Khamis, 27 Mei 2010

Daging Kicap Kerisik Berempah

DAGING KICAP KERISIK BEREMPAH

Salam kembalii!! :D

Haaaaa... ni lagi satu menu yg HARUS d cuba! Sedapppppp sgttt! dah mcm ala2 rendang gitew! sedaplah! pastu buat berkuah n pekat2 gitu..aiyooooo.... menambah makan hari ni :D pdhal hari2 pun tmbh jugak ahahaha.... Resepi asal dr KAK DAYANGJACK yg mmg tak pernah kering dgn resepi baru, sedap tawww! dulangi SEDAP :D kat tekak kita n kak dayang lah kan :D Hari ni nak clearkan baju2 besar iaitu baju kita yg tak sudah gosok malam td :D, ngantuk betul! ingat nak sambung gosok tgk dah pukul 12 tu mata dah tak leh thn, apa lagi mandi terus masu tido! :D jdnyer hari ni kena clearkan sbb esok sure bertambah balik baju sbb ninja tu balik :D..
Kak Dayang, mcm biasa mintak izin n halal resepinyer juga ya ;-), macehhhh!!

DAGING KICAP KERISIK BEREMPAH

Bahan-bahan :
  • 1 kg daging
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  • 2 sb kicap pekat
  • 3-4 sb cili kering kisar
  • kicap manis/kicap masin secukupnya
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • air asam jawa
  • 2-3 sudu makan kerisik
  • 1 sb Sos Tiram>>yg ni kita tambah
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas




Cara-cara :
  1. Ambil 2-3 sudu besar bahan2 mesin dan gaul2kan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis bahan2 mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga daging empuk.
  5. Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan