Rabu, 11 Ogos 2010

Kek Lapis Asam Manis

DSC_0743
KEK LAPIS ASAM MANIS

Salam kembali ;-),

Hari ni cuaca mendung jerrr biasanyer kalau 1st day atau dah nak dekat ramadhan cuaca akn bertukar mendung atau hujan begitu jugak sebaliknyer kalau hari raya.. Td ni dr pagi duk depan lappy buat kunjung balas tu pun tak habis ronda lagi nak kemas dulu hihihi.... k ni menu semalam buat pun guna loyang kecik jerr lah, sapa2 yg nak ambik tempahan leh lah order sekarang tarikh tutup tempahan hari ni waktu ini ehehehe.... Untuk resepi akn d update kemudian ya, nak g kemas dulu pastu nak sambung blogwalking pulak :-).. sonoknyer org mesia dah mula puasa.. jeles niiii :D Resepi leh g kat label kek jugak ya :D

Updated**

Tips tu tak de, cuma kita kalau buat kuih atau kek lapis2 ni mmg kena disiplin sikit ttg sukatan yg nak dbuat layer by layer tu, biasanyer kalau kek lapis kita gunakan sudu makan letak dlm 4 sudu makan gitulah kuantiti dia setiap layer sampai habis bergantung size loyang, kalau besar kena guna sukatan cwn, kalau kuih lapis pulak biasanyer kita akn gunakan mangkuk kaca pyrex pastu gunakan sukatan cawan, bergantung size jugak, biasanyer kita gunakan 1/3 cwn atau 1/2 cwn sbb mangkuk kaca kita tu kecik :D kalau besar mungkin kena guna sukatan 1 cwn.. Selamat mencuba!! :-), Untuk kek lapis kalau dkukus dia gelembung2 rasanyer tak tahu sbb tak pernag terjadi pulak, rasanyer jgn sampai terlebih kukus lama sgt, agak2 dia dah masak leh lah susunkan hawflakes tu, kalau tersilap sila betulkan ya :D sharing is caringg ;-)

KEK LAPIS ASAM MANIS

Bahan-bahan>>ayat telah dubah suai n cnp dr umah KAK HANA :D
  • 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sk ovallete
  • 1/8 cawan susu pekat - hana ltk 3 sudu besar



DSC_0746

Cara-cara
  • Blend biskut tawar halus. kemudian ayak dan ketepikan.
  • Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu.
  • Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. dan letaklah warna kesukaan anda.
  • Kukus setiap lapisan 5 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pd setiap lapisan.
  • Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
  • Buat sehingga siap.

13 ulasan:

  1. Ikaaa!!!!! lamanya menghilang. Dah settled ke? Rindu kat ika, Selamat Berpuasa buat ika sekeluarga.

    BalasPadam
  2. Salam dan Selamat Berpuasa untuk Ika n family..waaaahh dah moncol dengan kek asam manis ni...suka, sukaa...ni tunggu raya ke boleh makan ni Ika..hehehe..lambatnyaaa..nak skrg..heheh

    BalasPadam
  3. Salam ika..Selamat berpuasa..
    Lama senyap ya..Hari i masuk baru ada n3..Siap posing kek lagi..

    BalasPadam
  4. amboi2!! mementang xposa lagik!! ko tyg yg bukan2 ek??

    BalasPadam
  5. Salam Ika, selamat berpuasa...cantiknya kek lapis tu..

    http://treatntrick.blogspot.com

    BalasPadam
  6. selamat menyambut puasa ika dan famili. cantiknya kek tu..

    BalasPadam
  7. Salam ika
    Welcome backkkkkk!!..miss u!!!..
    salam ramadhan buat Ika & family juga ya..
    wah 1st day puasa dah ada kek ya..best2 ni..
    oops Thai puasa esok ya..selamat bersahur malam ni ya ..hehe

    BalasPadam
  8. Salam Ika rajinnyer..cantik n kemas jek lapisantu.. nak cikit wat buka.. kita posa ni he he eh

    BalasPadam
  9. salam...
    chantek nya kek dia....
    gebu sangat nampak...
    saya ada gak dok buat kek nih
    tp x menjadik la...
    slalu jek gelembung2 kat bahagian atas skali tu...
    ada petua x???
    leh kongsi?
    tq ;)

    BalasPadam
  10. perghh.. sangat cantek kek lapis ni. bagus2 cikgu dah bg tips.. tunggu taun depan aku wat. muahahahah! ikaaaaaaa mishhh uuu... selamat menyambut bulan ramadhan

    BalasPadam
  11. thanks atas tips
    mmg diakui, mmg kena displin dr segi sukatan...
    kalau x...mmg lapisan akan jadi tggi rendah

    kalo x keberatan tgk la hasil saya http://wgpterpelihara.blogspot.com/2009/10/kek-lapis-masam-manis.html
    cemana yg dikatakan gelembung tu....
    slalunya bahagian atas sekali yg paling teruk gelembungnya & nampak cam licin berkulit...x nampak gebu cam gambar 1st awak tu....huhu...sedih jek x menjadik

    BalasPadam
  12. yeah...
    akan diusahakan lagik...
    cayok!

    BalasPadam
  13. Resepi nI sesuai utk loyang bulat brpe inch?

    BalasPadam