Sabtu, 28 Julai 2012

Roti Canai Homemade n Kuah Dhal

_DSC0391
ROTI CANAI
(Kosong n telur)

Salam ramadhan kembali sume :-)

Hari ni kita free, yeaaaaaaaa!! Tp byk kerja rumah lah, free maksudnyer tak yah antar kids pergi tuition ke n yg sewaktu dgnnya :D Semua org sihat? Kita kalau dah akhir2 gini bdn lemah tak bermaya, gitu jugak lerr bila permulaan bulan mengambang, dlu2 tak de sakit2 itu ini tp sejak dah ada ank ni mcm2 pulak sakit hmmm.....

Maaf ya, suke sgt dgn resepi nii lg pun sejak kita berdiettt yg jd mangsa pun ank2 kita jugak lerr tak dpt nk makan roti canai nii ehehehe... Masa puasa ni lahhh boleh mkn itu ini yer nak :D Macam biasa, hasilnya sgt memuaskannn sedap lagi buat sendirik dr pergi beli kat kedai ececece... yg jd semakin bestnyer pulak ni mkn dgn kuah dhal n masukkan sikit sambal tumis dlm kuah dal tuu, alhamdulillah nikmat tak terkata hihihi.... Ok, kita letakkan lagi resepinya kat sini jugak ya :-), selamat berhujung minggu sume n terima kasih juga setiap kunjungannya :-)

ROTI CANAI
Resepi Asal : NICEGHOST FNR >>yg ini tak de link kalau ada tolong bg tahu ya :-)
Sumber: KAK HANA
Boleh g
SINI jugak :-)

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gadum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
  • 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola

Cara-cara

  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D
  • Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais



_DSC0406
Resepi terbaik :-)

Resepi kuah dhal ni pun sedap, tp ada tambahan sikit :D

KUAH DHAL
Resepi Asal : S SHAMEN MyR

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • Beberapa hiris daging lembu>>yg ni kita tambah
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1/2 sk Jintan kasar>>yg ni kita tambah
  • **1/2 sk jintan halus>>Yg ni kita tambah
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa

_DSC0365
Alhamdulillah sedapp n kena dgn selera :-)

Cara-cara
  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

14 ulasan:

  1. Salam Ija.Dlm bualn puasa payah nk cari roti canai kat sini..klu tingin pon kena buat sendiri la.

    Nampak sedap & gebu roti canai ija ni...

    BalasPadam
  2. alahai...iftar ngn roti canai...roti tulur...best nye...

    BalasPadam
  3. yang ini akk mmg x pernah buat..he hhee akk rasa klu org yg boleh wt roti canai ..mmg org yg pandai memasak..sbb bagi akk nie la yg paling susah ..he hee nk join ika mkn la:)

    BalasPadam
  4. uihh..meleleh air liur tgk..hihihi

    BalasPadam
  5. salam ramadhan buat ija & family...lamanya hilang arah ye. hehe!!!!rajinnya ija tebar roti canai. kros bulan puasa ni cuti sebulan mkn roti canai sebab kalau bulan2 biasa kami mmg wajib almost every morning pekena roti canai. husb penang mari mmg jadi mknan rugi roti canai ni.

    BalasPadam
  6. sedapppnya...
    rajinnn ika nie tau..
    memang resepi roti canai ni yg terbaik...
    kak mas pun suka..

    BalasPadam
  7. menahan ayaq lioq dah kuaq ni
    oishii sou
    tapi hampun malas nak buat DUSH
    bak sini sket uols ngeee

    BalasPadam
  8. salam ikaaaaaaaa..rindu sama kamu..
    tu dia, baru tahu ika dah katif balik ni ha.macam2 dah dia masak, naik juling mata duk tengok macam2 ni..terliur sungguh..
    bagila roti tu sekeping..kuah banjir ye..;p

    BalasPadam
  9. ala mek roti canai ni mkan lepas raya baru best. hikhik.. skrg masa utk asah bakat membuat kuih2 tradisional kononnya. ekekeke..
    tp puasa tengok roti canai pun rasa sedap giler! ;D

    BalasPadam
  10. adehhhh tengah2 masa kecederaan nak bukak pose ni dok tengok roti canai plak...mmm saya tak berkeyakinan lagi la nak menebar..camne tu..huhuhu

    BalasPadam
  11. salam ramadhan ika sekeluarga

    malas dah nak buat roti canai sebab tak tahan nak bersihkan minyak..beli ajer lagi senang

    BalasPadam
  12. As salam Ika,

    Wah, best2! Nanti boleh buat murtabak lak...hahaha...

    Psssstt.. kite try byk kali buat roti canai guna tepung kat sini xmenjadilah.... geram tgk roti awak ni... meh cubit cikit! hehehe... nasib baik dah buka posa tau!

    Take care! Seronotlah leh rehat2! :)))

    Psssssst...tahun ni tak balik raya ke??

    BalasPadam
  13. salam ,daging nyer bl nk msuk

    BalasPadam
  14. K.ana sy nk tnya..kuah dal tu kak ana bubuh ap ya..sbb wrna merah..

    BalasPadam