Rabu, 23 Jun 2010

Kuih Lapis Pelangi

KUIH LAPIS PELANGI

Salam kembali :-),

Haaaa...ni buat semalam petang ya, n gmbr dambil malam hari sbb tu kaler fuuhhh bukan main terang! sapa2 yg nak tgk lama2 tu lupakan atau kena ambik spek kaca hitam ya eheheh... Ni sume izah punyer pasallah ni puasa2 tayang kuih mcm ni mmglah nak makan! kalau leh beli beli ajer! huh! tp buat ni dlm keadaan penat sib baik tak jatuh pengukus ku iteewww :D Resepi asal dr KAK YATIE US yg mmg terrer bab2 kuih2 kukus niii, cnp dr umah IZAH pencinta muffin iteewww :D Mcm biasa ya mintak izin n halal resepinyer, macehhhh! jap g nak tidoooooo!!! hihihi... tunggu kakak balik dulu :D

KUIH LAPIS PELANGI

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah, hijau, putih, kuning


Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

5 ulasan:

  1. ikaaaaa....oh tidak tidak..jangan ..jangan..jangan link kepda ku..malu la ai..lapisku itu sungguh comot bila melihatkan kuih lapis mu ini..wooww ini betul2 pelangi tujuh lapis ni..ika..salute la..penat2 pun gagah jua mempelangikan kuih ini..weii mention nak tido tu tak tahan nyer tuh..ceeh

    BalasPadam
  2. Salam Ika,
    Cukup segala warna kuih tu...pandai kira warna pelangi....hah, mintak sepiring boleh ke...akak kalau kuih kukus2 ni cukup suka....tiap2 hari pun takpe...

    BalasPadam
  3. ado-doi silaunya hehe meriah kalernya ni ika!!

    BalasPadam
  4. salam ika

    aduh..jap..jap nak pakai spek itam..tak tahan dgn pancaran kalernye yg cukup meriah..cantekkkkkkk banget..

    BalasPadam
  5. jeles..jeles..jelesssssss...ni akak suker kaler2!!!! bak seloyang..

    BalasPadam