Isnin, 14 Jun 2010

Manggo N strawberry Yogurt Mousse

MANGGO N STRAWBERRY YOGURT MOUSSE

Salam kembali!!! :D

Hari ni layan dessert jerr sbb lunch hari ni thp malas sbb nak tgk drama lagi ni hihihi... Manggo yogurt mousse ni resepi asal dr KAK YANI, mem MyR tp skrg ni MyR tgh demam tak kebah2 kdg ok kdg demam lagi uuwaaaaaa...dah nak dekat puasa tuuuu ssh jugak tak leh nak rujuk ke sana huhuhu... Tp kita cnp dr umah KAK NOR ganu ya.. :D rasa dia mcm panna cotta manga dulu tp yg ni letak yogurt jdnyer rasa dia ada rasa yogurt lah kan :D ehehe... cam biasa yer mintak izin n halal resepinyer!! macehhhh!!! Nak test mcm mana guna strawberry puree.. sedap tp masemmmm! ehehe... import dr mana ntah stobeli niii hrp jer besor tp hampeh! huh! rindu betulll dgn stobeli jepun huhuhu...

MANGGO n STRAWBERRY YOGURT MOUSSE

Bahan-bahan ( 7 cups )
  • *1 sudu besar gelatin (10g)
  • *3 sudu besar air
  • ->50g gula
  • ->100ml air
  • 400ml susu segar
  • 100ml plain yogurt>>yg ni kita buat 50ml guna whipping cream n 50ml lagi yogurt :D
  • 100ml air masak
  • Mango souce
  • 1-2 biji mango
  • 1-2 sudu besar gula
Strawberry sauce>> blend 6 biji strawberry n gul sikit tak yah masuk air.


Manggo :D

Cara2>>

  1. Masukkan gelatin ke dalam 3 sudu besar air. Kacau dan ketepikan. NOTE : Jangan masukkan air ke dlm gelatin ye!
  2. Panaskan gula dan air (bahan-bahan yg bertanda ->). Bila nampak gelembung-gelembung air, padamkan api. Kacau seingga gula larut. Angkat periuk or pan dari dapur, masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin larut.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan susu,air dan yogurt. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sebatian gelatin tadi. Kacau sehingga semuanya sebati. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam pudding cups. Simpan dlm peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dimakan.
  4. Cara penyediaan mango souce. Kisar mango dan gula dgn food processor. Kemudian masak di atas api perlahan sehingga pekat yg dikehendaki. Lepas itu bolehlah disimpan sejuk.
  5. Bila nak makan, bolehlah tuang mango souce ke atas mousse yg dah disejukkan tadi.
  6. Note : Untuk penyediaan seperti dlm gambar, mango source hendaklah dibuat terlebih dahulu. Kemudiaan isikan ke dalam pudding cups. Masukkan ke dlm peti sejuk. Biar selama lebih kurang 1/2- 1 jam. Kemudian bolehlah dibuat mousse.

Strawberry :D

4 ulasan:

  1. salam ika..cun melecun mouse..aik!mousse ika ni-ngences!:p~

    BalasPadam
  2. Personаlized suspension settings оf used car
    ωith bad creԁit 640i can be ԁynamicallу controlled by
    driνer, allowіng them to pеrform; speсifically, lowerіng sοund output and alsο cleaning uр the exhauѕt gasѕes, respectivеlу.
    While many employers are much lеss pгevаlent, even so nonethelеss сan occur bу гepеаting thе ѕame type of ρosition you аrе
    targeting?

    Fеel freе to visit my ωebѕite :: jeujcgail

    BalasPadam