Khamis, 3 Mei 2012

Tepung Pisang Goreng Rangup

_DSC0116
TEPUNG PISANG GORENG RANGUP

Assalamu`alaikum wbt, salam petang khamis dah nak malam jumaat sume!

Beberapa hari ni malas nak menaip, mood merundum lately. Bagus jugak kurang menaip ni kadang ayat2 yang kita tulis ni kan dlm sedar atau tak akn menyinggung perasaan orang kan? Lebih baik wordless itu yg terbaik :D

Dah jatuh cinta dgn resepi ni, mmg rangup walau dah sejuk! dia rangup lembut tauuu! bukan rangup specis keras ehehe.. ssh betul nak xplain :D Link boleh tgk kat bwh, sapa tuan punyer resepi dan dr mana kita cnp, minta izin n halal kembali utk resepinya, terima kasih! Untuk semua pengunjung arah, terima kasih yang tak terhingga dgn sokongannya :-) insyaAllah minggu depan kita dah mula cuti berblogging balik, sibuk dgn urusan dekat sekolah dan rasa bersalah sbb minggu ni makan dgn selambanyerrr ehehehe.. Selamat berhujung minggu sume!! Kita jumpa esok insyaAllah :-)


_DSC0105
masih tak berapa suke dgn rasa pisang kat siam nii, uuwaaaaaa...

TEPUNG PISANG GORENG RANGUP

Resepi Asal : HAIRUL.COM
Sumber : KAK YATIE (TEPUNG PISANG GORENG RANGUP), BDARIA

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
  4. Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke SINI. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.

18 ulasan:

  1. ika...
    rangupnya pisang goreng tu,..
    memang nak try resepi nie..
    nnti2 ada pisang dulu la...he3

    BalasPadam
  2. Woowottt..ada pisang goreng la...Petang2 ni..buat keja pun dah macam tingtong..Jenguk2 jap dapo org..tak sangka ada goreng pisang.
    Tumpang tengok ja la jawabnya..Ngeeee

    BalasPadam
  3. Salam, Ija. Resepi ni dah masuk list cuma tak terbuat2 sbb selalu guna kaedah tradisional jer, tuang tepung beras, garam, kapur, air dlm mangkuk, godeh2 terus celup pisang... haha.. dasar p*m****, hiks. Tapi bila Ija dah puji melambung2 ni, haruslah akak mencubanya.

    Errr, pisang kat Siam tu byk peram kot, tu sbb tak sedap, huhu..

    BalasPadam
  4. Ingat nak cari pisang juga lah... lama tak menggoreng pisang... bukan semua pisang lebih kurang aje ke rasanya... tapi, durian siam memang x sedapkan cos depa peram.

    BalasPadam
  5. sedapnye petang2 mcmni dpt mkn goreng pisang...nmpk myelerakan dan tentula sedap ni...

    BalasPadam
  6. salam Ika,esuk nak beli pisang dan nak buat camni jugak sedap ooooo makan pisang panas2 macam ni...

    BalasPadam
  7. Cuaca panas terik. Mata pun layu aje... tiba-tiba tercelik balik nampak pisang goreng rangup... ngadap sini lama-lamalah ye, tolong Ika habiskan pisangnya ni hi hi hiiii

    BalasPadam
  8. Wah..betul2 menarik resepi tepung goreng tu..berkenan sangatlah..ambik resepi yer..tima kasih.

    BalasPadam
  9. nnti kalau ada pisang boleh try .. bestnya mkn dengan smbl kicap..

    BalasPadam
  10. Assallamualaikkum Ika..

    Ermm..kak Naz pun pernah buat guna resepi tepung goreng ni. Sekali dua kali jugak rasanya.. Best kan kalau dapat yg rangup2 cam ni.. baru ada feel masa makan pisang goreng tu...hehehe

    BalasPadam
  11. ijah sedapnya cicah dengan sos keropok lekor ,nampak rangup pisang goreng tu

    BalasPadam
  12. ok! dah boleh bayang macam mana yang dikatakan rangup2 lembut itu. uwwwaaaaaaaaa! tak mo tengok ni! tak mo bayang ni! hancus diet ai tau!

    BalasPadam
  13. sungguh menggiurkan lah goreng pisang tu..mesti cuba ni..thanks for posting the recipe ;-)


    salam perkenalan,
    wanG
    http://suteraterengganusilk.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. hmmm..panas2 ni memang syiokkkk mengudap..pebret cik abangku nih..

    BalasPadam
  15. salam ika
    akk keep resepi nie tau..bila ada pisang nnt mmg nk test...owhh dh mula bz yer..jgn cuti lama2 nnt kitaorg rindu..:)

    BalasPadam
  16. kita memang teringin nak cuba resepi ni...tapi tiap kali beli pisang mesti tak buat..hahahha.,.malas nak bukak buku ...ngeeee....

    lain ek rasa pisang kat sana....baru tau nih...hehehe...

    makan dgn sambal cili kicap best nih..huhuhu

    BalasPadam
  17. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    BalasPadam
  18. Slm..ika,thanks kongsi resepi.nampak menarik.seluruh fmly suka makan tapi x tahu mbuatnya.mintak izin n halalkan resepi ni ye.insyallah ada klapangan nak juga mcubanya.thanks n smoga d pmudahkan rezki

    BalasPadam