Selasa, 20 Mac 2012

Slow Roasted Rosemary Lemon Chicken

_DSC0039
SLOW ROASTED ROSEMARY LEMON CHICKEN

Asslamu`alaikum wbt, salam pagi selasa sume :-),

Semua org sihat? Moga diberi kesihatan yg berpanjangan buat semua org insyaAllah! Ni pun menu dah LEPAS hihihi... buat hari sabtu kalau tak silap, kalau nak tahu menu2 yg kita dah buat kita akn update dulu dekat FB so, sapa2 yg ada acc FB tahu lah dia menu hari apa ya ehehe... mood kita kurang sikit dlm minggu ni sbb kena penyakit bulan :D

Sejak Kamalia kuar n3 pasal ayam sedap ayam sedap tertunggu tunggu jugak resepinyer, bila dah di post, terus terasa nk buat tp masa tu byk bhn tak cukup sbnrnyer, tp tak cukup tak cukup bila diubah suai dgn gabungan 2 resepi ni jd byk pulak bhnnyer kikiki.... satu hal lagi sbb guna serbuk paprika n cili, ank2 kita ni bukan boleh mkn pedas sikit nanti mesti tarik muka tak nak makan, jdnyer kita letak serbuk paprika tu sikit kasi rasa jerr, n kita suke dgn rosemary sebenrnyer sbb tu kita tambah2, dgn gabungan 2 resepi kat bwh tu ya :-) Klik jer link kat bwh tu ya. Mcm biasa mintak maaf dgn pengubahsuaian resepi tu ya, n minta izin kembali utk resepi asalnyer utk rujukan akn dtg terima kasih! dan buat pengunjung2 arah terima kasih setiap kunjungan ;-)

SLOW ROASTED ROSEMARY LEMON CHICKEN
Gabungan Resepi : KAMALIA /KAK TTM & SHAM MyR
Ubahsuai : ARAH

Bahan2 (Seekor ayam sederhana besar)

  • 1 Ekor Ayam (basuh bersihkan dan belah bhgn dada atau ikut kesukaan)
  • 4 biji bawang putih *
  • 4 Batang Daun Rosemary segar buang btg ambil daun*
  • 1 inci halia*
  • 1 ketul kiub ayam knorr*
  • 1 sk lada hitam di tumbuk
  • 1/2 sb paprika> nak pedas boleh lebihkan
  • 1 sk sos tiram
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sb paprika>> yg ni nakkurang pun ok
  • 1/4 cwn jus lemon
  • 2 sb minyak zaitun
  • 1/2 sb madu
  • Garam secukup rasa
  • 4 dadu butter**tambahan, tak letak pun takpe

_DSC0032
sedapppp! biasa buat ayam gini mmg kena sekor2 sbb lebihan ayam tu nk buat sandwich :-)

Cara2

  • Bersihkan dan basuh ayam tadi, potong memanjang di bhgn dada atau ikut potongan yg sesuwai untuk di bakar.
  • Tumbuk bhn2 yg bertanda * sehingga lumat atau separuh lumat.
  • Satukan semua bhn2 tadi termasuk sos dan gaul sehingga rata.
  • Lumurkan pada ayam tadi atas dan bwh, seelok eloknyer menggunakan tgn dan ratakan paste tadi keseluruhan ayam. Tutup dgn cling wrap dan perap selama 1 jam atau lebih (yg ni kita perap 2 jam)
  • Panaskan oven 160c dan bakar ayam tadi selama 1 jam stgh atau lebih bergantung dgn suhu panas oven masing2, utk setengah jam selepas mula membakar, sapukan kembali bhn perapan tadi, kalau rajin leh ulang lagi selama stgh jam lagi sehingga ayam masak. Boleh di hidangkan dgn sos lada hitam atau sos kegemaran masing2, selamat mencuba!


_DSC0034_DSC0037
Mkn dgn sos lada hitam :-)

SOS LADA HITAM
Sumber : KAK HANA

Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (*kita letak 2 sb. jek)
  • 2 sb. sos tomato(*1sb jer)
  • 2 sb. kicap pekat(*kita letak 1sb)
  • 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati (*kita guna serbuk pati lembu)
  • 1 sb. tepung jagung ) dibancuh
  • 1/2 cawan air ) bersama
  • 2 sb. susu cair (*kita guna fresh milk je dlm 1/4cup)
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.

Isnin, 19 Mac 2012

Roti Canai & Roti Telor homemade again!

_DSC0951
ROTI CANAI & ROTI TELOR

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi isnin sume :D,

Menu beberapa hari LEPAS ^____^ dan akn buat lagi sbb ank2 kita lagi suke makan roti canai buat sendirik dr yg instant punyer. Yang pasti mmg sedap resepi ni, akn stick dgn resepi yg ni sbb mudah n sedaplah! Dah byk kali guna resepi ni sejak tahu kesedappannyer, alhamdulillah sedap :D

Nak citer sikit, semalam kita silap appointment lerr ehehehe... sepatutnyer ahad depan g jumpa dentist tp dgn semangatnyer semalam pergiii, nasib baik takde org laggi kalau tak malu jugak kemaluan kikiki... Hari ni ada appointment dgn allergist utk follow up appointment n consultation utk kelayakan menyertai latihan scuba diving>>bukan kita yerr ank yg sulong ehehe... tp rasanyer mcm tak layak sbb dia ni allergic n ada masalah sikit bhgn hidung n tinga dia tp takpelah nak kalau tak boleh, boleh snorkeling ajerr lahhh :-)

Terima kasih setiap kunjungan, insyaAllah akn balas kunjungan bila free nanti.. Dan juga, minta izin kembali resepi ni utk byk2 kalinya ehehe...

ROTI CANAI
Resepi Asal : NICEGHOST FNR >>yg ini tak de link kalau ada tolong bg tahu ya :-)
Sumber: KAK HANA


Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gadum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
  • 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola

_DSC0953
best resepi ni, mcm hari2 nak mencanai :D

Cara-cara
  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D
  • Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais



_DSC0946
main tarik2 ajerr ya :D yg ni roti telor :D

Ahad, 18 Mac 2012

Pineapple Rolls/Nastar

_DSC0900
PINEAPPLE ROOLS/NASTAR

Assalamu`alaikum wbt n salam ahad buat semua :-),

Sila jgn betulkan teropong atau kalender anda sbb mmg tak akn jumpa ank bulan di bulan march ^____^ Termengidam pulak dgn pineapple rolls kat rumah gert, tgk resepinyer pun senang dan bila dah buat ternyata sedappppppp! Boleh masuk list utk beskut raya tahun nii ececece.. eh? lupa ya, insyaAllah beraya kat mesia kalau takde aral melintang, doakan kita balik ya masa raya nanti :-).

Pukul 10pg nanti ada appointment dgn dentist, 6 month check up utk kakak n abg, giliran kita dah selesai n boleh senyummmm leborrrrrrr sampai tinga, ^____^ pastikan sume org cek gg ya, kita mmg dasar penakut kalau nak g jumpa dentist, serikkk woo masa dulu2 kena root canal treatment hanya org2 yg dah mengalami sahaja yg tahu :D takde lah sakit sbb pakar tp disebabkan kita dah tgk ank2 kita kena, diri sendiri kena tk nmpk sbb baring jdnyer nmpk lerr proses root canal treatment tu dijalankan, mmg seriau tgk gusi kena cucuk2 ehehe..rasainn!! Alhamdulillah da siap cleaning n polishing, no cavity :D melalut sampai citer gg ya? ehehe..

Resepi asal nastar ni dr blog INDOCHINE KITCHEN, kita copy n paste dr umah GERT, thanks again! yummylicious ;-) Terima kasih setiap kunjungan :-)

PINEAPPLE ROLLS/NASTAR
Original Recipe : JUN OF INDOCHINE KITCHEN
Source : MY KITCHEN SNIPPETS

Ingredients: (utk lihat step by step boleh klik kat link Original recipe ya)

  • 300 gram butter
  • 80 gram powder sugar
  • 420 gram flour
  • 60 gram milk powder
  • 30 gram custard powder or corn flour
  • 1/2 tsp salt
  • 2 egg yolk
  • 2-3 tbsp cold water – if needed

Filling:

  • 500 gram pineapple jam – recipe refer here


Egg wash:

  • 1 egg yolk with 2 tbsp water

Method :

1. Line the base of 2 sheet pans with parchment paper. Sift flour, powdered milk, salt and custard/corn flour twice and set it aside.
2. In a mixer bowl, combine butter and sugar. Cream till light and fluffy, about 4-5 minutes, over high speed. Add egg yolk, one at a time. Beating well.
3. Add flour mixture into the bowl and beat over low speed until dough comes together. At this stage if the dough is too dry you can add a bit of cold water. Let the dough rest for 10 minutes.
4. Fill up the pineapple jam into a piping bag fitted with a round tip. Pre-heat the oven to 350 degree F.
5. Roll out the dough. Work with small badge of dough at a time. Roll dough between plastic sheets to 0.3 cm thickness. Pipe pineapple jam on top of the dough. Roll the dough to cover up the jam completely.
6. Use a pair of scissors to cut them up into 4cm log and arrange on greased pan. Brush with egg wash mixture twice using small pastry brush.
7. Bake in preheated oven till golden, 20-25 minutes. Let cool and store in airtight containers.

_DSC0875_DSC0877
Tak cung! kalau tgk tuan asalnyer rolls mg cantekkkkkkkks sgt2!!!

Sabtu, 17 Mac 2012

Jagung Manis/Sweet Corn

_DSC0937
JAGUNG MANIS

Assalamu`alaikum wbt buat sume :-),

Cakkk! ehehe.... kita ni muncul di hari weken sbb ninja pergi kerja so takde benda yg nk dibuat kita n3 ler mana2 yg tertunggak :D Semua org sihat? Kak sue tak sihat ya? jgn lupa makan ubat mana yg tak sihat tu n jgn lupa rehat yg secukupnya :D

Resepi mudah, semudah A B C alif ba ta :D Kalau jagung ni kita suke makan masin2 sikit maknanyer kurangkan susu, ikut selera masing2 ya, nak letak cheese ke, mayonaise ke sbb skrg ni jagung2 mcm ni mcm2 perasa kan? Ok, resepi dr Kak Azie MyR, resepi dr adiknyer yg meniaga jagung manis, semoga dimurahkan rezeki sbb tak semua peniaga nak berkongsi resepi kan? Minta izin n halal kembali resepinyer utk dikongsi n buat rujukan akn dtg, terima kasih! happy weken sume!

JAGUNG MANIS
Resepi Asal : KAK AZIE MyR

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen )>>nak guna yg freash pun ok kalau rajin sbb lagi sedap!
  • 2 s b butter
  • 4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
  2. Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
  3. Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..

_DSC0941
sedap!

Jumaat, 16 Mac 2012

Puree n Kari Ikan

_DSC0889
PUREE

Salam pagi jumaat yg indah buat semua :-),

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik. Harap2 semua org pun mcm tu jugak ya insyaAllah! Buat Puree ni beberapa hari lepas selepas TERnampak kak zana post n3 pasal puree ni, resepinyer senang takde yis, takut2 jugak nak buat takut tak jadi :D tp alhamdulillah! gorengan pertama n sampai abis sumenyer gelembung ehehehe.. suke sgt2! pantang buat puree ni satu jer jgn gelek terlalu nipissssss sgt2 klu tak dia tak nak menggelembung kan? So far dah byk buat jenis puree mcm ni menggelembung ajerr, ada yg tak gelembung mungkin dlm 1 jerr. Kita buat stgh adunan jer utk resepi kat bwh ni, cukup utk ank2 mkn :D Rasanyer KAKAK Izah pun dah buat tunggu masa nak post jerr n3 tu :D

Resepi asal kat umah ummizzkitchen, kita copy kat umah kak zana, mekaseh sume! Minta izin n halal kembali respeinyer utk buat rujukan yg akn dtg :-) Buat semua pengunjung terima kasih n selamat berhujung minggu!

PUREE
Resepi Asal : UMMIZZKITCHEN
Sumber : KAK ZANA

Bahan2
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 200 ml susu segar
  • 3-4 sdb majerin
  • garam

Cara-cara
  • Masukkan tepung dalam bekas untuk uli.tambah susu dan garam.Uli perlahan sambil tambah majerin.Uli hingga doh lembut (macam buat kulit karipap tu).
  • Bahagikan kepada bebola2 kecil (dapat lebih kurang 20 biji)
  • Simpan dalam bekas.
  • Bila nk makan...ambil sebiji bebola tadi dan digelek nipis .
  • Goreng dalam minyak yang panas.
  • * Mula-mula mungkin puree x menggelembung, bila dah 4-5 kali goreng baru dapat puree yang menggelembung cantik.
  • *Seeloknya kalau nk makan pagi,bole le buat malam sebelumnya dan simpan dalam peti ais. Bila nk goreng keluarkan dr peti ais dan biar lembut.
_DSC0883

Khamis, 15 Mac 2012

Wajik Pulut/Pulut Kacau

_DSC0866
WAJIK PULUT/PULUT KACAU

Salam dipagi khamis sume ^__^,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk menghirup udara yg segar di bumi yg indah ni, ececece... baiknye ayat pagi ni ehehe.... Ni projek semalam semalamnya, pada hari apa tu? :D

Sebut wajik, kat kepala kita ingat kenduri sbb mak kita tak pernah buat atau kita lupa, tapi skrg ni jarang dah org kenduri kawen buat wajik, biasanyer wajik ni dibungkus dlm plastik bulat2 pastu letak sama dgn bunga pahar, tak pun buat dia punyer tempat nak cucuk2 bunga pahar tu sume, TAPI kalau silap haribulan biasanyer wajik2 yg ada kat kenduri ni tak tanak sgt, maksudnyer keras ehehe... dah namanyer pun tak tanak kan, yer la, nak kena buat byk kan utk kenduri :D Ingatkan ssh buat wajik ni, senang rupanyer :D Alhamdulilah sejak ddk berjauhan ni dah byk yg kita belajar, cabaran utamanya adalah makanan, kalau nk makan makanan mesia mmg KENA BUAT SENDIRIK takde kedai yg akn jual kuih2 mesia pagi2 kat tepi2 jalan, yg ada adalah makanan negara tu sendirik, kalau ada pun hampir2 sama tp rasa ttp tak pure mcm mesia punyer ;-)

Panjang pulak citer pasal makanan, pdahal yg nak diverita pasal wajik :D Dah byk kali buat guna resepi dr KAK AS MyR ni, mmg sedap! Kita suke, kalau ada resepi2 yg lain tu leh lah share ya tp nak yg sedap jerr ehehe... Kita kongsikan kembali resepinya kat sini, minta izin n halal kembali resepinya kak as :-), last sekali, terima kasih setiap kunjungan, semoga sentiasa diberkatiNya insyaAllah!

WAJIK PULUT/PULUT KACAU
Resepi Asal : KAK AS MyR

Bahan-bahan ( Guna loyang 9" x 9" )
  • 500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
  • *300gm gula melaka @ gula merah
  • *200gm gula pasir
  • bahan * dimasak dengan 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang utk alas talam/loyang
  • 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) - bagi yg suka durian.. idea dari zaina..


_DSC0869

Cara-cara

  1. *Kaedah kukus-Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
  2. *Kaedah tanak di rice cooker- 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
  3. *Kaedah masak pulut guna microwave- 3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit
  4. Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis
  5. Panaskan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan & secubit garam (masukkan durian- bagi yg suka perisa durian)
  6. Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan merenih dlm 1/2 jam guna api yg kecil
  7. Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yg dikukus @ ditanak tadi dan gaul rata
  8. Setelah agak kering,keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang..
  9. Sejukan..dan sedia dipotong..


_DSC0864
aroma daun pisang :)

Rabu, 14 Mac 2012

Nasi Daging Berempah, Daging Bakar dan Air Asam

_DSC0865
NASI DAGING BEREMPAH, DAGING PANGGANG N AIR ASAM

Salam pagi rabu sume :-),

Dah ada menu utk hari ini? ececece.... kita lepas lunch nanti kena pergi tadika tgk budak main bola sepak :D Tapi kan, nk bercerita sikit bukan mengumpat, sejak2 ni stress dgn kerenah sorang mak jepun ni lerr, kwnnya mak si arika ni.. ssh betul nak gmbrkan perangai dia ni, yg pasti, tuhan jer yg tahu perangai sebenar dia ni, geram sgt2. Swimming lesson utk ank2 kita setiap hari selasa dr 4 stgh sampai 5 stgh, itu dulu2 lerr tp sejak kwn arika ni join kita terpaksa mengalah pendekkan waktu lesson arika kepada 15 min, ok lah tu fair n lovely kan :D tp dia ni mcm tak bertimbang rasa pulak, dah ler kacau jadual ank org, patutnyer kena hormat lah dgn org yg terdahulu tp sebaliknya pulak, kita yg terpaksa ikut kata dia. Skrg ni cuti sekolah dia bwk pulak kwn ank dia join lesson tu sesuka hati, itu tak kesah lerrr yg geram sgt ni, ikut turn lerrr, mana yg dulu, dia ler yg belajar, yg last tu buat cara last, haish! malas ler nak tanya2.. ank2 kita ni sbb tak leh duk lama2 main dlm air nanti sume bersin2 :(

Layan menu kat atas ni lerr, lagi dipikir lagi geram, boleh buat kepala kita jadi kusut gituu ehehe... Resepi terbaek dr KAK FIDA MyR, rasanyer byk jugak resepi nasi2 mcm ni dr kak fida, nasi tomato ayam pun kak fida :D Minta izin n halal kembali resepinya, terima kasih! Untuk Resepi daging panggang dgn air asam sendirian berhad, sekian :D Terima kasih setiap kunjungan :-)

NASI DAGING BEREMPAH
Resepi Asal : KAK FIDA

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
  • 1 kilo beras - basuh dan toskan
  • 500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
  • 1 cawan susu cair>>ganti dgn fresh milk sbb takde stok susu cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili>>yg ni tak masukkan takut pedas budak2 tak makan :D
  • 1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
  • Air secukupnya
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 20 ulas bawang merah*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sb ketumbar biji*-disangar
  • 2 sk jintan halus/putih*- disangar
  • 1/2 jari halia*
  • 2 sb kismis*
  • 4 tangkai cili hijau*
  • penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 batang serai - dititik
  • 1sb rempah kari daging>>yg ni tambahan kita yg letak :D resepi asal tak letak ya

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. >>Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

_DSC0866_DSC0861
perfecto!

AIR ASAM
Sumber : ARAH

Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat
_DSC0847

DAGING PANGGANG
Resepi Asal : ARAH

Bahan2

  • Beberapa hiris daging lembu>>yg ni kalau boleh gunakan tenderloin
  • Lada Hitam yg dah ditumbuk sedikit
  • Ketumbar dan Jintan Halus yg di sangan dan tumbuk, sedikit
  • Kicap Cair sedikit

**bhn2 di atas bergantung dgn jumlah berapa byk hirisan daging, agak2 ya :D


Cara2

Gaul kesemua bhn2 di atas td dgn daging, perap sekejap dlm 15minit. Kemudian boleh lah dibakar di atas arang atau grill pan sampai masak. Boleh dimakan dgn air asam tadi. Selamat mencuba!