Salam d pagi jumaat yg mulia penghulu segala hari :-),
Hari ni pun kalau sihat lagi bdn ni nak sambung puasa sampai esok lagi :D.. Alhamdulillah dah 2 hari penuh berpuasa, ni pun bdn dah semkin menunjukkan kepelikkannyer huhuhu... nak batal pagi2 jgn dah separuh tu yg galad betul hihihi.... Buat sup jugak, nak habiskan tulang lebihan buat bone steak hari yg sebelumnyer tuu.. Resepi ni olah sendirik dr resepi yg sebelumnyer kat SINI, oleh kerana guna tulang masaknyer nak kena lama2 sikit baru kick :D Kalau nak cuba resepi KAK DAYANGJACK pun boleh jugak tp mmg kita n mak kita dah terbiasa sbnrnyer masak sup letak ketumbar jintan sume tp tang masam pedas ni kita ikut mee sup style siam, selalu pergi beli sup kat warung muslim ni tp main agak jugak dia punyer rasa tu dah nak hampir sama tp alngkah bagus kalau terus sama rasa dia tu hihihi.. nak tanyer segan dah lah tak pandai spekong siam tak pasal2 kang kena pelangkung!:D Hari ni nak buka apa? awal lg dah sibuk2 pkir nak buka apa :D hihihi...
SUP TULANG MASAM PEDAS
Bahan2
1kg Tulang Lembu
1200ml air gabungan air rebusan tulang yg drebus terlebih dahulu
2 biji Tomato dpotong berbaji
2 biji Kentang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun sup
1/4 cwn bwg goreng
Bhn Kisar @ Tumbuk>>kita tumbuk :D
6 biji Bwg Merah
4 biji Bwg Putih
1" Halia
1" lengkuas
1 sk Lada Hitam yg dah dtumbuk
1 sb Ketumbar **yg dsangan tanpa minyak n tumbuk
1 sk Jintan halus**
1sk Jintan kasar**
Kayu manis
Bunga lawang n the geng
1 Bungkus sup bunjut adabi
Bahan Perasa
2 biji lime dperah ambik jusnyer
2 sb sb Sos Ikan
Garam
Gula sikit
Tambahan
8 biji cili api atau kurang dtumbuk
Cara2>>
- Basuh bersih tulang dgn tepung gandum dan toskan, tumbuk kasar halia dan serai yg dketuk dan masukkan kedalam air untuk rebusan tulang, rebus sehingga daging empuk.
- Tumis kayu manis n kwn2nyer sampai naik bau dan masukkan bhn2 kisar, tumis lagi sehingga betul2 masak..
- Selepas itu masukkan kentang dgn tulang serta masukkan air tunggu sampai mendidih dan kentang empuk.. Masukkan garam, gula dgn bhn perasa, tambah apa2 yg kurang, tunggu lagi sehingga daging atau tetel yg melekat dtulang n kentang betul2 empuk..
- Last sekali masukkan tomato, dan separuh bwg goreng td ke dalam sup, tunggu dlm 3 minit dan matikan api, selepas itu taburkan daun ketumbar dan daun sup yg telah dpotong td serta lebihan bwg goreng td..
- Selepas itu masukkan lada kecik yg dtumbuk terlebih dahulu td, kurangkan kalau tak nak pedas sgt. Rasa sup ni masam2 pedas.. sedia tuk dhidang!
Salam Ikaaaa..padanlah dah kurus ...dok asyik makan tulang jer..daging nya mana????Cabuttttt!
BalasPadamSungguh menyelerakan! Pasti juga boleh memanaskan badan pada hari yang sedingin ni!
BalasPadamikaaaaaaaaaaa... hamboi sedap tul nampak sup tuh.. nak skitt ada lagi tak? dah lama tak layan sup tulang nih. wah soalan last tu, nak buka apa..buka apa lagi cik ika..buka puasa la..hahhaa
BalasPadam