Khamis, 26 Mei 2011

Kuih Talam Terang Bulan

_DSC0299
KUIH TALAM TERANG BULAN

Salam kembali :-),

Ada kejadian sikit kuih talam kat atas ni, nak tahu citer ke? :D tak nak tahu skip jer bwh terus hihihi.... alkisah>> tak tersedar digital scale kita ala2 menggong atau demam jugak kot.. Utk sukatan tepung kastard terkurang kesan dr timbang kita yg tgh mabuk tu lerrr huh! patut pun dlm ati kenapalah sikit sgt tp tak g cek sbb timbang lg satu ntah mana kita letak kita pun tak tahu ehehe... jdnyer dgn yakin terus kan jerlah, masa tgh nak masakkan adunan talam tuu dah ter ter imagine mcm lain pesen jerrr tgk keekatan dia ni wakakaka.... tp oleh kerana dah penat belasah jerlah! ahahaha... Alahmdulillah, masuk esbok dia keras tp tak keras mcm biasa kira boleh dipotong lerrr :D tak de sampai kena mkn dlm bekas tu jugak hihihi...

Kita tak de acuan mcm KAK ANIM kita sumbat jer sume dlm bekas pyrex tu abis citer :D nak buat lagi sekali n nak hasilkan kuih ni yg betul2 cantek dipandang huh! rugi woo tak cuba sbb lemakkkkkk berkrimmmm peanut butter tu lerrr! pasni kena turun naik tangga jerr jgn guna elevator :D Selamat mencuba :D Nak tengok rupa asal kuih tu leh g umah kak anim :D

KUIH TALAM TERANG BULAN

bahan A

  • 300 gm beras pulut (rendam 3 jam dan bubuhkan pewarna hijau)>>buh kaler pepel :D
  • 100 ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 1 sk garam

bahan B

  • 130 gm gula
  • 40 gm tepung kastad>>yg ni malas nak citer hihihi...
  • 150 ml santan
  • 200 ml air
  • 2 biji telur>>kita masukkan sebijik jer tp guna size A
  • 1/4 sk air abu>>yg ni kita tak masukkan sbb sampai skrg tak kenal air abu :D
  • 1/4 sk garam

bahan C

mentega kacang


_DSC0296
aaarrrghhh.. sgt tension tak menjadik huh! takpe nanti wat lagi :D bykkan latihan :D
Cara

  • Beras pulut yang di rendam di toskan terlebih dahulu.
  • Kemudian satukan bahan A (beras pulut,air,santan dan garam) dan kukus selama setengah jam.
  • Cara mengukus terserah kepada anda.Boleh di lapikkan dengan daun pisang ataupun di kukus dalam loyang.setelah pulut tanak,tuangkan ke dalam mangkuk kecil.Tekan agar ia padat.
  • Lubangkan bahagian tengah untuk di letakkan intinya.
  • Satukan pula bahan B,kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk.
  • Kacau sehingga ia naik wap.
  • Tuangkan ke dalam pulut yang di lubangkan tadi dan letakkan mentega kacang di tengahnya.
  • Kukus selama 20 minit sehingga masak.
  • Angkat,biarkan sejuk dan hidangkan.

22 ulasan:

  1. ikaaaaaaaa,lemaknyaaaaaa.
    santan ko macam cheese dah akak tgk..sedap kan?..ada yg kata kueh ni berasal dari indonesia.akak pun tak tau..tapi mmg best.nak buat lagi rasanya.nak try dlm bekas lain pulak.

    BalasPadam
  2. Wah wahh!!
    Pantas kamu membuatnya yaaa!!pepel lagi pulut tuu..kellass kau maria!
    Akak diet nih..nanti tunggu kurus baru buat. ker kalau buat ni terus kurus??

    BalasPadam
  3. Ika,dtg lagi nie...nk kuih terang bulan....hehe...cantik tu Ika...2 tu utk pakwe aje ke?? Jgn sorok2 Ika, keluarkan...akak dh bentang tikar mengkuang nie...heeeh!

    BalasPadam
  4. Salam caya ika
    ko dha buat yee...ko tahu kan si sofea suka mkn kuih pulut2 ni...nak try leee...mlm jumaat terang bulan hehehhe...pepel lg menarik tu..rasa sikit yg dah potong tu

    BalasPadam
  5. As'salam ika

    hahaha..selalunya kalau macam ni siapa yang harus di'persalah'kan.. hehehe. samalah dgn kak ct, pernah terjadi masa nak buat kek. rupa2nya puan ct tak baca dengan betul.. hehehe.

    arini kuih terang bulan sok lusa kuih terang bintang lak eh.. hihihi

    BalasPadam
  6. ijah... meh nak rasa sket.. tak kisah la lembik2 pun, akak suka gak part lembik ni :)

    BalasPadam
  7. perghh.. terang bulan pulak dah..hehe.. kaki kuda haritu pun x sempat buat lg dah sampai ke bulan dah ni. muahaha..

    BalasPadam
  8. tak pelah tak cantik pun asalkan rasanya sedap...nanti masuk list gak nampaknya

    BalasPadam
  9. amboiiii...cepatnya mek siam ni buat.....
    cantik la kuih talam terang bulan kau ni ika...
    terang jerk mata aku nengoknya....

    BalasPadam
  10. ika, kuih terang bulan telah membuat mata ku terang benderang..cantik warnanya tu..digital scale tu tak ada battery kot?..time to change..hehe..

    BalasPadam
  11. wahhh cepat tul terang bulan ni sampai ke sana....sedapnya... akak kalau dengar berlemak-lemak ni dah naik seram...takut nk naik penimbang dh ni...hehe

    BalasPadam
  12. kuih talam terang bulan?? ni 1st time dengar nih..ada pulut ya, pastu ada kastad lak..hmm cam sedap je, ok masuk list la...:)

    BalasPadam
  13. eh.. cantik gilossss..
    ika.. air abu tu, ko amik abu dapur tu, bancuh ngan air skeet.. muekekeke..
    eh rekomen ke kalau kite nak buat ni? berjaya tak?

    BalasPadam
  14. Ika, sgt cantek..tergode nengoknye..

    BalasPadam
  15. Ika,
    kalau kat kedai bakery mmg ada jual air abu nie.selalu org guna tuk buat kaswi,rasanya boleh digantikan dengan air kapur kot..hihihi..
    mmg sangat tertarik gitu..betul betul terang bulan nie

    BalasPadam
  16. Amboi sedapnya kuih ni...warna pun cantik.....

    BalasPadam
  17. ika..cntiknye kaler pepel tuh..jeles i..skang ni msh lagi keciwa dgn kek gulung kasih ku patah hati lg..mencik tau..

    BalasPadam
  18. uwaaa cantik ler kuih terang bulan ni...kalau tak citer kuih lembik pun orng tak tau..akak tngk molek je...kelas gitewwww...

    BalasPadam
  19. Weeeee Weeettttt...tu dia...cantik dan terang2 d bawah sinar mentari la Ika akak tgk...mana ada bulan...hehehe...Cantik sangat kuih Ika tuh....meh nak curik separuh tu...nama memikat sungguh...nnt akak buat tukar nama Talam Moon Light laaa...ekekeke

    BalasPadam
  20. Salam Ika..
    mula2 ingat sapa lah bdk ijayuji nih??? Ika ruper2 nyer.
    Cepat betul kuih terang bulan tuh sampai Bangkok!! Dlm keadaan yg tak brapa sihat sempat Ika membuat nyer..so rasa2 mmg sedap kerana ada peanut butter, pulut & tepung kastard betul tak??? Bila agak nyer nak sampai Spore plak???

    BalasPadam
  21. I kalo makan ni kena naik tangga sampai tingkat sepoloh, uish terpaksa makan lagik seketul.kikiki

    BalasPadam
  22. cantiiikkk.... makan lg sedaaap nie.... hehehe... ada lg x nie? nak ckit..

    BalasPadam