Menu semalam :D ank2 kita peminat steak tp kena carik daging yg betul2 lembut, sbb yg perempuan cerewets sikit, dia malas nak kunyah lama2 gitu, tp kita suke daging liat2 ehehehe... yg kat atas ni mkn ber tiga dah kekenyangan masing2, kalau si abg sekeping tu dia boleh abiskan sbb mmg dia minatttttt sgt steak, kalau ayam dia kurang sikit tapi kakak pulak minattttt sgt dgn ayam :D yg kecik tu??? dia lagi senang, ada nasi putih jer pun jalannnn hihihi...
Ok, hari ni nak abiskan menggosok, semalam bdn letih sgt2 nak buat itu ini jadi terbantut sume ditambah pulak dgn mata kita ni tak berapa nak sedap.. Terima kasih setiap kunjungan! insyaAllah kunjung balas bila free nanti ya.. Moga semua org sihat2 hendaknya insyaAllah!
Original Recipe : HERE
Ingredients:
- 1 tablespoon olive oil (1sb minyak Zaitun)
- 2 cloves garlic, peeled and crushed (2 ukas bawang putih, ketuk dan cincang halus)
- 1 tablespoon coarsely ground black pepper (1sb Lada Hitam yg di tumbuk atau blend)
- 2 pounds round steak, 1 1/2 inches thick (2 Keping daging steak)
- Salt (sedikit garam)
1)Preheat an outdoor grill for high heat and lightly oil grate. (Panaskan grill pan non stick atau apa2 kuali yg sesuai utk di bakar atau boleh guna outdoor grill mcm resepi asal>>kita takde ni :D)
2)In a small bowl, mix together olive oil, garlic and pepper. Score steak and rub with the olive oil mixture. (Dalam mangkuk kecil, campurkan semua bahan2 tadi kecuali daging steak, sehingga sebati dan sapukan keseluruhan daging steak tadi sehingga rata keseluruhannya)>>yg ni perap sekejap dlm 15minit atau 30minit.
3)Place steak on the prepared grill. Cook 20 minutes, or to desired doneness, turning once. (Letakkan daging steak yg telah di sapu dgn bhn perap tadi dan grillkan di atas pan yg panas tadi, masak sehingga masak lebih kurang 20 minit atau sehingga masak, balikkan sekali sekala jika perlu>>untuk yg ni kita tutup satu bhgn dan bila balikkan dah tak payah tutup biar dia terbuka dgn api sederhana sahaja, angkat dan boleh di hidang dgn black pepper sauce atau sos kegemaran bersama salad dan kentang goreng)>>jgn di basuh kualinya atau buang lebihan air daging tadi sbb nk gunakan utk sos dia.

EASY PEPPER SAUCE
Original Recipe : HERE
Olahan : ARAH
Bahan-bahan :
- 1/2 biji bawang besar di cincang
- 150 ml susu segar
- 1sb lada hitam yg ditumbuk/diblend>>nak lebihkan pun ok kalau nk pedas
- 30 ml whipping cream/ thickened cream
- 1 cube beef bouillon/1/2 cube stok lembu knorr, hancurkan
- Sedikit mentega
- Sedikit kicap manis utk gelapkan kuah tadi jika perlu
- Sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah>>kalau tak masukkan pun ok
Cara-cara :
- Dengan mengguna grill pan yg sama utk steak tadi, tumiskan bawang besar yang di cincang tadi sehingga layu atau naik bau, dgn api perlahan.
- Kekalkan suhu yg sama, masukkan pulak susu segar dan cube lembu yg dah dihancurkan dan kacau perlahan perlahan, jgn sampai mendidih.
- Masukkan pula whipping cream sambil di kacau perlahan. Masak lebih kurang 2 minit.
- Kemudian masukkan pula lada hitam dan kacau lagi serta perasakan masinnya>> kita tak masukkan sbb dah masin.
- Akhir sekali masukkan kicap dan kacau lagi bolehlah dimasukkan kicap manis utk menggelapkan warna kuah, tak payan byk2 sgt, agak2 aja ya, dan masukkan sedikit butter, padam kan api dan kacau sehingga butter mencair dan sebati.
- Boleh dimakan bersama steak tadi, selamat mencuba!!





