Selasa, 24 Ogos 2010

Soto Ayam Madura

DSC_1007
SOTO AYAM MADURA

Salam ramadhan kembali :D,

Sorry sgt2 tuan umah tak de mood lagi ni, nak masak pun malas2 giteeww ehehe... masak soto ni nak buka lagi 1 jam 45min baru buat hihihi... nak menghilangkan rasa dukacita tuan umah hari ni nak mengkukis haih! tak leh ingat betul kejadian semalam ni, biarlah rahsia sampai masa nanti kita bgtau eheheh.... Sangat senang buat soto ni sbb tak de bergedil sbb daging tak de!!!! uuuwaaaaaa.... mmg betul2 puasa daging betullah kita ni puasa2 :D

1st time buat soto ayam madura ni, apa yg lain yek? sbb ada telur rebus, ada kentang goreng (ala2 bergedillah ni :P) pastu pastu, yg lain2 tu sama jer dgn soto2 biasa bhn2 tuk sup tu lain sikit kot sbb ada buah keras tp lembut tuuu :D! Tak pelah dah kenyang masuk pewot alhamdulillah... Resepi asal dr WIKI leh g jengah sana ada penenrangan terperinci lagi :D copypaste dr umah KAK HANA, mintak ijin n halal resepinyer ya kak :D macehhhhh!!! lama tak makan soto sedap sampaikan ke titisan terakhir kuahnyer! ahahahaha....

SOTO AYAM MADURA

Bahan-bahan
Bahan rebus ayam
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - titik
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 ikat sup bunjut
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih
Bahan Tumis
  • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
  • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam di atas
  • Garam

DSC_1009

Bahan Sampingan
  • Nasi impit
  • Ayam siat
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil
  • Daun sup@daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
  • Sambal kicap

3 ulasan:

  1. Salam Ika..wah dah sampai madura dah nampaknya..hik hik..sedap btol nampaknya...kena ngan kuah kicap cili tu..terangkat wooo

    BalasPadam
  2. salam ika...memang sedap soto madura tu, mas pun dah buat....terliur pulak tengok soto ika...ha..ha..

    BalasPadam
  3. Sedapnya soto...bila nak buat ek...nanti, hujung minggu kita buat.

    BalasPadam