Khamis, 11 Ogos 2011

Kuih Kaswi

_DSC0404
KUIH KASWI


Salam kembali di ramadhan yg ke 11 insyaAllah :-),

Salah satu menu berbuka semalam yg mana saya tak leh berhenti nk makan lagi dan lagi :D Kita kalau bab2 kuih mcm ni mmg cerewet sikit :D Payah sgt nak jumpa yg berkenan di hati n ank tekak, tp alhamdulillah! Resepi ni terbaiiikkk boleh dikategorikan, Terima kasih kembali buat nuuunaaaaaa sharekan resepi yg best niii, mmg best lah! kenyal2 dia tu kita suke tp lain org lain citarasa jdnyer ikutlah resepi mana2 yg rasa berkenan ya :-) Sebelum ni dah ada jugak buat kuih kaswi bukannyer tak sedap, sedapppp, cuma yg ni rasanyer dah bertemu jodoh gituuu ibaratkannyer :D

Macam biasa kak Q, minta izin dan halal juga resepinyer utk di kongsikan di sini untuk rujukan yg akn dtg, TERIMA KASIHH! Selamat berpuasa n berbuka buat semua ya :-)

KUIH KASWI
Resepi Asal:KAK QUINNIE (dpt dr kwnnyer kak Q)

Bahan2
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 1/2 cawan gula putih (kalau suka manis buat 2 cawan)
  • 2 cawan gula merah (saya guna yg elok punya jadik tak yah nak buang pasir)
  • 9 cawan air
  • 1/2 sudu besar kapur ( kapur tu kalau keras tambah air panas dulu biar dia cair..lepas tu ambik air ngan kapur2 nya sekali)

_DSC0406
Mmg best! ;-)

Cara2
  1. mula2 masak gula merah dan gula putih bersama dengan 2 cawan air. masak hingga gula hancur dan sebati dan berbuih...dia bila buih tu maknanya gula dah likat.>>Yg ni kita letakkan daun pandan diikat sekali semasa memasak.
  2. selepas gula dah masak, tapis air gula tadi. kemudian campur kan lagi dengan air hingga bancuhan air gula tadi menjadi 9 cawan air gula. (kiranya air gula tadi...lepas tapis sukat la dapat berapa cawan...lepas tu jadikkan dia sampai dapat 9 cawan)
  3. campur semua tepung dan kapur, lepas tu masuk kan air sikit2 dan kacau sebati.
  4. untuk pastikan semua bahan sebati, tapis kan bancuhan tadi.
  5. sebelum membancuh bahan tadi, boleh lah dipanaskan kukusan, bila kukusan dah panas, isi bahan bancuhan kedalam loyang yg telah di griss atau pun acuan lompang yg telah di griss jugak. kalau guna acuan lompang boleh isi penuh2.
  6. kukus kuih tadi selama 15-20 minit kalau guna acuan lompang...kalau pakai loyang kukus dlm 45 minit. lepas tu sekiranya ada air bertakung atas kuih, buka penutup kukusan tadi dan buang kan airnya...sama ada guna tisu dan lap2 kan kat atas kuih tadi atau pun guna penyepit kuih dan tonggeng kan sikit acu lompang atau loyang kuih dan biar air tu jatuh. kemudian masakkan lagi selama 10 minit dgn membiarkan penutup kukusan tadi dibuka utk kasi air tu kering.
  7. bila dah kering boleh la di tutupkan api dan diangkat kuih utk disejukkan. biar kuih dah betul2 sejuk baru boleh dipotong atau dikeluarkan dari acuan lompang.
  8. boleh lah dihidangkan bersama kelapa parut putih yg dicampur dengan sedikit garam. kukus selama 5 minit kelapa tadi utk kelapa tahan lama.
  9. utk mengelakkan kuih tu berair teruk kat atas dia...balut penutup kukusan dgn towel lembab.
(nota: satu adunan ni dpt satu loyang besar....saya buat 1/2 je kalau nak makan tuk sekeluarga...kuih ni tahan 2 hari...bleh simpan dlm peti ais kalau tak habis..)

_DSC0399

21 ulasan:

  1. bila ika kata sedap terbaikkk..satu hari mesti buat ni...tunggu la, k'ida suka mkn sebenarnyer...jeles tgk kelapa parut ituuuu..mengidam lama dh ni nk mkn kelapa fresh huhuuuuu huwaaaa

    BalasPadam
  2. Salam Ika...


    Bila tgk teringinlah pulak...nanti kena buat juga ni

    BalasPadam
  3. Ijahhhh..... tak jadi lah tarah pokok pisang... tergoga nyer pasal tgk kaswi ko ni....

    BalasPadam
  4. lawanya shape dia fiwitt gitu! paling rindu adalah kelapa parut fresh huhu, kat sini beli kelapa parut tk berapa nak sedap wuwuwu...

    BalasPadam
  5. Salam, Ika...
    Sukanya kaswi...
    Best yer resepi Kak Q ni.. nanti leh la try plak... :)

    BalasPadam
  6. wahhhh...sedapnya tengok kaswi tu...
    kak mas suka sangattt...
    masuk list resepi ni...
    nak buat gak nnti..

    BalasPadam
  7. adeh x der tepung ubi la plak...if not leh buat today uwaaaaaaaaa

    BalasPadam
  8. ni mesti masuk dlm list menu iftar nih..menggoda! =0).

    BalasPadam
  9. Ika....cam tau2 je kak cek nak buat kuih kaswi...cam best je resepi ni...kak cek memang suka yang kenyal2...sedap bila digigit...leh cuba ni...tapi adunan ni mesti dpt bykkan...tgk lah ptg ni kalau sempat...nak gak buat...:)

    BalasPadam
  10. Weeeeeeeeee...weeee...kuih kaswiiiii...
    Waaaaaaaaaa...waaaa...manyak lawaaa....hehee.. Ika, mintak mintak 5 ketuii...akak sorang jek makan kuih ni, hb n anak2 x layan...ada lg x? Wat berbuka kang.. :)

    BalasPadam
  11. time kenduri pun selalu jumpa kuih ni. tokwan belah asben mmg pandai buat dan sedap. isk lupa nk mintk resepi. macham nak buat la nnti, kot la bertemu jodoh mcm ika jugak. ahaha..

    BalasPadam
  12. ambik resepi dah.nak buat kejap lagi.nampak sgt sedap.:)

    BalasPadam
  13. sebab ika kata sedap, maka kena try ni. aritu buat yg guna tepung gambar, kali ni nak try yang ni pulak laaa.

    BalasPadam
  14. kuih fav akak ngan dalili ni.. tapi dalili pangil kuih hitam... hihi

    BalasPadam
  15. 2 thumbs up... peberet ni!!... LMH pon suka... heeeee

    BalasPadam
  16. Cm suka jika taruk kelapa tu lebih:)sedap.

    BalasPadam
  17. sedap kan kaswi kan ika..hihih..peberet en hb ku nih.. heheh

    BalasPadam
  18. Assalam Dik Ika....huhuhu Akak memang suka sangat kuih berasaskan gula merah ke gula melaka ke....! Ada lagi tak?

    BalasPadam
  19. hahhaha...ika...siap bertemu jodoh ye? kekekek...org dah lama dah bertemu jodoh ngan kuih ni..hhahhha...setia pada yg satu je skang..kakakakkaka

    akak kan masa tengok gambar ika duk hantar kuih ni kat fb...tengok kaler dia tu...tergerak dah hati...cantik kaler dia cam kuih yg biasa kita buat...rupanya awak guna resepi kita...hahahhaha..lawak tul....dia kalau dah biasa buat...tengok warna dah boleh kukenal...hahahahhaha....

    BalasPadam
  20. yg nie akak suka makan.. tapi M nak buat.. Huhuu... sebabnya x semua org kat rumah akak pandai makan kuih nie... kalu akak n hubby memang suka makan... sedap.
    tgk kuih yg ika buat tu comel sgt tau... sukaaaanyaaaa... nampak menarik ...

    BalasPadam

  21. Thank you for sharing good information. I would like to share information about the company. In the world of bytes and pixels, this Mobile app development company is the North Star, guiding businesses toward the horizon of technological advancement, where innovation knows no bounds and user satisfaction reigns supreme.

    BalasPadam