ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Ulam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulam. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2012

Kerabu Jantung Ikan Bilis & Air Asam wif Ulam

_DSC0220
KERABU JANTUNG IKAN BILIS

Asslamu`alaikum wbt, salam minggu buat semua ;-),

Terima kasih setiap kunjungan :-) Semoga semua org dirahmati n dilindungNya selalu insyaAllah! Menu tertunda juga :D Dah lama sgt nak buat kerabu jantung atau jantung rebus cicah air asam ehehe... kat sini byk jual jantung pisang tapiiii.... dulu2 pernah beli sekali, rebus sampai kan dekat stgh jam tak nak lembut huh! pastu kaler birattt jerrr huhu.. serik nak beli lagi sejak kejadian tu TAPI minggu lepas oleh kerana NAK sgt makan carik lah jugak jantung pisang ni, SOS mak kita ler mcm biasa hihihi....

Al kisah rupanyer jantung yg kelat ni mmg bukan utk dimasak sbb yg kat atas ni kelat jugak tp still boleh makan(yg ni kes terpencil n darurat :D eehehe)..haish! Tips dari mak kita lerr kalau ada terkurang minta maaf n boleh lah sapa2 tambah ya :D Untuk dapatkan jantung pisang yg bila direbus putihh jerrr dlmnya kena guna jantung PISANG NIPAH, yg tu mmg direbus kurang birat kaler, bhgn dlm pun putih ajerr, biasanyer klu kat kampung2 atau tanam sendirik boleh ler carik jantung pisang apa pisang apa kan? kalau kat supermarket tu bukan dia tulis pun jantung pisang apa ehehe... Lagi satu tips kalau tak nak jantung pisang kita birattt jer kaler nya, didhkan air rebusan dulu sampai mendidih letak garam sikit, baru kopek kulit keras dia n belah 2 memanjang jantung pisang tadi, pastu rebuslah sampai empuk, itu sahaja setakat ini ehehe... kat sini pisang tak byk pilihan, rasanyer ada 3 jenis pisang yg kita nmpk, lain2 tak nmpk atau tak jumpa lagi huhu...

Resepi Kerabu Jantung Pisang Ikan Bilis dr Kak Hana, tenkiu ya kak, mintak izin n halal resepinya! Untuk air asam tu, kita tanya mak kita sbb sukeeeeeee sgt dgn air asam mak kita :-) Akhir sekali, selamat hujung minggu sume!! Kalau ada terkurang kita minta maaf, ada ayat2 yg kurang sedap pun kita minta maaf juga :))

KERABU JANTUNG IKAN BILIS
Resepi Asal : KAK HANA

Bahan-bahan
  • satu biji jantung pisang
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 6-10 biji cili padi
  • 1 tangkai lada merah - hiris
  • 1 inci belacan bakar
  • 1/2 biji bawang besar - mayang halus
  • 1 biji tomato - buang empulur dan hiris
  • 2 biji limau kasturi - lebihkan jika ingin lebih masam
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
  • gula@perisa
  • garam

_DSC0225


Cara-cara
  • Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga ke kulit yang putih. Rebus dengan sedikit garam lebih kurang 15minit atau hingga masak/lembut. Toskan, perah dan hiris nipis. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah, dan belacan bakar hingga lumat.
  • Satukan jantung pisang yg telah dihiris tadi, bawang besar mayang, dan tomato.
  • Kemudian masukkan garam, sedikit gula@perisa dan juga bahan tumbuk tadi.
  • Masukkan ikan bilis goreng.
  • Perahkan limau kasturi. Ambil jus sahaja.
  • Gaul mesra.
  • Segera dihidang ketika ikan bilis tengah rangup.

AIR ASAM n ULAM
Resepi Asal : ARAH

Bahan-bahan :

  • 130ml air asam jawa>>bancuh asam jawa dgn air sampai pekat
  • 2 ulas bawang putih
  • Ikan Bilis di siang buang kepala n perut>>lebih kurang separuh genggam, suku ditumbuk dan selebihnya digoreng
  • Sedikit belacan dibakar terlebih dahulu
  • Lada Cili>>ikut kepedasan disukai. yg ni kita guna 10btg
  • Sedikit Hirisan Daun ketumbar
  • Gula, Garam n Pak aji kalau suke

_DSC0227

Cara-Cara:

Tumbuk semua bahan-bahan di atas kecuali daun ketumbar, air asam dan ikan bilis goreng sampai lumat, tak lumat pun tak pe. Kemudian masukkan bilis goreng dan tumbuk lagi sampai lumat. Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi kedalam air asam jawa. Perasakan dgn gula dan garam, bergantung pd selera masing-masing. Biar ada rasa pedas, masam, masin n manis. Boleh dibuat cicah dgn ulam2 dan jantung pisang rebus. Selamat mencuba!

_DSC0236

Selasa, 23 Jun 2009

sambal belacan + Ulam ikut tekak sendirik :D

SAMBAL BELACAN + Ulam tp kita mmg sukeeeeee sgtt mkn iceberg lettuce niih hihii...


Salam dptg selasa yg mendung jerrr....


Hari ni oleh kerana dah mkn berat jdnyer terpaksa makan ulam2 man dah menumbuk samlal tu lepas jer masak serawa durian tuuu hihihi... pas tu kan, umah tak mop lagi nihhh, dah kenyang dok jalan2 jap kasi lapang sikit perut niiii ala2 xcercise gituuu kan pas tu kan umah tak mop lagi nihhh, gitu gini gitu gini apa yg gitu apa yg gininyer pun kita tak tahu lepas solat zohor terus tido!!! muahahaha.... bangun2 dah kul 2ptg!!!! umah tak mop lagi huh!! mcm nak jd jerungg jerrr :D pas tu bila bangun2 tgk umah sepah balik terpaksalah vacuuam balik sapa yg buat sepah tu pun kita tak tahu budak2 besor tak de td yg ada budak kecik sorang niii... kenalah xcercise lagiii ehehe.. bagus jgk kan? pas tu bila dah siap kemas gitu gini landing jap depan pc terasa nak goreng ikan masin kapak tu jugak!!! g goreng tp nak goreng iakn masin pun leh lupa!!! hihihi..terukk betulll!!! nmpk sgt selama ni mak kita yg dok goreng sib baik ada kakak kesayangan KAK NOR tgh OL dgn muka tak malu tanyer camne nak goreng ikan masin nih hihihi.... dah gorenggg terasa nak menumissss air lah pulak!!! uuuwwwaaa!!!!! buat jugak tumis air kubis dgn taugeh ngeh3!!! nak tahu kita mkn camne???? just mkn sup tu letak sambal belacan cuit ikan masin td!!!! hihihihi.... lupakan citer tadi ya, nak perah otak pulak nak masak apa tuk diner ninja tu nanti bini dah kekenyangan dah :P..