Khamis, 11 November 2010

Kuih Lapis DANNNNN???? telor dinosour menetas :P

_DSC0814

KUIH LAPIS

Salam kembali sumeeee!!!

Ada yg rindu??? tak de?? tak pe lah nak majuk lah lepas ni tak nak berblogging lagi hihihi....gurau jer!! sejak2 ni makan tak menentu cewahhhh... ayat nak lari dr diet wakakakaka....sama jer! makan ttp makan tp lately nak pegang kamera pun MALAS! huh! satu penyakit yg pelik yg tak de pd blogger kecuali kita :D...

Sbnrnyer bz sikit, ada sukan kat sekolah sabtu pun kena berlatih sbb ahadnya dah sukan pastu 3 hari berturut turut kena bwkkan bekal tuk ninja tuu haish! tak cukup kaki tgn sume, mata kita ni tok sah katalah mmg pedih sepanjang masa rasa tak nak bukak jerr sbb kalau bukak ibarat mata kena tiup angin, pedihhhhh jerr! ni sbb tido tak cukup, ubat dia senang kena cukupkan tido dlm beberapa hari ni, JADINYER sya pun belasah membuta jerrrrr 2 jam mesti tido siang hari KALAU TAK mmg tak baik! pelik kan kan, penyakit yg ada kat siam jerrr hihihi.... pagi semalam ni boleh tak dgr alarm, nak kena buat bentou tuk ninja tu, abg dgn kakak phheeewwwww! kita cuma ada masa 1 jam nak siapkan bekal ninja tu dgn abg jdnyer apa lg... mmg bertukar kalerr lerrrr, dak kecik tu punyer pasal huh! dia dgr alarm kat phone dia sibuk matikan ceeetttt! mmg sedap lerrrr dibuai mimpi bersambung sambung jer kejanyer! moral of d story, dptkan rehat yg cukup, tido AWAL itu jerrr! wakakakaka....

Ok lah dah panjang pulak! ni telo dinosour dah menetas, maklomlah besorrrr lmbt sikit netasnyer ahahahaha..... REsepi kuih lapis dr KAK YATIE MESIA dah tak leh kata US lagi sbb dah balik mesia hihihi.... i loiiikkkkeeeee! lembuttttttt BUKAN lembik okeyyy! mmg sedap suke dgn resepi ni ;-) KAK YATIE cayangggg, mintak halal n izin resepinyer!!!! leh g SINI jgk versi sakit mata :D.... btw, ninja balik japan semalam nyer midnight flight sbb ayahnyer tak sihat sampai rabu depan uuwaaaaaaaa... semoga urusan dipermudahkan ya laling, especially tang lesen international tu kalau tak sakit lerrr makcik nak kena drive balik nanti huhuhu....

Untuk pembaca blog arah n tetamu2 kehormatnyer kunjungan balas akn dibuat secara pemeringkatan untuk memastikan semuanyer berjalan lancar, silalah bersabar ya sya akn pulangkan sume mangkuk2 ya.. tenkiuuuuuu semua sudi singgah!!! ;-)

KUIH LAPIS

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perisa rose>>kita tak de sirap ganti pandan paste hihihi

_DSC0021

Citer telo menetas tak de kena mengena dgn kuih ni ya wakakakaka... jemput makan!!!

Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan


_DSC0027

above not my garden lorrr itu garden kat 6th floor aka pool, sauna n gym :D

Okey lahhh nak tayang jugak! sana sini org asyik tayang daun tapak itik kaler MERAH lahhh, KUNING lahhhh, mcmlah kat sini tak de jugak! huh! tgk tu tgk tuuuu haaaaaa.... sini pun ada musim jugak tawwwww! ni musim luruh thai tauuu! hanyer di thai sahaja :P kat jepun pun tak de ahahahaha....

Minggu yg lepas bangkok SEJUKKKK tawww! bukan sejuk ujan! sejuk mmg dingin, mintak2 itu hanyer bunga2 jerrr kalau boleh awal bulan 12 lah eak nak sejuk tak pun dah abis??? uuuwaaaaa..semakin pendek pulak waktu dinginnyer.. kalau dulu dekat sebulan jugak keadaan berterusan dinginnn jerrr mmg tak yah ekon, kipas sume mmg angin sejuk sgt sejukkkk, tp yg tak sukenyer ni kalau sejuk mulalah kulit tua ni KERING, kang bila dah kering GATAL2 pulak! haish! mcm2 penyakit org siam ni hihihi...


_DSC0028

okkkkk daun dah nak abis, dah masa untuk pokok ni TIDOOOO selama sebulan!!! sweet dream ya :D

9 ulasan:

  1. ijah mmg tabik spring kat ko pasal melapis ni ler

    BalasPadam
  2. lama kak ija ilang...ku tercari-cari dirimu...nk g siam jauh,dok seberang pn jadila,wahahahhaha.... kak ija, lawo lapisnye!!!! agak2 klau mintak setengah loyang kasi x???

    BalasPadam
  3. ika, cantiknya kuih lapis tu....teror la ika melapisss...jeless ni...he..he..

    BalasPadam
  4. cantiknya mak aii:)penangan kamera canggih ni....nampak kuih lapis tu terus air liur meleleh hehe

    BalasPadam
  5. Salam Ika,
    Suka tngk Ika dah muncul kembali...aritu akak buat kek lapis asam manis resepi Ika, sedap..tapi masa tu Ika takde...harap Ika terus berblogging ya...akak pun kdng2 mcm tu...sejak balik Msia ni busy sikit...nak kena beri perhatian lebih kat anak2...kena ajar diaorng BM lebih...sbb lama dok berbahasa BI je kat US...

    =ada lagi ke kuih lapis tu...akak mmng peminat setia kuih2 mcm ni...kejap lagi nak keluarkanlah pengukus tu...hi3...

    BalasPadam
  6. salam ijah...welkam backk!!miss u..
    hehe..
    cantiknya kuih lapis tuuu..akak nak sepotong!!yg kaler biru ader x?hihi..
    musim luruh yer kat thai,musim salji akan dtg kot..ekeke

    BalasPadam
  7. cantik nya lapis tu... jeles taw, ngapa kalau kak rose buat sememeh jer...nak kena blajo dari ika nih!

    BalasPadam
  8. Amboi cantiknya Ika, expert betul pasal lapis melapis ni...

    BalasPadam
  9. salam ijah..mokwo buat gak
    kuih lapis nih..tapikan lembik..lepas tuh lapisan dia jadi cam cerai berai..huhu..bagi tips2 ok!

    BalasPadam