Khamis, 7 Januari 2010

Ketam Sambal Bertelur


MUNGA n BUAH dr KAK NOR

Salam kembali dptg khamis malam jumaat ;-),

1st nak ucapkan terima kasih pd semua yg menDOAkan buat kita n hb :-) semoga doa semua org termakbul insyaAllah amin... yg kat atas tu dr KAK NOR, tenkiuuu kak! :-) mentang kita kembang kempis kena puasa mkn kek huhuhu... :D Hari nii sibuk sikit angkat sofa yg lama tu pening dah tak tahu nak sumbat mana ruang kat umah ni sume dah penuh ehehe... yg menyemak sgt tu lah fish2 tank tu sume yg ada 4 tuuu kat ruang tamu huh! kalau tak leh golek2 lebih2 sikit :D..Segannyer nak bgtau hadiah anni kita ni apa.. :D SOFA lah! hihihi.. jgn gelak2 tawww ada makna tuuuuu :P, alhamdulillah tak kira apa pun yg suami bg kat kita kita cukup2 gembira sib baik tak leh dbawa kemana mana kalau tak sure mmg kita angkut kehulu kehilir.. :D ninja tu blurr dah tak tahu nak bg apa tu yg dia bg sofa tu sbb dulu2 kita berhajat nak beli tp tak beli2 :D kebetulan pulak delivery sofa tu hari ni kira mcm betul2 hadiah anni lah ni sbb sampai tepat waktunyer :D.. sbnrnyer hajat besor wife dia masih masih tak leh nak tunaikan :D tak pe slow2 ya :D.. Hari ni masak ketam.. lama dah masuk list menu nii nak buat pun senang kata TUAN RESEPI ni nak tunggu ketam bertelur lmbt baik kita yg bertelurkan dia dgn telur ayam lagi! ekekeke.... tenkiu KAKAK HANA yg kat jepun ya kiss kat bb darwish sikit :-). Mintak halal ya resepinyer letak sini dah kenyang pun ni :D cedap tawwww sbb ada telur ayam yg dtelurkan oleh tukang masak ekekeke... tak leh lama2 sbb lepas ni nak pkir menu speacial tuk malam ni :D,



KETAM SAMBAL BERTELUR

KETAM SAMBAL BERTELUR

Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam - cuci bersih dan kerat dua
  • *10 tangkai cili kering - celur dan toskan (bgantung kepedasan masing2)
  • *1/2 biji bwg besar @ 4 biji bwg merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1 biji telur
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit air
  • garam dan gula
  • minyak utk menumis
  • hiasan - daun ketumbar@daun sup@daun bwg



Cara-cara
  • Blend bhn yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn blend tadi hingga cili masak dan pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa. Gaulkan.
  • Masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. sesekali balik2kan yer.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kocok2kan.
  • Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas ketam. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap sahaja. dan tutup api.
  • Hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar@daun sup.


HADIAH PERKAHWINAN
ekekeke.... jgn gelak2 taw! besar makna dia hadiahkan sofa hihihi...

Sofa ni bentuk L ambik sipi2 jer lah.. :D kaler mmg pilih kaler ni sbb ada budak2 senang nak anto dobi kalau kotor :D..dah dah sudah2 ketawa ya :D

9 ulasan:

  1. hepi anniversarry ijahhhh... moga berkekalan hingga hujung nyawa..amin...

    wooo... adiah sofa ek? cantikkk vogue gitu.. i likeee.... :)

    BalasPadam
  2. Salam Ika,
    Mane ada gelak, Ika. Besar maknanya tuh. Home type punya Hubby nih. Sah, tak lepak tmpt lain.
    Teringat Hubby saya. Ada anniv taun tu, Hubby saya kabulkan hajat saya nak OVEN. Kihkihkih. Sabar je. Takpe, kita tau, some Hubbies tak pandai romantik. But, kita tau, hanya kita di hatinya. :)

    BalasPadam
  3. Salam Ika.....Akak...suka hadiah tu....very meaningful..nak tahu...masa 10 tahun...Aniv..akak dapat dapur...yg 4 stove tu wif oven....masa 20 tahun Akak dapat peti sejuk yg pintu kirikanan tu in advance sebab peti lama rosak...yg every year tu biasa2lah....nak tunggu yg ke 30 lak...Insyaallah....tahun ni baru nak masuk 21 tahun...hehe..Moga panjang umur ya...sampai tak 30 tahun tu!!!

    BalasPadam
  4. Dapat sofa best ape... letak kat dalam bilik ke kt ruang tamu nih?hihihihi

    BalasPadam
  5. cantik ler sofa tu.. akak suka gak! nanti boleh baring2 sama2 kat atas tu kan.. kan.. :P

    akak doakan semoga hajat ika tu termakbul gak satu hari nanti ya.. amiin...

    eh lupa, nak ketam!! td janji nk hantar huhu

    BalasPadam
  6. Salam Ijah. Dah lama akak tak mampir kat sini. Tersanggggggggatlah sibuknya. Baru sari dua ni dapat lepak kat blog semua orang. Dah larung singgah ni, akak nak ucapkan tahniah sempena hari ulang tahun perkahwinan. Semoga kekal dan bahagia hingga ke syurga. Insyaallah. Wah, dapat sofa baru. mesti hari-hari dok tidur atas sofa. he he he.

    BalasPadam
  7. mmg BESARRRR maknanya sofa tuH! muahahahahaaaaa....... cantik la jah! akak suker tgk kaler dier! mantul2 tak?? ekekekeke

    BalasPadam
  8. wah.... bestnye dpt adiah sofa.... bukan senang woo nak dpt adiah besau camtu!

    biasa la ika, kita kalo dpt adiah bukannya utk kita tapi utk kegunaan semua...

    sama cam k fae, mesti dpt brg yg digunakan utk semua... susah betul nak dpt brg yg utk kite sendirik pakai! huhhu....

    BalasPadam
  9. Happy Aniv!

    * Bestnya dapat hadiah besar! (hadiah untuk kegunaan bersama eekkkk)

    BalasPadam