Khamis, 11 Mac 2010

Burger Bun

BURGER BUN

Salam n Selamat pagi sume!! :-)

Terima kasih yg sudi tggl jejak ya :-) semalam ni kita kesibukkan satu hari dgn urusan kat luar g embassy dgn org yg mcm semut tuuu pastu balik2 kna g sekolah akak pulak, dah balik lmbt tu kena patah balik semula sbb baju tuk graduation day hari ni leh tertinggal! huh! terus sakit kepala berdenyut denyut jerrr dah lah kebuluran, lauk dah buat tp tak sempat nak makan!.. Hari ni ada graduation day kat hotel marriot nak kena g oleh kerana baju2 merah nak buat demolah ni terpaksa dcepatkan dr tarikh yg sebenarnyer huhuhu...jom tgk tajuk yg berkaiatn kat atas ni :D..
Semua org dah dpt agak ni kan kalau kita buat roti burger ni kan kan kan???? versi besor dgn kecik tu budak2 :D yg besor tuk org2 tua jerrr :D.. Satu lagi resepi koleksi kat dlm buku DIY HOME BREAD.. LEMBUTTTTT sgt! suke tau!!!.. Untuk resepi kita dah tulis sekali.. n maaf sekali lg hari ni sibuk lg lah nmpknyer :D jempt makan ya nak cicah air panas2 puns edap! nak bakar pun sedap :D

BURGER BUN
Source>>DIY HOME BREAD by KHOO SEE YEW

Bahan2:

  • 60g Susu Pekat
  • 15g Telur
  • 170g Air Sejuk
  • 2.5m Garam
  • 2.5g Bread Improver
  • 5g Instant Yis
  • 300g Tepung Berprotien Tinggi/Tepung Roti (dayak bersama Bread Improver)
  • 20g Butter>>Yg ni pun buat mcm bun potato tu 10g Shortening+10g Butter
  • 5g Susu Tepung

Lembutttt sgt!

Cara2:

  • Campurkan Air, susu pekat, telur, yis dan garam.
  • Masukkan tepung dan bread improver yg telah dayak td kedalam bancuhan cecair td.
  • Uli sehingga menjadi doh dan masukkan butter serta shortening tadi, kaedah ni bolehlah duli datas papan pencanai supaya mudah menguli. Uli doh sehingga tidak melekat dan elastic.
  • Tutup doh dgn kain lembap dan penaikkan 2 kali ganda selama 30 minit.
  • Selepas itu tumbuk2 doh untuk n rehatkan selama 5 minit sebelum dbulat bulatkan.
  • Selepas itu bulat2kan doh lebih kurang 60g setiap satu atau boleh buat bentuk mini juga.
  • Selepas itu sembur doh yg telah dbulatkan td dgn air dan tabur dgn bijan.
  • Alaskan loyang dgn baking paper dan penaikkan roti 2 kali ganda atau selama 45min-1jam dan bakar pd suhu 180c selama 10-13min atau sehingga masak.
  • Belah dua roti dbhgn tgh dan isikan lah dgn filling kesukaan anda.

Kaedah lain>>
Masukkan semua bhn2 kedalam BM diikuti cecair dulu n last baru masukkan bhn kering pastikan grm n yis tidak bersatu.Setting tuk Doh, ON dan tunggu hingga proses seterusnyer, tumbuk2 doh dan tungu 5 min sblm dbulat2 kan..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan