ads/iklan

Sabtu, 4 September 2010

Biskut Gajus

DSC_0065
BISKUT GAJUS SEDAP

Salam kembali sume!

Jap g nak kemas umah sbb ari ni ada technician dtg nak betulkan ekon yg tak mo sejuk n kejap2 berenti kejap2 working haih! Jdnyer kena kerja awallah hari ni :D.. Beskut yg ke 2 buat semalam ni, waduhhhhhh SEDAPPP! ranguppppp! tak tipu tawww! Maceh KAK TIM/TTM MELBEN (ppsst mention melben tu :P kikiki) byk2 kukis yg kita buat cuma yg ni ajer yg ninja tu makan! huh! penat bini dia duk main teoung yg ni ajer dia berkenan yg pertama TAK MANIS sgt! kuih tart yg sedap tu semalam dia rasa bila tergigit jem dia kata nak suh dia masuk sepital! wakakakaka.... sedap kuih tart tu cuma tang jem dia tak berkenan sgt :D

Kak timmm! nak komisen ka??? wakakakaka.... laris ini biskut tawwww! ninja kecik pun suka :D selain beskut bulat2 kat bwh tu haaaa :D Resepi asal KAK NORMAASARI n telah dpopularkan oleh ~ting tong ting tong DAPUR MALUS DOMESTICA~ hihihi.. maceh kak! mintak izin cnp resepinyer, mmg tak rugi mencuba ;-) selamat ari raya!!! :D

BISKUT GAJUS

Bahan-bahan:
K
  • 2 biji kuning telur
  • 180 g gula halus
  • 280 g mentega
  • 320 g tepung gandum
  • 120 g gajus } dipanggang kemudian dikisar halus
  • 1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit gajus di belah 2 } utk hiasan
  • 2 biji kuning telur } utk disapu


DSC_0064

Cara membuat:

Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan
esen vanilla, kacau sebati. Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik.
Masukkan campuran tepung dan serbuk gajus ke dalam adunan, kacau sehingga menjadi doh yg sebati.
Canaikan doh setebal 1cm kemudian terapkan menggunakan acuan yg digemari
Letakkan gajus diatasnya kemudian sapu dgn kuning telur
Bakar di dalam oven sehingga masak. Oven 180C.
Sejukkan di atas cooling rak kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

Nasi Lobak Merah+Ayam Bali+Acar Timun

DSC_0075
NASI LOBAK MERAH+AYAM BALI+ACAR TIMUN, CARROT

Salam Ramadhan kembali buat semua :-),

Arini bgn lewat sikit jdnyer dah tak leh sambung tido sbb kejap jer lagi kat luar dah terang eheheh... Menu berbuka semalam, NASI LOBAK MERAH dr KAK AYU SG, AYAM BALI dr KAK TTM MELBEN, ACAR TIMUN dr IKA gonjeng wakakaka.... Waduhhhhh! satu set yg sgt sedap! masuk lift tekan butang sendirik :D.. Maceh buat semua n mintak izin n halal juga resepinyer cnp kat sini pulak! maceh maceh!!!

Hari ni bz ada urusan kat luar nak apply tuk line tepon, wifi, dgn siaran berbayar untuk rumah yg akn dtg ni sbb owner tu suruh kita org apply sendirik guna nama sendirik jd apa2 hal dia tak masuk campur, bagus jugak mcm ni sbb kalau ada apa2 tak yah nak kol owner mcm skrg ni yg asyik tak angkat teponnnn jer huh! sbb under nama owner ni lah yg bermasalah, apa2 hal masalah mesti nak kena contck owner make sure dulu gitu gini kalau ada problem tu yg lecehnyer.. haih!




DSC_0070
NASI LOBAK MERAH

NASI LOBAK MERAH

Ingredients:-
  • 1kg beras beriani-(1kg basmathi rice)
  • 6 biji lada hijau dipecah2-(6 green chillies bruised)
  • 1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)-(1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones)
  • 1 cawan minyak kacang-(1 cup cooking oil)
  • 1 sudu besar minyak sapi-(1 tbsp ghee oil)
  • 3 batang lobak diparut -(3 carrots shredded)
  • 300g buah tomato dipotong halus-(300g tomatoes sliced thinly)
  • *6 biji bawang putih ditumbuk halus-(6 garlics minced)
  • *2cm halia ditumbuk halus-(2cm ginger minced)
  • 2 biji bawang besar dihirs-(2 large onions sliced)
  • 4cm kayu manis-(4cm cinammon bark)
  • 3 biji buah pelaga-(3 cloves)
  • 3 biji bunga cengkeh-(3 cardamons)
  • garam-(salt)
Method:-
  1. Sukat air 1,100ml lalu ketepikan dulu.
  2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang.
  3. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing.
  4. Lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air.
  5. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).
-( Measure water at 1,100ml and put aside. Wash rice and drained. Mix with shredded carrots. Heat ghee oil and cooking oil. Saute onions and minced* ingredients, green chillies and cumin powder.Stir well till oil rises up the surface. Add in tomatoes, cloves, cinammon, cardamons and water. When boiles add in rice and salt let it till cooked-(this part I just pour into the rice cooker and cooked as normal.)
Sources:-From Aini Salim@ resipi ceria keluarga



DSC_0074
AYAM BALI

AYAM BALI

Bahan2:

  • 1 ekor ayam potong ikut suka
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan gula
  • 1 1/2 sudu makan air limau
  • 4 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 ibu jari halia
  • 3 biji buah keras
  • 4 batang lada merah
  • 1 sudu makan kicap manis


Cara :

Panaskan minyak,goreng ayam separuh masak.
Tumis bahan kisar dan daun pandan hingga wangi. Masukkan gula, air limau, garam dan santan
Biarkan mendidih kemudian masukkan ayam dan masak sampai pekat.

Jumaat, 3 September 2010

Orange Popsicle Forthy

DSC_0050
ORANGE POPSICLE FORTHY

Salam ramadhan kembali sume!! :D

Alhamdulillah, nak tayang minuman pada hari ini hihihi..... sedap tawwwwww! nmpk kat umah KAK DEL terus berkenan sbb bhn2nyer tak lah byk, sikit jer cuma tang oren tu nak kena sejuk bekukan tp kalau tak keras oren tu kureeennnggggg! yg berais gini orennyer jd penyedap ;-) kita guna 2 susu, fresh milk dgn evaporated milk lah :D sgt sedap!

Waaaaaa.. sume orang dah sibuk nak balik kampung ya? uuuwaaaaaa.... sedih tawww kita2 yg dperantauan niii terpinggir huhuhu... selamat hari raya!! maaf zahir batin! hati2 di jalan raya! semoga selamat sampai ke destinasi dgn selamat n kembali pulang ke rumah juga! :-) Untuk resepi mintak izin n halal juga kak del, macehhhh! sedap bangetttt!

ORANGE POPSICLE FORTHY

Ingredients:

  • 1-2 oranges cut into cubes and put it into a freezer overnight,
  • 1 glass of orange soda
  • 1 cup evaporated milk


Pour evaporated milk (or fresh milk) in a glass of orange soda and stir with a straw...Put in cubes of frozen oranges (the ones you made earlier) and...Enjoy :))))


DSC_0047

Biskut Mazola @ Kacang

DSC_0057
BISKUT MAZOLA

Salam ramadhan kembali buat semua ;-),

Hari ni kan kan kan :D penattt! tp dpt buat 2 beskut, yg lg satu tu tunggu esoknyer n3lah! penat lah :D Malam karang insyaAllah kita buat balas kunjungan mana yg dtg singgah sbb kejap lg nak titun jap sblm kena bgn masak tuk berbuka :D.

Dulu2 kita jual mahal kalau mak kita buat beskut ni tp skrg menjadi kegilaanku huhuhu...sedap bangetttt! tambah sikit panut butter dlm adunan aduhhhh sedap! Resepi asal dr KAK LILYDVALLEY @ MyR macehhh kak! i like dia punyer sukatan tu senang nak ingat! kita lupa lah dulu2 mak kita buat sekut ni mcm mana tp mmg sukatan tepung dgn kacang sama cuma kita ni malas nak mintak pulak! tahunyer mintak itu ini jerr hihihi.... Resepi mcm biasa mintak izin n halal :-), ada KEJADIAN jugak dsebalik pembikinan sekut ni huh! biarlah rahsia, tgn sapa yg gatal tu mmg nak kerat huh! balik ni mmg nak kena tanyer sorang2 sapa punyer kerja, haih!
Leh g SINI juga tuk n3 tahun lepasnyer kukis :D.

BISKUT MAZOLA

Bahan-bahan
  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur

DSC_0055

Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.*hana bakar suhu 160 selama 15-20min.


DSC_0052
Jgn tak tahu untuk setiap bebola adalah 13g semuanyer cukup2 tak de lebih2 wakakaka.. kurang kereja! :D

Bol Kentang

DSC_0039
BOL KENTANG

Salam ramadhan kembali buat semua :-),

Nak buat apa hari ni? nak rehat pulaklah! tulang belakang sakit lah sejak2 ni agaknyer lama sgt duduk, bila dah lama ddk tu sekali baring huh! legaaa betul! kdg tu sampai bunyi tulang belakang tu ehehe... Menu berbuka semalam adalah BOL KENTANG 1st time buat n makan ni taw :D, resepi asal dr KAK DIANA tp skodeng umah KAK AYU SG, minggu ni mmg kita ambik resepi umah kak ayu jerr, sonok duk lama2 kat situ sbb naik juling mata tgk menu2 yg kak ayu buat semuanyer sedap2! mcm2 laks tu :D Selamat mengkukis kak ayu! Mintak halal n izin resepinyer juga macehhhh! Sedap! :-)

Dia mcm bergedil jgklah ni tp LAIN, nak tahu kena buat baru tahu ikut untuk bol kentang tu kita goreng cara kak ayu jugak cuma guna putih telur sbb putih telur kita yg dlm sebok ni bykkkkkk sgt pastu resepi2 beskut ni sume guna kuning telur jerr huh! Pastu mmg jawa tak boleh dpisahkan dgn sambal kicap betullah kak ayu kata ada sambal kicap super kick! hihihi... n kita rasa pun leh letak apa2 bhn hiasan, since kita ni suke kobis atau sayur2, mmg kita letak sume tu :D..

BOL KENTANG


Bahan untuk Kuah

  • 2kg kentang, kupas kulitnya, potong bulat, goreng dan tumbuk lumat
  • 1/2 kilo daging tetel, dibersihkan
  • 4 liter air
  • 4 sudu makan kicap lemak manis
  • 4 kelopak bunga lawang
  • 5 batang bunga cengkih
  • 1 batang (5cm) kayu manis
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa, jika suka
  • minyak untuk menumis

Bahan untuk intinya

  • 750 gram daging cincang-(Ayu gunakan 500g aje)
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • Hirirsan Daun Sup>>yg ni kita tambah
  • Lada Hitam>>yg ni pun kita tambah

Bahan untuk dikisar

  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • 8 biji buah pelaga
  • 1 batang (5cm) kayu manis

Bahan untuk Kulit Bol-

  • 2 cawan tepung gandum
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna kuning
  • (Ayu tak buat yang ini - cuma celup telur, bubuh garam sikit aje macam nak goreng bagedil)>>Sama mcm kak ayu

Untuk Hiasan
  • Timun, kupas kulitnya buang hatinya dan hiris
  • bawang besar yang dihiris
  • daun sup
  • bawang goreng

DSC_0045
Nak makan kena ROBOHKAN bol kentang tu hihihi..


Cara untuk Inti Bol Kentang

1. Buah pelaga dan kayu manis untuk bahan kisar ditumbuk menggunakan batu lesung sehingga separuh lumat. Kemudian dikisar bersama bahan-bahan yang lain.
2. Ambil 3 sudu makan rempah dan ketepikan untuk bahan membuat inti bol kentang. Lebihannya diketepikan untuk membuat Kuah Bol Kentang.
3. Rempah yang telah diambil 3 sudu makan, ditumis dengan sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan daging cincang, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka. Masak sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Kulit Bol Kentang
1. Tepung dibancuh dengan air secukupnya bersama garam dan pewarna kuning. Bancuhan tepung haruslah macam kita hendak menggoreng pisang tapi pekat sedikit.

Cara-caranya untuk membuat Bol Kentang
1. Kentang dikupas kulitnya, dipotong bulat dan digoreng. Kemudian ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.
2. Ambil kentang yang telah ditumbuk lumat, isikan dengan intinya dan dibentukkan bulat. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, celup bol kentang yang telah dibentukkan dalam tepung dan digoreng. Sebaiknya minyak mesti banyak dan panas bila menggoreng bol kentang. Biarkan bol kentang supaya ia garing, barulah diterbalikkan. Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Kuah Bol Kentang
1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka dan juga kicap. Masukkan daging tetel dan air. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.
3. Setelah kuah mendidih, siap untuk dihidang.

Cara menghidang Bol Kentang
1. Letakkan 2 biji bol kentang dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya, hias dengan timun, bawang, daun sup dan bawang goreng.
Sources:-From resipidiana.blogspot.com



DSC_0038

Khamis, 2 September 2010

Tart Gulong

DSC_0037Jajarkan ke Tengah
TART GULONG

Salam ramadhan kembali buat semua :D,

Projek bila? alaaaaa... ni mesti tak baca n3 kat bwh ni kan kan??? huh! penat naip taw! ahahaha... Buat semalam dgn si roti yg kenyang kat bwh tuu ya, penat ler makcik semalam ni pastu nak kena pkir lauk lain lagi haih! nilah sshnyer nak ajar tekak ikan mentah makan belacan wakakaka.... ececece.... kak ttm??? apa citer? wakakakaka....

Resepi ni dr umah KAK MAZ ilham dapur sana yg bykkkk sgt sekut yg dah buat n hilang sekelip mata hihihi... i like dis tart! mmg rapun sapa2 yg tak suke rapuh2 g main jauh2, tp taklah rapuh melampau ok jerrr pd kita jgnlah pegang ganas2 pegang dgn penuh sopan n santun barulah tak pecah :D Rasanyer tak yah letak kuning telur pun ok, semalam ni sajer gatal2 pdhal telur putih kita dah melambak dlm sebok tak tahu nak buat apa dah ni :D kek lapis??? oh oh oh makcik surrender lah kalau kek lapis :D.. Arini ada projek umah sikit bz lah sampai petang kalau ok malam karang buat lwtn,(jgn percaya dgn tuan umah:P) ntah bila nak bgn dr kusi ni tak tahu :D

Kak maz cayang mintak izin n halal resepinyer, resepi asal dr BAYA resepi.net mekaseh sumeee!!! sedappp!

TART GULONG

Bahan-bahan
  • 1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik.
  • 1 biji kuning telor.
  • 1 suduteh asen vanilla.
  • 20 gram gula. - maz buh 40g, manisnya elok2 je>>yg ni kita ikut resepi asal
  • 40 gram tepung jagung,
  • 50 gram tepung kastard.
  • 20 gram susu tepung (boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
  • 240 gram tepung gandum - maz guna tepung red rose sebanyak 200g>>tpg gandum jer!
  • 1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.
  • jem nenas secukupnya - gentel bulat-bulat (ni maz tambah sendiri sbb resipi asal tak tulis) HArus ada inti jem :D

DSC_0036

Cara cara

1. Sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla. ( baya hanya guna spatula aja) - maz guna hand mixer

2. Masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung. Gaul sebati. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.

3. Lepas tu masukkan dalam acuan tart golung tekan keluar, letak jem dan gulong.
Bakar 350F selama 17-19 minute.

Nota : Jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk skit skit tepung rasanya tak banyak dalam 10 gram aja. Jika adunan kering pula kena masukkan butter tak banyak skit aja jika kering pun. Adunan mesti dapat seperti gambar dibawah. Baya sentiasa tutup adunan nie dengan tuala atau tissue paper atau cling sepaya adunan nie tak kering. Cuba tekan dengan adunan jika ia keluar elok dan tak putus putus adunan tu elok, seeloknya dicuba terus . Tekan sekeping lepas tu letak jem try gulung kalau tak merekah maknanya adunan tu dah ok. Last sapukan kuning telor


DSC_0032
yg bintang2 tu kakak punyer kerja suh letak pdhal dia bukan tenyeh pun bintang tu lagi kasi mak dia penat jerr hihihi...

Roti Bawean n Kuah Kari

DSC_0028
ROTI BAWEAN n KUAH KARI

Salam ramadhan buat semua :-),

Macam mana projek mengKUKIS semua org? :D semuanyer berjalan seperti yg drancangkan? atau ?? jeng jeng jeng!!! men tunjuk2 sonok kita pun join tunjuk2 tp tunjuk2 kat nombor tepon jer lah! :D Tak pe lupakan seketika stress tang kukis ya mcm nak terlucut satu bdn dbuatnyer agagagaga....

Oklah, ni menu semalam NO NASI ok! ahahaha... sbnrnyer byk sgt KEJADIAN pembikinan dsebalik tabir ROTI BAWEAN ni huh! nak tahu ke? alaaaa.. tak yah lah kang muntah ijau nanti hihihi... nak tahu jugak?? yer la yer la, (sapa nak baca teruskan, tak nak baca tgk gambo jer :D) Plan nak buat half portion jer tuk resepi roti YG SEDAP ni(sedap taw! tak tipu ;-) ) TAPI, mata yg tgk ni rabun thp melampau agaknyer, bila tiba tang air kita tertengok yg satu adunan tu, tp bhn2 lain dah di bahagikan kepada stgh adunan, patut pun masa tuang air tgk mcm banjir jerrr yg si menggong ni pun sesedap rasa g tuang tepung(moral of the story, buat salinan baru kalau nak buat 1/2 portion :D) yg frust sgt2 ni sbb si tuan umah ni pun sombong n berlagak kuat buat adunan kukis sekali wakakaka... ambik bahagian! mcm nak putus urat leher ngerjakan benda yg byk ni huh! Kak ayu kata frozenkan, YESSS! mmg dpt byk yg dfrozenkan ~~lalalalala~~ itulah kebaikkan d setiap kejadian pasti ada buruk n baiknyer kan kan kan.. pastu = BADAN PENATTT! uuwwaaaaa....

Resepi asal dr BRO ROZZAN, nak pomot ni mmg sedap! dia mcm epok2 tp BUKAN epok2, oh tidak lupa jugak sya kesedapan merolling sume adunan tuk roti tu sampai ternipis sbb tu roti kita ni bentuk lain pesen wakakaka.... kalau tgk tuannyer resepi, cantek! Kak ayu punyer pun cantek! rasanyer KAK NUR SG pun dah buat jugak roti bawean ni kan kan kak nur cayang wangi :D.. Resepi copypaste dr umah KAK AYU SG yg di ingati selalu minggu ni menu resepi dr singapura!!! :D Macehhhh kak ayu n bro rozzan! mabelessss! :-) Resepi pendek bebelnyer panjang egegege....untuk inti kita derhaka sikit :D

ROTI BAWEAN

Bahan-Bahan Kulit

650 gm tepung gandum
320 ml air suam-suam panas
60 ml minyak sayur
2 sudu makan minyak sapi
½ sudu teh baking powder
1 sudu teh gula
½ sudu teh garam

Cara:

Satukan air suam panas, minyak, minyak sapi, baking powder, gula dan garam di dalam sebuah bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg lembut. Buatlah beberapa bebola mengikut saiz yg anda inginkan. Biarkan sebentar.

DSC_0031

Bahan Inti

1 kg kentang (dibersihkan & direbus hingga empuk, kemudian buang kulit dan lecek)
3 biji telur (kocok sedikit)
sedikit daun sup/bawang (dihiris)
2 biji bawang besar (potong dadu)
sedikit sayur campur (optional)
secukup lada putih serbuk
garam secukup rasa
1 Tin kecil Sardin asingkan sos ambik isinyer>>yg ni kita tambah :D

Cara
Gaul semua bahan dan sesuaikan rasanya.

Cara Membuat Roti Bawean (1)>>yg ni pun kita buat jugak :D

Canai satu bebola doh yg direhatkan tadi hingga menjadi sekeping bulatan. Isikan dgn inti dan lipatlah menjadi persegi empat. Goreng diatas kuali leper seperti menggoreng roti canai.Bubuh minyak sekali-sekala dan angkatlah setelah Roti Bawean ini kekuning-kuningan.

Cara Membuat Roti Bawean (2)-(This time Ayu cuba yang ini)>>yg ni pun sama :D

Ambil dua bebola doh. Satu di canai leper menjadi sekeping bulatan. Yg satu lagi dicanai nipis sekali menjadi bulatan besar. Kemudian bubuh minyak sedikit ke atasnya. Setelah itu, doh dilipat-lipat dan disusun seperti siput. Rehatkan sebentar. Setelah itu canai semula menjadi leper. Ambil doh pertama tadi dan bubuh inti. Kemudian tindihkan dgn doh kedua ini dan tutup dgn kemas lalu dikelim. Goreng hingga masak.
Sources:-From rozzan.blogspot.com

DSC_0024