Selasa, 24 Julai 2012

Salam Ramadhan n Kuih Kaswi Pandan Lemak

_DSC0144
KASWI PANDAN LEMAK

Salam Ramadhan :-),

Salam bertemu kembali di bulan ramadhan tahun ni :D Ingin mengambil kesempatan memohon maaf andai ada tersilap kata n tulisan sepanjang kita berblogging kat sini, kejap timbul kejap tenggelam, mana terkurang dan terlebih minta dihalalkan dunia akhirat sbb bila akn berblogging lagi kita pun tak tahu biar masa mentukan, insyaAllah! Jutaan terima kasih pada yg masih mengginggati diri yang terlalu kerdil n serba kekurangan ini ececece... buat pelawat atau pun bukan pelawat, terima kasih jugak dgn setiap kunjungan.. alamakkk sedihnya huhu... Tak leh panjang2 td nak log in masuk pun kena tendang sekali sbb lupa password ehehe... lepas ni jgn terus tak leh masuk sudah lah ya :D

Belum ada masa utk berblogwalking kat blog kawan2 mana yg perasan n3 kita ni buat2 tak nmpk ajer lah, yg pasti pesanan dah di tinggalkan kat sini :-)

Ni menu dah lama ya sepanjang kehilangan kita dr dunia blogging :D ada komen kat n3 bwh ni, buat kak ummiaisyah, missed call akak yg byk tu kita dah terjwb ini hari ya, sbb kita berada dlm keadaan sihat, baru semalam di beri cuti khas hihihi.... Mana yg mendoakan n merisaukan tentang kita amat2 terima kasih, doa kita utk semua org jugak semoga sihat n sentiasa dlm lindunganNya sentiasa insyaAllah! Selamat menjalani ibadah puasa buat semua, moga diberi kesihatan yg baik hendaknya sepanjang bulan ramadhan ni ya insyaAllah!

KASWI PANDAN LEMAK
Resepi Asal : KAK BESAH MyR
Rujukan : KAK YASMIN aka KAK Q


Bahan-bahan : (1 loyang)

  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1 cwn Tepung Ubi Kayu
  • 1 cwn Santan
  • 1 1/2 cwn Air perahan daun pandan (3 helai)
  • 3/4 cwn Gula Pasir
  • 1/2 st Air kapur
  • 1/2 st Garam
  • 1 biji Telur >>size tak kisah
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Secawan Kelapa Parut Putih + Garam

_DSC0134_DSC0136
Kita mmg minat kuih muih, puasa tahun ni nk lyn kuih tak nak layan nasik2 sgt :D

Cara-cara :

  1. Kacau sebati tepung2 dan gula bersama air pandan dan telur. Kemudian campurkan ke semua bahan2 lain dan kacau sehingga sebati hingga tidak bergentel. Tapiskan.
  2. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu dgn sedikit minyak. Kemudian kukuskan adunan tadi di dalam pengukus yang telah di didihkan airnya terlebih dahulu. Kukus sehingga masak lebih kurang 20-25 minit bergantung size loyang yg digunakan.
  3. Sejukkan kaswi terlebih dahulu sebelum di potong. Kemudian boleh potongkan kaswi tadi mengikut bentuk kesukaan masing2 dan golekkan kaswi yang telah di potong tadi ke dlm kelapa parut yang telah di campurkan dgn sedikit garam tadi. Bolehlah di hidang, selamat mencuba.

**ayat kat atas dah di ubah mengikut kesenangan kita :-)



19 ulasan:

  1. Salam kak,
    lama ye menghilang...salam ramadhan buat akak sekeluarga....

    semoga akak diberi kesihatan yg baik sepanjang Ramadhan nie....:)

    BalasPadam
  2. slm...ke mane yer lma mghilang...nmpk sedap kuih kaswi pandan tu...comeiii luv2 lg..

    BalasPadam
  3. Hisashiburi!! genki desuka? miss u la ika! Selamt berpuasa buat mekjah dan keluarga tersayang. Bulan pose ni blog makan2 paling ngetop sekali. hihi.. Kio tsukete nee..

    BalasPadam
  4. salam ramadhan buat ika dan famili..:D

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. ikaaa..
    misss uuuuuuuuu
    selamat berpuasa ika...
    sedapnya kaswi tu..
    sukaaaaaa

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Adik IKa cayang,

    Where have u been dear???? Jaga badan kah apa??

    Selamat menjlnkan ibadah puasa buat Ika sekeluarga...moga Ika diberi kesihatan dn kekuatan utk menjlnkan ibadah ya...msk apa hari ini?? Nanti lepas terawih kita duk bawak pokok sambil mkn kuih tu ya!!

    BalasPadam
  8. Asslmkum Ikaaa..
    Winduu kamu. Lama betul bertapa. Jgn bertapa lama2 sangat..nanti lupa terus password tu..kikikiii
    Salam Ramadhan Ika. Selamat berbuka puasa ya..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum dan salam ramadhan buat ija sekeluarga, selamat menjalani ibadah puasa ye :)

    lamanya menghilang, mana pergi? semoga sentiasa berada didlm keadaan sihat dan baik2 sahaja.
    Akk pun suka kaswi tp kaswi tunjuk jelah, nak buat hummmmm ntah bila lah hehehehe malas sungguh kan? cantik betul kaswi ija, hijo je :)

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kak ika...rindu betul dengan entry baru kak ika. moga2 sihat la ya di sana. selamat berpuasa..

    BalasPadam
  11. ingatkan kita yg mimpi tadi sebab ada org update blog..ahhahaha...tengok kuih ni teringin lak kita..huhuhu

    tak pe la...walaupun jarang2 update blog tapi kita tetap ketemu kan...dimana?? hahahah..sendiri jawab ye...ngeeee....

    BalasPadam
  12. Salam Ika,
    salam ramadhan,lama tak nampak kelibat Ika..
    nampak kelibat kasuwi terus singgah..

    BalasPadam
  13. Salam ika...opppsss...dh berupdate rupe nye blog ika ni...nasib baik nampak dh tukar tajuk kat tingkap tu tadi....mana lh pegi bertapa lama sgt ni...semoga di dlm keadaan yg sihat dan ceria selalu lah ika ye...selamat berpuasa buat ika sekeluarga...muahhh...:-)

    BalasPadam
  14. salam rindu Ika... selamat berpuasa juga buat Ika sekeluarga ;)

    BalasPadam
  15. Salam dik Ijah sayang... Lama tak dengar berita... Semoga sejahtera selalu dan dalam lindunganNYA... Selamat berpuasa n maaf zahir batin...

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum, lamanya takde khabar berita? Harap Ika sihat.....mohon maaf juga dr akk. Bawa berehat kalau tak sihat..

    BalasPadam
  17. salam ika,rindu kt adik akk sorang nie..selamat berpuasa ..jaga diri dan kesihatan ok..kaswi mantappp:)

    BalasPadam