Ahad, 8 November 2009

Udang Galah Tumis Serai

UDANG GALAH TUMIS SERAI


Salam kembali!! ;-)

Hari ni pagi2 dah kuar pegi pasar adalah sebab kuar g pasar niii nanti tunggu jerr lah ya apa yg ada next n3 nanti niii :D, nmpk udang ni kat umah KAK HASUE huh!!! mcm nak makan itu jam jugak pulak2nyer dmasak dgn serai mmg lah teramat sedapnyer masaknyer pun tak leceh sedapppppp kak sue!!! meh dtg sini ambik sepit BIRU yg dah tukar kaler tu ya :D.. manisssss jerrr dia punyer kuah tuuu mg sedap nak2 udang baru yummmyy!!!! Tambah cili padi kasi kick sikit mmg sedap! K tuk resepi udang tu leh tgk kat SINI n mintak izin juga resepinyer letak kat sini ya kak sue kalau tak ijinkan kita kidnap eyana hihihi... tenkiu!! Macam biasa XTRA SERAI n XTRA DAUN KETUMBAR wangiiiiiiiiiii jerrrrrr, cedap!!! ;-) cepit dia kena posing gak ada daging dlmnyer ;-)..

UDANG GALAH TUMIS SERAI

Bahan2:
  • 700g-800g udang galah-bersihkan dan toskan
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1-2 ulas bawang putih*
  • 1-2 tangkai cili merah(nak pedas tmbah cili api)*
  • 1/3 sudu belacan(bakar dahulu jika suka)*
  • 2-3 batang serai(diketuk)
  • Asam gelugor-secukupnya
  • 1-2 biji tomato(potong berbaji)-kali nih sue x letak
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam,sedikit gula dan perasa(jika suka)
Cara2:
  1. Panaskan minyak dan tumis wangi bahan2 yg ditumbuk
  2. Masukkan sebatang serai dan udang galah. Kacau sebati sehingga kulit udang bertukar warna kemerahan
  3. Masukkan asam gelugor dan tambahkan air secukupnya
  4. Tambahkan bahan2 perasa(garam,gula dan perisa) secukupnya
  5. Apabila udang hampir masak tambahkan tomato dan masukkan baki serai.
  6. Sebatikan semua rasa dan padamkan api-elakkan masak udang terlalu lama kerana isi udang akan keras dan kurang sedap.


Jom makan!! ambik ekor jer ya :D

5 ulasan:

  1. ikaa!!!udang pulak ari ni...jika singgah sini,air liur ku meleleh!!

    BalasPadam
  2. Wahhh Ika... sedap nye. Terliur ler.. Ni kena cari udang gak ni...

    BalasPadam
  3. uihhh..besonya udang!mana lak ader udang galah kat sana nih ijah?huhu..tuh kuahnya dah abis hirup ke?hihi..akak memang suke sgt masak nih..nak hirup tuh part paling besh.hee...ader lagik tak?akak nak 2 ekor jek,xnak byk.hehe

    BalasPadam
  4. Sabar jer lah korang tayang2 udang galah tauuu!!! sajer jeee..... tensi i.

    BalasPadam
  5. salam... saya dah try resepi ni.. sedap..tp sy guna udang biase je... pastu lebih kan kuah request from my brother.. mintak izin cnp ye.. tq... for the sharing...:)

    BalasPadam