Khamis, 18 Mac 2010

Ayam Kukus Bersos Nenas

AYAM KUKUS BERSOS NENAS

Salam kembali sume :-),

Waaaaa.... mmg betul2 menu diet niii minggu ni hihihi... Sedapppppp melampau ayam niii! kalau tak cayer harus cuba nak2 tang sos dia tuu, sedap sgt2! td ni terbuat sikit lah sos dia tu sbb nenas pun sikit jrr beli tp mmg puas hati ayamnyer pun berempah gitu dgn rasa halia bau serai weeeeee...buat sendirik kalau nak tahu hihihi.. Resepi asal kat umah CMG, cikmat! mintak ijin n halal resepinyer ya mcm biasa maceh!!!ehehe.. pastu letak daun ketumbar, walahhhh! yok mangan! td ni kita tertido abis sume jadual dah jd lmbt huhuhu... ayam ni kita dah perap dr pg jdnyer berasa sgt dia punyer rempah dia tuuu... pastu untuk sos kita tmbh tomato cincang dgn green bell pepper.. sedap! kasi kalerpull sikit :D..

AYAM KUKUS BERSOS NENAS

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping bahagian peha ayam>>kita guna fillet ayam jerr :D
1 batang serai, hiris halus dan cincang*
1/2 biji bawang besar, didadu halus*
4 biji cili padi, cincang halus*
1 1/2 halia, diparut*
3 ulas bawang putih, diparut*
2 pelepah daun bawang, hiris halus*
Garam secukup rasa

Bahan Sos:
1/2 cawan isi nenas, didadu kecil
1/2 biji cili merah, dadu halus
1/2 biji bawang besar dadu
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
1/3 camca teh gula
1 camca teh kicap cair
1/3 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
>>Kita tambah tomato cincang dgn green bell pepper cincang :D



sos tuang byk2 sedapppppppp!! :D

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dibersihkan, buang kulit dan lemak2nya. Perap dengan jus asam jawa dan garam selama 10 minit, cuci kembali toskan hingga kering. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan bertanda (*), kacau rata dan tambah garam secukup rasa (yang ni agak2 lah yea, mat guna "garam gunung"). Kemudian satu bahan tadi dengan ayam dan gaul rata. Perap 1 - 2 jam dalam peti sejuk. Nak sedap perap semalaman...
  3. Siapkan kukusan. Masukkan ayam tadi bersama bahan2 perap dalam bekas tahan panas dan kukus selama 25 minit. Bila siap, alihkan ayam tadi dalam bekas lain. Tapis jus yang terhasil tadi dan tuang dalam kuali. Masukkan nenas, bawang besar dadu, gula dan kicap cair. Kacau rata.
  4. Masak dengan api perlahan hingga nenas lembut. Tambah bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata hingga pekat dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan cili merah, kacau dan matikan api. Rasa dan jika ok, boleh tuang atas ayam kukus tadi, tuang rata2. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera....

4 ulasan:

  1. Omo omo..ayam ni dah sampai sini cepatnya ika:)

    BalasPadam
  2. Ika,

    rajin buat resepi itu ini...niari perut sakit, so bagus makan ayam kukus..tapaukan akak jugak k?

    BalasPadam
  3. Kak suka resepi sihat macam ni, nampak sungguh menyelerakan....

    http://treatntrick.blogspot.com

    BalasPadam
  4. salam ika..kena masuk list ni..

    BalasPadam