Jumaat, 22 Oktober 2010

Asam Pedas Ayam Nyonya

_DSC0431
ASAM PEDAS AYAM SAWI ASIN


Salam kembali sume!!

Rasanyer ni last n3 tuk hari ni sehingga lah minggu depan hari rabu :D.. Nak menghabiskan sawi jeruk iteewwwww, campurkan dgn asam pedas ayam ni pulak, mmg sedap! rugi sapa tak cuba krup krap krup krap jerrr :D

Untuk resepi asam pedas kita just guna resepi dr CMG, ASAM PEDAS NYONYA just gantikan ayam n kuah untuk ayam biasanyer kita akn buat cair sikit berbanding dgn ikan then tambahkan sawi jeruk td kat dlmnyer, yummylicioussss!!!! Kita cnp sekali lagi resepinyer, resepi asal dr CMG macehhhhh!!!!! Selamat berhujung minggu semua!!! :-)

ASAM PEDAS AYAM NYONYA

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
  • 2 kelopak sawi jeruk (optional)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu>>Tak de stok!
  • 1 genggam daun kesom
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/2 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 hirisan nipis lengkuas
  • 1/2 camca teh lada hitam biji (optional)


_DSC0427

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh..)
_DSC0450_DSC0448
SEASONING PICKLED GREEN MUSTARD
ada 2 jenis yg satu jenis lg dia berdaun hijau yg kita beli ni sume putih! :D

3 ulasan:

  1. ika,
    wah itu dia sawi asin yang sudah 7 tahun menanti kehadiran ika..hehe..

    BalasPadam
  2. ooooowwwwwwwhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... cukup pjg tk owhh aku! kikikiki

    BalasPadam
  3. meleleh air liur k.mas tengokk....

    BalasPadam