Selasa, 22 Disember 2009

Terung Goreng Kicap


TERUNG GORENG KICAP


Salam n selamat pagi sume!!!

Jemput makan GAMBAR terung masak kicap ni dulu yaaa..sbnrnyer ni lauk ptg niii.. dah lama terung tu kuar masuk sebok :D dsebabkan tukang masak asyik beralih arah jer kejanyer tak pun senang kata MALAS hihihi.... Terung masak kicap ni dah lama glamer kita jer yg ketinggalan zaman, sedap tuuuuuu!!! credit tuk KAKAK JAWA ekekeke... sedap lah kak hana! cap gajah kat akak! letak ikan bilis byk2 letak bwg goreng byk2 pastu last sekali masa nak makan perahkan lagi sikit lime huh! mmg nikmat dgn pedas2nyer tu :D tq ya . Hari ni sebagai mana seperti yg dmaklumkan tuan umah akan membuzykan diri satu benda tak siap lagi neh bhn perap dah dperap tp tu lah nak buat bronis mlm td tp kepala senoneng pulak! pening lerrr mlm td asyik batuk tak renti, teruk pulak batuk kali nii kering jerrr dan gatal.... :-( tak leh bebel lama2 kang satu benda tak siap :D . Resepi mintak ijin n halal ya kak hana :D sedappppp banget! tenkiuuuu!!

TERUNG GORENG KICAP

Bahan-bahan
  • 3-4 batang terung yg pendek2 tuh! - belah 2@serong
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 btg cili merah - klu ade cili kisar bleh juga
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan kicap manis
  • jus limau kasturi@air asam jawa
  • segenggam ikan bilis goreng
  • segenggam bawang goreng
  • garam - jika perlu
Cara-cara
  • Goreng terung hingga masak.ketepikan.
  • Tumbuk kasar@ blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga agak garing.
  • Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.
  • Masukkan terung dan separuh drpd ikan bilis goreng.kacau dan tutup api.
  • Angkat dan hidangkan. taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng td.

Jumpa lagi sume!!!! insyaAllah bersiaran semula esok hari :D hv a great day!!

Isnin, 21 Disember 2009

Daging Grill lada Hitam wif Air Asam


DAGING GRILL LADA HITAM wif AIR ASAM

Salam kembali dptg isnin buat semua ;-),

Alhamdulillah kenyang dahhh.. lauk hari ni ratah jerrr malas nak makan nasi batuk2 mcm niii makin berat jerr rasa kalaui makan nasi.. malam td tgh tido byk kali terjaga sbb batuk2 haih! sampai naik semput keja batuk jerrr.. sian yg lg 2 org tu mestii frustt sbb dgr org keja batuk2 jerr huhuhu.... sebenarnyer ada kes yg buat daging bakar mcm nii td g FB Kak jun tayang pulak sotong bakar! haih! kita mg antu sotong laks tu dbakar humphhhhh! tak leh jd buat lah dgn apa2 asal D BAKAR! ehehe..sedapnyer!! td ni sakit sampai tgn sbb keras lg daging ni sbnrnyer kalau lembik dia tak leh nak nipis ler potongnyer tu yg main belasah jer urat melintang ke apa ke sib baik tak liat! hihihi... Cicah pulak dgn air asam??? huh! kesut airb hidung jer lahh! peluh tak kuar sbb dingin jer ni dr td ekekek... Untuk resepi ni tak de ya main bubuh jer apa yg patut ni lah daging yg biasa kita buat dkala kemalasan dan jugak buat bentou sbb sedap walau dah sejuk.. Untuk daging just letak kicap cair kalau boleh yg chinese punyer style light soy sauce kalau guna kicap masin jalen ke kipas udang ke takut masin sgtlah pulak! ehehe... pastu letak ld hitam.. perap kejap jer pun tak pe then bakar lah! kita tak bakolah tenggek atas pan jerr hihihi TAPI bukak api besar dan sentiasa balik2 kan kalau tak kaler dia tak cantek :D.. jom lah makan ada lg ni :D jap lg nak membzkan diri carik apa2 yg patut tuk masakan esok nii.. jdnyer esok bz lah ya selamat berehat!! :D



Nganga beso2 sikit senang nak ngap! :D



Untuk air asam ni blend sekali Cili, air asam jawa, sos ikan, gula, belacan, bwg putih, sos tomato dgn sos cili sikit.. Rasa agak2lah ya nak manis masam2 pedas.. last sekali hiriskan bwg merah besor tuu dgn daun ketumbar..siap!

Fuyuu Gaki


FUYUU GAKI
Nama Omputis tak tahu :P hihihi

Salam dptg isnin yg berangin skrg niii :D,

Haaa....penulis bukan kurang keja tp terlebih kerja hihihi.... buah ni nama mat salleh persimmon ke??? TOLONG AJAR kalau silap huhuhu.... kalau jepunyer KAKI tp bukan KAKI yg dbuat goreng2 itewww ini kaki sejenis buah2 tp nama kat label tu lain pulak ntahlah! asal bentuk sama rasa lain sikit penah makan jenis kaki yg kaler dia oren2 sikit tu tapi tak kena dgn tekak ku yg cerewet neh ehehe.... pastu penjual kat supa tu bg test yg kaler merah niii SEDAP!!!!! TAPI ku semangat tgk rega dia BUKAN kita yg nak makan buah ni sgt ada ORG MENGIDAM kat umah ni ekekeke...... dah lah rega segitu pandai betul dia org ni buat promotion pulak kalau beli 3 biji dapat free sebijik!! :o huh! cekik darah tull! yer lah buah import mmg lerr mahal.. semalam ni makanlah sebijik kiranyer kita mkn yg free lah nii uweekkks! tak sedap pulak! hihihi... pelik tulll! ke tgn yg ambik ni tak reti nak pilih?? huhuhu... moralnyer TAK YAH BELI! tp ada lg 3 biji tuk org yg mengidam tu :D.. bebel2 dptg isnin :P esok sibuk sbb nak prepare tuk mkn2 malamnyer byk nak kena buat ni huhuhu... mlm ni nak kena perap sume2 ayam2 tuuu kasi kaw3 sikit dia punyer rasa :D..


Tengok tu reganyer phheewwww!! kesat pelun ucu :D bukan rm 100 ya rm10 jerr :D

KEK BATIK GULUNG


KEK BATIK GULUNG

Salam dpagi isnin yg dingin kembali, sejukkkkkkk!!!

Errkk? sori ya pd Kak Hana sbb ikut buat kek yg sama :D tak leh thn betul bila akak kuar n3 tang kek ni sbb dah tahu kek ni mmg teramat lembutnyer :D malam td jugak g buat lebih kurang kul 9mlm gitu sambil bakar tu gosok lah baju2 yg byk tu tak habes2 jugak pun :D.. bila tgk resepi alahaiiiii....bhn2nyer sume mmg dah tersedia ada dan senang pulak tu! main putar sekali arung tp boleh lembut mcm kat kedai punyer tuuuu.. tak cayer g buat mmg best kek nii ;-).. Guna jem nutella jugak sib baik beru beli yg baru 1 botol kecik tu abis kita kerjakan jem tu huhuhu... Nxt time buat kena buat lapis2 dulu mcm akak sbb masa nak gulung tu huh! sakit jiwa raga dia terbelah lerrr tak semua terbelah tp tak canteklah tu pasal ambik gmbr yg kedekut2 jerr tak leh tunjuk sume malu lerrr :D Dah buat kek yg bergulung gulung ni 2 kali jerrr sume jd penyek2 gitu tak mo bulat2 ekekeke..... Resepi asal kat umah BRO ROZZAN dan cnp dr umah KAKAK JAWA sorang tuuu.. tenkiuu both of u!! :-) amat dhargai setiap sumbangan dan idea ;-)




KEK BATIK GULUNG

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur gred A
  • 4 oz gula castor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar ovalet
  • 3 oz tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 4 oz mentega (dicairkan)
  • sedikit coklat emulco
  • jem strawberri secukupnya (saya gunakan Nutella)
Cara-cara
1. Telur, gula, ovalet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum (Top) dan susu tpg dipukul dgn kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu (5-7minit).

2. Kemudian, masukkan mentega cair, lalu digaul/kacau hingga rata. Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 cwn) ke dalam bekas lain dan bubuh sedikit coklat emulco. Kacau rata dan masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

3. Tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. Seterusnya, picitkan adunan coklat secara memanjang pada permukaan adunan plain tadi. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari hujung ke hujung. Bakar dalam oven selama kira-kira 20minit dgn suhu 170 darjah celcius.

4. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar di atas redai kek. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan ke atas sehelai kertas dan sapukan jem / Nutella sehingga rata. Setelah itu, gulung kek perlahan2 sehingga kemas. Boleh di balut dgn kertas tracing/kek atau cling wrap.

NOTE: utk melapiskannya, potong dua kek..kemudian sapukan nuttella atau jem pd salah satu bahagian. dan letak potongan kek yg kedua di atasnya dengan kemas. potong ikut suka. dan hidangkan.




Ahad, 20 Disember 2009

AYAM PERCIK

FooD
AYAM PERCIK

Salam minggu buat semua :-),

Haih! hari ni malas betullll! sume2 malas nk makan pun malas :D penyakit apa ni?? :D hari ni tak kemana mana duk kat umah kehulu kehilir tak tahu nak buat apa, tu haaa.... kain byk yg nak kena gosok boleh mundar mandir jerr dr td :D ngeeeee.... plan asal nak buat ayam percik ni 22 hb nanti masa buat tuk party nanti TAPI rasa mcm tak leh tunggu 22hb tu lah! mcm lamaaaa sgt :D tu yg buat dulu.. konon2 kalau buat 22hb tu leh tumpang sekaki sekali bakor satay kat atas arang tu lah sebabnyer :D tak pe nanti wat lagi sbb senang sgt.. Resepi dr SAJIEMAS @ MyR tenkiuu yaaa.... dan mintak izin n halal juga resepinyer letak kat sini pulak apa pun tenkiu jugak buat KAKAK JAWA juga bg idea nak masak apa dan convertkan sekali bhn2 dia sampai jd sikit gitu ekekeke.... lenkali g carik resepi yg sedap2 lagi nanti kita copy jerrr hihihi... lupa lak nak cakap SEDAP tau ayam niii... ;-) tak yah buluh2 lah ni pun dah sedap dah :D

AYAM PERCIK PASAR MALAM

Bahan-bahan
  • 2 ekor ayam
  • 500g bwg besar - dblender
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula- hana guna gula perang
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

FooD

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

Sabtu, 19 Disember 2009

Kek Batik Coklat


KEK BATIK COKLAT

Salam dpagi sabtu buat semua :-),

Hari ni ada kesibukan sikit al maklumlah weekend2 mcm ni byk kerja yg nak dbuat kerja nak berjalan hihihi.... Kek batik coklat ni buat mlm td kul 11mlm senang hati dan aman damai bila buat kerja tgh2 malam ni cumanyer ngantuk dgn tak ngantuk jer lah itu jerrr :D Nmpk kat umah IJAN finland kek ni cantek sungguh! mcm kat hotel jerrr dia punyer potong pun licin jerrr tak mcm kita eheheh... nak potong bila tiba bawah boleh terpecah pulak! huhuhu... geram pun ada :D TAPI rasa dia mmg sedap jan! tenkiu ya Ijan resepi mcm ni tak pernah buat dulu sbb lain dr yg lain cuma kita letak milo sikit kacang suka ati nak byk mana mmg sedap! eeeee....sedap betul! dan mungkin yg jd kek batik ni moden dan sedap sbb guna coklat makan2 tuuu tu yg sedap tuuu susu pun kurangkan sbb kita tahu coklat makan ni mmg manis sikit.. Mintak halal ya ijan resepinyer tq!! :-) nak tengok versi asal dr tuan resepi leh g kat UMAH IJAN mmg cantek ;-)!



FooD

KEK BATIK COKLAT

Resipi Kek Batik Coklat
  • 200 gm digestive biscuits atau biskut marie
  • 100 gm butter
  • 250-300 gm milk chocolate
  • 200 gm / 1/2 tin susu pekat manis
  • 80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)
  • 80 gm badam yg dibakar
  • 80 gm walnut yang dibakar
  • Milo>>kita letak hihihi
Cara2>>
  1. Cairkan coklat, butter dan susu pekat manis secara kaedah double boiling. Kacau semua hingga cair dan sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.
  3. Bila campuran coklat-butter-susu dah siap, tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.
  4. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
  5. Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong :)



Letak kacang byk2 sedap! :D

Jumaat, 18 Disember 2009

Daging Goreng Basah


DAGING GORENG BASAH

Salam hijrah hari jumaat bersamaan 1 muharam 1431 h,

1 muharam detik permulaan perpindahan nabi dan umat islam dr kota mekah ke kota madinah.... nyanyi abiskan! Nostalgia nasyid ni tawww! dulu2 masa sekolah agama bila ada sambutan maal hijrah ni mesti ikut join nasyid kalau terpilih lah maklumlah suara kita tak semerdu buluh perindu tp ibarat buluh yg nak dbuat lemang tuuuu :D hihihi.... Dr td asyik nyannyi nasyid nii, suke sgt2!!!! Ok hari ni lewat sikit masak asyik main2 jerrr dgn budak kecik neh sampaikan akak dah balik tak sudah masak :D td pg daging sampai jdnyer belum keras sgt lglah dlm sebok tuuu masaklah DAGING GORENG BASAH niii 1st time buat tau! :D SEDAP!!!! kalau letak daun kesum daging ni jd rasa apa? dan kalau letak kerisik pulak rasa apa daging ni?? ekekeke.... td ni merapu merapu nak letak daun kesum tp ORANG ITU berkata `LETAK DAUN KARILAH! ekekeke..... daun kari tggl segenggam loo sayang nak pakai ada projek nak dbuat dgn daun kari tuuu :D Risik2 dia punyer resepi tu terbekenan dan siap!!! sedappppp! ratah jer nii tak mkn nasik pun :D.. Resepi asal dr ENAS ERYNA@ ELIZA @ MyR dan cnp dr SECUBIT GARAM KAK NOR :D bukan kita curik garam kak nor taw!! :D Mintak izin dan halal resepinyer n tenkiuuuuu sedap sgt!

DAGING GORENG BASAH

  • 300 gram daging/hati n pedal/ayam
  • 1 inci halia *
  • 1 1/2 kunyit hidup *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 labu bawang besor
  • 10 biji cili padi
  • 1 bungkus serbuk kari daging adabi
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 Btg Serai >>kita tambah :D
Cara2>>
  1. Daging dipotong kecil. Tumbuk bahan yg bertanda *.
  2. Kemudian masukkan bahan yg ditumbuk tadi bersama dgn daging dan masukkan sedikit air lebih kurang 1/4 cawan kedalam kuali.
  3. kemudian masukkan serbuk kari yg telah dicampur sedikit air (2 s/b). gaul dan biarkan sehingga daging lembut dan air sedikit keriing.
  4. masukkan minyak, cili bawang besar yg telah dihiris dan masukkan garam, gula secukup rasa..boleh juga dimasukkan kacang panjang dan carrot.
  5. Angkat dan sedia di hidang



KEK LAPIS ASAM MANIS

Salam buat semua dpagi jumaat yg mulia dan dingin :-),

Hari baru, tahun baru, muka baru :D.. mana ada muka baru! muka tetap sama :D itam putih jer kot yg berbeza ehehehe.... kalau duk kat umah gitu jer lah kalau asyik kuar jerr rentunglah sikit muka manis nii dah jd kelat :D Ada kes sikit semalam niii, 1 hari kebingungan kita pun tak tahu sampailah ke malam bdn seram sejuk jerrr nak berchat dgn kakak2ku semua semua dah tido sbb dah nak pg :D agaknyer tgh tak stabil ni mmg mcm gini kot perasaanyer.. lupakan dulu jerr lah, haaa..ni buat tgh2 malam masa tgh kebingungan :D ngeeee...jd jugak kek lapis asam manis ni :D jeles betullah tgk umah org sume melapis memula nmpk kek ni kat umah kak ana pastu kat umah kak azie pas tu yg terbaru umah kakak jawa yg kat jepun nun ekekeke..... bhn2 sume ada apa lagi ON jer lah anggota2 kat bdn nii walau ada sedikit kebisingan :D.. Semalam lepas kol mak kita kul 12 tgh malam waktu thai kat mekah kul 8mlm lebih kurang barulah lega agaknyer rindu sgt ehehe... Resepi yg mcm dulu tuuu dah dedit ke sukatan metrik mcm kak hana punyer ;-).. kek maal hijrah jemput makan sume.. dan selamat berhujung minggu buat semua :-) Leh g kat SINI untuk resepi asal :-)



KEK LAPIS ASAM MANIS

Bahan-bahan
  • 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2 tuuu
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sk ovallete
  • 1/8 cawan susu pekat
Cara2>>

Satukan gula, telur, ovallette dgn susu pekat dan pukul sampai betul2 gebu.. Dlm mangkuk lain kacau margerine atau butter guna senduk untuk lembutkan dia sampai berkilat licin BUKAN dcairkan kat atas api ya :D.. pastu masukkan margerine atau butter td kat adunan telur dan pukul lagi, akhir sekali masukkan Serbuk biskut tadi sikit2 dan kacau sampai sebati.. Bahagikan sama rata kepada 2 bahagian, ikutlah suka hati nak letak kaler aper tp yg klasiknyer kaler ijo sama itu kuning yo :D kukus mcm biasa lapis demi lapis dan susun lah hawflakes tu, kukus sampai habis, berapa minit bergantung pada lapisan yg kita buat tu ya.. kita buat stgh adunan cuma 1 jam jerr ekekeke... selamat mencuba!!!



Jemput makan ya :D

Khamis, 17 Disember 2009

Mee Udang Lalaport


MEE UDANG LALAPORT

Salam Maal hijrah 1431H buat semua muslimin dan muslimat dseluruh dunia :-),

Apa azam tahun baru ?? :D InsyaAllah nak menjadi yg terbaik dr tahun2 sebelumnyer insyaAllah amin.. dsamping itu byk benda yg d barukan juga :D ehehehe.... sayang nyer tahun ni tak leh nak berpuasa sbb bendera awal2 dah naik :-( tahun lepas pun mcm tu jugak.. Hari ni agak kesibukan sikit, tapi lega rasa sbb sume kerja dah settle awal2 sejak2 ada PEMBANTU BARU ni kan :D... Sejak batuk2 ni kan selera kureng sbnrnyer ikutkan malas nak makan2 sgt sbb mmg tak de selera, pastu kejanyer nak minum air panas teh jerrrr minum juss pun rasa mcm nak terkeluar balik huhuhu..... ni pun ikut selera tekak yg tak nak sgt makan :-(...TAPI tetap sedap tawwww! :D jom jemput makan buat sikit jer niii makan udang tekak tgh perit td ni keja batukkkkkkkk ajerrr batuk kering lak tuu... Mee Udang ni resepi dr ROSS aka ONIGIRI itewww, dah 2 kali buatlah kan suke sgt!! Untuk resepi leh lah g umah ross tak pun leh g SINI.. nak rehat awal sikit hari nii sbb mlm ni rilex tak yah masak diner tuk ninja :D Buat sume sekali lagi selamat meyambut MAAL HIJRAH 1431H... :-)

MEE UDANG LALAPORT

Bahan-bahannye

2 ikat spagetti
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
TAMBAHAN>>Belacan masa blend cili kering


bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus
2 biji telur rebus
bawang goreng

TAMBAHAN>>Akak letak taugeh, HARUS ada :D, Hirisan kobis cedap!!!!!

Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya. Selamat Memasak ye kawan-kawan.


Rabu, 16 Disember 2009

Bertemu kembali dan akn hilang lagi :D

Salam kembali buat semuaaaaaaaaaaa yg drindui tak pun yg merindui :D,

TERIMA KASIH buat semua atas doanya dan skrg ni mak dah ok sikit ayah kita jer yg tak berapa nak baik sgt :-( dan kita pun masih tak dgr lagi suara ayah kita... hanya doa ajer ubat terbaik buat mereka yg dirindui insyaAllah... Kita dah ok sikit nii, batuk2 degil jerr yg tak nak ilang2 lagi, kids sume pun alhamdulillah sihat, ninja jer yg tak nak baik2 lagi sepenuhnyer..odaijini papa! :-)... Sepanjang menyepikan diri byk jugak yg berlaku dan aktiviti yg dadakan.. penat? tu dah biasa... tp alhamdulillah sumenyer citer baik2 sajer ;-).. Nak citer lain kali tak pun kalau dah nak TER cerita kita cerita ye tak? :D ehehe.... Pd yg tgglkan mesej terima kasih dan pd yg dtg juga terima kasih juga ;-)... Kadang tu pun umah sendiri pun tak terbukak keja ngendap dapur org lain jerr dapur sendiri terabai :D TAPI kan sejak senyap dr berblogging ni kn mcm ada somting missing jerrrr cewahhh! betul tau! kita SUNYI tak de kawan2 yg nak dbuat gaduh2 gitu nyakat2 gitu :D ehehe... RINDUUUUUUU sgtttt kat sume :-) kalau lah leh peluk nak jer peluk sume org :D sapa yg nak kena peluk ngan kita????? :D semua org mesti sudi sbb kita kan semakin empuk :D ekekeke..... Sebenarnyer kita nak update sume sekali tahun baru nanti ni dgn azam baru bdn baru :P wajah baru sume2 nak baru TAPI dsebabkan KERINDUAN pd semua org lah yg membuka hati kita nii nak masuk n3 dgn tiba2.. ntahlah RINDUUUUUU!!!!!!!! sunyi sgt2 wpun ada yg sesetghnyer kat FB tp tak mcm kat umah sendiri ;-) inilah yg missingnyer TEMAN2 KAKAK2 ADIK2 sejati yg sentiasa beri sokongan :-)..TAPI tu lah 27hb sampai 30hb ilang lg g cuti2 siam :D sbb tu lah kita nak sgt ber n3 lepas akhir tahun niii :D sbb minggu depan senyap lg lerr nmpknyer umah ni :D.. eeeeee..byknyer yg nak dcerita takut org boring pulak baik kita alih citer lain pulak... Sbnrnyer, 22 hb ni ada lah lagi dia org ni aka mak2 jepun kat sini nak buat makan2 hmmmmm...kita ni malassssssss lah yg amat sbb malas masak byk2 :D pulaknyer tahun ni semua org terlibat jdnyer makin meriah lerrr... 1 keluarga 1 masakan kita tak reti nak mengagak lerr lebih kurang kurang 20 org niii... huhuhu.... menu dah set dlm paler nak masak yg senang2 jer :D jimat serba serbi jimat nak kata tak nak pegi tak sedap pulak sbb ada 2 org yg akn balik jepun for good sbb ank masing2 dah nak masuk high school jdnyerrrrrrr kureeenggg lg lerrrr member2 jepun kat sini..rasanyer sepanjang kita duk kat sini masing2 baik2 belaka tak penah memulaukan kita walau kita ni terasing ehehe.... so kesimpulannyer kita balas lah apa yg patut kan.. ok! gmbr kat bwh2 ni sume antara menu yg rajen nak dambil gmbrnyer yg lain2 malas! :D sejak2 dah masuk PS ni keja nak main2 jerrr.. TAPI cuma masukkan watermark jerr gmbr ttp asli 100% dr kamera no makeup2 :D.. layan jer dulu ya gmbr2 kat bwh nun esok ni sibuk lusa pun sibuk akn sibuk sampai akhir tahun :D..

KEPADA PENYUMBANG RESEPI mintak izin ya resepinyer dkongsikan dsini sumenyer ni menu ulangtayang biasalah kan sume org pun mcm tu jugak kan? :D ada yg dah lama tak buat mcm HP tuu cuma tukar versi jerrr guna MR CRAB :D..

FooD
HONEY CRAB

Peyumbang resepi asal HONEY PRAWN ni dr KAK DAYANG @ MyR kita sygg nak guna udang guna mr crab yg dah beli dr minggu lepas :D.. Rasanyer ttp sedap ;-), tekiuuu kak dayang!


HONER PRAWN/CRAB

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Honey_prawns6
    Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
  5. ****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)


BENTOU

Bentou ni sume resepi biasa2 jerr sume org leh buat.. Buatkan bekal tuk ninja tu sbb keseorangan ada lg tp tak sempat nak ambik yg ni pun kelam kabut sbb dia dah nak g keja! dia masuk bilik air kita apa lagi cepat2 snap ehehe... klu nmpk nanti mesti dia geleng paler :D.. SEBABnyer kita terbangun lmbt!!! sib baik ada masa 1 jam! jdnyer sume2 kat atas tu masak dlm masa 1 jam! huhuhu.,..sib baik siap dgn sup lagi taww! :D.. Antaranyer EBI FRY, BEEF ROLL wif ASPARAGUS, TAMAGO YAKI n SALAD.. ;-)



ROSEMARY CHICKEN

ekekeke.... jgn muntah ya, sedap sgt ayam niiii buat lagi! Tapi untuk krismas nanti kita buatkan ayam resepi ros yg tu pun sodap! Untuk Resepi leh rujuk kat label ayam ya :D Tenkiuuuuu untuk penyumbang resepi :-)...





SUP AYAM dgn LENGKUAS

Resepi kat atas ni kan ada kat kotak belah belakang kiub pati ayam knorrr BUKAN maggi ya :D.. Tapi resepi ni dah dsharekan kat MyR dr Mem Besar MyR KAK YANI, sedap!!!! sama mcm sup kat siam niii rasanyer i likeeeeee!!! buatnyer pun mudah tak de cerewet mana pun pejam sebelah mata sure menjadi :D CnP dr MyR.. tenkiuu kak yani!! Boleh g SINI ya kalau nak tgk gmbr ori :D

SUP AYAM DENGAN LENGKUAS

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos kan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.

Cara-cara

  1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  2. Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.



Rabu, 9 Disember 2009

Chipsmore :D

BESDAY BOYS
Abang ILYAS@IRIYASU kun sambut besday pd 25hb Nov 8yr dan adik IZZUL@IZURU kun yg sambut besday isnin lepas pd 7hb Dec 2 yr.. TIME KACIH AUNTIE yg wish besday kat kite!!!! dah besorrr dah ank mama sume :D muka ikut sapa??? ntah! :D


Salam buat semua,

Alahaiiii ada ke org yg rindu dgn kita ni??? byk yg nak dciterkan tp tak larat lerrr sejak baik dr selsema ni dah kena batuk2 pulak! mmg tak larat lerrrr... Kepada auntie2 yg wish kat ank kecik kita tuuu nak ucapkan time kasih byk2 semoga apa yg ddoakan termakbul insyaAllah.. :-) dr hari sabtu ninja dah mula tak sihat kita yg baru baik selsema ni dah terkena lg jangkitan huhuhu.,.. kalau boleh nak berselubung jerr tp apa kan daya kita ni liat sikit nak suh pakai mask jdnyer tanggung sendiri akibatnyer la ni dah tak sihat lg masak ttp masak berat pun dah semakin menjadi jadi hihihi...bdn kejap sejuk kejap panas ntahlah cuaca pun tak menentu sgt skrg nii..Apa pun ada tu gmbr masak2 malas ler nak masukkan n3 tunggu byk sikit biar org juling2 nak baca kalau yg rajin nak baca lah klu tak rajin tak pe.. Hadiah ANNIVERSARRY pun dah beli cuma belum sampai hampehh sungguh dia dah belikan dulu hadiah huh! kita ni tak reti nak tolak2 pemberian ceewahhhh! tunggu brgnyer dah sampai kita tunjuk apa dia hadiah anni tahun depan bulan 1 bersamaan 7hb DAN kebetulan sampai masa kita org sambut ANNI tu jugak! ahahahaha....coincidence :D.. pas tu dapat jugalah BENDA yg didamkan selama niii aduhaiiii... kalau org lain tak jakun atau tak kisah TAPI kalau kita mmg tak leh hidup kalau BENDA ni tak ade, ade tu ade tp tuan umah ni punyer dah tua mcm2 penyakit malas lah nak ngadu2 itu ini baik beli sendirik baru puas hati, GAMBARnyer pun tunggu dulu lah malas betull nak upload2 sume2 masih terkumpul kat smart card huhuhu... sampai kan MIL pun dah komplen mana gmbr cucu??? nak tgk cucunyer..menantu obake dia ni rajin sgt! ekekeke.... PENGUMUMAN juga buat KAK YATI, KAK MAZ Bahrain yg skrg kat mesia, KAK AS NZ sama ada dah sampai atau belum harap suke dgn sume yg dbg :-) seikhlas kita tuuu.. :-)

Last but not least, apa2 hal mana yg nak berhubung drop jer msg kat cbox tu kalau urgent kita akn reply ASAP insyaAllah, dan mana yg sudi singgah FB jgn lupa carik nama kita SITI KHADIJAH AB RAHMAN kat situ SELALU ada walau tak sihat hihihi.... sejukk lerrr... MESEJ yg dsampaikan bukan nak berhenti BERBLOG TAPI nak ambik masa sikit berehat tenangkan jiwa yg kusut masai niiii :D.. Dan mana2 mesej yg ada kat cbox insyaAllah akn dbalas kalau tak balas bukan tanda tak sudi atau tak hingin atau tak ingat KITA ingat kat sume org tak kira lah org baik ke jahat tak pernah nak dendam tau.. ;-) cuma mana perbuatan kita yg tak menyenangkan tu tegur2 lah ya tegur dgn berkhemah BUKAN mengutuk tak mo lah kan kutuk2 ni kan... dan sebeb lg satu ni kan sepnajang mak ayah kita buat ibadat ni mmg kurang senang sikitlah hati kita ni ntahlah.. bayangkan dah sebulan mak ayah demam, sampaikan ada satu ibadat tu TERPAKSA upahkan org sbb tak leh nak jalan begitu juga dgn ayah DOA jer dr sini semoga semuanyer selamat itu hari akak long cuba kol kita lg suh tepon mak kita kat mekah, bila akak long kita kata mcm tu terus dah tak senang duduk jantung berdegup kencang jerr, bila kol jerr dah agak dah masih tak sihat lagi bukan mak ayah kita jerr jemaah2 lain pun mcm tu jugak..SEBAB nyer mak kita suh kita tepon ada ke mak kita mimpi jumpa kita pakai baju putih???? tak seram ker dgr mcm tu.. kita dtg mekah tau haaaa.... mmglah mimpi tu mainan tido tp yg bermimpi tu skrg kat mekah mmg lah risau sgt2 sblm ni ayah kita, mimpi yg sama jugak! kita dtg pakai baju putih dtg kat mekah jumpa mak ayah kita.. hmmmm.... sedih tau.. sejak dr tu terus mcm tak senang sgt hati nii... mengharapkan yg baik2 ajerrr insyaAllah.. panjang pulak ya bebel2 hari ni cuma nak bgtau jerrr... INSYAALLAH akan kembali berblogging selepas mood tu ada.. TERIMA KASIH buat semua ya, akan merindui semua org dan insyaAllah mana sempat tu kita akn singgah :-)..

HADIAH

KEPADA PENGUNJUNG BERTUAH YG SAMPAI KE SINI PD ANGKA 88 888 ada HADIAH ISTIMEWA menanti TAPI kena jujur ya ;-) kenapa 8? biarlah rahsia :D suke ngan no 8 :-).. take ur time lama lagiiiiii tuuuuuuuuuu.... ada apa dgn nombor???? Sume org buat kan kita pun nak buat jugak tp ni kita nak terangkan NOMBOR HIT COUNTER tak penting TAPI KEIKHLASAN semua org nak berkawan dan dtg tanda penghargaan kita buat pengunjung umah ARAH ni.. Sapa2 yg sampai tepat kat nombor yg dsebutkan tu sila email kat ijayuji@yahoo.com.my beserta dgn bukti :-).. SEKIAN terima kasih..

Isnin, 7 Disember 2009

Sweet Cakeball

SWEET CAKEBALL

Salam buat semua ;-),

Sori sgt2 tak sempat nak reply msg kat cbox tp dah baca sumenyer :-) tenkiuuu!! sejak semalam ninja tak sihat tp kuar jugak berjalan sbb nak carik BENDA ni haaaa.... alahaiiiii..... boleh sakit jiwa kalau tak de BENDA yg satu niiii.. kat umah ni dah ada TAPI maklumlah dah tua... Jd hari ni kita bf dgn SWEET CAKEBALL idea by SAKURA EMI tenkiuuuu emi untuk idea yg bernas ni cuma ada sedikit ketidaksabaran hihihi....semalam nak buat tak sempat pastu hari ni pun ikutkan tak sempat jugak nak buat yg goreng2 jerr malas nak kuarkan acu takoyaki tuuu :D tp buat jugak sbb teringin sgt.. cuma emi guna resepi dr umah kak nor kita dah biasa buat adunan pancake dr adunan ROSS aka ONIGIRI yg dah lepas segala keresahan setelah berxam semalam ni hrp sumenyer ok :-) tenkiuu ya ross tuk resepi pancake tu ;-) bila2 tgk2 lebih kurang sama dgn ross cuma tak de perahan lemon itu jer! pastu yg resepi dr umah kak nor guna self raising flour yg ross pulak teung biasa CUMA tambah baking powder jdnyer sama jer lah kan :D Apa pun untuk idea bola2 ni credit buat B Emi ehehehe...kan emi kan? hihihi..... DAN hari ni besday ank kicit kita tu haaa...NAK KUAR jugaklah nmpknyer kebetulan kan dh bgtau thai ganti cuti besday king pd hari sabtu semalam ni :D nak kuar carik hadiah lah ni jap g niii..pastu nak carik part yg masih tak cukup untuk BENDA yg baru sampai semalam niii haaa... ehehe.. untuk resepi update kemudian sbb nak cepat, mlm karang tak pun esok akn buat lawatan kat umah sume org insyaAllah :-) last sekali, OTANJYOUBI OMEDETOU IZURU @ IZUL kun!!!(boku ima 2 sai dayo! :-) ) semoga membesar menjadi seorang yg berguna pd bangsa agama dan negara insyaAllah :-) aminnn


Yg ni versi plain mkn ngan maple syrup yummmy!!!


Yg ni pulak Blueberry yg ni lagiiiiiiii sedap! ;-)

Sabtu, 5 Disember 2009

Ayam bakar balckpepper bermayonis

Set AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS

Salam kembali ;-),

Dah masuk list ni sejak ROSS aka ONIGIRI kuar n3 ayam niii tp tu lah malas lebih2 tu yg tak jd jerr hihihi.... pandai adik sorang ni mencipta resepi mmg sedap! sedap sgt! suke dgn rasa dia lain dr yg laen ;-).. Pastu nmpk kat umah KAK NOR pulak! huh! tak leh jadik kena buat jugak :D our dinner toningt :-) yummy!! Kita tak penah makan KENNY ROGER kata kak nor rasa dah ada iras2 kenny roger kalau ya mmg bertuahlah kita sbb leh buat sendirik ;-) nanti balik mesia nak carik Pakcik Kenny Rogers tuu :D.. Tenkiuuuu ya ross!! skrg ni Ross mesti tgh buat persiapan terakhir tuk exam besok nii gud luck to u dear!! semoga boleh buat dgn baik insyaAllah :-).Kali ni malas nak buat mashed potato dan salad mcm sebelumnyer buat sbb malas :P tapi ttp sedap dan lengkap jer rasanyer :D guna sos steak resepi yg sama masa buat ayam cik mary dulu tu ;-), esok tak de n3 kot sbb sibuk pastu hari isnin nyer cuti sbb gantikan besday king hari ni kan hari sabtu tu yg replace hari isnin :D.Akak mintak izin n halal juga tuk resepi ni dan nak share kat sini juga tenkiuuu to you!!! ;-) SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!! ;-)

AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS

Bahan-bahanye

  • 1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
  • 1 sudu kecil blackpaper
  • 2 cm halia ( agak-agak je)
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mayonis
  • sedikit lada sulah
  • Sos Tiram >>yg ni kita tmbh :D

Kali ni set kan mmg khas tuk bakar ayam yg golek2 tu jdnyer kalerr dia sekata jerr santek!! ;-) suke kaler ayam yg mcm niii :D


Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur>>(yg ni kita parut lg best rasanyer dparut ;-) ), kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)
No versi tonggeng2 sbb teramatlah sensitipnyer habis terkopek kulit yg cantik itewwww...

Cheese Fries

CHEESE FRIES

Salam malam buat sume ;-),

Hari ni ramai org berjalan jalan ye tak? giliran kita duk kat umah hari ni sbb Ninja tak sihat sgt jdnyer giliran kuar jalan2 esok :D nak belanja brg2 kering kan awal bulan ni kan byk yg dah habes hihihi.... sekarang ni kan dah jd mcm budak kecik pulak suke tgk HIGH SCHOOL MUSICAL ekekeke... skrg ni pun sambil taip sambil tgk kat DISNEY channel :D sbnrnyer suke tgk si hero dgn heroin cute! mcm penulis lah kan cuma itam ngan putih jerr bezanyer :P.. tgh meroyan nak tgk TWILIGHT saga new moon huhuhu... bilalah nak kuar ni ya boleh crazzyyyyyyyyy dbuatnyer huhuhu.... ok ok... jgn layan penulis yg tgh sasau ni :D hihihi... Resepi ni senang sgt nak buatnyer mmg sedap maklumlah cheese2 niii mmg sedap! semalam cheese hari ni pun cheese mmg lemaklah bdn2 niii :D Resepi asal kat umah KAK AYU SG tp carik2 tak jumpa jdnyer cnp dr umah KAK NUR tenkiuuuuuuu both of u!! i likeeeeeeeeee!!! source RESEPI PILIHAN DIANA tq..

CHEESE FRIES

Ingredients:-
400g Frozen French fries (get from supermarket)
10 slices of American Cheddar Cheese(or 200g American Cheddar cheese block) -I used shredded cheddar cheese-'emborg'brand (orange colour)
50 ml milk
2 tbsp sour cream with 1 tsp milk
2 tbsp chopped spring onions
some white pepper powder(not in recipe)

Method:-
1.Deep fry fries till golden and crispy
2. Remove and drain on paper towels. Arrange on plate.
3.Using a non-stick pot, add cheese, milk and some pepper. Using medium heat to simmer for 3-5 minutes, stirring continuously into liquid form, once its melted into liquid turn off the heat.
4. Pour melted cheese on fries. Whisk sour cream with milk till its creamy. Drizzle on top of melted cheese.
5. Sprinkle spring onions and serve immediately.


Som Tam

SOM TAM

Salam sabtu n hari minggu buat semua ;-),

Hari ni besday raja thailand yg tersangat baiknyer.. ntahlah sejak duk kat sini suke tgk muke king thai ni mmg baik hati dan rakyat dia org pun hormat kat king of thai ni tak kira agama :-), sedih bila dgr keadaanyer yg dah uzur ramai yg tangisi nyer bila dgr king ni masuk sepital kdg tu tersentuh tiba2 bila kuar kat tv ke apa ke ntahlah tersgt baik dan tak sombong serta mmg mesra rakyat, harapan juga sebagai ank mesia mengharapkan semua sultan2 kat mesia berhati mulia mcm king thai kat sini :-).. suke tolong org ssh itu yg penting dan kalau tengok betul2 king of thai ni tak pernah tggl kamera dia bila g kampung2 mana ada carpet merah sume itu lah yg baiknyer ttg raja kat negara gajah ni :-) bebel2 sempena hari jadi nyer yg ke 82nd.. dan kalau nak tengok mcm mana dia org meraikannyer mcm mana hormatnyer rakyat pd raja yg baik hati ni leh g kat SINI.

Untuk resepi som tam ni kita dpt dr kwn thai kita yg mmg terrer buat som tam ni tp tu lah dia main agak2 jer td ni kita cuba buat ikut sukatan yg kita dah edit lebih kurang, sedap! cuba lah mana2 yg nak tahu rasa asli som tam made in thai ;-) byk jenis som tam tp yg ni yg ori kalau kat sini bila tgk menu2 dia org biasa dia org letak ketam itam yg kecik2 tuuuu mentah2 eeeuuuwwwwww!! hihiih... hari ni kita makan som tam ni jerr sbb semalam dh makan sakan sampai sakit perut! ekekeke....sbnrnyer tak penah makan som tam kat luar lagi jdnyer tak taulah rasa dia mcm mana TAPI kita dah rasa bila kwn thai kita ni buatkn masa dtg ke sini skrg jarang jumpa dah sbb masing2 sibuk :D.. pdhal satu jalan jerr nak ke kondo tempat dia tggl hihihi.. hari ni tak jalan kuar kot esok baru belanja! huhuhu...

SOM TAM

Bahan2>>

  • 100g BEtik Muda lepas dsagat
  • 4 biji Bawang Putih yg kecik2 sikit
  • Cili Padi 10 biji atau lebih atau kurang mana yg tak tahan pedas
  • Udang Kering Segenggam nak lebih pun boleh
  • 1 sb atau lebih sos ikan
  • 1sb Air Asam Jawa
  • 1/2 sb gula atau lebih
  • 1 biji lime perah pastikan biji tak termasuk sbb pahit!
  • 5 biji Tomato ceri belah 2
  • Kacang tanah yg dsangan banyak2!!! sedap! :D

Ajinomoto mana yg suke, kita tak letak sbb tak de :D


Cara2>>

oleh kerana kita tak de bekas lesung besor tu tuk buat som tam kita guna lesung bawak dr mesia jerrr ekekek... kalau guna lesung kecik tu tumbuk lada dgn bwg putih jgn hancur sgt, masukkan udang kering tumbuk2 sekejap pas tu masukkan pula gula, sos ikan, air asam jawa dgn perahan 1 biji lime td.. tumbuk2 sambil dkacau dgn sudu, perasakan masam pedas dan manis sikit ikut selera masing2, masukkan tomato dan yg dbelah 2 td serta kacang tanah sedikit tumbuk2 sekejap pastu pindahkan ke mangkuk yg lebih besar masukkan betik yg dsagat td, tumbuk dan gaul2 mcm nak buat rojak tuu, agak2 dah sebati rasa sekali lg kalau kureng tambah apa2 yg patut masukkan lebihan kacang tanah! siap!



silalah jgn malu2 sediakan air byk2 :D

Jumaat, 4 Disember 2009

SALAM KEMBALI

BLUEBERRY CHEESECAKE

SALAM KEMBALI buat semua :-);

Pertama sekali MISSSSSSSSSSSSSSSSSS U OLS SO MCH!!!! :D Sory stobery bluebery ayam mery sbb lama menyepikan diri sian ada yg tanyer khabar kita sihat ke tak, pd mulanyer mmg lah tak sihat pastu dah baik dah nii tp si kicit ni demam lah pulak! tak bwk pun g sepital sbb takut! huhuhu.... kalau esok melarat baru bawak g sepital.. PERINGATAN!! n3 kali ni terpanjang dlm sejarah sbb MALAS nak masukkan 1 1 n3 huhuhu.... ni jer lah yg dpt masukkan tak larat ucu nak main donlod2 gmbr yg sememnganyer lembap semacam ni :D.. menu dr atas sampai ke no 3 td ni buat sampai ketat perut! huhuhu... Untuk menu kat atas ni BLUEBERRY CHEESECAKE dr NURE @ MyR mmg dah biasa buat memula buat ciskek ni lembik dia tak mo keras masukkan dlm sejuk beku upernyer! barulah dia keras pas tu kali ke 2 buat barulah ok tapi tuan umah ni sengal ala2 masih konpius lagi kita g guna loyang besor! tu yg nipis jerrr tuuuu huhu... tak pelah asal sedap! betul mmg sedap kita sukeeeeeee sgt dgn ciskek mcm ni :-) Untuk resepi mintak izin n halal tuk sharejkan pulak kat sini.. oopsss, sblm terlupa dpt ilham nak buat ni sbb tgk umah KAK ITA kat jepun sana tu terus dr tu mcm tak leh nak tidur nyenyak jerrr ekekeke.... jom tengok resepinyer! Tenkiuuuu !! NOTA SIKIT>> SAPA2 yg nak buat leh g terus kat link tu tgk komen2 kat sana mungkin boleh membantu ;-)

BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan ( 5org )

  • 24 kpg biskut (tanpa krim kat tengah)>>YG NI KITA GUNA DISGESTIVE mmg sedap!
  • 50g non-salt butter (dicairkan)
BAHAN A>>
  • 200g blueberry (dlm tin pon bole)
  • 30g gula, 2 sudu teh perahan lemon, 1/4 cwn air
Bhn dpukul bersama
  • 120g creamcheese
  • 30g gula halus
  • 70cc (atau ml) plain yogurt>>BOLEH GANTIKAN DGN BLUEBERRY YOGURT mcm kita :D
  • Whipping Cream sikit kasi lemak :D kita tambah :D
  • Air Perahan Lemon
BAHAN B
  • 2 sudu teh serbuk gelatin dan 2 sudu besar air>>nak dptkan gelatin halal leh g SINI

Cara-cara

  1. biskut dihancurkn. Kalo mahu mudah boleh guna pengisar. Kemudian masukkan non-salt butter yg telah dicairkan kedlm biskut yg telah hancur tadi.
  2. gaul rata biskut dan butter.Pindahkn ke dlm acuan kek. Tekan dgn tapak tgn supaya biskut td rata ke seluruh bekas. Tutup dgn wrapping paper dan masukkan dlm peti ais(bukan yg sejuk beku).
  3. Bhn A dimasukkan kedlm periuk dan dipanaskn sebentar.Seelok2 nya sampai pekat sikit. Setelah itu dibiarkn sejuk.
  4. bhn B: gelatin dicairkn dlm air. Ketepikan.
  5. dlm bekas yg lain, campurkn gula halus dgn cream cheese. pukul sampai lembut.
  6. masukkan yogurt. Kacau rata.
  7. 1/3 blueberry yg telah disediakan pd awal td dimasukkn dlm adunan. kacau rata. Kemudian masukkn separuh dr gelatin yg telah larut td. (jika gelatin berketul, panaskn dlm 1minit dlm oven) .Rasa sedikit bancuhan.Kalau perlu nk tambah jus lemon pon ok.
  8. curahkn adunan dlm bekas yg berisi biskut td.bekukan dlm peti ais( tempat sejuk beku). Bila dh beku, ikut step seterusnya.
  9. baki blueberry dicampurkn dgn baki gelatin, kacau rata. Tuangkn diatas lapisan pertama yg dh beku td.
  10. lepas diratakn keseluruh bekas, sejuk beku kn sampai la kek ni betul2 keras. Lepas tu boleh la dimkn masa sejuk2.
  11. tips: ms nk kuarkn kek ni dr bekas kdg2 susah skit. Kalo nk senang, tekapkn bekas kek dgn kain(atau tuala kecil) basah yg telah dipanaskn dlm oven sebentar. Kemudian baru keluarkn kek.



Jom ambik sepotong sorang ;-)




MINI SOSEJ ROLL

MINI SOSEJ ROLL WIF CHEESE!


Untuk resepi yg ni kebetulan pulak td g umah KAK HANA pun ada roti niii! tp kali ni guna doh KAK TULIP @ MyR SEBAB mcm kak hana jugak GERAMMMMMM tengok roti KAK YATIE yg gebussssss tu TAPI mmg lembut tau! kita suke!!! kedut2 kurang sikit sbb panas2 lagi masa kena posing roti2 tu :D roti ni jer kita abis 2 ketul :D.. Untuk Resepi ambik kat umah KAK YATIE ngeeeee...malas pulak nak masuk MyR nak carik2 resepi sbb lmbt :D tenkiuuuu both of u!! KAK TULIP!! misss u so mch!! ;-)


BASIC DOH @ KAK TULIP MyR

  • 500gm tepung high protein
  • 90gm gula halus
  • 4sb susu tepung
  • 1/2 st garam
  • 1 sudu besar bread improver
  • 1 sudu besar bread softener
  • 1 paket yis (11grms) mauripan
  • 2 biji telur
  • 3 sb butter
  • 150-200ml air / air secukupnya .. adjust sendiri yer .. masukkan air sedikit2 masa mnguli doh ..
  • 1sudu besar gluten/ wheat gluten ...
  • inti - sambal ikan bilis / sosej / or apa2 aje




Bila tengok rasa nak ngap lagi jerr! huhuhu... budak2 pun suke! :-)


Cara-cara

1. Masukkan semua bhn kecuali air kedlm mangkuk mixer dan gaul


2. Masukkan air sedikit2 sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jgn masukkan terus semua air ) . Uli sehingga 20 minit .. lebih skit pun x per


3. Bila doh dah licin keluarkan doh dan bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yg dikehendaki.. Loyang pembakar disapukan dengan hanya sedikit butter n tepung gandum


note : untuk bun 25gm /ea ..utk mini sosej 25 grm gak .. n utk sosej ala2 lipan tuh 50grms .. (perghh apa punya bahasa la nih) .. untuk step nih x yah penaik kan doh .. terus ngan upacara potong memotong n timbang menimbang ..

4.Dah siap masukan inti baru ler panaik kan doh sehingga sekali ganda .. 1jam / lebih .. note : bagi proses menaik kan doh ni ..k.yati masukkan tray yg dah diisi ngan doh tuh dlm beg plastik yg besar dan ikat kat hujung nya ..

5. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit .. api atas bawah ..
note .. kalu tgk bahagian atas dh agak perang boleh padam kan api atas dan bakar dgn api bawah shj .. ini bagi mengelakan roti bahagian bawah tidak masak sepenuhnya.. (bakar dlm oven kt rak paling bawah )

6. Dah siap ..masa bun masih panas terus sapukan butter ke atas permukaan nya ..




ANPAN DONUT



Doh yg sama kat atas tu CUMA yg ni kena goreng roti ni pemes dkalangan org2 jepun carik jer kat kedai bakery dia org mesti ada anpan donut ni ;-) yg BERANTU makan roti ni NINJA tu huhuhu tp td cuma buat 2 ketul jer seketul kita dah makan ekekeke... tak pe dia nak diet tak leh mkn byk2 :D alasan isteri yg tamak! tapi mmg sedap! i likeeeeeeeee it!!!! ;-) masukkan inti kacang merah jerrr tipah tertipu!! pastu goreng ya nak goreng dgn breadcrumbs pun sodap! tp td ni KEMALASAN dan KEPENATAN :D

ngap! alhamdulillah kenyang :D





CHOC CHIP LOVE SHAPE BREAD


Sama juga guna doh kat atas tu ekekeke... tertipu lg ya? hihihi... kali ni barulah tak termuntah keluar roti2 ku itew mcm sebelum ni buat ekekeke... tp tang nak potong tu tak sabo! panas2 dah kena korban dah tu yg cekelat nyer terlekat2 tuuuu.. sapa kisah sbb masuk mulut :D yg dah habis sekelip mata bila abang balik sekolah td huh! lapor sgtlah tu.. sedap tau! lembut nmpknyer dah jatuh cinta dgn resepi KAK TULIP dgn MAMAFAMI, tenkiuuuuu buat kekanda2 ku yg tak kedekut ilmu meroti :-)..


LAUK PAUK

Haaa!!
Setelah sekian lama terngences ngences dgn menu mcm ni bila ROSS aka ONIGIRI beritahu kat FB lauk nyer beberapa hari yg lepas ada SAMBAL BELACAN??? huh! kita bukannyer apa malas nak buat lauk2 mcm ni ginilah jdnyer MAKAN TAK HENGAT PERUT DAH KETAT! dgn rotinyer td ciskek td huh! esok kena puasa ekekeke.... Alhamdulillah hari ni melantak sakan setelah lama tak de mood nak makan2 sgt :D berselera jerr rasa hari niii tak leh repeat ni sbb td dah tambah nasik hihihi... mlm ni kita makan belen2 roti yg dah nak habes! :D


KEROPOK LEKOR PERANTAU


Resepi dr MINAMI san @ MyR, mmg sedap kaya dgn rasa ikan :D guna ikan saba jer sbb malas nak kopek2 daging dia itu pun semalam mcm dah mabuk bau ikan saba ni huh! basuh dgn lime pun masih hanyir jari2 ku ini.. huhuhu..... dah 2 kali buat termasuk semalam ni lah guna resepi ni next time nak guna resepi JIYA PENGEMBALA KAMBEN pulak hihihi.... yg jiya punyer pun dah buat 2 2 sedap! ;-) sabo ya jiya sok lusa tulat buat lagi guna resepi NENEK jiya :D.. Tenkiu Minami san! Mintak izin juga resepinyer share kat sini ya :-) tq! baru perasan dah habes goreng pastu makan dgn nikmatnyer terlupa nak snap gmbr lepas goreng! ekekeke... yg kat atas ni lepas rebus huhuhu....

KEROPOK LEKOR

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm) )

  • 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
  • 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto
  • ***utk sos:***
  • 3 sudu besar cili blend
  • sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air

Cara-cara

  1. Ikan
    Bersihkan ikan.
  2. Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
  3. Isi-ikan
    Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
  4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
  5. Masukkan garam dan ajinomoto.
  6. Lekor
    Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
  7. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  8. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
  9. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
  10. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.



HALF PIZZA VEGE n CHICKEN wif BOLOGNESE SAUCE TOPPING


Pizza ni sah2 mmg dah masuk dlm BANGKOK DIRTY WATER ikikiki...... BENTOU atau BEKAL si kakak pizza! terpaksalah bgn kul 3.30pg menguli pizza pastu sambung tido balik pastu bangun2 doh dah naik tggl lah letak topping apa sume :D, dia punyer sos guna lebihan buat spaghatthi sebelumnyer yg tak habes hihihi..jimat! TAPI mmg sedap! untuk DOH PIZZA kita ambik dr MINAMI san@ MyR juga tenkiuuu Minami san!! sajer lenyek nipis2 sikit tp ttp lembut ;-).. Mintak ijin juga ya resepinyer share kat sini :-)

PIZZA AYAM atau ikut suke nak letak apa ya

Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )

  • 200 gm tepung roti
  • 1 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu susu tepung
  • bhn2 utk topping
  • ** 2 keping dada ayam
  • ** 2 ulas bawang putih
  • ** serbuk lada sulah
  • ** mayonis
  • ** sos cili dan sos tomato
  • ** cheese
  • ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
  • ** black pepper

Cara-cara

  1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
  3. utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
  4. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
  5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!


I love vege! chic tuk budak2 :-)




MINI COFFE BUN @ MAMAFAMI


Roti kopi ni nmpk kat umah MAMAFAMI yg pemes buat2 roti dan kek dan sekut dan masak2 :D, SEDAP! sepatutnyer roti ni DILARANG MAKAN bg BUDAK2 yg ada kat umah ni sbb NINJA tu tak bg budak2 makan benda2 yg berasaskan kopi tp semnalam ni tak sampai hati pulak! bg jugak byk lah pulak tu dia org makan! hihihi.... sedap dan lembut sbb menggunakan WATER ROUX kot! last makan untuk budak2 yg ada kat umah ni sbb mmg tak penah bg dia org makan2 atau minum2 kopi niii..perasa kopi pun tak penah bg tau! kita pun tak tahu sbb dah terbiasa dgr kata tak elok tuk budak2 kecik huhuhu... ok okj resepi ni sekali lagi berjaya dceduk dr umah KANAZAWA yg penuh dgn menu2 yg mengancam hihihi... HALALA n IZIN juga resepinyer ya MAMA n KAK HANA dsharekan kat sini pulak! sayangggggggggggg sume org! :D tp nak bg dah habes lah :D..

COFFE BUN


Ingredients
:
190 g high protein flour (I used multipurpose flour)
50 g sugar

2 g salt

6 g instant dried yeast

1/2 teaspoon bread improver

1 egg yolk
50 g fresh milk

12 g instant coffee (I mixed 2g nescafe granules with 10g hot water)

60 g
water roux
1/2 teaspoon cappuchino coffee emulco (I added)
30 g butter

Method : (Breadmaker method)
1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in instant coffee, salt, sugar, egg and water roux.

2. Top it with sifted flour, dry yeast and bread improver.

3. Set the Breadmaker to Dough function.

4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough 35g portion each. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.

6. Let the air out of the dough and make into round balls again. Arrange in the prepared tin.

7. Leave to proof till double the size.

8. Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes or so.
9. Once out of the oven, brush with butter.


*terkezut mmula tgk 12g coffee tuh! ghupernyer aku salah tgk! 12g instant coffee daaaa! hahaha... tp aku xde instant so aku ltk cume 5g serbuk coffee + 1 sudu serbuk koko + bancuh dgn 1sudu air panas. tk pahit! sesedap bau,warna dan rasa! ataupon korang leh tiru cam
mamafami buat. (2g serbuk coffee + 10g susu tepung) kan ma kan? sori klu silap! >>Ikut style kak hana :D

see! kedut2 kan! ekekeke...kita pun suke roti kedut2 niii leh tarik2 gitu! :D

Buat kicit2 jer :D


WATER ROUX

WATER ROUX
Ingredients

50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.


CUCUR BADAK LABU

Haaaa! yg ni pun menu dah jd baja asli :D, Idea dr KAK AS NZ tenkiu kak! Ceduk dr umah KAK HANA sbb malas nak masuk MyR jugak! ekekeke.... KAK HANA!! sowi ya asyik keja selongkar dapur akak jerr huhuhu.... SEDAP! tak leh nak kata apa lagi mmgnyer LABU2 ni SEDAP! tp sbnrnyer ni yg kali ke 2 buat 1st buat baling org boleh benjol dahi! ekekke... biarlah rahsia :D Mintak ijin ya buk resepinyer :-).. tenkiu!!

CUCUR BADAK LABU

Bahan-bahan
  • 1 kg labu
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan gula & sedikit air
  • Minyak masak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Bersihkan labu, buang kulitnya dan rebus hingga empuk
  2. Toskan airnya dan taburkan sedikit garam
  3. Lenyek sampai hancur sementara labu masih panas
  4. Biarkan hingga labu betul2 sejuk
  5. Setelah labu sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata
  6. Buat bentuk bulat & seperti gelang dan goreng, jaga api jgn terlalu kuat..
  7. :: Tip, sapukan sedikit minyak ditapak tangan supaya doh tidak melekat
  8. Setelah siap digoreng, ketepikan.. masak gula dgn air dalam kuali lain.
  9. Didihkan gula hingga pekat dan kacau rata, setelah agak likat masukkan kuih yg telah digoreng tadi,gaul rata & pantas.. pastikan semua terkena gula..
  10. Siap utk dihidang.

Sedap! ;-) leh buat lg!

INSYAALLAH KLAU MALAM FREE KITA G JALAN2 YA ;-) N3 akan menyusul TAHUN DEPAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU BUAT SEMUA!! KALAU RAJIN ada lah N3 TAK PUN SAPA2 YG RINDU LEH G JENGUK KITA KAT FB sbb mmg ada kat situ ekekeke....