Isnin, 19 Mac 2012

Roti Canai & Roti Telor homemade again!

_DSC0951
ROTI CANAI & ROTI TELOR

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi isnin sume :D,

Menu beberapa hari LEPAS ^____^ dan akn buat lagi sbb ank2 kita lagi suke makan roti canai buat sendirik dr yg instant punyer. Yang pasti mmg sedap resepi ni, akn stick dgn resepi yg ni sbb mudah n sedaplah! Dah byk kali guna resepi ni sejak tahu kesedappannyer, alhamdulillah sedap :D

Nak citer sikit, semalam kita silap appointment lerr ehehehe... sepatutnyer ahad depan g jumpa dentist tp dgn semangatnyer semalam pergiii, nasib baik takde org laggi kalau tak malu jugak kemaluan kikiki... Hari ni ada appointment dgn allergist utk follow up appointment n consultation utk kelayakan menyertai latihan scuba diving>>bukan kita yerr ank yg sulong ehehe... tp rasanyer mcm tak layak sbb dia ni allergic n ada masalah sikit bhgn hidung n tinga dia tp takpelah nak kalau tak boleh, boleh snorkeling ajerr lahhh :-)

Terima kasih setiap kunjungan, insyaAllah akn balas kunjungan bila free nanti.. Dan juga, minta izin kembali resepi ni utk byk2 kalinya ehehe...

ROTI CANAI
Resepi Asal : NICEGHOST FNR >>yg ini tak de link kalau ada tolong bg tahu ya :-)
Sumber: KAK HANA


Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gadum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
  • 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola

_DSC0953
best resepi ni, mcm hari2 nak mencanai :D

Cara-cara
  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D
  • Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais



_DSC0946
main tarik2 ajerr ya :D yg ni roti telor :D

27 ulasan:

  1. Salam..dah habis yeee x pe nnt menebar lg yeeee nak siap yg dah carik2 pastu banjir tau letak kuah lebih :-)...

    Rajin mencanai nak try jugak ni tp tarik pakai buntut talam/dulang...x pandai menebar tq resepi :-D

    BalasPadam
  2. salam..
    ranggup nampak!. sedap makan pagi2 ni.kakna dah lama tak buat.makan kat kedai je..

    BalasPadam
  3. roti telur satu..roti banjir duaaaa....hehe tergugat iman ku bila nampak roti canai ika ni....mana tepung ni ..nak buat roti canai:)ceria ceria selalu ika:)

    BalasPadam
  4. as-salam Ika

    selamat pagi...wahhh rajinnye Ika buat roti canai...pandai Ika menebar roti canai..npk menyelerakan..puas hati buat sendiri...

    BalasPadam
  5. ika cayang...
    rajinnya buat roti canaiii...
    wat kak mas lapar jerk pepagi ni tau..he3
    kak mas pun pernah try resepi kak hana ni..
    memang best resepi ni...
    lembut rangupp jerk kan roti canai tu..

    BalasPadam
  6. Selamat pagi Ika,
    nampak lembut aje roti canai tu.... mesti puas hati dapat menebar sendiri...puaslah anak-anak makan ye Ika.

    BalasPadam
  7. best ni ika ,sangat rajin ini adik manissssss

    BalasPadam
  8. satu dua tiga empat,
    lima enam tujuh lapan,
    dua tak cukup aku nak lapan.. hihihi

    BalasPadam
  9. satu hari nak jugalah buat roti canai sendiri..

    BalasPadam
  10. tokeyy..roti telur 2, kuah dal yer..teh tarik panjaaanggg punya 2 gelas besar..

    BalasPadam
  11. salam ika...fuhhh, abis la diet akk kalau cmni....ekekekeke

    BalasPadam
  12. tuk tuk tuk
    ai terjah nak breakfast ni
    wahhh menu sangat curlastt la
    terasa mcm kat kedai mamak mesia ni
    bertuah ninja dapat wife yg rajin ni

    BalasPadam
  13. order 10 keping boleh? hehe.. bila la nak mencanai ni. dok beli yg siap je. uhuhu..

    BalasPadam
  14. assalam Ika, akak dtng nak tumpang sarapan pagi ni...sedapnya tgk roti canai ni.bila nk rajin buat tak taula lagi pun kat sini ada jual frozen roti canai dr Msia..hehe

    BalasPadam
  15. uwaaa..nape cukup rajin sangat nak mencanai sendiri ni..resipi ni kita penah buat dulu,tapi sekali jela buat..tak mampu nak mampu nak mencanai cantik macam ika punya tuh..
    slrrpp..sedapnya.

    BalasPadam
  16. Salam ... Roti canai terbang satu! he he he mama siapa yang rajin menguli n menebar roti canai neh? he he he rajinnyer Ika.. tapi kalau wat sendiri kompom lembut kan? sedapnyer Ika.. he he he

    BalasPadam
  17. Wahhhh rajin sekali Ika buat roti canai sendiri! Love beli instant je...keke. Malessssss!

    Roti telur bawang satu bungkus!!! ;)

    BalasPadam
  18. amboi makcik rajinnya...hehehe...kita takut nak cuba...sebab takut tak jadik...hahhahah....satu hari nak cuba jugak la ngan resepi kak hana ni....

    BalasPadam
  19. wah dah boleh buka warong roti canai kt bangkok ni ijah.. akk tgok terus jer nak oder.. roti kosong 2..

    BalasPadam
  20. wah dah boleh buka warong roti canai kt bangkok ni ijah.. akk tgok terus jer nak oder.. roti kosong 2..

    BalasPadam
  21. Salam rindu. Datang jenguk2 sementara ada sedikit masa nak bw. Dah kenyang makan nasi tadi, layan mata je lah roti canai ni, takmo kecek2. Along hantar kek suji seketoi utk adik sayang.

    BalasPadam
  22. Assalam Ika cayangg...salam rindu..alahaaii baru bercuti on9 4 5 hari..rasa sebulan laa...hehee... Rajinnya mencanai...akak mmg dah lama duk makan roti canai beli jer...heheee.. Nnt bila buat, kasi lebih sikit eh...tapau tuk akak.. ^__^

    BalasPadam
  23. isy Arah ni..mcm tau2 je kita tringat nk buat roti canai...berangan nk buat roti canai pisang!

    BalasPadam
  24. syoknya tgk puri arah tu cantik menggelembung! trima kasih sudi mencuba!

    BalasPadam
  25. dah macam roti canai mamak plak..untung la dah pandai wat sendiri..ntah bila la kayrul nak pandai wat macam ika

    BalasPadam
  26. Terima kasih kepada berkongsi resepi ni. saya buat ikut sebijik resepi ni..mmg menjadi..terbaek..terima kasih banyak.

    BalasPadam