Rabu, 31 Mac 2010

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Salam kembali masih dwaktu yg lebih kurang sama :D,

Oklah, jgn tanyer kitalah rasa ayam kat kenny rogers tu mcm mana ya sbb mmg kita tak tahu dan tak pernah pergi makan kat situ :D, agaknyer sama mcm kat atas ni kot! hihihi... bila lg nak perasan kan kan kan :D.. SEDAP lah ayam2 panggang mcm ni letak rencah sana sini mmg best! makan pulak bermandikan dgn sos lada hitam ke apa ke mmg xtra sedap n triple terangkat :D Resepi asal dr SHARM1969@MyR tp kita kopipes kat umah KAK HANA jer lah! semalam tido kat sana kikiki.... tk pun leh jugak g kat MyR ya :-).. Mintak izin n halal resepinyer juga d panjangkan kat sini juga, mekaseh!!!

AYAM PANGGANG ala KENNY ROGERS

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

3 ulasan:

  1. Tak pe Ika...Akak pun tak tahu gak rasa apa..sebb tak makan ayam...janji nampak mengancam....mesti sedap tu!

    BalasPadam
  2. salam ika,
    ish..ish..rupa pun dah macam kat peri-peri dah tu. adik beradik ngan kenny rogers jugak kot. saya makan tmpt ni setaun skali jer, hehe.
    adus..kalu bakar atas dulang, jadi jugak tak ika? oven saya takde tmpt nak pusing2 ayam tu.huhu.. tumpang makan sini dulu. ada tak balen2? hihi

    BalasPadam
  3. Ikaaaaa...sedapnya ayam tu..sebiji cam kenny rogers..nanti kat SA nak pi cari kenny rogers..nak ratah ayam tu sampai tulang..p/s-jgn lupa siram pokok effective besok k...he he..

    BalasPadam