Rabu, 4 April 2012

Karipap Pusing Inti Sedap

_DSC0099
KARIPAP PUSING INTI SEDAP

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi rabu sume! :-)

Kesabaran, itu lerr yg paling sesuwai nak menggambarkan perasaan kita buat epok2 pusing nii :D, masa nak buat doh berminyaknya pun satu hal dekat 1 jam jugak tak nak jadi licin gituuu tp kalau dia tak licin doh pecah2 tu yg bermasalah masa nak goreng dan byk yg reject sbb masa canai utk kali terakhir byk yg terbukak ruang2 pusarnyer tu, bila masuk inti dia berlubang kalau mcm tu bila dogereng yg dlm masuk minyak. Jadinya nak gelek dia kena dgn cara yg lemah lembut ehehe... yg best epok2 pusing ni dia rangup, sedap! Tapi surrender ler lepas ni buat epok2 biasa ajerr ehehe... sajer nak mencuba resepi2 baru n nak asah kemahiran yg dah tersedia kurang ni kan :-)

Bukan 1st time buat epok2 ni, dah kali ke 3 kot termasuk yg ni tp sebelum2 ni buat langsungggg tak jadik pusarnya, kali ke 3 buat alhamdulillah! Ok untuk resepi dr MyR kak lynn, resepi asal kat cari.net kot tak sure pulak, nak kepastian leh masuk kat link yg kita masukkan tu ya. Minta izin n halal kembali resepinya ya kak lynn, ty!! Untuk kunjungan, terima kasih daun keladi, insyaAllah kita buat balas kunjung kemudian sbb mata kita ni dah dtg penyakit dia daaaa huhu... Utk inti, dr kak hana kat MyR, mintak ijin jugak ya kak ehehe... ty!!


KARIPAP PUSING
Resepi Asal : LYNN MyR

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )>>kita buat stgh adunan


*Doh berminyak* :
  • 150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur) ** >>utk yg ni kita lebihkan shortening berbanding penggunaan margerine.
  • 300 gm tepung gandum Bold

*Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )
  • Sedikit Margerine yg di panaskan>>yg ni kita masukkan

    _DSC0096
    Sangat ranguppp!! suke betul kali ni buat menjadik :D ya ya saya tahu masuk mulut hancur tp saja2 jerr nak asah kemahiran yg tak berapa penuh didada hihihi..

Cara-cara

  1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
  2. Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  3. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  4. Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  5. Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  6. Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  7. Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://wanitaniaga.com/resepi/?cat=4
  8. Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  9. Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  10. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
  12. # Resepi asal saya ambil dari forum cari.
  13. _DSC0070_DSC0073_DSC0077
  14. _DSC0080_DSC0078_DSC0082
_DSC0069

INTI SEDAP

Resepi Asal : KAK HANA MyR


Bahan-bahan :
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air
Cara-Cara :
  1. Kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  2. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
  3. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  4. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.Boleh digunakan untuk inti karipap atau epok2.

29 ulasan:

  1. okay 1st lagi..nak makan kipap pusing banyak..nak 10 bijik ada tak?haha..
    suka dengan kipap ni tapi tak cukup rajin nak memusingkan dia..hehe

    BalasPadam
  2. salam....
    cuti beberapa ari ni.ari ni start jalan2 balik.
    pasal buat karipap pusing ni kakna dah berpusing2 tak jadi2 juga.tengok orang yg buat jual tu jadi.. je.

    BalasPadam
  3. Aslmkm Ika...Ya Allah..rajinnya budak ni, try open table depan rumah tu, letakpayung sbijik, sah2 laku nih..akak nak beli 3 ringgt yer

    BalasPadam
  4. perghhhhh melampau2 terer mak budak nih!

    BalasPadam
  5. geramnya tgk kulit karipap pusing ija tu, sangat2 cantik! nampak pusingannya tu. sedap..sedap..sedap...

    BalasPadam
  6. JAH,
    pasal karipap nih akak mmg thumbsup..tersangat ler suka nyer..kalau dapat makan hari2 baguskan..tapi nnti gumuk lakkk..
    meh tukar ngan bingka krakers...pakwe dua rang tu kalau akak buat karipap nih sama sama nulung..nulung menyepahkan..kena bagi sikit adunan..siap ngan pengelek sekali..huhh kalau idak asyik mengacau aje

    BalasPadam
  7. salam ika...
    tabikkk spring la..akk pun x pernah buat lg epok2 nie tau..bagi akk sapa2 yg bole buat mmg pas la ilmu kt dapur ..h ehe heee bagi akk 2 ringgit..cantik pusingan dia tue..suka2:)

    BalasPadam
  8. Salam Ika cayang!!!
    Sabar ada lah separuh drp iman!!!
    Byk2 bersabar!!! hehehe mama mmg x sabar ki3x
    tahap membuat blh buat darah up seh!!

    anyway salute kat Ika kerana bersabar membuat karipap pusing/pusar!! welldone!!!

    BalasPadam
  9. ika...
    kak mas pernah buat sekali karipap pusing nie,
    yaAllah, sabar jerk ngadappnya....
    lama kan nak siappp...
    lepas tu klu nak makan, beli jerk..he3

    tengok karipap ika..
    jadi teringin lak..
    esok2 la cari kat pasar..

    cantikkkkk karipap pusing ko ika...

    BalasPadam
  10. memang kena bertabah ye nak buat karipap pusing ni? akak kalau buat bukan karipap tu ajer yang pusing, ngan kepala kepala akak ni berpusing. hahah..

    eh tapi kan org johor memang pandai kelim karipap kan. cantik giler n kemas je yang ikaa kelim tu. haishhh nak buat tapi kena suntik virus 'kesabaran' dulu.. hehehe.. ni kalau mintak sah dah jadik baja kan ika..kankan..

    BalasPadam
  11. Assalam Dik Ikaaaaaaa..nak jugak...kita trade dengan cekodok boleh!!!...haha...aci lah!!Akak tak tahan dengan godaan karipap ni Dik oooiiii!....dah ketinggalan berapa biji bas ekspress lah kalau tak masuk sini sehari dua....nangis Akak tengok..sebab dengan kerajinan mu Dik...bertuah En Ninja!!!Mohon izin ya bila Akak rajin nak try resepi ni lak nanti!!!

    BalasPadam
  12. Ika, kak Naz suka karipap pusar ni tapi malasnya nak buat kulitnya tu..hehehehe

    BalasPadam
  13. Ika, kak Naz suka karipap pusar ni tapi malasnya nak buat kulitnya tu..hehehehe

    BalasPadam
  14. if dekat mmg buat muka x malu mintak ni...sedapnyer uols...dah la nak kelim perlukan kesabaran yg tinggi ngeeee

    BalasPadam
  15. Salam...cantik kejadian opor pusing ni suka akk negoknya...betuk kena sabar byk2 leee kekadang pernah juga buat jadi x licin.....ni mkn pasti derai kulitnya...mkn kena tadah ni,,,,nak 10 ketul

    BalasPadam
  16. memang terpegun tgk hasil kerja tgn ika kelim karipap ni dah lah lawa pusingannya kalau akak yg naik pusing buat ni..haha tapi harus dicuba nanti..kalau tak cuba mana nak pandai kan:)

    BalasPadam
  17. wallla...buat kpop yea...cantik tu..akak pon ada nk post n3 kpop..tunggu..

    BalasPadam
  18. Salam ika,
    Apa khabar Ika sekeluarga?
    Karipap pusing tu pusarnya cantik... Hilang penat bila nampak ia timbul,kan? :D
    Hurm, sama la, saya pun tak penah nak asah. Tapi ika lebih rajin. :))

    BalasPadam
  19. tgk jer pun dah tau sedap... :) akak x terror buat karipap pusing ni..terror makan jerk..

    BalasPadam
  20. ika..kita pun dah buat karipap tapi inti kentang + udang kering + bilis je..hehehe...kebetulan ada org menempah..naik kematu bontot + sakit belakang mengelim kuih malam tadi..hahaha....bzzz la kita adik ku..rindu ler nak sembang2...huhuhu

    BalasPadam
  21. kak ikaa... ghajinnyer... tun mmg surrender awal2 nk wat karipap pusing ni.. xpernah jadi. hehe.... wat karipap biasa pun sakit2 belakang nk habiskan kelim satu adunan, kalau wat yg pusing2 ni.. agak2 aft separuh adunan, dgn2 bekas2 kene campak sbb stres. kui kui..

    BalasPadam
  22. Terima kasih banyak2lah Ika sebab tunjuk step by step cara buat karipap pusing. Sebenarnya lebih 20 tahun tak buat karipap pusing padahal dulu selalu bantu kakak buat karipap pusing untuk jualan di pasar tani di Kelang! Sekarang ni kalau buat karipap pun yang kulit biasa saja... tapi memang cayalah... kalau dah inti sedap memang dah makan berbiji2 karipap!

    BalasPadam
  23. kalau kat umah akk ni pulak kan, karipap pusing jer yg laku, karipap biasa diaorg xjeling langsung...susah betulll

    BalasPadam
  24. cantiknya pusing2 tu!!! sgt kemas! inti tu pun sgt menggiurkan. bila nak dtg kl dik? akak nak oder sedulang karipap inti sedap nih..

    BalasPadam
  25. Waaaaaaaaaaahhh terus berpusing2 mata akak tengok....kalau la dpt merasa kerapuhan karipap pusing Ika ni, kan ke besssttt.... ^__^ Rajin tul dia skrg...x terkejar nak nengok entry..hehe, bagus, bagus...

    BalasPadam
  26. rajinnya buat karipap pusing..kita malas nak buat karipap ni sebab nak kena buat dua bancuhan tepungnya...hahahhaha..suka jenis yg sekali harung je...kekekke

    BalasPadam
  27. usaha tangga kejayaan, nak senang lagi ketayap, beli je yg dah siap goreng terus ngap je!

    BalasPadam