Isnin, 30 April 2012

Lempuk Durian

_DSC0090
LEMPUK DURIAN

Assalamu`alaikum wbt, salam kembali :D,

Hari ni ada projek n nak settlekan baju2 dah 2 hari tak gosok, kalau dah termula tangguh dia dah kesedapan jadi tak nak menggosok ehehehe... semalam masa hantar ank sulung jumpa doktor pakar tulang temulang, keimanan mmg tergugat betul, hanya berani menundukkan kepala masa doktor tu ckp ehehehe... kenapa? doktornya separuh muda kot, becermin mata, putih ler pulak tuu, segan pun ada, masa tu nak mintak doktor perempuan tp takde yg bekerja waktu tu, yg ada doktor Nattha khun, ckp dlm bahasa jepun lerr kakkoiiiii! kikikiki... siyess mmg tak berani nk tgk muka doktor tuu :D opsss.. ok balik citer kat atas ni, meh sini tgk monitor pc betul2 :D

Alkisah dah musim durian lembut lerrr, kat siam mg payah nak jumpa durian lembut atau senang kata durian yg masak, ya betul, sini mmg hari2 musim durian tp yg peliknyer durian keras lerrr sbb dia org suke makan durian keras berbanding yg lembik2 mcm org mesia suke makan yg lembut2 kan kan.. beli sebijik suh dia kopekkan sekali, balik rumah makan lah beberapa ulas dah kenyang sbb isis mg padat n tebal gituuu, kenyang terbongkang kata org ehehehe... 2 ulas buat tempoyak>>tak pernah mkn tempoyak sbb tu nk rasa :D pastu selebihnyer buat LEMPUK DURIAN :D dr kecik dah biasa mkn lempuk, kdg lempuk mak kita tu ada kaler durian kuning jerrr, kdg tu kala mcm kat atas ni sbb guna gula melaka, kita masak guna gula melaka, bukak api kecik dekat 45 minit jugak duk kacau2 sampai likat n berkilat, biar tahan lama tp tak sampai lama ni pun dah tggl sikit :D Rasanyer sume org pandai buat lempuk kan kan kan :D Ok minta ijin dulu utk hari ni, ada projek jap lagi, terima kasih setiap kunjungan :-) InsyaAllah ptg2 tak pun malam kalau free buat kunjung balas kembali, terima kasih! kamsahamnida! arigatou gozaimasuuu!



_DSC0091
Sedappppppppp! ehehee...

LEMPUK DURIAN
Resepi : ARAH

Bahan-bahan:
  • 1 biji durian> yg sederhana besar, ambil isinya
  • Gula Melaka ikut kemanisan, kalau nak campur gula putih sikit pun ok
  • 1 helai daun pandan
  • secubit Garam

Cara-cara

  • Asingkan isi durian n biji. Masukkan isi durian dlm periuk beserta gula, ikut kemanisan tapi jgn terlampau byk gulanyer sbb bila sejuk dia keras, masukkan secubit garam dan daun pandan. Dengan menggunakan api kecil, kacau bahan2 yang dicampurkan tadi sehingga likat berkilat lebih kurang 30min-45min, lagi lama lagi bagus sbb tahan lama lempuknyer.
  • Bila dah masak, kuarkan daun pandan tadi, dan masukkan dlm bekas bertutup rapat dan boleh dimakan dgn roti dan biskut, boleh juga dicampurkan kek atau muffin atau yang sewaktu dengannya.Bolehlah di simpan di dalam peti ais utk lebih tahan lama lagi.


_DSC0093

Chinese Chive Dumpling

_DSC0081
CHINESE CHIVE DUMPLING

Assalamu`alaikum wbt, salam isnin buat semua :-)

Wah! sgt2 lapang ya hari2 update ehehehe.. Esok kena g sekolah, mulai minggu depan dah mula jadi volunteer dekat sekolah, mcm2 hal lepas ni insyaAllah, mana yg termampu kita update n share resepi2 yang kita dah cuba ;-)

Dumpling mmg fav kita org laki bini :D selain gyoza n wantan, chinese chive dumpling ni pun salah satunya menu dumpling yg sedap! Letak kucai byk2 mmg ler teramat sedap, kalau ikutkan resepi kita letak sikit jer utk daging ayam hancur tu tapi kalau tak letak langsung mcm tak stick pulak dia punyer filling nanti, jdnyer kena ikut sukatan dlm resepi, nak kurangkan pun jgn terlalu menjejaskan sbb nanti dah tak de rasa kucai :D lebih kurang dgn gyouza cuma gyouza letak hirisan cabbage n bwg putih yg byk, tp dua duanya sedap. Untuk Resepi ni kita gunakan tepung khas utk dumpling ni, leh tgk gmbr kat bwh, klu kat mesia tak pasti ler dah ada yg instant mcm ni atau tak, kalau takde jgn risau resepi ni dah sediakan sekali dia punyer bhn utk kulit dia :-)

Terima Kasih skyblue utk sumngan resepi chinese chive dumpling ni, minta izin kembali resepinya utk di kongsikan di sini juga n buat rujukan akn dtg sekali dan buat semua pengunjung arah, terima kasih tiap kunjungan n komen2 semua, sgt2 hargainya, dan insyaAllah kita buat kunjung balas kembali ;-) itsumo arigatou~~ m(_ _)m

CHINESE CHIVE DUMPLING
Resepi Asal : SKYBLUE MyR

Bahan-bahan ( 36 biji )>>kita buat stgh adunan

  • Untuk Kulit:>>kita gunakan tepung khas utk dumpling ni :D
  • 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch)
  • 60g tepung ubi (tapioca flour)
  • 1 cawan air panas
  • *70g tepung ubi (tapioca flour)
  • *1/2 cawan air sejuk (berais)
  • Untuk Inti:
  • #500g kucai, dipotong 1cm
  • #1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan)
  • 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit
  • 200g daging/ayam cincang
  • 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan>>yg ni tak letak sbb takde
  • 2-3 cm halia, dicincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Lain:
  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

_DSC0086_DSC0088
lazatttt sekaliii! hihihi...

Cara-cara

  1. Sediakan doh untuk kulit: Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. Gaul sehingga rata, tutup dan biarkan sejuk sedikit (5-10 minit). Masukkan tepung ubi dan air sejuk, uli sehingga menjadi doh. Masa panas2 doh ni agak melekit, JAGAN tambah tepung lagi.
  2. Bila doh sudah betul2 sejuk, ia tidak melekat pada tangan, bahagikan doh kepada 36 bahagian yg sama. Taburkan sedikit tepung ubi jika perlu. Ketepikan.
  3. Untuk Inti: Masukkan semua bahan2 untuk inti kecuali udang ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Masa nak balut baru masukkan udang.
  4. Ambil sebiji doh, leperkan (10cm) dan letak inti di tengah2. Tutup hujung dia macam buat karipap.
  5. Sapukan pinggan atau steamer degan minyak masak sebelum letak dumpling. Sapukan sedikit minyak pada permukaan dumpling supaya tidak melekat. Kukus selama 8-10 minit. Biar sejuk sedikit baru keluarkan dari pinggan / steamer.
  6. Boleh juga lapiskan steamer dgn baking paper yg berlubang. Jika boleh, kukus dlm pinggan dan terus dihidangkan. Dumpling yg panas agak lembut, susah nak pindah dari satu pinggan ke pinggan yg lain.

_DSC0082
kurang seksi lerr sbb tak berapa nmpk isi dalam ehehe...




_DSC0077_DSC0078_DSC0079
kelim mcm buat gyouza :D


_DSC0076
Tepung yg kita gunakan :D

Ahad, 29 April 2012

Sup Ayam Hadnyai

picnikfile_0fGd39
SUP AYAM HADNYAI
gmbr atas ni guna iphone sbb gmbr yg guna kamera terdelete :D

Assalamu`alaikum wbt, salam kembali sume! :-)

TErima kasih yg dtg berkunjung semalam walau tuan rumah takde hihihi.... Hari ahad2 ramai yg tak online kan? Kita pun kejap lagi nak kena pergi sepital sbb ank sulong kita ni semalam masa latihan bola sepak jari dia terkena mcm dulu, bengkak betul pastu tak leh bengkokkan, jari tgn kanan lah pulak tu, nak buat menulis pastu minggu depan pun ada latihan renang kat sekolah berturut turut, mcm2 hal hmmm.....

Berbalik pada cerita sup kat atas ni, dah biasa buat sup mcm ni sbb sedap :D kita pun suke mkn sup masam2 pedas sejak ddk kat siam, ada satu kedai yg jual sup tersgtttt sedapnyer! kalau dtg lmbt mesti habis, rasa sup tu sama mcm kat atas ni lebih kurang lah sbb mana boleh nak sama 100% kan? :D Tapi org kedai tu jual sup lembu n segala part2 yg ada kat lembu kecuali tulang kot, ekor pun takde, mcm tetel tu sume byk, mmg sedap sgt! Terima kasih buat pyhonda atas resepinya, minta izin n halal kembali resepinya utk dikongsikan kat sini pula n buat rujukan akn dtg :-) Buat semua pengunjung, selamat berehat! Minta undur diri dulu insyaAllah akn buat kunjung balas bila free :-)

SUP AYAM HADNYAI
Resepi Asal : PYHONDA

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 1) Sebelah ayam dipotong-potong
  • 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  • 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  • 5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  • 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Tambahan>>kita masukkan dlm 1 sk sos ikan

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya



Sabtu, 28 April 2012

Kuih Kaswi Citarasawan

_DSC0356
KUIH KASWI CITARASAWAN

Assalamu`alaikum wbt, salam buat semua!

Selamat behujung minggu buat semua pengunjung :-) Hari ni nak g dating dgn laling, dah lama sgt tak panggil bbsitter suh jaga kan budak2 kat rumah sbb ninja tu bz, hari ni insyaAllah boleh ler berdua duaan ajerr ehehe... nak merehatkan minda yg agak serabut minggu ni dgn aktiviti2 sekolah n kepanasan yg berganda ganda kat luar sana tu jugak..

Kuih ni buat dah lama dahh tp tak sampai setahun lagi ya hihihi.... siapalah tu ya? :D Resepi asal dr Kak Wan, mekaseh jugak buat kak izah daut yg rekomenkan kuih kaswi nii ya, ramai yg dah buat kuih ni kan? kita prefer kuih kaswi yg kenyal2, bukan setakat kuih kaswi tp semua jenis makanan nak yg kenyal2 , sedap betul mengunyah :D Nak buat kerja sbb nak kena siapkan diner utk kids lagi nanti ni, nak buat lunch lagi, diner utk bbsitter lagi nanti ni, bykkkk sgt kerja jap lagi. di harap sume org sihat2 ya, minta izin n halal kembali resepinya, Terima Kasih!! Buat semua pnegunjung, terima kasih dgn kunjungannya, n kunjung balas insyaAllah malam nanti :-) Happy weekend!!!

KUIH KASWI CITARASAWAN
Resepi Asal : KAK WAN
Sumber : KAK IZAH DAUT

Bahan A
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • (jadikan 2 cawan air gula)

Bahan B
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar air kapur

Bahan C
  • Kelapa parut dicampur sedikit garam

Loyang 9" atau acuan lompang



_DSC0364

Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.


_DSC0359

Jumaat, 27 April 2012

Ikan Bakar Berempah Woku

_DSC0006
IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU

Assalamu`alaikum wbt, salam buat sume! :-)

Semalam satu hari yg sgt meletihkan, hari ni pun letih tak hilang lagi, buat bekal asyik rehat baring2 tido kejap bangun sambung buat bekal lagi, setkan alarm lagi ehehehe... bygkan ajerlah semalam mmg panasssssss sgt2! 40c!! tekak haus, tunggu teksi tak kunjung tiba, kena beratur ikut giliran pulak tuuu, dekat 1 jam lebih tunggu teksi masa dekat sekolah huhu... hari ni nak sambung rehat, insyaAllah kita buat kunjung balas lepas free nanti :-) TErima kasih juga setiap kunjungannya m(_ _)m

Resepi ikan ni dr majalah sedap, masa tu dpt dekat umah Kak Hana, terim kasih buat Kak ummi sbb sharekan resepi ni juga :-) Minta izin n halal juga resepinya ya, terima kasihhhh! dulu dah pernah buat ikan ni mmg teramat sedap! Yg jadi nak buat iakn ni bila Kak Mas tyg ikannyer :D gabungan dr bermacam mcm daun yg wngi2 mmg membuatkan ikan ni bertambah tambah sedap, terima kasih utk idea nya, minta di halalkan dunia akhirat insyaAllah! Buat semua, selamat berhujung minggu!

IKAN BAKAR BEREMPAH WOKU
Resepi Asal : MAJALAH SEDAP
Sumber : KAK HANA,KAK UMMI , KAK JUN, KAK MAS
Boleh tgk SINI jugak :-)

Bahan-bahan
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer! :D
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2>>sama mcm kak hana hihihi...
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap

  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur


_DSC0005
sedappp :D

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.>>yg ni kita balut dgn daun pisang dulu barulah balut dgn alumunium foil :D
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

Khamis, 26 April 2012

Kuih Bom Bijan

_DSC0490
KUIH BIJAN BOM

Assalamu`alaikum wbt, salam khamis sume :),

Hari ni bz sikit, kena jadi bbsitter kejap tgh hari nanti lepas tu terus pick up ank kecik kita ni dr tadika sbb terpaksa pergi ke sekolah pulak pheewwwww.. waktu mcm ni jalan tgh jam, uuuwaaaaaa....

Kuih bom bijan ni dah lama buat baru ni sempat nak mengn3, ada lagi dlm draft kita ni haa tp rajin bebenor nak menaip :D Resepi yg di cari cari sbb kenyal2, kita suke benda yg kenyal2 liat2 sbb kita suke mengunyah :D kuih ni sebijik lah mcm org yg jual dekat2 ngan umah kita ni haa.. sedap kuih bom dia, dlmnyer gelumbung jerr pastu luar mcm rangup pastu kenyal2 tak meletup pun masa gorengnya, tp tepung pulut kita ni lain pesen sikit jenis tak nak bertukar kaler gitu bila dogoreng sampai naik hangus bijannyer ehehe... Sapa2 yg nak cuba boleh cuba, tapi pd penggemar mcm kita ajer lah, pada penggemar kuih bom yg lembut2 leh carik resepi yg kita buat dulu :-).. Resepi dr rumah kak Q, resepi asal kat MyR, mekaseh ya! Minta izin n halal resepinya utk rujukan akn dtg :-) Dan buat pengunjung, terima kasih juga dgn setiap kunjungan, insyaAllah kita buat kunjung balas bila free sbb hari ni teramat sibuknya huhu..

KUIH BOM BIJAN
Resepi Asal : MALIA MyR
Sumber : KAK QUINNIE

Bahan-bahan ( setiap adunan-35 biji )

  • INTI KELAPA MANIS:-
  • setengah biji-kelapa putih
  • 10 sudu-gula merah/gula perang
  • 7 sudu-gula
  • 1 helai-daun pandan
  • 1 sudu-tepung gandum(untuk melekat inti supaya xberderai)
  • ADUNAN BAHAN LUAR:-
  • 3 cawan-tepung pulut(jenama ERAWAN)>>kita guna jenama siam :D
  • 1 cawan-tepung beras
  • 1 1/2cawan-air gula(suam)>>gula letak sikit jer sbb dah ada inti
  • proses terakhir:>BIJAN<(di golekkan)

_DSC0481_DSC0508
sedap n suke dgn resepi ni :-)

Cara-cara

  1. Untuk buat inti:- 1.masukkan setengah cawan air kedalam kuali bersama gula merah,daun pandan..apabila air gula merah sudah mendidih,msukkn kelapa dan gula..biarkn mendidih sampai air agak2 kering,msukkn 1 sudu tepung gandum.kacau hingga betul2 kering&tidak berair..
  2. kemudian sejukkan inti..dan apabila inti sudah sejuk,cedok dgn sudu kecil..kepal2/bulat2 inti itu,asingkn inti yg sudah dibulatkn tu.
  3. apabila inti sudah ready,buat pula adunan tepung untuk bahan luar..campur tepung beras&tepung gandum,gaul dgn tangan kering utk sebatikn tepung..kemudian tuang air gula sikit2 smbil tu uli hingga adunan sedikit keras..
  4. sapu di tapak tangan sedikit minyak,kemudian ambil adunan tepung sebesar bola golf,kepal2/bulat2 kn..kemudian tekan dihujung2 hingga leper &nipiskn sedikit.masuk kn inti yg sudah dia bulatkn,kemudian cantumkn adunan leper tadi hujung ke hujung..bulatkan nye semula..
  5. di dlm bekas lain sedia kn bijan,dan golek2 kn adunan yg sudah di bulatkn tadi.kemudian layang2 kn dia antara dua tapak tangan supaya bijan yg tidak melekat akn kuar dgn sdri..
  6. goreng kuih bom dgn api sederhana pada 5 minit permulaan..kemudian bru besarkn api sambil kacau digolek2 dlm kuali.
  7. agak2 kekuningan seperti gambar di ats,angkat dan tos kn minyak nye..
  8. bole la di jamu dalam keadaan kuih msih pnas..kuih bom resepi saya ni masih lembut dan garing walaupun sudah sejuk..SELAMAT MENCUBA...:-)

_DSC0486

Rabu, 25 April 2012

Rojak Tepung n Ayam Goreng Rangup

_DSC0398
ROJAK TEPUNG N AYAM GORENG RANGUP

Assalamu`alaikum wbt, salam buat semua :-),

Sambil2 menaip sambil2 duk depan kipas :D skrg ni panas suhu dekat luar 37c, mmg teramattttttt panassssssssss, huuuuu... peluh2 kalau tak bukak kipas, siang tak guna ekon kena jimat2 :D letrik kat sini mahal jgn citer. Nak buat puding tp malas pun bukan main lagi hihihi.... tp nak buat puding jugak nanti, mmg menunggu giliran nk buat puding, sedapppnyer!

Resepi rojak tepung yg paling kita suke :D suke dia punyer tepungnyer, ada sstgh org suke letak mcm2 dlm tepungyer tp kita kurang minat, nak yg plain mcm ni sedap kat tekak kita ehehehe... Kali ni nak cuba mkn dgn ayam goreng, jakun sikit kita ni kalau bab2 mkn rojak dgn ayam n ada mee, mmg tak reti nk makan, biarlah mkn dgn tepungnyer ajer pun kita tak kesah kikiki.... Resepi rojak keseluruhannya dr Kak Hana mmg suke dgn resepi ni dah byk kali buat walaupun ada tak cukup bhn n ada resepi2 rojak yg lain ttp resepi yg ni ddk tangga teratas :D, utk resepi ayam goreng rangup ambik kat rumah Kak Yatie, resepi asal hairul.com, siyessss ranguppp! ranguppp sgt2! suke!!!! ehehe... Minta izin n halal ya kakak2 yg cantek utk dikongsikan kat sini n rujukan akn dtg, tenkiuuuuu!! Buat semua pengunjung juga terima kasih dgn kunjungan, insyaAllah kunjung balas akn tiba ke sana juga :-)

ROJAK TEPUNG
Resepi Asal : KAK HANA

Bahan-bahan

UTK KUAH
  • 10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
  • 40g kacang tanah - goreng n blend
  • 40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)>>yg ni kita letak agak2
  • *segenggam udang kering
  • *sebiji bawang besar
  • *5 biji bwg merah
  • *3 ulas bwg putih
  • gula melaka
  • air secukupnyer - dlm 6-7cwn
  • garam
  • gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)
UTK TEPUNG ROJAK
  • 2 cwn tepung gandum
  • satu sudu makan rata yis
  • 3 sudu gula
  • garam
  • air
  • pewarna kuning - optional
  • myk utk deep fry
BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
  • timun - hiris
  • tauhu - goreng n hiris
  • tempe goreng - hiris
  • sengkuang - hiris
  • salad lettuce - hiris
  • kangkung celur (optional)
  • taugeh celur (jika suka)
  • telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
  • kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
  • ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
  • mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee
_DSC0383

Cara-cara
  • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
  • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
  • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
  • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
  • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
  • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
  • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
  • perap adunan selama 1 jam.
  • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
  • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)

_DSC0389_DSC0392
letak lah apa2, gerenti sedap :D

AYAM GORENG RANGUP
Resepi Asal : HAIRUL.COM
Sumber : KAK YATIE (TEPUNG PISANG GORENG RANGUP), BDARIA

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
  4. Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke SINI. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.

_DSC0402
jemput tgk ya, yg ada kuahnyer dah di frozenkan :D

Selasa, 24 April 2012

Kuih Dangai @ Rangin

_DSC0020
KUIH DANGAI @ RANGIN

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi selasa :-)

Hari yang baru bg permulaan semester yg baru utk ank2 kita dan hari yg baru juga kena buat bekal ehehe... Kenal tak kuih dangai? Mmg nostalgia betul kalau ingat2 kan balik kuih ni hihihi... mak kita dulu2 kalau ada yasinan kat rumah sendirik mahupun kat rumah org rajin jugak buat kuih dangai ni sebagai hadiah ehehehe... bila ingat2 balik boleh tersenyum sorang2 sbb masa tu kita jual mahal lagi dgn kuih dangai nii :D Nama rangin tak tahu dr mana, tp biasa dgr kuih dangai atau ada nama lain lagi selain rangin? Kuih ni asal mana kita tak tahu tp mmg biasa org2 jawa buat agaknyer senang kot tu yg ramai org2 kampung buat kuih2 gini tp skrg ni mmg payah sgt2 nak jumpa kuih2 mcm nii kalau tak kena buat sendirik mmg tak makan lah kan :D

Resepi dr Kak As MyR, dah pernah buat resepi ni dulu2, dekat laporan masakan pun mcm2 kaler jadinyer kuih ni :D ada yg letak kaler merah, kaler ijo, kaler pelangi, ada yg garing mcm beskut ada yg lembap2 mcm kita punyer kat atas ni, sbnrnyer nak buat garing2 n hangus2 sikit tp kita byk kerjalah pulak sbb nak kuar, jadinya mcm ni lerr kaler putih :D Buat kak as, minta izin n halal kembali resepinya, kuih paling senang nk buat kikiki..... Terima kasih setiap kunjungan :-) insyaAllah kunjung balas bila free ;-)

KUIH DANGAI @ RANGIN
Resepi Asal : KAK AS MyR

Bahan-bahan ( loyang bulat 19cm (dapat 2 keping) )
  • 2 cawan kelapa parut (as guna kelapa kering + 1/2 cwn air & panaskan dimicrowave, kalau x guna microwave boleh juga dikukus kelapa kering ni)
  • 2 cawan tepung pulut (boleh kurangkan jika suka rasa kelapa yg lebih)
  • 1 cawan gula( manis ikut suke)
  • sedikit garam

_DSC0025
nmpk simple tp sedap tau! ala2 sagun :D

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan (kelapa, tepung & gula)
  2. Masukkan kedalam loyang, bahgian bawah ditekan sedikit..
  3. Panaskan dalam oven pada suhu 180 selama 5-10 min (hingga sedikit keperangan)
  4. Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong.. :: SeLaMaT MeNcUbA ::
  5. :: Bagi yang x ada acuannya, boleh guna loyang biasa @ frying pan pun ok juga.. :: Jika tidak menggunakan oven, boleh juga terus dibakar diatas dapur, dengan menggunakan api yg kecil..kalau suke yg geseng2 tu bakar lama sikit..adjust2 la ya..


_DSC0018_DSC0022

Isnin, 23 April 2012

Nasi Dagang n Gulai Ikan Tongkol

_DSC0437
NASI DAGANG n GULAI IKAN TONGKOL

Assalamu`alaikum wbt, salam buat semua! :-)

Hari ni sekolah cuti tapi tadika tak cuti, kita pun tak tahu cuti pasal apa :D Esok bermulalah misi membuat bekal budak2 ke sekolah, uuuwaaaaa... takuttt tak leh bangun kena rehat panjang2 hari ni, tenangkan minda jgn lepak2 kan bdn sbb takut terbabas esok nii ehehehe....

Pestaim buat nasi dagang terus jatuh cinta nak2 dgn gulai ikan tongkol dia tuu, sedap betul, tp yg ni tak tahu lah versi mana rasanyer ganu kot, itu hari nmpk kak madiha buat versi kelantan terus nak buat nasi dagang ni sbb yg menarik berasnyer TAPI ada cerita disebalik beras yg kita jumpa niii kikikiki...... bykkkkkk sgt jenis2 beras yg dicampur campur gini n kita ni pun tak tahu lerr sbb sume tulisan siam :D rupanya beras yg kita beli niii campuran dgn beras pulut hitam!! hihihi..... patut pun masa mengarunkan nasi ni masa kukus mcm ada bau2 pulut hitam akakaka... tapi siyes sedap! kalau ikutkan nasi dagang pun dia campurkan dgn pulut jugak kan, jdnyer fair n lovely jugaklah kita tersilap PULUT hitam, specis yg sama ehehehe... Resepi asal dr minami, suke dgn resepi ni lah, sedap sgt2!, Minta izin n halal kembali resepinya :-) Buat semua pengunjung terima kasih dgn setiapkunjungan! InsyaAllah, kita buat balas kunjungan nanti :-)

NASI DAGANG n GULAI IKAN TONGKOL
Resepi Asal : MINAMI MyR

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

**NASI**
  • 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • 1/2 tin santan
  • garam dan gula
  • 1 sudu besar halba
  • bawang dan halia (hiris halus2)
  • air
**GULAI IKAN TONGKOL**
  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 cm belacan
**ACAR**
  • 2 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji lada besar
  • cuka, garam, gula

_DSC0440
Jangan tenung lama2 nasi kita ya ehehe...

Cara-cara

  1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
  2. GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.



_DSC0443

Ahad, 22 April 2012

Roti Jala Pandan

_DSC0470
ROTI JALA PANDAN

Assalamu`alaikum wbt, salam minggu buat pembaca setia n pengunjung tegar atau tak tegar arah :D,

Annyeong haseyo!! Ika imnida..... :D Satu lagi menu baja asli kikiki..... dlm draf kita ada byk jugaklah n3 tertunda tp malas nak menaip dgn kesibukan yg melanda sejak akhir ni :D.. Semua org sihat? gembira? sedih? doa buat semua org moga hari ini adalah hari yg terbaik begitu juga hari2 sebelum n selepasnya insyaAllah!

Resepi dah ingat kat kepala hihihi... resepi dr Kak Ratna klu tak silap tp kita tahu resepi ni melalui kak ummi, mekaseh kekanda2 ku berdua, minta izin n halal resepinya sampai bila2 ya :D Hari ni saya ada projek menggosok baju, 2 hari baju dibiarkan terbaring dlm bakul tanpa bergosok kikiki... kenkonon sibuk sgt lah tuuu :D Minta undur diri n terima kasih setiap kunjungannya :-) insyaAllah free nanti kita buat kunjung balas ;-) mata minna san!!

KEPADA ANGELINA JOLING n NATALIE PORTMAN BAIK, terima kasih ya, sblm ni tak tahu pun ada spam inbox, sekali cek, humangg aiii! dekat 300 spam komen yg tak leh dipublish n kebannyakkannya yg mengarut2 ehehehe....

ROTI JALA PANDAN
Resepi Asal : KAK RATNA@CikBawang
Sumber :
KAK UMMI

Bahan2
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air (Kak ummi buat 1 cwn air + 1 cwn Susu segar)>>Kita pun sama :D cuma air diblend dgn daun pandan
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning
  • 1sk pandan paste

_DSC0472_DSC0469
Makan dgn gulai ikan tenggiri :D jeng jeng jeng!!! next n3 ada kaitan dgn gulai hihihi...

Cara2>>

Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Sabtu, 21 April 2012

Apam Pisang Tanpa Telur n Minyak

APAM PISANG


Assalamu`alaikum wbt, salam hari minggu :D,

Sejak2 ni terlalu panas lah cuaca kat luar, tak sesuwai nak buat aktiviti luar rumah dan skrg ni jugak waktu pagi dah semakin awal maksudnyer langit dah terang dlm pukul 5.45 pagi, jadinyer kalau dah masuk pukul 8pg, dia punyer panas dah mcm pukul 10 fuhh! mmg panasssssss! tak sanggup betul nak kuar, kalau lah ada baju yg dlmnya ada air cond kan best hihihi...

Mlm td jalan kat rumah sapa ya kita lupa ada apam pisang, jdnyer td ni buat apam pisang tp takde guna telor n minyak sume, guna resepi kak fida MyR, sedap betul mkn apam dgn kelapa parut tp tadi ni kita takde kelapa parut, ada kelapa parut kering tp malas nak kukus, pdhal dah sekali arung kukus apam kan boleh kukus sekali tp punyerlah malas hari ni kikiki.... Minta izin ya kak fida resepinyer utk rujukan akn dtg, mekaseh! Buat semua org, selamat beristirehat! TErima KAsih setiap kunjungan, insyaAllah kunjung balas bila free ya :-)

APAM PISANG TANPA TELUR DAN MINYAK
Resepi Asal : KAK FIDA MyR

Bahan-bahan ( 1 familly )>>kita buat stgh adunan ajer

  • 1 cawan pisang lecek
  • 1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula)
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/2 sk bicarbonate soda>>yg ni kita letak secubit ajerr sbb allergic dgn rasa SB ni ehehe..
  • 4 sb susu segar

_DSC0032 _DSC0025
ada 2 versi apam versi terlebih mekar :D

Cara-cara
  1. Tepung dan bicarbonate soda diayak bersama.
  2. Pisang lecek, gula dan susu dikacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak.
  5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.

_DSC0024

Jumaat, 20 April 2012

Creamy Sweetcorn Soup

_DSC0015
CREAMY SWEETCORN SOUP

Assalamu`alaikum wbt, salam kembali buat sume!! :D

Alhamdulillah masih timbul lagii :D Maaf ya, jap lagi saya buat rondaan rasmi, insyaAllah ehehehe.. sejak budak2 dah mula sekolah kita sibuk byk sikit, tak leh nak ronggeng lama2 kat fb mahupun kat blog, byk kerjaaaaa sgt2! Nak kena hantar tuition utk abg n kakak, lain2 hari lah pulak tuu, mmg jadual kali ni ketat sikit, itu belum termasuk nak jadi sukarelawan lagi>>yg ni HARUS join, belum event2 kat sekolah n tadika lagi nii, mmg bz lahhh :D Masak tu ttp masak, tp utk kita skrg ni asyik nak makan ramyun aka maggi korea ehehe... utk budak2 n ninja kita masakkan special lerr istimewa maksudnyer lain dr lauk kita seorang kikiki... sejak balik dr cuti2 rasa bdn mcm tak sedap gituu sbb lama sgt cuti berjogging, tp skrg ni nak jogging kat luar tak sesuwai sbb PANASSSSSS sgt cuaca skrg nii huhu... jadinyer mahu dgn tak TERPAKSA main2 dgn mesin jogging kat gym kat tingkat 6 :( tak suke guna alat2 gym ni especially yg utk jogging ni, bila dah habis rasa mcm terapung bila jalan, mcm tak jejak tanah gituuu ehehe... ala2 fitam gituuu, lama jugak nak kembali normal tau! itu kita jer kot, lain org lain gaya ehehehe...

Kalau dah termula taip kita rajin sgt nak buat esay kikiki... bukannya org baca pun apa yg kita bebel, yg org tgk gmbr makanan, utk text dekat gmbr tu silap, tgh menggong ler katakan hihihi... Ank bujang kita skrg ni asyik nak membirukan mata jerrr, ni pun salah satu fav dia selain mushroom soup, steak n bla bla bla, ank kecik kita pulak asyikkk nasikkkkkk ajerrr, yg kakak tak kesah sgt tp makanan RUJI dia mesti nasik :D

Creamy Corn Soup resepi ambik kat BBC, sedap! kalau nak lagi letak jagung yg sebutir2 tu bila dah siap blend, sedap bila tergigit gigit jagungnya :D Last sekali, TERIMA KASIH setiap kunjungan n sokongan :-), insyaAllah kita buat kunjung balas kembali, semoga semua org sentiasa sihat hendaknya aminnnnn....

CREAMY SWEETCORN SOUP
Original Recipe : BBC FOOD RECIPE

Ingredients : (bahan-bahan)

_DSC0012
Makan dgn garlic bread lagii ehehe...

Preparation method

  1. Heat the olive oil with the butter in a frying pan over a medium heat. Once the butter has melted add the garlic, onion and potato and sautรฉ for five minutes, until softened. (Panaskan mentega dan juga minyak zaitun di dlm kuali dgn menggunakan api sederhana besar, masukkan bwg puting cincang, bwang hiris dan juga kentang yg dipotong kiub tadi dan kacau selama 5 minit hingga layu)

  2. Add the sweetcorn and continue to cook for two more minutes.(Tambahkan sweetcorn dan sambung memasak kembali selama lebih kurang 2 minit)

  3. Add the stock, bring to the boil, then reduce the heat to simmer for five minutes, until the potato has cooked through. (Tambahkan stok dan susu segar dan tunggu sehingga mendidih, perlahankan api dan renehkan kembali lebih kurang 5 minit sehingga kentang betul2 lembut)

  4. Stir in the cream and season, to taste, with salt and freshly ground black pepper, then pour into a food processor and blend until smooth.(Masukkan cream dan perasakan dgn garam dan juga lada hitam, kacau sebentar, matikan api dan masukkan ke dalam food processor dan blend sehingga hancur>> utk proses ni kita masukkan kembali dlm periuk, renehkan sebentar sampai pekat baru masukkan jagung yang sebiji sebiji tu dgn daun parley yg dicincang halus :D, matikan api)

  5. To serve, pour into a warm bowl and garnish a sprinkle of chives. (Hidangkan dlm mangkuk dan hiaskan dgn daun kucai yg telah di cincang tadi)

_DSC0014

Rabu, 18 April 2012

Yang Baru Dan Lama

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi rabu sume!

Salam kembali lagi :-) Terima kasih pada semua pengunjung arah n semua sekali yg buat kunjungan ke sini semasa ketiadaan kita beberapa hari yg lepas :D Minggu ni layan gmbr dulu ya, layan gmbr baru dan lama, bykkkkk nk kongsi tp yg larat edit yg kat bwh nii ajer ya sbb baju2 sedang menanti utk digosok, tersgt sgt bykkkkkk baju2 yg nak kena gosok, semalam baru habis membasuh, bygkan ajerr lahh, baju utk 5 org selama 5 hari pheeewww....

Kat bwh ni antara gmbr lama n baru, yg lama tu masa kita balik mesia jumpa rakan blogger bulan 12 tahun lepas ehehe.... ok, layan dulu gmbr2 kat bwh ni ya, insyaAllah kunjunga balas bila kita dah habis sume kerja2 menggosok DANNNNN esok sesi persekolahan baru utk semester baru bg sekolah jepun kat sini bermula, tp bekal belum kena buat lagi sbb biasanyer naik sekolah dlm 2 hari gitu cuma setengah hari ajerr, jdnyer minggu depan dgn rasminyaaaaa, kerja2 membuat bekal dimulakan, sigh** almaklumlah dah kesedapan cuti panjang ehehee... ok, minta undur diri dulu, terima kasih sume! :-)


_DSC0807
Airnya yg membiruuu, pokok2 hutan yg menghijau tp kita tak leh berendam ler kali ni sbb takut jadi laut merah ehehe...

_DSC0454
KLIA

_DSC0179
Blogger yg selalu menjadi tanda tanya ttg MUKAnya ehehe...

_DSC0195
cun tak mak2 dara sume?? :D yg kat tgh2 tu kak ana bini abg wahid, blogger yg tgh bercuti jugak :D

_DSC0181_DSC0623


_DSC0743
Haruslah gmbr di blurkan akakaka...

_DSC0694
inilah yg menarik ttg laut :-)

_DSC0613_DSC0550

_DSC0599_DSC0644

_DSC0640_DSC0611



_DSC0629_DSC0615

_DSC0768_DSC0767
mcm tgn sapa ya? hihihi...