Rabu, 19 September 2012

Gyouza

_DSC1036_zps05b7b986
GYOUZA

Assalamualaikum wbt sume ^______^,

Alhamdulillah, nanti kita update balik sbb ada kerja sikit, insyaAllah ada kelapangan petang2 nanti kita update resepi ya :D, buat yg dtg berkunjung terima kasih dgn setiap kunjungannya, insyaAllah jugak kita buat balas kunjungan petang nanti :-)

Updated :D

Nak dgr cerita kita tak? hihihi... takde apa2 yg menarik sbnrya, rupanya mesia cuti 3 hari ya? maklomlah duk kat sini tak pernah dah nak ambik tahu cuti kat mesia atau kat sini sekalipun kikiki.... Alhamdulillah masih diberi ruang utk bernafas kat dunia yg penuh dugaan n cabaran ni kan, usia pun
dah genap 31 tahun terasa begitu tua sekali huhu... hadiah besday belum kelim lagi dr ninja, tp dah ada byk kat kepala ni tp kena ler pilih salah satu :D

Beberapa hari ni duk sibuk melapis ^___^ tgh gian nak melapis ajerrr sampai baju2 tak bergosok, tp td ni dah habiskan sume baju2nya alhamdulillah abis satu kerja TAPI belum susun lagi baju2 yg bergosok kat almari, kerja paling malas kita nak buat ni lerrr dia hihihi...

Citer pasal gyouza, biasanya menggunakan daging vavi maklum lerr original resepi dr jepun atau cina mungkin? korea pun ada jugak mungkin isi dlm tak sama n bhn2 yg digunakan pulak lain. Kalau jepun mmg basic ingredient adalah daging vavi since kita ni mmg di larang dgn daging tu, kita gunakan ayam, jgn gunakan dagig lembu sbb dulu2 masa tengok rancangan masak2 jepun utk gantikan daging vavi tu tadi kena guna daging ayam :-)) Resepi ni pulak asalnya dr chinese fren kita tp kita dah ubah suai ikut citarasa kita n dah dpt cop sirim dr ninja :D mana yg rasa ragu2 nak kelim dia ni jgn risau beli ajerr cetak dia tp tak secantik mcm di kelim guna tgn lah kan :D sbb tu kita tak biasa guna acu dia nii, karipap pun gitu jugak lebih selesa kelim sendirik walau tak pandai n cantik sgt ehehe... Ok, kita bersambung esok insyaAllah, salam bertemu kembali semua! Ada hal sikit ni :D

GYOUZA
Resepi : ARAH
Bahan2
  • 200g Ground Chicken, jgn gunakan daging lembu :-))
  • 1 buku bwg putih(lebih kurang 11 ulas), cincang>>kita suke byk2 :D nak kurang pon ok
  • 2 sb negi atau leek ambik bhgn putihnyer, cincang
  • 1/3 cwn Nira> chives aka kucai :D, cincang
  • Kobis>cabbage cincang>>kuantiti kobis sama byk atau kurang dgn kuantiti ayam cincang tadi jgn terlampau kurang ya
  • 1/2 sk Serbuk lada putih ikut suka nk pedas mcm mana
  • 1 sb minyak bijan
  • 1 1/2 sk kicap cair/syoyu
  • garam sesedap rasa
  • 1/2 - 1 sk air parutan halia
  • **1 sk sos tiram optional
  • garam ikut keselesaan
Kulit Gyouza

  • Beli yg readymade pun ada depend lah ya
  • Kulit gyouza>>kalau nk buat sendirik, guna tepung serbaguna campur dgn air panas, gaul dgn menggunakan senduk kayu bila dah suam uli sampai jd doh yg lembut n tak melekat, perap dlm satu jam, selepas tu ambil doh td canai kan jgn sampai terlalu nipis, potong bentuk bulatan dgn menggunakan gelas atau yg sewaktu dgnnyer, taburkan dgn tepung ubi atau jagung setiap lapisan untuk mengelakkan dr melekat.


_DSC1032_zps5964fc50_DSC1037_zps397275bb
Sedapppppp :D Nak kelim dia ni ambik masa sikit nak pandai dulu2 pestaim kelim ntah rupa apa pun kita tak tahu hihihi... skrg alhamdulillah dah ok :D

Cara2
  • Satukan sume bhn di atas td kecuali kulit gyouza td dan perasakan mengikut citarasa masing2 tambah serbuk lada sulah atau grm atau minyak bijan jika perlu.
  • Untuk keliman gyouza sila rujuk mana2 website guna kan keyword gyouza kat you tube se elok eloknyer.(sblm kelim pastikan keliling atau bhgn tepi kulit gyouza sebelah dlm di sapu dgn air supaya melekat) Buat sampai habis kemudian susunkan gyouza yg sudah siap di kelim ke dalam kuali.
  • Masukkan lebh kurang 2sb minyak zaitun dan tuangkan air jgn penuh sgt kedalam kuali lebih kurang suku paras tinggi gyouza tu, tutupkan, dan tunggu sampai air kering atau sehingga bwh gyouza bewarna keperangan. Dipping sauce boleh guna syouyu, atau kicap cair+cuka+minyak lada atau ra-yu sedikit.

_DSC1018_zpsa1b47b35_DSC1025_zps00f8f4cd_DSC1033_zps048ff2e6
Bahan2 dia ya :D cincang halus2 sedap :-))

19 ulasan:

  1. Hi dik, makanan Jepun ke? Cam sedap je..rajin betul adik ni ya..

    BalasPadam
  2. Mak aiiii rajin nyer uols
    Ni jer japanese food yg ai x try buat lg
    Rasa renyah giler plus malaih sama ngeee

    BalasPadam
  3. ayuhaaaaaakkk... dah lama tak buat & makan.. rajinnya adikku ini..

    BalasPadam
  4. macam dim sum pun iye..apa ni Ika, akak mmg tak pernah makan (jakun le ni..kiki)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Ija :D
    Tak pernah Kak Lin dengar masakan ni...tapi Kak Lin tapik lah dekat Ija pandai Ija masak...bila nak masakkan untuk Kak Lin ni?

    BalasPadam
  6. salam ika tomeiii..
    kelim tu cantik jew..akk klu bab kelim2 nie mmg senget-senget jew la:)

    BalasPadam
  7. Salam Ika. Kabare?
    gyoza ni memang sedap kan! kalau dah makan, susah nak berhenti, hehehe. Tapi we all slalunya cicah dgn hoisin sauce aje sbb malas nak buat sos khas utk dia. Sedap jugak tau :-).

    BalasPadam
  8. adei ika. Sampai tua krepot pun tak dapek lah nak makan menda alah ni kalau namanya buat sendiri.
    err.. oder satu tapewer boleh?

    BalasPadam
  9. best tuuu... buat sendiri. akak tak reti nk cari kulit gyoza ready made halal kt cni. nk buat kulit sendiri tu...hihi takut x jadi le pulak.

    BalasPadam
  10. jakunnya akk ni, pestime dgr ni...hihihii
    nmpk cm sedap je, cuba pos kat sini sikit, akk nk try....

    BalasPadam
  11. Ija..kak ros suka...berkali-kali dah buat lepas raya ni.Raya open house pun buat ni atas permintaan family.Ayah dan emak datang dari kelantan pun kak ros hidangkan ni dan tak sangka dia org suka.Bak klim tu kak ros hentam saja.Janji sedap dimakan.

    BalasPadam
  12. agak jakun la QH tgk menu ni...1st time tau..tp mcm biase lihat...cmtu?? hehe..cantik kelimnye tu Ika..kemas..tp cmne yer rasanye tu...mesti sedapkan..

    BalasPadam
  13. adoro questi ravioli,ho fatto una versione simile,e li ho cotti al vapore,ma questa cottura mi sembra che li renda più saporiti li proverò

    BalasPadam
  14. Rajin nye ika,cincang mencincang ni...cantek je klim tu....ehhhh...dh gian mlapis yer...meh lh dtg sini tlg akak mbking kek lapis...:-)

    BalasPadam
  15. salam yang...hai tergoda makcik lihat kuih ni..selalu gagal nak bentukkan secantik ini..ika boleh buka kedai ni...menangis ah kow kena tutup kedai hehe.

    BalasPadam
  16. huiiii sedapnyaaaa... mcm dumpling pun ye... cantik je rupe lipatannya :)

    BalasPadam
  17. akak x penah makan jd taktau rasanya ni tp penah nampak kat restoren
    rajin ika membuatnya..
    cantik dan kemas kelim tu

    BalasPadam
  18. salam rindu Ika.... wow....menu2 yg best2 bila nak kongsi resepi nie....dah tergoda nie.... hmmmmmm

    BalasPadam
  19. The writer has outdone himself this time. It is not at all enough; the website is also utmost perfect. I will never forget to visit your site again and again. Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and share Twitter search.

    BalasPadam