Jumaat, 21 Mei 2010

Chicken Chop II

CHICKEN CHOP II

Salam kembali :-),

Badan rasa tak sedap lah pulak, budak2 sume dah keja ambik tisuuu jer ni masing2 hidung berair, td kita ni kuar g beli brg2 bakery sume buat stok sbb lama sgt tak pergi dan sebab utama nak carik baking paper dah habis! Semalam bakor roti melekat dekat loyang huh! Ok lah, ni menu malas lagi, dah perap ayam dr pg td, untuk resepi chicken chop kat atas tu just imagine jerr bhn2nyer DAN kalau ada yg sama dgn mana2 resepi ianyer ada;ah kebetulan bukan nak claim resepi sendirik sbb mmg tak sempat sgt nak tgk2 resepi kat mana2 td ni.. Jdnyer untuk Blackpepper sauce tu jer resepi dr KAK HANIELIZA.. Klaua perhatikan dr bwh n3 kita sumenyer kaler hampir sama guna bhn yg sama ahahaha.. halallkan dah selamat dah pun :D.. Untuk ayam kat atas tu kita buat mcm ni>

CHICKEN CHOP II

Bahan2 Perap:

  • 1 potong fillet ayam tanpa tulang
  • Sos Lee n Perrins
  • Kicap cair
  • Blackpepper
  • Garam

Untuk coating

  • 1 biji telur
  • Tepung serbaguna
  • Breadcrumbs/serbuk roti/panko
Cara>>

Basuh ayam bersihkan n lap dgn kitchen paper. Satukan sume bhn2 perap n perap lebih kurang 3 jam. Selepas 3 jam atau nak kurang atau nak lama pun sedap, lap kembali ayam tu kering2 menggunakan kitchen paper, selepas itu salut ayam td dgn tepung kemudian telur dan golekkan atas serbuk roti, pastikan keseluruhan ayam dsaluti oleh serbuk roti. Kemudian goreng dlm minyak yg byk, pastikan api jgn besar sgt, sederhana besar. Angkat n toskan minyak. Sedia untuk dmakan dgn apa2 sos kegemaran.




SOS LADA HITAM
Sumber KAK HANIELIZA

Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (*kita letak 2 sb. jek)
  • 2 sb. sos tomato(*1sb jer)
  • 2 sb. kicap pekat(*kita letak 1sb)
  • 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati (*kita guna serbuk pati lembu)
  • 1 sb. tepung jagung ) dibancuh
  • 1/2 cawan air ) bersama
  • 2 sb. susu cair (*kita guna fresh milk je dlm 1/4cup)
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.

2 ulasan:

  1. salam ika

    berselera akak tenguk chicken chop ika..dah seminggu batuk n tekak pahit..kena cari ni..

    BalasPadam
  2. sedapnya....best tengok blog ni....gambar cantik2...

    BalasPadam