Jumaat, 16 Oktober 2009

Asam Pedas Tetel + Tulang lembu

ASAM PEDAS TETEL+TULANG LEMBU moo mooo :D


Salam dptg jumaat yg baru saja hujan rahmat berenti ,

Lamaaaaaa sgt tak buat asam pedas. KENAPA???? sume ni kerana DAUN KESOM ekekeke..... skrg ni dah tak yah risau lagi kerana daun kesom hihihi... td ni buat asam pedas habis 1 pokok kita kerjakan! ekekeke.... sedappp betulllah asam pedas guna tetel niii tapi AWAS!!!! penternakan lelemak akn meningkat dgn serta mertanyer huhuhu.... buat pun ni td sikit jerrr yg eksyen sgt kat gmbr tu tulang jer yg besor! :D cedappnyer!!! kita ratah gitu jerr mcm makan sup tulang lembu pulak :D... DAN daun kesom segar pun boleh berposing dgn meriahnyer kat atas bukit2 tulang tu ya hihihi.... Resepi ambik kat umah CMG.. tambah belacan dgn serai jerrr rasa sama jer bau jer yg lain sikit tak lari pun sama jer bau diaaa bau KESOM ehehe... Cikmat resepi mintak halal ya letak sini nak ingat2 kat kepala sure tak leh punyer baik kita simpan kat lappy yg cedik lagi bijak ni :D.. tenkiuuu!!! tak pun leh tgk kat SINI :-).. terlupa pulak nak bgtau lagi satu sebab LADA KERING MADE IN MESIA sudah sampai untuk buat stok ekekeke....

ASAM PEDAS TETEL + TULANG LEMBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
  3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!..


CATATAN IJAH :P >> Yg berpantang kena buat cara berpantang :P hihihi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan