Jumaat, 20 November 2009

Nasi berasaskan AYAM :D

NASI AYAM kurang spesel :D

Salam kembali masih dwaktu dan hari yang sama :D,

Bismillahhirahmanirrahim....duduk2 jgn segan2 ambik sorang sepinggan jerr jgn lebey2 kalau family ramai kongsi 1 pinggan tuuu :D.. siap dah pun nasi ayam kurang spesel kita nii niii.... Malas nak cakap byk, jemput duduk dan makan kalau nak tambah kena g kedai .. Padanan dgn ayam goreng madu kat bawah tu ya, mmg sesuwai!!! Untuk resepi nasik ayam ni kita dah biasa guna resepi dr KAK JUNS11 atau NADIA @ MyR 2 2 tu pun lebih kurang dan sedap!!! itu yg penting! pilih lah nak mana satu ya :D untuk resepi kat atas ni kita guna resepi KAK JUNJS11 ya tenkiuuu kak juns!!! mintak ijin kopipes resepinyer pulak kat sini ya :D,

NASI AYAM SPESEL

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit kicap cair
  • Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.
  • Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • @lebihan air rebusan ayam
  • @1 biji bawang besar kisar
  • @rempah sup
  • @garam
  • @daun sup yg dihiris.

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

SUP AYAM n CARROT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan