Bahan2:
4 Cwn air
2 btg serai di ketuk sikit n hiris dlm 1 inci gituu**
4 hiris lengkuas**
3 hiris halia**
3 ulas bawang putih di ketuk**
3 helai daun limau purut**
2 pokok daun ketumbar/cilantro ambik akar dia basuh bersih **,daun dia ketepikan dulu utk tabur bila tom yum dah siap
1 sb air asam jawa
1 sb sos ikan/nampla
1/2 kiub ayam**
12 biji cili kalau nak kurang pedas leh kurangkan
2 sb namprik pao gmbr tgk kat komen bawah atau, 1 1/2sb namprik pao+1 sb tom yum paste mae ploy brand tgk gmbr kat komen bawah jugak😁
2 biji tomato di belah 4
1 biji lime perah ambil airnya
Cendawan butang atau apa2 cendawan pun sesuwai
baby corn yg ni nak letak pon ok tak nk pon ok
1 biji bawang besar di potong berbaji**
gula sikit
bahan basah:
udang atau sotong atau ayam atau daging ikan, atau mix pon ok,
** kalau nak buat tom yum bersantan, air kurangkan ikut kepekatan yg di kehendaki n selebihnya boleh tambah santan, contoh santan 1 cwn, air 3 cwn kalau nak pekat lagi boleh tambah santan, kita tak minat pekat sgt😁------- santan campur dgn air sikit masukkan paste namprik pao dgn tom yum paste kalau nak guna, masak kejap atas api n sentiasa kacau jgn bg pecah santan.
CARA2
Masukkan air dlm periuk jerang sampai mendidih masukkan bahan yg bertanda ** dan tunggu sekejap agak2 dah naik bau gitu, kalau guna ayam masukkan daging ayam yg dah dipotong dan tunggu sekejap.
Kemudian masukkan sos ikan, air asam jawa kacau sebati dan boleh masukkan bahan basah td di ikuti sayur2. Kalau nak yg bersantan boleh masukkan masa ni dan kacau sebati. tunggu sampai mendidih sopan2 sikit masukkan tomato dgn air perahan lime td. Masa ni boleh perasakan bhn mana yg kurang mcm gula atau garam atau sos ikan perasakan ikut kesesuaian tekak memasing😁boleh tabur dgn daun ketumbar td, siapppppp! boleh lah celur mee hoon😁