beli 20 pack???!!! huh! mana kita org nak letak baju2 kita org ni sume nanti sbb beg sume penuh dgn buah2 tgn ni sume... Tp tu lah, kena beralah dgn org tua ni kan dpt pahla :-) tp jgn monyok2 kang kurang pahle walau tolong sekali pun :D.. Kita ni tak kesah tp tu lah baju ni yg payah sikit huhuhu...
Ok, balik pd citer atas ni lah kan, sana sini mengAPAM kita pun nak mengapam jugaklah! semalam ni tgk kat umah KAK HAZILA dah buat aduhaiiii jeles sunguh mekar setaman jerr kak zila punyer kita pun apa lg malam2 tu jgk memekak dgn mixer hihihi...dan hasilnyer walau penat kembang mekarrrrrrr sgtttttt :D.. Mekaseh kakak2 sume yg dah buat apam ni n segala specis apam ni ya.. Yg kat atas ni resepi dr KAK ROSSITAMZ@MyR, mekaseh! Resepi ni dambil dr dapur KAK HANILIEZA, GEBUS dan LEMBUT tp kita tak de kelapa parut kita letak inti dlm dia :D.. Mcm biasa mintak ijin n halal resepinyer kak ita tenkiuuuuuu!!!!

APAM MEKAR

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik ) >>Kita buat 1/2 portion
  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya



Sbnrnyer buat guna acu lompang tu tp dah malam + penat + Ngantuk terus guna cup yg besar sikit terus abis! hihihi...

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

Ahad, 21 Mac 2010

Thai Manggo Sticky Rice Puding

KHAO NIAOW MA MUANG


Salam minggu buat semua ;-),

Maaf ya semalam tetiba kena serangan bendera jepun terus tak de mood n ada tragedi sikit semalam ni yg buatkan terus meneruss tak de mood, mana yg tggl mesej jap g kita balas kunjungan ya sbb jap g nak g sepital, ada 2 org budak yg nak kena inject hihihi... Dah lama teringin nk makan pulut style mcm ni, kat luar sana kat mana2 shopping mall mmg byk jual pergi kat bhgn dessert dia TAPI kita ni ntahlah payah sikitlah nak suh mkn kat tempat2 mcm tu, tak tahu kenapa cam ntahlah! hihihi... Dulu pernah nmpk KAK AYU sg buat ni dan carik2 kat internet tak ssh buatnyer tapi mmg best! kalau ada durian leh gantikan durian juga ;-).. Jdnyer, semalam ni sempat juak mengukus pulut niii n sajer kalerkan dgn kaler ijo sbnrnyer tak de pun kaler maler ni hihihi... ok ok....Khao Niaow Ma Muang maknanyer Khao Niaow>>Pulut dan Ma Muang>>Manggo ehehe.. mari belajar bahasa thai.. :D Resepi ambik kat thaifood.about macam biasa, ok, nak kemas n siap2 g sepital harap2 org baju merah hari ni tak lah menyesakkan jalan huh! Selamat jalan2 sume :D

Prep Time: 10 minutes

Cook Time: 25 minutes

Ingredients:

  • SERVES 3-4
  • 1 cup Thai Sweet Rice (also called 'sticky rice', available at Asian food stores)
  • 1-2 ripe mangos, cut into bite-size pieces (for more on mangos, see below)
  • 4-5 Tbsp. palm sugar OR brown sugar
  • 1/4 tsp. salt
  • 1 can good-quality (thick) coconut milk
  • water (for boiling or steaming the rice)



Preparation:

  1. Soak the rice in 1 cup water for 20-30 minutes, OR up to 4 hours.
  2. Do not drain the rice. Simply add 3/4 cup (more) water, plus 1/4 can coconut milk, 1/4 tsp. salt, and 1 Tbsp. brown sugar. Stir this into the rice.
  3. Bring to a gentle boil, then partially cover with a lid (leaving some room for steam to escape). Reduce heat to medium-low (#2.5 on the dial).
  4. Simmer in this way for 20 minutes, or until the coconut-water has been absorbed by the rice. Turn off the heat, but leave the pot on the burner with the lid on tight. Allow to sit for 5-10 minutes. (For step-by-step instructions (with pictures) on how to do this, see my: How to Cook Sticky Rice.
  5. To make the sauce, warm (do not boil) the rest of the can of coconut milk over medium-low heat (5 minutes). Add 3 Tbsp. sugar, stirring to dissolve.
  6. Taste-test the sauce for sweetness, adding more sugar if desired. (note that it will taste less sweet when added to the rice).
  7. Add scoops of rice (portion out 1 scoop per person) directly to the sauce pot and stir over low heat, gently breaking apart large lumps, but leaving smaller lumps/chunks). Now add the mango pieces and gently stir until everything is warmed through. Portion out into serving bowls, making sure everyone has equal amounts of rice, mango, and plenty of sauce. Enjoy!

Sabtu, 20 Mac 2010

Kuih Keladi (o-kuih)

KUIH KELADI @ O-KUIH
Yg ni dah dgoreng sedikit cdgn dr lydia nak lg sedap mmg sedap!

Salam sabtu sume :-),

Since hari ni org baju merah yg sememangnyer kurang kerja dia org nakbuat demo lg, jdnyer jalan2 yg nak dtutup nanti ni termasuk jalan depan kondo ni haaa..huh! mmg men spoil kan betul hari2 minggu org.. Td ni g pasar dpt carik udang dgn sotong nak beli ikan konpius lagi ekekeke... Dan kuih ni ptg semalam dah buat sbb beli keladi semalam ni lah elok lah pulak tu keladinyer! kenyal2 gitu berkanji kata org kan? sedap! jdnyer menu hari ni menu keladi2 belaka hihihi.... Resepi dah lamaaaaa sgt masuk list baru hari ni tercapai hajat nak buat huhuhu... punyer lah lama peram resepi nii, sbb nyer buat nmpk KAK CM KAK HANA buat kek lobak putih tuuu dia lebih kurang jerrr cuma bhn utama lain yg lain2 tu lebih kurang jer sama.. yg ni kita letak santan sbb dulu ada chinese fred dia punyer resepi lgggg senang just guna santan keladi dgn tepung beras.. tp tak mintak lah dia punyer resepi dgn detail lg nanti nak tanyer dia lagi resepi dia tu sbb masa mkn kat mesia sedap sgt! yg ni pun sedap berempah cuma untuk 5 spice tu kita tak masukkan kurang suke kalau kukus2 ni letak rempah tu hihihi.. Untuk resepi rujuk kat MyR dr LYDIA@SKYBLUE, mekaseh lydia! cam biasa i cnp dr MyR thanks!! SKYBLUE @ LYDIA MyR leh klik situ.. Mmg sedap! kita ni thp pemalas makan dgn sos cili jerr hihihi.... Selamat hujung minggu sume!!! hari2 minggu ni n3 slow sbb byk luangkan masa dgn ninja n kids :D.

KUIH KELADI @ O KUIH

Bahan-bahan ( 9" )

  • Bahan-bahan untuk bancuhan:
  • 170g tepung beras
  • 40g tepung ubi (tapioca)
  • 500ml air
  • 1 sk garam
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk 5-spices (boleh lebih sikit jika suka)
  • 1/2 sk serbuk stok ayam
  • Bahan-bahan lain:
  • 300g Keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 50g Udang kering, direndam dlm air dan toskan
  • 5 biji bawang kecil, dimayang
  • 2 sb minyak masak
  • 1 biji cili merah (optional)
  • Daun sup / ketumbar (optional)


Yg ni baru lepas kukus nak goreng dgn sikit minyak just guna minyak gorengan bwg, powderkan dgn tepung gandum then goreng cam biasa tu..


Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras. Keluarkan dan diketepikan.
  3. Masukkan bawang kecil kedalam kuali yang sama, jika perlu, tambah sedikit minyak. Goreng bawang kecil sehingga garing.
  4. Keluarkan bawang bersama separuh minyak dan tinggalkan sedikit minyak didalam kuali. Bawang tadi di letak dlm mangkuk kecil berasingan.
  5. Masukkan udang kering ke dalam kuali, goreng sehingga perang. Masukkan bancuhan (1) sambil kacau.
  6. Masukkan keladi tadi ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.
  7. Keluarkan (6) dari kuali dan masukkan ke dalam acuan dan rata-ratakan permukaan. Stim selama 30-40 minutes.
  8. Biar sejuk sedikit sebelum dihidangkan degan cili, bawang dan daun sup.
  9. Note: - Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau panas2. - Potong 1" tebal, salut degan sedikit tepung gandum dan goreng degan sedikit minyak sehingga garing... sedap dimakan dgn sambal.

Jumaat, 19 Mac 2010

Egg Benjo Blackpepper

EGG BENJO BLACKPEPPER

Salam kembali sume ;-),

Uwaaaaa..dah ptg dah kejap jerrr..huhuhu... ni td lmbt sikit lunch sbb kena g kuar dulu carik makanan ikan sbb esok dia org nak buat demo lagi byk jalan tutup.. kita lah yg jd mangsa niii huh! tak pe isteri mithali lah katakan hihihi... EGG BENJO BLACKPEPPER ni inspirasi dr KAK SHEILA mekaseh kak bg idea ni, sedap sgt! walaupun guna telur ajer tp dgn sos blackpepper yg buat burger prosperity tu mmg kena! Ni lah sebab kita buat roti burger lagi sbb nk makan benjo ni lah :D letak lah salad byk2 telur tebal2 letak cis lagi weeeeee..kenyang betul! pastu lawankan dgn BRUSCHETTA, walahhhh! cukup kenyang :D tuk benjo ni mana ada resepi kan guna telur dan ikut kretiviti masing2 cuma tang roti terpulang nak beli ke buat sendirik kat sini kena buat huhuhu.. dulu ada tanda halal roti yg kita beli ni skrg dah tak de tu yg tak leh beli lg sbb kena tarik balik halal tu mungkin penggunaan shortening tu lah.. :-( ssh nak jumpa yg halal n boleh dmakan ni sumber yg dia buat ni guna shortening pastu shortening ada yg dr haiwan n sayur yg tu dia tak tulis.. Jemput makan ya.. hihihi.. kenyang betul.. Mekaseh kak sheila tuk idea tu ;-)
Untuk blackpepper sauce leh rujuk kat n3 MY HAPPINESS BURGER ya :D

Tak leh gigit kena ambik pisau steak nak kena mkn nii hihihi... koyak kang mulut :D jemput makan!!! :-)

Grill Bruschetta

GRILLED BRUSCHETTA

Salam kembali!! :-)

Ni makanan sampingan selain burger benjo tu td, terliur tgk kat umah along dgn kak hana huhuhu.... kita mmg suke dgn BRUSCHETTA niii pastu kita lagi suke makan gitu jer ala2 salad gitu n lagi satu kita suke bakar n letak cheese..walahhh! mmg enak banget! suke sgt tomato masak jenis mcm ni letak oregano wawawawa..... sedapnyerrr!!! Ni resepi dr umah KAK HANA n ALONGROZZ.. MACEHHHHH kakak2ku sekalian.. mintak ijin n halal resepinyer ya ;-)

BRUSCHETTA

Bahan-bahan
  • Roti perancis
  • 3 biji tomato - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • pepper @ blackpepper
  • garam
  • minyak zaitun
  • daun parsley@ daun basil - cincang
  • keju mozarella atau apa2 keju yg sedap (optional)
Bahan-bahan
  • Panaskan minyak zaitun dalam dua sudu besar. Goreng bawang putih hingga keperangan. Angkat dari api.
  • Tuang ke dalam tomato yg telah dipotong dadu tadi. Masukkan juga bahan2 lain seperti garam, pepper@blackpepper dan daun parsley@basil. kacau sebati.
  • Potong roti dan sapu roti dengan minyak zaitun. Bakar@toastkan hingga keperangan. Angkat.
  • Letakkan tomato tadi ke atas roti dan sedia utk di ngap!
  • Jika ingin makan dengan cheese, tambahkan cheese di atas tomato dan toastkan lagi 5 min atau hingga cheese cair atau dimakan begitu sajer.
  • Bleh ditambahkan madu dlm tomato jika suka.


Soft Tender Burger Bun

SOFT TENDER BURGER BUN

Salam kembali ;-),

Roti ni dah buat semalam sbb menu hari ni adalahhhh??? hihihi.. tunggu dulu belum masak lagi tp mestilah burger2 kan :D Kali ni cube resepi dr umah KAK JUN YUMMYLICIOUS yg sentiasa yummy2 masakan yg ada kat sana :D.. Kak jun dpt resepi ni kat internet, 1st time nmpk kak jun letak recipe ni tak leh nak phm naik juling biji mata kita :D bila kak jun dah edit kepada bahse yg lebih senang dfahami BARUlah kita buat hihihi... Maceh kak jun! LEMBUTTT melampau tuuuu ehehe... Mintak ijin n halal ya kak jun resepinyer, macehhh! muaaahh! :D leh g umah KAK JUN jugak ya ;-) n sajer letak bijan belang2 gitu :D ngeeee...

SOFT TENDER BURGER BUN

Ingredients:
  • 1 Cup warm water
  • 1 Tsp sugar
  • 1 Tbls. dry yeast
  • 3/4 Cup warm milk
  • 4 Tbls. sugar
  • 1/4 Cup shortening - Melted
  • 1 1/2 Tsp salt
  • 4 Cups Bread Flour, Reserving ½ Cup
  • 1 egg white
  • 1 Tsp. water
  • 1 Tbls. sesame seeds



Method:
Proof the yeast in 1 cup warm water with 1 teaspoon sugar; let sit for 10 minutes until foamy. Using a mixer, and a large bowl add in 3-1/2 cups flour, 4 tablespoons sugar, melted Crisco, warm milk and salt. Add in the proofed yeast; mix to create a soft semi-sticky dough, adding in reserved flour as needed (do not add in too much as it will create a heavy bun, dough should be semi-sticky. Knead dough for about 10 minutes. Remove dough, and let rest on the counter, cover with a clean dish towel for 10 minutes (this is an important step!). Knead the dough gently for 30 seconds with hands. Place dough in a large well-greased,oiled bowl. Cover, and let rise in a warm spot for 1 to 1½ hours, or until double in size. Punch down dough. Shape into large balls, and place on a large greased cookie sheet (you should get 12 balls on the sheet). Cover with a light clean towel, and let rise in a warm place for 30-40 minutes, or until almost doubled .
Preheat the oven at 375°F. In a small bowl, mix together 1 egg white with 1 tsp water; whisk, and mix well. Carefully brush the tops and sides of the buns with the egg mixture. Sprinkle with sesame seeds. Bake for about 20 minutes, or until golden brown.

Atau kaedah lain masuk dlm BM n setting kan tuk DOUGH, ON dan tunggu sahaja..


Durian Pancake

DURIAN PANCAKE

Salam sume dpagi jumaat :-),

Ni semua JIYA punyer pasal hihihi.... terpaksa kita korbankan isi durian kita yg dlm sebok tuuu, pas ni mintak2 adalah durian lembik yg djual kalau tak mmg akn meroyan dgn durian... SEDAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP sgtttt! huh! cuma dpt buat 3 bantal jerrr al maklumlah isi durian darurat yg kita gunakan nihhh... sini ada durian tp payah nak jumpa yg betul2 lembik atau masak betul2 sumenyer keras! huh! 1st time makan menda niii, tp dah pernah nmpk dulu cuma peliklah kan apa isi dalam dia niii... n untuk fresh whipping cream yg kita guna tu tawar hebeh jdnyer kita tmbh gula masa nak pukul dia sampai kental.. tak cukup makan 3 bantal jerrr.. tp bantal kita tak gemuk mcm bantal jiya hihihi... tp rasa mmg 5 star! Thanks jiya share recipe >>baling kasut kat jiya** hihihi... mintak ijin n halal ya resepinyer jiya... :D nak uoah dah habes.. usap2 kepala jiya :D... tapi td ni kita cuma masukkan 1 biji telur tuk stgh adunan dia ssh nak lipat sbb mcm tak lembut sgt nak dlipat dia tu tp keseluruhan MMG SEDAP! rupa tak cun sgt lah pastu pepandai letak kaler kuning sbb DURIAN>>KUNING hihihi.... tak pun leh g umah JIYA n resepi asal dr blog CAMELIA, tenkiuuuu sume!

DURIAN PANCAKE

Bahan-bahan :

Kulit Pancake
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500ml santan
  • ½ sdt garam
  • Pewarna hijau
Bahan Inti
  • Wipping cream
  • Isi durian



Masa masuk STUDIO model2 ni semua ala2 kesejukan hihihi.. sbb baru kuar sebok. :D

Cara membuat :

Kulit
  1. Blend semua bahan.
  2. Buat dadar nipis²
Inti
  1. Pukul Whipping Cream sehingga menjadi cream/kental
  2. Isi durian dilumat kasar
Pancake Durian
  1. Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream.
  2. Kemudian letakkan isi durian diatasnya.
  3. Lipat dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.