Khamis, 20 September 2012

Kek Lapis againnn!! ^____^

KEK LAPIS HERSYEY`S

Assalamualikum wbt. sumeee!! :D

Aigoooooo, dah berwajah baru yerr dashboard blogger niii, aish! Kita ni dah lah tak berapa nak celik IT, kompius betulllll tsk tsk..

Minta maaf ya, beberapa hari ni sibuk ler sgt2, insyaAllah ada kelapangan kunjung balas kita buat bila free ya insyaAllah! Jangan ada yg jemu ya masuk sini :D dah kemaruk nak melapis ajerrr skrg nii hihihi.... tp bulan ni kena stop lerrr takut bil api naik sapa ler yg nak jwb nanti ya kalau bukan muka kita nii kikiki...... Sebenarnya nak mempracticekan lagi buat lapisan kek niii, kira dah bukan pestain lagi pun masih fail utk mendapatkan lapisan yg konsisten atau rataaaaa jerr mcm kak dayang buat, aish! frust sungguh lerrr, bulan depan kita latih lagi ya :D

Resepi yg sama sbb kek ni sedap lerrr! Ank dara kita pun suke, yg makan kita berdua jerr lerr buat stgh adunan ajerr kikiki..... Aci kan kak mimi? hihihi..... Gmbr kat atas niii dah 2 hari kejadiannya, semakin moisssstttttttt sgt2! dan semakin sedap :-)) Buat kak dayang, terima kasih sekali lagi :-)) Minta izin kembali resepinya sampai bila2 sbb dah jatuh cinta betul dgn rasa kek ni :D tp masa buat ni tersilap beli coklat hihihi.... rupanya ada almond hancur dlm coklat tuu haish! boleh tak perasan pulak tp ttp sedap :-)) Terima kasih sekali lagi atas kunjungannya dan minta undur diri serta salam bertemu kembali insyaAllah!

KEK LAPIS HERSEY`S/CADBURY
Resepi Asal : KAK DAYANG JACK
bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi >>yg ni kita guna anchor
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak>>guna special flour
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury>>Cadbury takde ganti hersey`s :D
  • pewarna kuning - optional
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.

  _DSC0979-1 
So so yummyyy!!

Nota:
  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS.
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.
 
_DSC0990

18 ulasan:

  1. Ikaa....Rajin ko melapis semenjak dua menjak ni ya..
    Saja laa tuuu...Dah la makan tak ajak. Ngee :P

    BalasPadam
  2. Kek ni mmg sedap..lg lama simpan lg sedap.. Akak pun dah 2 kali buat.. Hehe sama gak dgn ika.. Kemarut melapislah katakan

    BalasPadam
  3. kejam jau jahhhhh....merembes air liur akk ni...aduhaiiii hersey sedapnya!!!

    rajin betul awak ni melapis lagi dan lagi....tabik arrr hihihiii

    BalasPadam
  4. sama la ngan saya.. dashboard skrg dah berwajah baru.. tak tau camne nak wat.. klik2 je .. kang salah klik abis.. melopong jap.. hahahah..
    wahhh sedapnya kek lapis.. mmg nani paling suka kek lapis butter camni.. wanginye tak terkata...

    BalasPadam
  5. Dik,,,jangan lah buat kek lapis dah..jealous akak ni tak pernah buat lagi ni...bilalah nak buat yek...

    BalasPadam
  6. Ishhh...tak leh jadi nih...akak pon nak kena berlatih melapis jugak la lepas nih..hehehe

    BalasPadam
  7. Hai ika...wahhh...makin cantek kek lapis...rasanye dh ok sempurna lapisan2 ika ni...janji sedap n mnjadi...:-)

    BalasPadam
  8. Assalam ika,
    wah ada kek lapis india kat sini ya..
    cantik lapisan kek ika tu..akak pernah buat kek lapis india dulu for mr hubby's birthday..hehe..caya tu..instead of kek yg bercream..tapi recipe dari bro rozzan ler..macam biasalah juga sukatan gula dan susu manis kena reduced or else manis gedegak..hehe

    BalasPadam
  9. baca cara macam tak sesusah mana...tekak sangat sangat teringin makan kek lapis..tp malesss....huhu camne ni ikaaaa

    BalasPadam
  10. salam ika tomeiii.
    asal ckp x cantik..akk tgk dh chumilll la tue..nnt akk nk buat jgk..nanti tue thun depan kew thn nie erk..he heee heee..klu dekat dh dtg umah mintk spotong:)

    BalasPadam
  11. assalam
    amboi sedapppye dik
    cantik berlapis-lapis tu

    BalasPadam
  12. amboiii, rajin snggh la mek ni melapis...dah cantik dah lapisan tu akk tgk...psssttt, ada lagi tak? hihihi

    BalasPadam
  13. rajinnya Ilah melapis kek tu akak lama dah tak buat,hanya beli je yg selalu kalau kek lapis ni hahah banyakkkkk malassss lah lately
    tabik spring lah pada Ilah..

    BalasPadam
  14. nampaknya "semangat" melapis tu seri la ngan akak..menjak2 ni macam nk wat kek lapis lagi sbb stock utk raya tu dah nk licin..cantekk sangat dah tu...kalau dekat rasa nak tapau juga gamaknya..ekeke..

    BalasPadam
  15. aigoooo aigoooo..sampai hati makan kek lapis sorang sorang...nak jugak nak jugak..hehe..rajin btol anakanda ika ni..cantik lapisannya:)boleh bisnis ni.

    BalasPadam
  16. huwaaa tak ACI,ijah guna berapa sudu setiap lapis tu?

    BalasPadam
  17. Walaaa.... cantik nya lapisan2 kek lapis Ika! Rasa nak beraya ke sana ler pulak tp Syawal dh abis kan...

    BalasPadam
  18. waduhh waduhhhh mbak... bojo ne sopo ki kok puuuuuuuwandeyyy..... muekekekekeke

    BalasPadam