Isnin, 24 Mei 2010

Asam Rebus Daging dgn Nenas

ASAM REBUS DAGING DGN NENAS

Salam kembali!! :-)

Hari ni sepatutnyer kena g sekolah ada temubual antara cikgu n ayah n ibu mengenai hal ank perilaku ank kat sekolah atau pun kat umah, memula plan nak ikut sbb kita pun nak nyebuk2 jugak walau tak phm sgt ahahaha.. sajerr jer nak kenal ngan cekgu kelas :D tahun ni dpt cekgu tak hensem hihihi tak pe lah klu tak pegi, td ninja tu kol kata kita tak yah pegi, sbrnyer kan YAHOOOOOO!!! kita lg suke tak pegi sbb malaslah! :D So kita masukkan n3 lunch kita seorang D ULANGI MENU KITA SAHAJA :D, sejak2 tekak tak sedap ni dan bukan kata masa tekak tak sedap ajerr pantang mmg nmpk org masak yg mcm ni sure nak masak jugak! akhirnyer setelah ku twn nenas dekat supa dpt jugak buat hihihi... Mekaseh KAK ANIS!! suke sgt2!! sedap! buat masak2 pedas2 mmg best! ooppsss.. HARUS ada sambal belacan lg kasi kick2 hihihi.... Nmpk kat umah kak anis terus menerus ngidam maklumlah 1st time tahu ada masak daging asam rebus ni kan :D kan?? Mcm biasa mintak izin resepinnyer juga KAK ANIS, maceh!!! :-)

ASAM REBUS DAGING DGN NENAS

Bahan-bahannya:

  • 500 gram daging dihiris nipis
  • 7 batang cili merah
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putihSenarai Bertitik Tumpu Khas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • sedikit belacan
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 mangkuk potongan nenas
  • garam, gula dan perasa secukupnya



Cara-caranya:

1. Rebus daging hingga empuk, ketepikan.
2. Kisar lada merah, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan belacan hingga agak halus.
3. Masukkan bahan-bahan kisar dalam periuk. Masukkan daging rebus dan air asam. Tambahkan dengan air secukupnya.
4. Masak hingga kuah mendidih. Tambahkan dengan potongan nenas dan rasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
5. Biar di atas api seketika dan bolehlah dihidangkan dengan nasi panas, telur dadar, budu dan ulam-ulaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan