ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label dumpling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dumpling. Papar semua catatan

Rabu, 19 September 2012

Gyouza

_DSC1036_zps05b7b986
GYOUZA

Assalamualaikum wbt sume ^______^,

Alhamdulillah, nanti kita update balik sbb ada kerja sikit, insyaAllah ada kelapangan petang2 nanti kita update resepi ya :D, buat yg dtg berkunjung terima kasih dgn setiap kunjungannya, insyaAllah jugak kita buat balas kunjungan petang nanti :-)

Updated :D

Nak dgr cerita kita tak? hihihi... takde apa2 yg menarik sbnrya, rupanya mesia cuti 3 hari ya? maklomlah duk kat sini tak pernah dah nak ambik tahu cuti kat mesia atau kat sini sekalipun kikiki.... Alhamdulillah masih diberi ruang utk bernafas kat dunia yg penuh dugaan n cabaran ni kan, usia pun
dah genap 31 tahun terasa begitu tua sekali huhu... hadiah besday belum kelim lagi dr ninja, tp dah ada byk kat kepala ni tp kena ler pilih salah satu :D

Beberapa hari ni duk sibuk melapis ^___^ tgh gian nak melapis ajerrr sampai baju2 tak bergosok, tp td ni dah habiskan sume baju2nya alhamdulillah abis satu kerja TAPI belum susun lagi baju2 yg bergosok kat almari, kerja paling malas kita nak buat ni lerrr dia hihihi...

Citer pasal gyouza, biasanya menggunakan daging vavi maklum lerr original resepi dr jepun atau cina mungkin? korea pun ada jugak mungkin isi dlm tak sama n bhn2 yg digunakan pulak lain. Kalau jepun mmg basic ingredient adalah daging vavi since kita ni mmg di larang dgn daging tu, kita gunakan ayam, jgn gunakan dagig lembu sbb dulu2 masa tengok rancangan masak2 jepun utk gantikan daging vavi tu tadi kena guna daging ayam :-)) Resepi ni pulak asalnya dr chinese fren kita tp kita dah ubah suai ikut citarasa kita n dah dpt cop sirim dr ninja :D mana yg rasa ragu2 nak kelim dia ni jgn risau beli ajerr cetak dia tp tak secantik mcm di kelim guna tgn lah kan :D sbb tu kita tak biasa guna acu dia nii, karipap pun gitu jugak lebih selesa kelim sendirik walau tak pandai n cantik sgt ehehe... Ok, kita bersambung esok insyaAllah, salam bertemu kembali semua! Ada hal sikit ni :D

GYOUZA
Resepi : ARAH
Bahan2
  • 200g Ground Chicken, jgn gunakan daging lembu :-))
  • 1 buku bwg putih(lebih kurang 11 ulas), cincang>>kita suke byk2 :D nak kurang pon ok
  • 2 sb negi atau leek ambik bhgn putihnyer, cincang
  • 1/3 cwn Nira> chives aka kucai :D, cincang
  • Kobis>cabbage cincang>>kuantiti kobis sama byk atau kurang dgn kuantiti ayam cincang tadi jgn terlampau kurang ya
  • 1/2 sk Serbuk lada putih ikut suka nk pedas mcm mana
  • 1 sb minyak bijan
  • 1 1/2 sk kicap cair/syoyu
  • garam sesedap rasa
  • 1/2 - 1 sk air parutan halia
  • **1 sk sos tiram optional
  • garam ikut keselesaan
Kulit Gyouza

  • Beli yg readymade pun ada depend lah ya
  • Kulit gyouza>>kalau nk buat sendirik, guna tepung serbaguna campur dgn air panas, gaul dgn menggunakan senduk kayu bila dah suam uli sampai jd doh yg lembut n tak melekat, perap dlm satu jam, selepas tu ambil doh td canai kan jgn sampai terlalu nipis, potong bentuk bulatan dgn menggunakan gelas atau yg sewaktu dgnnyer, taburkan dgn tepung ubi atau jagung setiap lapisan untuk mengelakkan dr melekat.


_DSC1032_zps5964fc50_DSC1037_zps397275bb
Sedapppppp :D Nak kelim dia ni ambik masa sikit nak pandai dulu2 pestaim kelim ntah rupa apa pun kita tak tahu hihihi... skrg alhamdulillah dah ok :D

Cara2
  • Satukan sume bhn di atas td kecuali kulit gyouza td dan perasakan mengikut citarasa masing2 tambah serbuk lada sulah atau grm atau minyak bijan jika perlu.
  • Untuk keliman gyouza sila rujuk mana2 website guna kan keyword gyouza kat you tube se elok eloknyer.(sblm kelim pastikan keliling atau bhgn tepi kulit gyouza sebelah dlm di sapu dgn air supaya melekat) Buat sampai habis kemudian susunkan gyouza yg sudah siap di kelim ke dalam kuali.
  • Masukkan lebh kurang 2sb minyak zaitun dan tuangkan air jgn penuh sgt kedalam kuali lebih kurang suku paras tinggi gyouza tu, tutupkan, dan tunggu sampai air kering atau sehingga bwh gyouza bewarna keperangan. Dipping sauce boleh guna syouyu, atau kicap cair+cuka+minyak lada atau ra-yu sedikit.

_DSC1018_zpsa1b47b35_DSC1025_zps00f8f4cd_DSC1033_zps048ff2e6
Bahan2 dia ya :D cincang halus2 sedap :-))

Isnin, 30 April 2012

Chinese Chive Dumpling

_DSC0081
CHINESE CHIVE DUMPLING

Assalamu`alaikum wbt, salam isnin buat semua :-)

Wah! sgt2 lapang ya hari2 update ehehehe.. Esok kena g sekolah, mulai minggu depan dah mula jadi volunteer dekat sekolah, mcm2 hal lepas ni insyaAllah, mana yg termampu kita update n share resepi2 yang kita dah cuba ;-)

Dumpling mmg fav kita org laki bini :D selain gyoza n wantan, chinese chive dumpling ni pun salah satunya menu dumpling yg sedap! Letak kucai byk2 mmg ler teramat sedap, kalau ikutkan resepi kita letak sikit jer utk daging ayam hancur tu tapi kalau tak letak langsung mcm tak stick pulak dia punyer filling nanti, jdnyer kena ikut sukatan dlm resepi, nak kurangkan pun jgn terlalu menjejaskan sbb nanti dah tak de rasa kucai :D lebih kurang dgn gyouza cuma gyouza letak hirisan cabbage n bwg putih yg byk, tp dua duanya sedap. Untuk Resepi ni kita gunakan tepung khas utk dumpling ni, leh tgk gmbr kat bwh, klu kat mesia tak pasti ler dah ada yg instant mcm ni atau tak, kalau takde jgn risau resepi ni dah sediakan sekali dia punyer bhn utk kulit dia :-)

Terima Kasih skyblue utk sumngan resepi chinese chive dumpling ni, minta izin kembali resepinya utk di kongsikan di sini juga n buat rujukan akn dtg sekali dan buat semua pengunjung arah, terima kasih tiap kunjungan n komen2 semua, sgt2 hargainya, dan insyaAllah kita buat kunjung balas kembali ;-) itsumo arigatou~~ m(_ _)m

CHINESE CHIVE DUMPLING
Resepi Asal : SKYBLUE MyR

Bahan-bahan ( 36 biji )>>kita buat stgh adunan

  • Untuk Kulit:>>kita gunakan tepung khas utk dumpling ni :D
  • 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch)
  • 60g tepung ubi (tapioca flour)
  • 1 cawan air panas
  • *70g tepung ubi (tapioca flour)
  • *1/2 cawan air sejuk (berais)
  • Untuk Inti:
  • #500g kucai, dipotong 1cm
  • #1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan)
  • 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit
  • 200g daging/ayam cincang
  • 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan>>yg ni tak letak sbb takde
  • 2-3 cm halia, dicincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Lain:
  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

_DSC0086_DSC0088
lazatttt sekaliii! hihihi...

Cara-cara

  1. Sediakan doh untuk kulit: Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. Gaul sehingga rata, tutup dan biarkan sejuk sedikit (5-10 minit). Masukkan tepung ubi dan air sejuk, uli sehingga menjadi doh. Masa panas2 doh ni agak melekit, JAGAN tambah tepung lagi.
  2. Bila doh sudah betul2 sejuk, ia tidak melekat pada tangan, bahagikan doh kepada 36 bahagian yg sama. Taburkan sedikit tepung ubi jika perlu. Ketepikan.
  3. Untuk Inti: Masukkan semua bahan2 untuk inti kecuali udang ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Masa nak balut baru masukkan udang.
  4. Ambil sebiji doh, leperkan (10cm) dan letak inti di tengah2. Tutup hujung dia macam buat karipap.
  5. Sapukan pinggan atau steamer degan minyak masak sebelum letak dumpling. Sapukan sedikit minyak pada permukaan dumpling supaya tidak melekat. Kukus selama 8-10 minit. Biar sejuk sedikit baru keluarkan dari pinggan / steamer.
  6. Boleh juga lapiskan steamer dgn baking paper yg berlubang. Jika boleh, kukus dlm pinggan dan terus dihidangkan. Dumpling yg panas agak lembut, susah nak pindah dari satu pinggan ke pinggan yg lain.

_DSC0082
kurang seksi lerr sbb tak berapa nmpk isi dalam ehehe...




_DSC0077_DSC0078_DSC0079
kelim mcm buat gyouza :D


_DSC0076
Tepung yg kita gunakan :D

Selasa, 7 Jun 2011

Pau (Red Bean Buns) gebu!!


_DSC0546
PAU (KAYA BUNS)

Salam pagi selasa sume!

Bertemu kembali :D ewahhh ewahhh hihihi.... Saya agak sibuk hari niii, dr minggu lepas asyik memuding jer kan org naik jemu lerr gamaknyer hihihi... sib baik kat luar sana asyik mendung jerrrr, gmbr tuan umah pun kejap terang(bantuan lighting2 tido wakakaka) kejap natural(cuaca terang benderang kat luar :D) nak citer pasal pau :D

Kita rasa byk resepi pau yg kita dah cuba, sume lebih kurang atau tak lebih kurang maknanyer ada guna bhn2 lain selain shortening, ada guna cuka ada guna tepung gandum dan nak hasilkan pau yg putih melepak kena guna tepung hong kong dan apa lagi?? nanti cek balik :P.. Tapi kita rasa kan resepi yg ni simple n lembut! tapi harus di ingat, mana ada org makan pau sejuk2 biasanyer kalau nak sedap mmg lepas kuar dr steamer kecuali kalau di buat bentou atau yg sewaktu dgnnyer kan kan kan.. haaa..yg tu mmg tak leh elak lah kan, tp hasilnyer tak de lah keras cuma sejuk jer lah :D Setakat ni pun cuba buat pau tak de lah kedut2 kdg org tanyer apa rahsia kulit licin, kita buat mcm biasa dia punyer lid tu balut dgn kain tuala, itu jerr cuma tgn jgn gatal asyik nak bukak penutup ajerrr(itu kita lah tu masa mula2 buat pau, jakun punyer pasal ahaha)

Honestly, mmg lembut pau ni jgn tanyer kita dah sejuk pun lembut jugak ke sbb dah habis di makan panas2 gituuu, :D n i told u before, bila ada chinese blogger mmg kita akn carik resepi dumpling dulu hihihi... n dis time still guna resepi dr rumah JANE CHEW, suke lah tgk dia punyer dumpling cantik elok resepi pun tak rumit sgt.. Mcm biasa kita dah alih bahasa, terajin sudah! ahahaha....


PAU
(RED BEANS BUN)
Source: JANE CHEW

Bahan A

  • 300g Tepung Hong Kong>>yg ni kita tak de gantikan tepung pau
  • 150g Susu>> susu segar
  • 50g Gula caster
  • 1 1/2 Tbs Shortening
  • 1 tsp yis
  • Sedikit garam

Bahan B

1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air

Bahan2 Inti>>yg ni kita guna inti kaya

480g Inti Kacang merah readymade, bulat2kan inti td anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan.>> kita guna kaya

_DSC0533
Ambiklah sorang seketul ya :D

Cara2:

  • Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam).
  • Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat.
  • Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g.
  • Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus.
  • Rehatkan kembali lebih kurang 30minit.
  • Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
  • Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2.


_DSC0542

Khamis, 2 Jun 2011

Spiral Mantou

_DSC0437
SPIRAL MANTOU

Salam pagi khamis :-),

Spiral mantou ni nmpk kat umah JANE, kalau chinese blogger ni kit suke tgk resepi dumpling dia org sbb sukeeee sgt! Yg ni nmpk menarik buatnyer tak ssh cuma leceh sikit lerrr tp tak lah leceh sgt :D... Tak cun mcm jane punyer spiral mantou tp kira ok lah nii hihihi....

Alhamdulillah kids dah ok rasanyer hari ni last ambik tamiflu n after that no more tamiflu dear :D ibu pun gembira sbb tak delah nak tgk muka monyok jerr sepanjang hari, mintak2 dah tak de demam2 lagi ya insyaAllah sbb benda ni dia berulang...

Boleh rujuk resepi kat umah JANE CHEW, thank you n allow me to share ur superb n uniq recipe here :-) Utk teman2 blogger insyaAllah kita buat marathon blogwalking lepas settle sume kerja :-)

SPIRAL MANTOU

Bahan2

  • 180g Air
  • 3.5g Yis
  • 350g Tepung di ayak>>yg ni kita guna tepung serbaguna
  • 25g Gula Caster>> yg ni kita lebihkan sikit
  • 10g Minyak>> guna minyak jagung
  • 1 tbs Serbuk Koko

_DSC0439
Kita makan mcm tu ajerr healthy sikit :P mcmmakan pau tp tak de intiii gituu :D

Method

  • Satukan semua bahan kecuali serbuk koko kedalam mangkuk bersih. Uli sehingga terbentuk doh yg licin n tak melekat di tgn, kalau kurang air boleh tambah sbb kita tambahkan air.
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagian, satu bahagian sebanyak 330g dan satu bahagian lagi seberat 220g.
  • Ketepikan doh yg berat dan ambilkan doh yg beratnyer 220g tadi dan campurkan dgn serbuk koko, uli doh tadi sehingga kaler serbuk koko td menjadi sebati(utk proses ni kita tambahkan air sikit masa menguli) Uli sehingga doh menjadi licin dan rata.. Rehat doh tadi selama 5 minit.
  • Ambil roll pin dan rollkan doh kosong menjadi segiempat tepat lebih kurang 30cmx20cm canai nips dan ketepikan.
  • Ambil pula doh coklat yg direhatkan tadi dan roll kan seperti doh kosong tadi tetapi lebih kecil sizenyer berbanding dgn doh kosong tadi.
  • Sapukan keseluruh permukaan atas doh putih tadi dgn air dan letakkan doh coklat di atas permukaan doh kosong yg telah disapukan air tadi, tekan2 sedikit supaya melekat diantara doh coklat dan doh kosong.
  • Selepas itu sapukan keseluruhan permukaan atas doh coklat yg telah dilekatkan td dgn air dan gulung seperti membuat swiss roll (lihat gmbr bwh) Pastikan kedua dua doh td melekat.
  • Potong kepada 8 bahagian, dan alaskan dgn baking paper yg telah di gunting terlebih dahulu(mcm buat pau tuu)
  • Biarkan doh mengembang selama 30-45minit di dalam pengukus.
  • Tambahkan air didalam pengukus, panaskan sehingga air mendidih dan kukus doh tadi selama 15 minit dgn menggunakan api sederhana. Angkat dan boleh dimakan begitu saja :D


_DSC0426_DSC0430
Bentuk doh yg telah di bentukkan n di potong.




_DSC0432
doh yg belum kembang :D

Selasa, 3 Mei 2011

Gyouza 餃子 japanese dumpling and quick update!

_DSC1261
GYOUZA
(japanese dumpling)

Salam selamat pagiii!!!!

Kena cepat, layan gmbr n cuba belek2 resepinyer ya :D ada hal! dr semalam ada hal tak sudah2 kerja umah? ughhhh! tgh menimbun :D wakakakaka.... mintak undur diri dulu akn bersiaran petang karang insyaAllah! semoga segala urusan harianku dipermydahkanNYA amin... pssst>tak dan sempat nak menaip n edit mana2 yg perlu sbb nak cepat, ambik kat acc facebook kita jerr :D

GYOUZA recipe

Credit to my chinese fren who share this lovely recipe n of kos i dah edit wakakaka

Bahan2

*300g Ground Chicken, please dont use ground beef ya sbb tak sedap!

*1 buku bwg putih, cincang>>kita suke byk2 :D nak kurang pon ok

*2 Sb negi atau leek ambik bhgn putihnyer, cincang

*1/3 cwn Nira> chives aka kucai :D, cincang

*Kobis>cabbage cincang>>kuantiti kobis sama byk atau kurang dgn kuantiti ayam

*1/2 Sk Serbuk lada putih ikut suka nk pedas mcm mana

*1 1/2 sk minyak bijan

*1 sb kicap cair/syoyu

*garam sesedap rasa

*1/2 sk air parutan halia

**sedikit sos tiram optional

Kulit Gyouza

Beli yg readymade pun ada depend lah ya

Kulit gyouza>>kalau nk buat sendirik, guna tepung serbaguna campur dgn air panas, gaul dgn menggunakan senduk kayu bila dah suam uli sampai jd doh yg lembut n tak melekat, perap dlm satu jam, selepas tu ambil doh td canai kan jgn sampai terlalu nipis, potong bentuk bulatan dgn menggunakan gelas atau yg sewaktu dgnnyer, taburkan dgn tepung ubi atau jagung setiap lapisan untuk mengelakkan dr melekat.



_DSC1251
kena prepare tiap2 minggu tuk bentou sume org :D

Cara2

  • Satukan sume bhn di atas td kecuali kulit gyouza td dan perasakan mengikut citarasa masing2 tambah serbuk lada sulah atau grm atau minyak bijan jika perlu.
  • Untuk keliman gyouza sila rujuk mana2 website guna kan keyword gyouza kat you tube se elok eloknyer.(sblm kelim pastikan keliling atau bhgn tepi kulit gyouza sebelah dlm di sapu dgn air supaya melekat) Buat sampai habis kemudian susunkan gyouza yg sudah siap di kelim ke dalam kuali.
  • Masukkan lebh kurang 1sb atau 2sb minyak zaitun dan tuangkan air(Lihat gmbr kat bwh) kedalam kuali lebih kurang suku paras tinggi gyouza tu, tutupkan, dan tunggu sampai air kering atau sehingga bwh gyouza bewarna keperangan. Dipping sauce boleh guna syouyu, atau kicap cair+cuka+minyak lada atau ra-yu sedikit.

_DSC1252_DSC1253
_DSC1257_DSC1258