ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Sapuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sapuan. Papar semua catatan

Isnin, 30 April 2012

Lempuk Durian

_DSC0090
LEMPUK DURIAN

Assalamu`alaikum wbt, salam kembali :D,

Hari ni ada projek n nak settlekan baju2 dah 2 hari tak gosok, kalau dah termula tangguh dia dah kesedapan jadi tak nak menggosok ehehehe... semalam masa hantar ank sulung jumpa doktor pakar tulang temulang, keimanan mmg tergugat betul, hanya berani menundukkan kepala masa doktor tu ckp ehehehe... kenapa? doktornya separuh muda kot, becermin mata, putih ler pulak tuu, segan pun ada, masa tu nak mintak doktor perempuan tp takde yg bekerja waktu tu, yg ada doktor Nattha khun, ckp dlm bahasa jepun lerr kakkoiiiii! kikikiki... siyess mmg tak berani nk tgk muka doktor tuu :D opsss.. ok balik citer kat atas ni, meh sini tgk monitor pc betul2 :D

Alkisah dah musim durian lembut lerrr, kat siam mg payah nak jumpa durian lembut atau senang kata durian yg masak, ya betul, sini mmg hari2 musim durian tp yg peliknyer durian keras lerrr sbb dia org suke makan durian keras berbanding yg lembik2 mcm org mesia suke makan yg lembut2 kan kan.. beli sebijik suh dia kopekkan sekali, balik rumah makan lah beberapa ulas dah kenyang sbb isis mg padat n tebal gituuu, kenyang terbongkang kata org ehehehe... 2 ulas buat tempoyak>>tak pernah mkn tempoyak sbb tu nk rasa :D pastu selebihnyer buat LEMPUK DURIAN :D dr kecik dah biasa mkn lempuk, kdg lempuk mak kita tu ada kaler durian kuning jerrr, kdg tu kala mcm kat atas ni sbb guna gula melaka, kita masak guna gula melaka, bukak api kecik dekat 45 minit jugak duk kacau2 sampai likat n berkilat, biar tahan lama tp tak sampai lama ni pun dah tggl sikit :D Rasanyer sume org pandai buat lempuk kan kan kan :D Ok minta ijin dulu utk hari ni, ada projek jap lagi, terima kasih setiap kunjungan :-) InsyaAllah ptg2 tak pun malam kalau free buat kunjung balas kembali, terima kasih! kamsahamnida! arigatou gozaimasuuu!



_DSC0091
Sedappppppppp! ehehee...

LEMPUK DURIAN
Resepi : ARAH

Bahan-bahan:
  • 1 biji durian> yg sederhana besar, ambil isinya
  • Gula Melaka ikut kemanisan, kalau nak campur gula putih sikit pun ok
  • 1 helai daun pandan
  • secubit Garam

Cara-cara

  • Asingkan isi durian n biji. Masukkan isi durian dlm periuk beserta gula, ikut kemanisan tapi jgn terlampau byk gulanyer sbb bila sejuk dia keras, masukkan secubit garam dan daun pandan. Dengan menggunakan api kecil, kacau bahan2 yang dicampurkan tadi sehingga likat berkilat lebih kurang 30min-45min, lagi lama lagi bagus sbb tahan lama lempuknyer.
  • Bila dah masak, kuarkan daun pandan tadi, dan masukkan dlm bekas bertutup rapat dan boleh dimakan dgn roti dan biskut, boleh juga dicampurkan kek atau muffin atau yang sewaktu dengannya.Bolehlah di simpan di dalam peti ais utk lebih tahan lama lagi.


_DSC0093

Rabu, 11 April 2012

Garlic Finger Bread, Garlic Butter Spread and Mushroom Soup

GARLIC FINGER BREAD

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi rabu sume :-)

Alhamdulillah bertemu kembali lagi pada hari ini :-) Dah ramai yg buat resepi ni kan? Idea menyeletkan garlic butter ni dr KAK IZAH si pemburu mapin ehehe... Ramaiiiii dah yg buat, nak sebut sorang2 takut termiss, jdnyer minta halal n izin kembali segala idea yg dikongsikan :-)

Untuk doh roti kita guna resepi dr DAILYDELICIOUS aka POOK san, simple n super soft, sampaikan dah ingat sukatan2 nya , dan roti yg bulat2 kat bwh tuuu, mmg keja kita hari2 buat roti yg bulat2 tu letak choc chips utk budak2, dia org sedap makan hangat2 gitu dr oven sbb chocnyer cair sikit :D TErima kasih buat semua2 yg menyumbangkan n berkongsi resepi n idea! Terima kasih juga setiap kunjung balas :-) Kita buat kunjung balas semula nanti insyaAllah!

GARLIC FINGER BREAD
Idea : KAK IZAH
Dough Recipe : DAILYDELICIOUS
Boleh g SINI

Ingredients : (Bahan-bahan)
Dough (utk Doh)
  • 270 g Bread flour (270g Tepung Roti)
  • 30g Cake flour (30g Tepung Kek)
  • 5g Salt ( 5g Garam)
  • 2tsp Instant yeast (2 tsp Serbuk Yis)
  • 50g Sugar (50g Gula)
  • 30g Unsalted butter (30g Mentega Unsalted)
  • 100g Milk>>Fresh Milk (100g Susu Segar shuhu bilik)
  • 1 Egg (1 biji Telor)
  • 80g Water (80g Air suhu bilik)
Method: (Cara-cara)

  • Mix together egg, water and milk. (Satukan telor, air dan susu segar, kacau sehingga sebati)
  • Put the flour, the sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. (Masukkan tepung, gula dan serbuk yis ke dalam mangkuk, dgn menggunakan whisk satukan sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan sebatikan kembali dgn whisk)
  • Pour the egg and milk mixture into the bowl.(Tuangkan campuran telur, air dan susu tadi kedalam mangkuk yang berisi bahan2 kering yg telah sebati tadi)
  • Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together. ( Dgn menggunakan pastry scraper atau menggunakan tgn pun ok dan uli sehingga semua bhn2 tadi sebati)
  • Take the dough out of the bowl and knead, you will see the dough will be elastic after about 2 minutes. (Keluarkan doh dr mangkuk dan menguli seperti biasa di atas papan pencanai atau meja yg bersih, dlm masa 2 minit menguli doh akan menjadi elastik)
  • Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough. Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny. But this dough is a bit sticky, use a bit of flour will help (1-2 tbsp)(Tambahkan pula mentega, dgn menggunakan bhgn tapak tgn, teruskan menguli dgn menekan ke hadapan dan balikkan kembali, ulang cara menguli yg sama selama 10-15 minit atau sehingga doh betul-betul lembut dan sedikit berkilat. Doh ini agak melekit, jika itu terjadi tambahkan tepung lebih kurang 1-2sb tepung)
  • See how to knead bread, here.(Boleh lihat cara2 menguli bergambar di blog dailydelicious)
  • Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature).(Letakkan doh yg siap di uli tadi ke dalam mangkuk yg telah digriskan dgn sedikit mentega, tutup dgn menggunakan cling wrap atau tuala lembap dan penaikkan doh 2 kali ganda lebih kurang 45 minit atau 1 jam. Seelok eloknya, doh diletakkan ditempat yang suhunya agak2 warm)
  • Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Tumbukkan perlahan doh tadi untuk mengeluarkan angin dan keluarkan doh dr dlm mangkuk)
  • Cut the dough into 10 pieces roll into a ball and let them rest for 10 minutes.(bahagikan doh beberapa bahagian dan bulat2 kan, buat sehingga habis dan rehatkan doh selama 10 minit dlm keadaan bertutup dgn tuala lembap, kemudian bolehlah dibentukkan mengikut citarasa masing2 atau boleh di letakkan inti atau sosej, Buat sehingga habis, dan naikkan doh kembali selama lebih kurang 45minit atau 1 jam. Sapukan bhgn atas doh yang telah naik tadi dgn bancuhan telur+sedikit susu segar, sapu di atas doh yg telah naik tadi sehingga habis, untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat boleh menggunakan 2 cara, pertama, 5 minit baki waktu membakar utk habis, boleh sapukan kembali sapuan egg wash tadi sehingga rata, buat samapi habis dan sambung membakar sehingga roti masak. Keduanyer, selepas roti dikeluarkan dari oven, dgn segera bolehlah di sapukan dgn mentega utk kelihatan berkilat, selamat mencuba!)>>untuk buat garlic bread boleh sapukan garlic butter spread tadi di atas roti yg telah naik tadi.


_DSC0189_DSC0185
lembut dan gemuk :D


_DSC0196_DSC0192
CHOCO CHIP BUNS
Bun yang selalu di order oleh kanak2 ribena :D


_DSC0180_DSC0181
sebelum n selepas :D

_DSC0201
MUSHROOM SOUP


MUSHROOM SOUP
Resepi Asal : MINAMI SAN MyR

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)>>cuma letak300ml susu segar dan 200ml whipping cream
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum>>yg ni kita tak masukkan semua

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.


_DSC0133
GARLIC BUTTER SPREAD

GARLIC BUTTER SPREAD
Resepi Asal : STEVE(Jamie Oliver Forum) >>jamie oliver forum>>linknyer hilang nanti kita letakkan balik klu jumpa

Ingredients :
  • 4 tablespoons of butter/marg (4sb Mentega atau margerin)
  • 1 tablespoon of garlic (make yourself from crushing lots of garlic or buy some in a jar)(1 sb bawang putih yang telah diketuk dan dicincang halus)
  • 2 tsp dried oregano,(2 sk oregano kering)
  • 1 tsp salt, 1 tsp pepper,(1 sk garam atau kurang, garam dan 1 sk serbuk lada sulah)
  • Tambahan>>boleh campurkan dgn serbuk parmesan juga

Method : (cara-cara)

Mix the above ingredients into a paste. (Satukan semua bhn2 di atas sehingga sebati dan boleh digunakan utk sapuan atas roti, lebihannya boleh di simpan dlm peti ais dan boleh digunakan kembali)
Get a french stick or similar and cut slices down into it almost all the way through but not quite. Put a big spoon of the butter mix into each cut pushing well in, rub any thats left on the top.
Place the french stick (cut in half to fit in oven ) into silver foil and seal up leaving the package loose around the bread.
Put in a medium oven for about 10 mins, then open packet and turn oven up to max heat for about 5 mins.

Steve

Rabu, 22 Februari 2012

Homemade Kaya

_DSC0571
HOMEMADE SRIKAYA

Salam petang rabu,

Hari ni rata2 sume n3 blogger wordless ya? :D Kita KAYA dgn KAYA!! alhamdulillah, jadi juga akhirnyer tapi ini bukan kali pertama kita buat, dah byk kali buat tp pemalas sgt asyik nk import dr mesia jerr, tapi kan secara jujur buat sendirik lebih sedap dr yg beli ececece... siyesss ni! kurang bau ayam ^___^

Resepi dr MyR oleh HAZIQ, terima kasih kerana berkongsi resepi yg sedap lagi lazat ni ya :-) dan minta izin n halal juga resepinya utk dikongsikan disini juga. Ada cerita disebalik cerita KAYA ni, biarlah rahsia huhu... kita tutup buku utk hari ini sbb bdn dah kurang sihat, asyik bersin jerrr ni haaa... minta undur diri dulu, salam n selamat malam sume!

HOMEMADE KAYA
Resepi Asal : HAZIQ MyR

Bahan-bahan ( 10 org )

  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 2 ringgit santan pekat (500gm)>>Kita gunakan 500ml santan pekat dlm tin :D
  • 5 biji kuning telur
  • 2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan>>yang ni kita letak essence pandan

_DSC0572
Lebih lazat berbanding yg ada di pasaran hihihi....

Cara-cara

  1. Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
  2. Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut.
  3. Biarkan sejuk betul2.
  4. Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya ni akan pekat.


_DSC0548

Rabu, 16 Jun 2010

Dulce de Leche

DULCE DE LECHE

Salam kembali! :-)

Ok masukkan sekali n3 tuk dulce ni ya, mcm biasalah kalau umah jepun ada umah kat siam pun nak buat jugak kalau cukup bhn :D tak yah ssh2 yg penting bhn utama susu pekat itu ada :D n pengukus :D... Ptg karang mcm kak hana ada tranformation tuk dulce de leche nii :D kita tunggu apa yg kuar ya kak hana ahahahaha... Resepi asal kat SINI tp mek sorang ytu dah lama ngendap dr dapur ALONGROZZ n kita cnp dr umah KAK HANA jerr :D n setiap umah menghasilkan kaler n tekstur yg berlainan mungkin faktor jenis susu yg dgunakan kot! kat sini yg halal susu carnation jer jdnyer susu pekat carnationlah yg dgunakan :-) Mcm biasa ya izin n halal kembali resepinyer mekaseh!!! :D Milk karamel sedap! td ni buat selet roti mmg best dr kaya ;-) yg ni kita kukus 4 jam ehehe...

DULCE DE LECHE

Bahan-bahan
  • Susu pekat manis
  • Pengukus
  • Air



Cara-cara
  • Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
  • Masukkan tin susu ke dalam pengukus. Letak ditengah2 rack. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
  • Tutup pengukus dan kukus selama 3jam atau lebih! lagi lama kukus, kaler akan makin gelap. Pastikan air kukusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
  • Jika menggunakan preasure cooker kukus sejam sahaja. >> delay kenyataan ini wat sementara waktu yer!
  • Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
  • Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.