Sabtu, 1 Mei 2010

Ayam Goreng Halia

AYAM GORENG HALIA

Salam kembali ;-),

Hari dr pagi sampai ke tgh hari kita free :D TAPI nanti lepas zohor kita org nak g kuar :D ehehe... Jdnyer untuk santapan sume org yg tgh bercuti atau pun jalan2 dgn family makanlah ayam goreng halia ni ya, my ninja love it! sbbnyer dulu2 biasanyer kita masak halia ni guna sotong mmg fev dia tapi tak terpkir pulak guna ayam, nmpk kat umah KAK E NA kat japan sana tuuu masak guna ayam sure sedap! mmg betul sedap sgt! kita suke, tp lg best kalau ld tu dpecahkan jugak masa masak tu, oleh kerana ninja n ank2 kita lg selesa mkn yg tak berpedas jdnyer kita terpaksa masukkan lada tu bulat2 gitu ehehe...Letak bwg byk2 piman byk2 sedapnyer! Mekseh kak untuk resepinyer mcm biasa jugak mintak ijin n halal resepinyer dpanjangkan kat sini pulak, sapa2 yg belum cuba harus cuba ;-), n ada lg ayam tp dlm perapan itu kita tunggu esoklah baru bakar baru sedap! ehehe... Boleh g umah KAK E NA juga nakkan resepi orinyer :-), SELAMAT HARI PEKERJA n HAPPY BELATED BESDAY MY DEAR NINJA, semoga kebahgiaan mengiringi kehidupanmu dunia akhirat insyaAllah.. versi dah dtranslate ke malay version :D..

AYAM GORENG HALIA

Bahan-bahannya:
  • 6-8 ketul ayam
  • 1 biji piman /capsicum (optional)
  • 1/2 inci halia -di hiris sebesar batang mancis
  • 1 1/2 tbs sos tiram
  • Hirisan bawang besar
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • Sedikit bunga kobis / carrot (optional)
  • 2 biji cili api (optional )
  • sedikit air
  • Garam dan kunyit
  • 1 batang serai >>yg ni kita tmbh
  • 2 Helai daun limau purut di hiris halus>>yg ni pun kita tambah ehehe..tuk hiasan




Cara Memasaknya :
  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  3. Masukkan halia, sos tiram dan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kacau rata.
  5. Biarkan ayam masak, kemudian masukkan bunga kobis dan carrot.
  6. Jika agak kering masukkan sedikit lagi air.
  7. Masukkan hirisan bawang besar dan cili api. Kacau sebati.
  8. Perasakan garam dan bolehlah di hidangkan. Selamat Mencuba!

9 ulasan:

  1. salam ika,
    mesti dah gi jalan2 cari barang ni. saya nak geledah dapur, cari balen2 ayam halia. kihkihkih.
    Happy belated Birthday skali lagi buat Mr Ninja ya aka Yuji. jalan elok2 :)

    BalasPadam
  2. Salam Ika!!!
    Rindu nya kat mek sorang nie... Ika dan family sihat? kite tengok macam2 pasal baju merah tu kat tv.. gerun betul diorang tu ganas2 kan..Ika dan famili take care ok...

    Nak makan ayam halia cikit.ehhehe

    Ijan

    BalasPadam
  3. assalamualaikum.. fuhfuh..tiup lilin..happy besday jugek kat ninja..ninja warrior ke?hehe..vey interesting la aym tuh..

    BalasPadam
  4. memang sedap kalau ketuk serai masuk dlm ayam halia...E-na ada masa letak serai ada masa x letak..tukar2 rasa..he he..nway tq sudi try resepi tu...E-na link n3 ni ye ika...:-)

    BalasPadam
  5. Salam,ika,,,akak mai ni...lama tak singgah, musim salji rupanya kat sini...musim salji makan ayam halia ngan nasi hangat memang best hu hu hu

    BalasPadam
  6. salam..

    waaa.....best nampak menu ni..
    tetibe rasa lapau lak..
    ahaks..

    BalasPadam
  7. ika....cantik umah baru...suka2!!!...
    nak sikit ayam halia...heeeeee

    BalasPadam
  8. Ika, ambik awards from Love ya!!!

    http://love2cook-msia.blogspot.com/2010/05/awards-and-cards-receiving-day.html

    BalasPadam
  9. Ika!!! nk bagitau..kite dah buat ayam nie.. sangat best. tapi tak sempat amik gambar sebab tak tahan lapar sangat.kekek. nanti nk buat lagi..tenkiu :)

    BalasPadam