Jumaat, 11 Jun 2010

Kari Ayam Bangladesh

KARI AYAM BANGLADESH

Salam kembali sume :D,

Haaaaaa.. hari ni tuan umah betul2 malas ahahaha.... mood pun kurang dr td ni ada kes sikit huh! tyg esok jer lah! tak fail cuma kureeeenggggg jerr result yg dpt ni tadi.. biarlah rahsia! tunggu esok jer! hihihi.... Kari org yg nak cepat tp sedap :D baru lepas curi mamaknyer udang kali ni dah sampai bangladesh pulak hihihi.... ok, resepi skodeng dapur KAK SUE@NENIE mekaseh kak nenie sbb share resepi yg senang niii, mcm kari biasa cuma cara masak dia lain sikit lagi senangggg n pd yg malassss nak duk lama2 kat dapur :D.. Maceh kak nenie, mintak izin n halal resepinyer!! :-). Mekaseh yg dtg singgah malam karang buat balas kunjung ;-)..insyaAllah.

KARI AYAM BANGLADESH

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor ayam
  • 25 gm rempah kari ayam
  • 10 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2.5 cm halia* (kesemua bahan * ditumbuk)
  • 100 ml santan
  • 1 cwn air asam jawa ~ Sue kurangkan
  • 1 biji tomato (potong baji)
  • Garam & Gula secukup rasa)




PENYEDIAANNYA
  1. Ayam dipotong sederhana kecil dan dibersihkan.
  2. Masukkan ayam kedalam satu bekas dan gaulkan dengan rempah kari dan bahan tumbuk sehingga rata.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam tadi.
  4. Balik-balikkan dan tutup api seketika.
  5. Setelah garing, masukkan santan, air asam jawa dan tomato.Kacau sehingga sebati.Hati-hati supaya isi ayam tidak hancur.
  6. Tutupkan kuali dan kecilkan api.
  7. Setelah pecah minyaknya, tutup api dan bolehlah dihidang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan