Isnin, 24 Ogos 2009

Laksa Asam

Sowi lah eak masa letak bhn2 ni sume tgn gigil2 dah!! nak ambik gmbr pun terketar ketar!!! hihihi..melampau betull!! baru 3 hari pose dah nak mogok bdn2 nih!! :P




LAKSA ASAM



Salam kembali dan akn kembali masih d dalam keadaan mendung kat luar sana tuuu...




Mcm biasalah kita ni kan mesti nak ngada2 ngan MEK YUNG tu haaa... nak tiru2 jugak dan kebetulan tekak kita pun membenarkan tiru2 nih!! :D sedap klu puasa2 ni pekena lauk2 mcm nii..sblm ni buat laksa asam main guna tuna jerrr sbb malas!! malas nak asingkan tulang2!! :D kali ni mmg tersagt RAJINNNYERR hihihi.... nak bg org jugak ni separuh yg kat atas tu nak dbg org yg dlm pinggan kita nanti nih bila nak buke baru snap gmbr ya sabo3!!! :D kita suke laksa skrg ni sbb ulam2 dia lah kan, sukeeeee sgtttt!!! sedap!! nak2 klu TAUGEH yg byk!!! :D Resepi asal dr KAK JUN tp kita kopipes kat umah MEK YUNG jer lah!! halal ya, tenkiuuu!!! ni resepinyer>>


LAKSA ASAM


Bahan-bahan
500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang



Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan
Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa



Cara-cara
Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
Isi ikan dikisar.
Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan