Isnin, 8 Mac 2010

Kerabu Taugeh n Kerang

KERABU TAUGEH n KERANG


Salam buat semua dhari isnin :-),

Semalam kesibukkan lah, balik jer dr belanja terus tgk tv buat itu ini kemas brg2 mcm2 benda yg dbuat, kena masak lagi huhuhu... Lepas balik suku ptg tu sampailah pg ni mmg tak OL pun lappy nii sbb kalau dah OL sure kerja mengemas tertangguh.. :D Hari ni pun sibuk lah kan mcm biasa, bukak cadar sume ganti apa2 yg patut, ni pun baru jer lepas makan :D, nmpknyer kita kena makan ala2 menu diet gitu, weeeiii dah nak g jepun niii seganlah nak tunjuk bdn yg dah bulat nehh hihihi.... haaa...lagi satu kan minggu ni bz sikitlah sbb nak buat visa kena g tadika, budak2 ada buat performance pastu nak kena carik makanan ikan huh! byk kerja sungguh! pastu hari ahadnyer pulak ada graduation day kat tadika kakak n macam biasa dkat hotel marriot :D baju pun tak beli tak tahu nk pakai baju apa tp tahun ni tak pe tak yah bersuit suit sbb kakak tahun depan baru graduate tahun depanlah baru nak melaram abis hihihi...
Ok kita masuk balik tajuk yg kat atas nun :D ala2 menu diet kan?? :D
KERABU TAUGEH by KAK SHERRY MZ kat MyR.. Mekaseh ya kak, suke sgt sbb ada kerisik tp mcm biasalah kan kita mmg suke letak kerang2 niii sedap pulak! nak tambahkan darah kan kan.. hati kita kurang sikit jdnyer mkn kerang yg sememngnyer berantu :D.. mintak izin n halal resepinyer ya kak mekaseh!

Untuk komen2 yg kat sebelah tu atau pun kat n3 nanti kita buat kunjung balas sbb nak kuar carik brg n seterusnyer menggosok :D.. tungguuuu yaaa.. insyaAllah kita kunjung rumah sume org mekaseh sudi singgah! :-)


KERABU TAUGEH n KERANG

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Sebungkus taugeh (dlm 50sen kalau kat msia)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa
>>Untuk bhn2 rencah kita tumbuk semua sekali :D sedap betull! :D



Cara-cara
  1. Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
  2. Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Hiris halus bawang merah & cili padi.
  4. Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  5. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
  6. Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
  7. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan