Khamis, 26 Mei 2011

Asam Pedas Daging Tetel

_DSC0290
ASAM PEDAS DAGING TETEL

Salam khamis sume ;-)

Keadaan ank sulung kita dah ok tu nmpknyer cuma dia asyik pegang perut diaaa jerrrr agaknyer kempis sgt sbb dah 2 hari makan2 muntah, semalam tgh hari kalau tak silap suhu bdn dia panas sgt! rasanyer itu yg last kot, sbb lepas tu suhu bdn dia dah jd 37 jerrr.. Tulang belakang dia dah timbul terus, gitar2 kat bhgn tepi pun dah terang nmpk hihihi....

Ni menu lunch semalam, nmpk IZAH DAUT pastu kak MAZ pulak buat kalau tak silap asam pedas daging nii, kita jarang sgt dah masak asam pedas dekat stgh tahun kot! sbb malas nak blender lada n nak jimatkan lada kering kita pun satu hal jugak.. Kalau asam pedas kita mmg suke asam pedas mak kita :D walau resepi ni sedap tp masakan mak ttp no 1 walau cuma goreng telor jerr hihihi... hebat tak air tgn mak? :D

Resepi asam daging tetel ni tgk kat MyR dr DIANA_8194, Sesekali mkn mcm ni aduhhhhh sedapnyer! kita makan dgn bubur ahahaha.... :D Mintak halal n izin resepinyer share kat sini jugak :-) ty!

ASAM PEDAS DAGING TETEL

Bahan-bahan ( 2-4 ORANG )

  • 300G - 400G DAGING TETEL
  • 5 ULAS BAWANG MERAH, 3 ULAS BAWANG PUTIH
  • 1 INCI HALIA
  • 1/2 INCI LENGKUAS
  • 1 BATANG SERAI
  • 1 MANGKUK CILI KISAR>>kita tambah belacan sikit
  • 1/2 SUSU KECIL LADA HITAM (KISAR KERING)
  • DAUN KESOM, DAUN LIMAU PURUT & BUNGA KANTAN
  • MINYAK UNTUK MENUMIS
  • GARAM DAN SERBUK PERASA

_DSC0291
Kita tambah sawi asin :D bau daun kesum limau purut tu sedap betul!

Cara-cara

  1. KISAR BASAH BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, HALIA, LENGKUAS DAN SERAI
  2. PANASKAN MINYAK, TUMISKAN BAHAN YANG DIKISAR SEHINGGA KEKUNING-KUNINGAN
  3. MASUKKAN LADA HITAM YANG DIKISAR
  4. MASUKKAN CILI YANG TELAH DIKISAR, TUMIS LAGI HINGGA NAIK MINYAK.
  5. MASUKKAN DAGING, DAUN KESOM DAN SECAWAN AIR DAN BIAR MERENEH HINGGA DAGING LEMBUT, TAMBAHKAN AIR SEKIRANYA PERLU
  6. SETELAH DAGING LEMBUT MASUKKAN BUNGA KANTAN DAN DAUN LIMAU PURUT, PERASAKAN..DAN BOLEHLAH DI HIDANG

15 ulasan:

  1. ika...ni kak MAZ kau datang......kikiki...kak Mas la cayang.....
    perhhhh...memang mengancam asam pedas kau ika....
    sedappnya tengok....
    dapat ku bayangkan nikmatnya menghirup kuah tu...
    meh semangkuk.....kikiki

    BalasPadam
  2. pepagi datang umah Ika,sebab nampak tetel masak asam pedas,peberet akak nih..dapnyerrr....agak agak ade lagi tak..yang paling best ada sawi asin...fuiyoooo jangan pandang2..

    BalasPadam
  3. sedapnyer asam pedas daging...nikmat betul klu dapat hirup kuahnyer tuh...huhuhu...

    BalasPadam
  4. Morning Ika,

    Asam pedas!!! Ohh tidak!! Febret akak ni, sib baik hari tu dh msk asam pedas....kalau bubuh daging tetel knur belum pernah merasa lagi...sedap tk Ika?? Kalau ada pratha instant sedap ni Ika, cicah ngan kuah asam pedas tu...hmmm jilat jari U.

    BalasPadam
  5. ika,kenapa nak jimatkan lada kering?kat sana susah nak dapat eh?..
    apa kata ko beli cili hidup byk2 pastu jemur sendiri kalau rajin leh meniaga cili kering tu sekali..wakaka
    larriiiiiiiik...

    BalasPadam
  6. Salam
    pehhh ni mmg lawak fv seisi keluarga ku.. naknya ada letak sawi asin lg le menjilat2 di buatnya...
    selauk cam ni pun dah cukup..nak sedp ada ikan masin/pekasam pehhhh

    BalasPadam
  7. Salam...

    Menu Asam Pedas pulak dah...ni ada telur asin sedap sesangat..boleh tambah nasi lagi tau...

    BalasPadam
  8. Sedapnya asam pedas... Suka nak mkn.. Nak masak tak pandai sgt

    BalasPadam
  9. shukur ilyas dah nak sembuh ..
    kecian dia badan mesti lemah..kasi makan bubur lah ya tu..

    akak pun dah masak asam pedas daging kebetulan sama hari dengan mas hari tu..tapi belum sempat post lagi..hahah..ni datng nak tuntut cake mana dia?..

    BalasPadam
  10. Salam ika,
    wah... kita sama, tapi tak serupa. hehe..
    saya sampai skrg tak tau tetel tu apa. hikhik. kira daging urat ke ika? bau asam pedas daging ni dah sampai rawang dah.
    makan dgn bubur? nice idea! telan *air liur jap. ;)*

    BalasPadam
  11. Semoga ilyas terus sembuh dan sihat seperti biasa... rajin betoi mama ilyas nie kan.. nak tumpang makan skali lah... sambil borak2 boleh kann..

    BalasPadam
  12. fehhh Asam pedas + + sawi masin huh sodap tu Ika... eh Jah cili kering susah dapt? atau mahal? kat sini dkt 16 hengget sekilo.. sabo jek.. kalau beli 2-3 rm tu dapat ciput hu hu hu

    BalasPadam
  13. akak belum pernah y asam pedas tetel sbb anak2 suka asam pedas rebus je nak mintak semangkuk sure dah entek ni

    BalasPadam
  14. yg ni pun sodap gak..tp,mn nak cr dgg tetel tu..bole x guna dgg peha yg besar kayu balak ni?ekeke

    BalasPadam
  15. geram asam tetel fuhh sedapnya la..fmly fav sgt,smggu xsah d mskn nie.heheee

    BalasPadam