Isnin, 30 April 2012

Chinese Chive Dumpling

_DSC0081
CHINESE CHIVE DUMPLING

Assalamu`alaikum wbt, salam isnin buat semua :-)

Wah! sgt2 lapang ya hari2 update ehehehe.. Esok kena g sekolah, mulai minggu depan dah mula jadi volunteer dekat sekolah, mcm2 hal lepas ni insyaAllah, mana yg termampu kita update n share resepi2 yang kita dah cuba ;-)

Dumpling mmg fav kita org laki bini :D selain gyoza n wantan, chinese chive dumpling ni pun salah satunya menu dumpling yg sedap! Letak kucai byk2 mmg ler teramat sedap, kalau ikutkan resepi kita letak sikit jer utk daging ayam hancur tu tapi kalau tak letak langsung mcm tak stick pulak dia punyer filling nanti, jdnyer kena ikut sukatan dlm resepi, nak kurangkan pun jgn terlalu menjejaskan sbb nanti dah tak de rasa kucai :D lebih kurang dgn gyouza cuma gyouza letak hirisan cabbage n bwg putih yg byk, tp dua duanya sedap. Untuk Resepi ni kita gunakan tepung khas utk dumpling ni, leh tgk gmbr kat bwh, klu kat mesia tak pasti ler dah ada yg instant mcm ni atau tak, kalau takde jgn risau resepi ni dah sediakan sekali dia punyer bhn utk kulit dia :-)

Terima Kasih skyblue utk sumngan resepi chinese chive dumpling ni, minta izin kembali resepinya utk di kongsikan di sini juga n buat rujukan akn dtg sekali dan buat semua pengunjung arah, terima kasih tiap kunjungan n komen2 semua, sgt2 hargainya, dan insyaAllah kita buat kunjung balas kembali ;-) itsumo arigatou~~ m(_ _)m

CHINESE CHIVE DUMPLING
Resepi Asal : SKYBLUE MyR

Bahan-bahan ( 36 biji )>>kita buat stgh adunan

  • Untuk Kulit:>>kita gunakan tepung khas utk dumpling ni :D
  • 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch)
  • 60g tepung ubi (tapioca flour)
  • 1 cawan air panas
  • *70g tepung ubi (tapioca flour)
  • *1/2 cawan air sejuk (berais)
  • Untuk Inti:
  • #500g kucai, dipotong 1cm
  • #1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan)
  • 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit
  • 200g daging/ayam cincang
  • 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan>>yg ni tak letak sbb takde
  • 2-3 cm halia, dicincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Lain:
  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

_DSC0086_DSC0088
lazatttt sekaliii! hihihi...

Cara-cara

  1. Sediakan doh untuk kulit: Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. Gaul sehingga rata, tutup dan biarkan sejuk sedikit (5-10 minit). Masukkan tepung ubi dan air sejuk, uli sehingga menjadi doh. Masa panas2 doh ni agak melekit, JAGAN tambah tepung lagi.
  2. Bila doh sudah betul2 sejuk, ia tidak melekat pada tangan, bahagikan doh kepada 36 bahagian yg sama. Taburkan sedikit tepung ubi jika perlu. Ketepikan.
  3. Untuk Inti: Masukkan semua bahan2 untuk inti kecuali udang ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Masa nak balut baru masukkan udang.
  4. Ambil sebiji doh, leperkan (10cm) dan letak inti di tengah2. Tutup hujung dia macam buat karipap.
  5. Sapukan pinggan atau steamer degan minyak masak sebelum letak dumpling. Sapukan sedikit minyak pada permukaan dumpling supaya tidak melekat. Kukus selama 8-10 minit. Biar sejuk sedikit baru keluarkan dari pinggan / steamer.
  6. Boleh juga lapiskan steamer dgn baking paper yg berlubang. Jika boleh, kukus dlm pinggan dan terus dihidangkan. Dumpling yg panas agak lembut, susah nak pindah dari satu pinggan ke pinggan yg lain.

_DSC0082
kurang seksi lerr sbb tak berapa nmpk isi dalam ehehe...




_DSC0077_DSC0078_DSC0079
kelim mcm buat gyouza :D


_DSC0076
Tepung yg kita gunakan :D

22 ulasan:

  1. Aslmkum..Pg Ika.
    Teringin nak makan..tapi rasa macam leceh ja nak buatnya..Tunggu betul2 teringin nak makan hasil air tangan sendiri kot baru nak buat..hehehhee

    BalasPadam
  2. As Salam & Slmt pagi Ika cayang!!
    wow!!! mama pernah mkn dumpling nie mmg suka tau!!!
    tapi tang nk buat tuh mmg belom pernah cuba lagi..best kan kalau dpt tepung khas buat dumpling lagi senang kerja kan Ika..

    BalasPadam
  3. Salam ika...sedap je nampak dumpling tu,teringin nak rasa...mesti sedap kan...

    BalasPadam
  4. selamat pgi sis,
    teringin nak mkan dumpling.......x penah mkan ! X tau rasanya mcm mana..... Klau ikut resepi yg sis bgi nie....mcm leceh jer nak mmbuatnya....hehe...benornya sy malas....!!
    Cmne ye rsanya? Msti sdap nie.......

    BalasPadam
  5. Salam ika..seksinye dumpling ni..can see through u...haha..smlm nmpak nani wat gyoza..da melelehh ayaq lior ni....mewah ngan kucai kompom sedap..meh nk rase wat bekpes sepiring..hihi

    BalasPadam
  6. cantik la awak balut tu ika....kita cam tak lulus je nak balut2 ni....huhuhu..ada daging boleh la cuba...tak sabar la pulak rasanya...kekeek....habis ler diet gini....kekeke

    BalasPadam
  7. morning kak ika cayang!!! menitik air liur tun nengok dumpling nih.. aritu wat x puas makan.. cantik je akak kelim. tun nyer kelim ntah ape2. hihi

    BalasPadam
  8. Morning Ika manjaaa...

    wah ini kan fav anak kak Nur...kak Nur tk reti mkn lembik2 gini...kak Nur suka yg bergoreng...hihi...tapi kan sedap kan Ika cuma akak aja yg tk pandai mkn ni...hahaha.

    BalasPadam
  9. woww Ika,homemade dumpling,..lembut2 je masuk mulut..

    BalasPadam
  10. Ini sudah hebat....boleh buat dumpling lagi....akak suka ni...sedap cicah dengan sosnya. Kalau ada balance postkan la ke sini

    BalasPadam
  11. As'salam Ika cayangg

    k.ct tak pernah makan, tapi pernah nampaklah suai bawak balik sebab dia suka. tekak akak ni jakun sikit maklumlah tekak melayu asli..hehehe

    sesekali mencuba resipi baru apa salahnya kan Ika :)

    BalasPadam
  12. ijah nampah sangat sedap,macamana ijah buat klimnya tu sangat kemas

    akak tak pernah makan tapi nampah macam best

    BalasPadam
  13. bestnyer kalau dapat makan dumpling yang jah buat..mesti banyak akak makan..
    selalu tengok dalam cerita ajer..makan tak pernah langsung..boleh dicuba nih..org korea pun ada gak buat camgini gak kan..
    kalau tengok+ kat tv tu
    tak terliur ...tapi dtg sini..mak aiii teragak laa pulak

    BalasPadam
  14. Tertiba macam rasa dia slurp masuk dalam tekak.. Sedap banget nampak.. If yg soupy lagi my fav.. Makan nak.. Buat sendiri tak nak.. Boleh? Hahaha

    BalasPadam
  15. Salam Ika,
    Huwaaa..terkedu dengan kegigihan dan kerajinan kamu ini.
    Akak baca step by step semua pastu mengenangkan diri yang terlebih rajin..
    Kalau Akak datang umah ika nanti, sila buatkan boleh? ekekeke

    BalasPadam
  16. salam Ika,anak2 akak pun suka sngt makan dumpling ni tapi mama nya malas nak buat Ika dah bagisemangat ni macam nak try lah mesti sedappp kan

    BalasPadam
  17. FnF pun suka makan gyoza... yang tekak melayu tu boleh je oter2 resepi inti dia tu jadi ala2 melayu sikit kan Ika... gyoza sedap sbb kulit dia kenyal2 gitu pastu inti dia pulak moist berair gitu...terbaik lah...

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum ika cayang..
    wah sedapnya tgk dumpling tu ika.. sama ler ngan akak sekeluarga.. mmg fav sentiasa nie.. suka makan tp buat jarang.. heheheee.. kalu nak makan p restoran jer makan.. lg pun masa skg nie akak sibuk ckit.. nak buatnya tu pun x sempat...

    BalasPadam
  19. Assalam Dik Ika..Akak tak pernah lagi makan dupling cam ni...tapi nampak sangat sedap...terasa nak mencuba pulak!

    BalasPadam
  20. kagum betul la dengan ika, saba dubai dan blogger2 masakan yang lain, itu dumfling vikin ana lafarlah hehe...

    BalasPadam
  21. salam ika..
    cantik jew kelim tue..mesti mempunyai sepasang jari2 yg runcing..siyess cantik sgt2..sedappp x??..dah terliur nie..:)

    BalasPadam
  22. assalamualaikum kak ika! nani jeles! jeles! sangat jeles tengok kak ika nye dumpling...nape cantik sgt??? (bleh pulak tanye gitu) huhuh...rasanya mcm tak penah jumpa pulak tepung yang memang khas utk buat dumpling ni...takpe2 nanti lenkali nk buat lagi biar ada bnyk improvement. tak puas makan yang hari tu.

    BalasPadam