Isnin, 10 September 2012

Blueberry CheeseTart

_DSC0546
BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum wbt semua :-)),

Apa khabar semua org? Sihat tak? Mesti penuh jadual dgn rumah terbuka hari minggu semalam ni kan kan kan ehehe.... Moga2 semuanya sihat, perut tak meragam, ye tak? Maklum lerrr mkn macam2 kan ececece... bunyi mcm jeles jerrr hihihi...

Buat cistat ni minggu lepas, buat satu adunan mcm dlm resepi, byk jugak ler dapat dapat bagi ke kwn arika, n lebihnya kita n ninja yg makan tp yg byk makan kita ler pulak kikiki.... dulu pernah buat cistat gini tp lepas tu lama tak buat sbb kes malas nak buat shell dia tuu :D Lepas nmpk kat rumah Kak Yani, terus itu jam g buat dia punyer shell n esok harinya baru abiskan buat semua termasuk letak filling. Resepi asal dr kat rumah Kak Ita tauke cistat, minta izin n halal kembali utk resepinya kak, mmg sedap, dia punyer crust tu pun alahaiiii... best lerrr! rangup crust, sedap! Utk filling cheese kita letak lemon juice kasi masam2 sikit sbb manis2 ni dah kurang, sedappp! Ninja mmg peminat bluberry cheese tart atau cake jdnyer mmg dah tahu rasa utk bhgn cheese tu mcm mana nak adjust :-)) Kita lagi suke cistat berbanding fruit tart sbb fruit tart ni kejap jer jd lembik kalau tak pandai susun buah dia tu nanti dia punyer shell lembap tak sedap makan mcm lembik gituu eheheh...

Buat semua pengunjung arah, terima kasih dgn setiap kunjungannya tanpa jemu :-) dan utk balas kunjungan, insyaAllah bila free kita buat kunjung balas balik sbb ari ni major kemas mengemas ^______^. Salam

BLUEBERRY CHEESE TART
Resepi Asal : KAK ROSSITAMZ
Sumber : KAK YANI

TART CRUST/ SHELL

Bahan-bahan :

  • 170gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :


  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



_DSC0547
Cuba buat dia punyer shell nipis n tebal, kita suke crust yg nipis ^^,

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan :

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon>>yg ni kita letak 1 1/2 sb juice lemon

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :

Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara melorek
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


_DSC0543_DSC0583
Best ;-)

13 ulasan:

  1. Assa;amua;aikum..hemmm nyammmmy...hebat, menarik...dah terliuq ni...:-)

    BalasPadam
  2. shomelllnya tart cik ijah nih mcm tuannyer gakkk.. hehehe... akak dah lama tak makan cis tart, ada sapa sudi buatkan tak? hahaha malas benorr nak buat huh..makan jek nakkk

    BalasPadam
  3. Salam...
    Arah..awal2 lg dah godain gue dengan blueberry cheese tart...cantek sangat kejadiannya..

    BalasPadam
  4. iyerk la tu si izahdaut..
    lama tak makan konon2..he3

    ika...
    kak mas pun suka crush nipis...
    baru terasa betoii cheese tu kan..

    BalasPadam
  5. Hamboiiii rajinnye dia mengcistat..serius gebu dan montok cistat nye tu hihhi...

    BalasPadam
  6. Wahhhh...cantiknya kejadian tart ika ni... terasa nk buat lak... minta 5 ketul ika ...

    BalasPadam
  7. aduhaiii.. rasa nk terkam jer.. semua bahan akk dah ada termasuk bahan M pun jugak.. byk projek tertangguh la ika.. tulun.. tulun..

    BalasPadam
  8. ijah sangat cantek ma itew cistat ,akak pun dah lama tak buat

    BalasPadam
  9. Assalmekomm..
    Ikaaa...simpan skit tuk akak. Akak malas nak buat, leceh. Makan nak laaa..Ekekekekee

    BalasPadam
  10. ya Allah kak..sedapnyer..terliur sangat dah ni...

    pos seketui dua ke melaka boleh?hihihi

    mmg dah lama teringin nakbuat cistat ni..dari cuti aritu..tp ni da stat blaja dah xleh masak..sedih woooo..:(

    BalasPadam
  11. memang mabeless , ngap satu pasti nak lg satu kan he he

    BalasPadam
  12. salam ika...sedap n cantek nyer tat tu..akak x sempat le nk buat tat thn ni...xpe nanti kite qada kan...blh kan...hihi...nk sebalang pos ke kl ni...:-)

    BalasPadam
  13. salam syg ika tomeiii,
    waalllaaa mmg sedap klu akk dpt ngam seketul tue,dah lama akk x buat la,terasa malas nk wt shell ..
    re// aah akk memang org johor..sama la kita kan:)manalah tau st ari leh jumpa kan:)

    BalasPadam