Sabtu, 24 Oktober 2009

Kek Coklat Termenung

KEK COKLAT TERMENUNG

Salam dpg sabtu sebelum melangkah keluar dr rumah ni :D,

JANGAN TANYER KITA KENAPA nama dia termenung..hihihi..kena tanyer tuan punyer resepi ya CMG :D, sejak2 ni asyik nak buat kek jerrrr sebabnyer itu hari buat bronis ank2 kita makan habis pulak! tu yg terasa nk buatkan kek jugak untuk cemil2 dia org niii dah namanyer budak mmg tak tolak kalau cekelat2 nii kita ni suke jugak tp mkn tak byk huhuhu... Tu yg dr semalam dok belek2 resepi mana yg nak dcuba pulak dah byk jugak jenis kek cekelat kita dah cuba cuma kita carik yg senang jerr kali niii :D.. moist sgt! tp luarnyer terentung pulak! ehehe...tp tak pe dlm still moist ;-).. Untuk resepi leh rujuk kat CMG @ MyR tenkiu ya cikmat!! mintak izin n halalkan resepinyer letak dsini juga :-) tq!! Bertemu kembali minggu depan !!! happy weekend buat semua ;-)..

KEK COKLAT TERMENUNG

Bahan-bahan ( Berdiameter 30 cm dan berlubang di tengah2 )

  • 250 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan , gaul dan ayak)
  • 250 g coklat susu (sebarang jenama)
  • 160 g gula pasir
  • 5 biji telur gred A
  • 15 g ovallate
  • 250 ml minyak jagung
  • 1 camca teh esen vanilla dan secubit garam
  • BAHAN UNTUK HIASAN:-
  • 200 g coklat masakan
  • 100 ml UHT whipping cream
  • 1 camca teh mentega
  • Chocolate curls secekupnya

Cara-cara

  1. Step_by_step_447
    Dalam mixer bowl, satukan telur dan gula. Pukul pada kelajuna tinggi hingga kembang, masukkan garam, ovallate dan esen vanilla. Terus memukul hingga betul2 kembang (seperti adunan baulu).
  2. Step_by_step_448
    Sementara telur kembang, cairkan coklat susu secara double-boiler (iaitu meletakkan coklat dalam bekas tahan panas dan tenggekkan atas air mendidih) kacau hingga coklat cair dan angkat. Biar coklat suam.
  3. Step_by_step_450
    Masukkan coklat cair tadi dan terus memukul hingga sebati. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Step_by_step_451
    Tuang pula minyak jagung perlahan2 hingga habis, putar hingga rata dan sebati.
  5. Step_by_step_453
    Tuang dalam acuan yg telah disapu dgn mentega dan ditabur sedikit tepung. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 30 - 35 minit. Bila masak, keluarkan kek dan sejukkan atas redai.
  6. Step_by_step_459
    UNTUK GANACHE:- Satukan coklat masakkan dan UHT whipping cream dalam bekas tahan panas dan cairkan dgn kaedah double-boiler hingga cair. Masukkan mentega dan gaul hingga rata. Angkat dan biar suam sedikit dan boleh tuang atas kek tadi. Hias dgn "chocolate curls".
  7. Step_by_step_458
    CHOCOLATE CURLS:- Gunakan pisau pengupas kentang dan larikkan mata pisaunya di bahagian tepi coklat masakkan. Pastikan coklat berada pada suhu bilik.

5 ulasan:

  1. Love pun duk termenung jek tengok kek nih! Sampai terliur plak! hihihi! sedapnya!!! Bau sampai cni! ;)

    BalasPadam
  2. Agaknya ijayuji TERtermenung kot.. tu sebab kek TERrentung di luarnya.. hehehe.. tapi terror cover line ye.. curah je dengan cekelat. Kalau ijayuji tak cakap, tak saper pun perasan kek tu TERrentung... hehehe..

    BalasPadam
  3. aiii.. kek pon buleh termenung ye Ika... bahaya kalo mkn kek termenung karang ngan kite2 skali termenung tk buat ape le jawabnye..hihihi

    BalasPadam
  4. Tengok aje dah telan air liur.Tu yg dok termenung.Ngapalah sampai 2,3 kali telan ayak liyor ni.....menyelerakan betoi la.

    BalasPadam
  5. Termenung ku di jendela lappy ini merenungkan kek yang memenungkan aku....Ikaaaaa dah tak menahan menungkan Kek tu..nak sepotong!!!!

    BalasPadam