ads/iklan

Sabtu, 31 Mac 2012

Mini Sosej Buns

_DSC0105
MINI SOSEJ BUNS

Assalamu`alaikum wbt, salam hujung minggu sume! :-)

Hari ni ninja kena kerja, jadinyer kita ler yg kena lyn budak2 ni g taman, malasnyer lahhh nak kuar2 tp kesian budak2 ni asyik stuck kat rumah ajerr kan.. Jadinyer kita akn online balik petang2 tak pun malam2 insyaAllah.. Terima kasih setiap kunjungan n selamat beristirehat suke!

Ni n3 tertunda jugak ya :D dah buat ni minggu lepas klu tak silap lupa pulak hari apa. Kali ni Guna resepi kak Tulip kat MyR.. Buat roti ni kalau ulinyer betul, yis tak mati insyaAllah jadi gemuk2 atau jadi roti :D DANNNN utk penggunaan bread improver ni penting jugak sbnrnyer, utk pastikan roti tu lembut walau dibiarkan kat luar tanpa bertutup, dah byk resepi kita guna kalau buat roti ni sbb suke cuba2 resepi baru n byk jugak pengalamanyer yg tak mo naik2 pun ada ehehehe.. lagi satu, kalau nak masukkan butter kena proses akhir sekali lepas doh dah sebati, barulah masukkan butter :-) dun giv up kalau once buat tak menjadik, cuba carik kesilapan kat mana, dlm proses ni kita boleh belajar perbetulkan mana yg silap, resepi ni mcm ibaratnyer nak berubat carik klinik mana yg sesuwai, kalau jumpa jodohnyer baik lah dia, mcm resepi jugak, rasanyer tak semua org serasi dgn resepi ini, resepi itu, tp yg sana jugak menjadi, lain pulanya bg org lain, jdnyer jgn mengalah, jgn cuba salahkan resepi, cuba dan cuba lagi sambil belajar ececece>>... panjang lebar pulak ya hihihi... ok semua, semoga sentiasa diberkatiNya selalu insyaAllah! Kepada kak tulip minta izin n halal kembali resepinya! Terima kasih!! Resepi asal bun ikan bilis, tp budak2 suke sosej :-)

MINI SOSEJ BUNS
Resepi Asal : ALONGROZZ
Sumber : KAK TULIP MyR

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 200g tepung gandum
  • 50g tepung halus ( kita guna tepung pau bluekey )>>kita guna tepung kek
  • 45g gula kastor
  • 2sb susu tepung>>kalau takde susu tepung, boleh digantikan dgn susu segar utk air
  • 1/2 st garam
  • 1/2 st bread improver
  • 1/2 st bread softener>>kita takde yg ni kita gantikan dgn shortening
  • 2 sk yis>>kita guna 1 1/2 sk sahaja
  • 1 biji telur>>kita guna stgh biji telur n lebihkan kuantiti air
  • 100g air
  • 2sb butter
  • inti - sambal ikan bilis>>ganti sosej

_DSC0109
2 org model tangan :D teserlah sgt kegelapannya :D

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan kecuali telur,air dan butter. Gaul biar sebati. Masukkan butter dan ramas biar sebati dgn tepung.>>butter masukkan last
  2. Masukkan telur, gaulkan lagi. Akhir sekali masukkan air sikit2 dan uli hingga dapat doh yg licin & tak melekat di tgn. Uli dgn tangan selama 10-15minit.
  3. Masukkan dalam bekas bertutup dan letak di tmpt panas selama 20minit supaya doh naik sekali ganda. Dah naik tumbuk2 doh utk kuarkan angin.
  4. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Isikan sambal ikan bilis dan tutup kemas. Susun dalam loyang yg telah disapu minyak dan ditabur sedikit tepung.Buat sampai adunan habis.
  5. Perap sekali lagi selama 30minit supaya bun kembang. Bakar 180degree selama 20minit. Dah siap, masa bun masih panas sapukan butter atas permukaan bun.
  6. *** Dah buat ptg semalam & pagi nih bun masih lembut & gebu :)
_DSC0100_DSC0104
Selamat menjamu sume!

Jumaat, 30 Mac 2012

Ikan Pais

_DSC0056
IKAN PAIS

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi jumaat buat semua :-),

Alhamdulillah dgn rezeki yg diberikan olehNya. Semua org sihat? Kita alhamdulillah sihat, tanya n jawab sendirik hihihi... Menu ikan semalam, ingat nak post n3 mee rebus tp belum edit lagi, tgh dtg malas kita niii haaaa kan kan :D

Dulu2 mak kita masakkan ikan pais ni kita jual mahal jugak>> ayat yg sama sbb dulu2 mmg kita cerewet sikit, itu tak nak ini tak nak, yg kampung tak nak, maksudnyer ayam ya :D yg sungai2 pun tak nak, tp udang sungai kita makan :D baru skrg terasa nak makan n menyesal ehehehe... sbnrnyer kita nak mengerjakan daun pisang kita yg byk dlm esbok tu tp tak habis2 lagi dah masuk 2 minggu, nasib baik elok lagi, lepas ni pun tgk lerr sume menu2 ada balut2 dgn daun pisang hihihi...

Ok, resepi tengok kat MyR, tgk bhn2 dah tahu mmg sedap walau simple tp bolehimejin kan bau dia, mmg tersgt harum masa bakar dia tuuu>>kita bakar atas pan ajerr sbb tu balut dgn alumunium foil kikiki... Gunakan daun kunyit n daun pisang, tp aroma daun kunyit yg kuat, punyerlahhh harumm bau diaa, mmg pendek kata perfecto! sedap sgt2! Terima kasih ya cheiza, minta izin n halal resepinyer kembali :-) Dan buat semua, terima kasih setiap kunjungan, insyaAllah kita buat kunjung balas juga <3<3 Happy weekend sume!

IKAN PAIS
Resepi Asal : CHE`IZA MYR

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung
  • * 4 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • 5 sb lada boh
  • 3 sb air asam jawa
  • 2 sb santan pekat
  • sedikit garam, gula n perasa
  • daun pisang n lidi utk bungkus>>kita guna daun kunyit, lepas tu balut dgn daun pisang n last sekali dgn alumunium foil, bakar sampai masak.

_DSC0054
alhamdulillah, sedapp sgt2!

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda *
  2. Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati.
  3. Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang .
  4. Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.
  5. Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan. Sedap mkn panas2 ngan nasi putih.

Khamis, 29 Mac 2012

Pulut Panggang


_DSC0048
PULUT PANGGANG

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi khamis sumenyer! :-)

Dah lama tak buat pulut panggang, sementara membakar satay itu hari, kukus pulut jap n kebetulan serunding byk lagi, jdnyer dah jadi satu menu lagi :-)

Resepi Asal dr Kak Umie E MyR, terima kasih kak! Minta izin n halal kembali resepinya :-) Buat semua pengunjung terima kasih setiap kunjungan, insyaAllah bila free kita buat kunjung balas.

PULUT PANGGANG
Resepi Asal : KAK UMIE E MyR

Bahan-bahan ( 15 batang )

  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup masin
  • serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)

_DSC0055
bakar garing2 sedappp sgt2! aroma daun pisang n penggunaan arang

Cara-cara

  1. cuci beras pulut dengan air suam
  2. masukkan santan+garam+daun pandan
  3. tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)>>yg ni kita kukus mcm biasa
  4. bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  5. ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  6. ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  7. tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  8. gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  9. letak atas api dan balik2kan hingga garing>>yg ni kita bakar
  10. makan masa panas-panas... best!


_DSC0052

Rabu, 28 Mac 2012

Sate Ayam, kuah kacang n nasi himpit :))

_DSC0114
SATE AYAM, KUAH KACANG n NASI HIMPIT

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi rabu sumenyer!! :-)

Oh! tgn kita dah lenguh2 pergelangan tgn mcm ada somting wrong, tapi alhamdulillah masih ok lagi, bahu kita ni yg sakit sgt, agaknyer keja menguli ajerr lah nii, tapi seronok tau sbnrnyer ehehe...

Menu semalam semalamnyer? dah lupa :D Resepi asal satay ni sbnrnyer di goreng tp kak hana buat versi bakar kita pun ikutlah versi bakar sejak tuuu hihihi.. setiap kali nak main bakar2 kat balkoni takut2 jugak, takut org ketuk pintu, jdnyer cepat2 lerrr kita membakar tu jgn sampai dikesan, pulaknyer asap kuuuuuuusemangat! mmg org ingat kebakaran agaknyer :D alhamdulillah selamat dahhh :D..... dah byk kali guna resepi ni, cuma utk sukatan gula tu kalau agak2 mcm manis ikut pada selera masing2 sbb kita pun tak tuang semua ikut manis tekak kita, tp kalau tak rasa manis mcm kurang pulak satay ni kan kan kan :D Untuk kuah satay ni kita kompius sikit, resepi kak hana atau kak hana ambik dr bro rozan itu kita kurang pasti, yg pasti mintak izin n halal kembali resepinya utk rujukan, terima kasih!
Terima kasih jugak untuk resepi satay ni dr kak fida MyR, sedap! alangkah bahagia kalau dpt makan satay lembu sbb stok daging cuma beberapa ratus gram, tsemalam baru g beli stok daging :D

SATE AYAM
Resepi Asal : SATE GORENG KAK FIDA MyR

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup


_DSC0126_DSC0136
Alhamdulillah! dpt makan sate lagi, bila dpt makan lagi, tak tahu :D

Cara-cara

  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
_DSC0090_DSC0092_DSC0123

KUAH KACANG
Sumber : KAK HANA

Bahan-Bahan untuk Kuah:
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
4 ulas buah keras (optional)
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
½ sudu teh ketumbar serbuk }
½ sudu teh jintan halus serbuk }
½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)

(kisar kesemua bahan di atas)

600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
3 cawan air (lebih-kurang)
sedikit air asam
250 gm gula pasir
2 sudu teh garam
air daging (dari perapan daging tadi)
secukup minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.

Selasa, 27 Mac 2012

Kuih Tako

_DSC0139
KUIH TAKO

Assalamu`alaikum wbt, Salam pagi selasa :D,

Satu jer nk ckp, mata kita pedih2, kurang selesa sikit kalau dah dtg penyakit yg satu nii, nak buat kerja pun jadi malas gitu, nak2 bab menggosok mmg tak de mood terus nak buat. Nak duk depan laptop lama2 pun malas sbb terang sgt jdnyer kita tak leh tulis panjang2 :D

REsepi dr dapo Wendy, table for 2, kat sana ada tunjuk cara2 nak buat bekas dia ni, tp seelok eloknya guna daun pandan yg besar sikit, kebetulan masa g pasar minggu lepas TERjumpa daun pandan yg besar2 gituu ehehe.. jdnyer kuih ni menu 4 hari lepas kalau tak silap, kita pun dah lupa :D Ok resepinyer kita cnp kat sini ya, minta izin n halal kembali resepinya tenkiu!! Mmg rasa dia lain sikit kalau guna tepung hoen tak reti nak eja tuu, guna mung bean starch rasanya lagi asli gituu :D Selamat mencuba n terima kasih setiap kunjungan :-)

KUIH TAKO
Resepi Asal : WENDY table for 2

Pandan Layer
  • 25gm mung bean starch (green bean flour)
  • 250ml pandan juice
  • 60gm sugar
  • 3 water chestnuts, peeled and chopped

Coconut layer
  • 15gm mung bean starch
  • 125ml water
  • 125ml coconut milk
  • 50gm sugar
  • Very small pinch of salt
_DSC0150_DSC0153
Sedappp sgt2! lama dah cari resepi yg ni ehehe...

Method:

1. Prepare pandan layer. Mix everything together and cook on medium low heat until it looks transparent and thick.
2. Spoon over prepared casings
3. Prepare coconut layer. Mix everything together and cook on medium low heat until it thickens. Taste, it should no longer taste floury.
4. Spoon over the pandan layer.
5. Let cool down to room temperature and it will harden. Best served when chilled.


_DSC0146
love it! :-)

Isnin, 26 Mac 2012

Hokkaido Chiffon Cupcakes wif Cream Cheese Frosting

_DSC0082
HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

Asslamu`alaikum wbt, salam pagi isnin buat sume! :-)

Hari yang baru, resepi yang baru ehehe... apa lagi yg baru? Moga hari ini adalah hari yg terbaik n seterusnyer insyaAllah! Sbnrnyer yg jadi kenal dgn Hokkaido Chiffon Cake ni ada satu kakak kat FB tanya kita resepi kek ni lerrr, pastu gugel2 jumpa resepi kat blog sonia, bila tgk dia punyer gmbr n komen2 kata rupanyer mcm kat kedai, dah bookmarked resepi dr sana DAN kebetulan pulak masa bual2 kat FB Kak Anna Qawina pun bincang pasal kek ni lerr, femes rupanyer kek ni? ehehehe...

Jdnyer bila dah tengok n tanyer kak anna pasal kek ni, hari sabtu itu hari buat, kek chiffon dlm cup lebih kurang gitu lerrr, rasanyer pun lebih kurang jugak cuma ada cream utk filling dia. Kalau ikut resepi asal guna custard cream tp kita kurang sikit dgn custard, jdnyer tukar dgn cream cheese frosting, hasilnya??? Tersgtttttt sedappppppp n senang! Terima kasih buat kak anna ya atas tunjuk ajar n semua yg terlibat :-). Resepi ambik dr blog sonia, n resepi asal dr ai wei, minta izin n halal resepinya kembali, thank you!!! Utk setiap kunjungan terima kasih n kunjung balas insyaAllah kita buat bila free juga, mekaseh!

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
Resepi Asal : AI WEI recipe adapted from 周老师的美食教室
Sumber : SONIA

Ingredients:
  • 50g egg yolks (3 eggs)
  • 1/8 tsp of salt
  • 20g corn oil
  • 20g milk
  • 25g self-raising flour
  • 105g egg whites (3 eggs)
  • 1/8 tsp cream of tartar>>yg ni tak masukkan
  • 45g castor sugar

Custard cream filling:>>yg ni kita guna cream cheese frosting
  • 30g non-dairy whipped fresh cream
  • 1tsp custard powder
  • *just mix these together

_DSC0075
ringan sgt2! mkn dgn CCF super yummy!!

Method
1. Whisk egg yolk with salt. Add in oil and milk and mix well.
2. Sift flour and baking powder into the egg yolk mixture.
3. Beat egg whites with cream of tartar until foamy and then add in sugar and beat till soft peak.
4. Fold in half of the egg whites into the mixture and mix well. Then add in the other half and mix them evenly.
5. Fill the mixture into the cups
6. Bake at pre-heated oven at 160c for 20mins. Leave cool.
7. Make a small hole at the middle, pump the custard cream into the chiffon.
8. You can either chill before serving or have it straight after filling in the cream.

_DSC0060_DSC0062_DSC0079
tgh2 dia tu cucuk dgn chopstick ajer, pastu guna nozzle muncung panjang tu utk letak filling dia, yg atas tu guna nozzle bintang :D

Ahad, 25 Mac 2012

Keria n Cucur Badak 2 in 1 recipe :D

_DSC0016
CUCUR BADAK

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi ahad semua!! :-)

Weken2 tak ramai yg on air :D kita pun kejap lagi ada appointment dgn dentist, bukan kita tp ank yg 2 org ni utk chck up.. Pastu g belanja barang2 dapor pulak, pastu balik rumah tak leh jalan2 sbb hari ni byk jadual sama ada kat rumah atau ddk depan tv ehehe...

Resepi dr dulu n skrg :D Kamsahamnida q unnie ehehe... Mintak izin kembali resepinyer kak :D kongsi kt sini pulak, sblm ni dah pernah buat tp malas pulak nak carik link dia sbb bz sikit jap lagi ni, ehehe... kali ni cuba letak udang sekor kat atas cucur badak tu nk rasa apa perbezaannyer :D mmg ler kalau nk diikutkan yg ada udang tu ler yg sedap ehehe.. tp jarang skrg org jual letak udang, kita pun tak pernah jumpa kalau nak beli cucur udang kat kedai2 gini ada udang sekor tgh baring hihihi.. Ok, selamat berehat sume! Terima kasih setiap kunjungan :-)

KUIH KERIA
Resepi Asal : KAK QUINNIE MyR

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 500 gm keledek (saya buat keledek merah + putih)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
  • Sedikit Garam>>kita tambah

_DSC0026
KERIA

Cara-cara

  1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat.
_DSC0028_DSC0012
Untuk keria, buat separuh sira dgn gula, sbb budak2 kat rumah ni tak biasa mkn yg bersira, dia org suke golek2 dgn gula mkn mcm donut :D

Sabtu, 24 Mac 2012

Roti Coklat Berkismis

_DSC0177
ROTI COKLAT BERKISMIS

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi sabtu :D,

Semua org sihat? harap2 semuanyer diberikan kesihatan yg baik insyaAllah! Nmpknyer kat rumah ni dah jadi bakery ehehe... hari2 kita menguli buat roti, penat tp seronok sbb menjadik ajer walau uli guna tangan ececece..ayat bukan main lagi hihihi...

Coklat? kita kurang dgn coklat2 skrg nii, kalau makan sikit ajerr tak leh makan byk sbb muak, mana2 menu coklat ni khas utk budak2 :D tekak dah tua ni kan dah kurang makan cekelat, org lain kita tak tahu ehehe... Kita variasikan resepi roti ya :-) Dah di post beberapa hari lepas dekat blog kak hana, n the next day kita pulak buat, maknanyer ni menu 2 hari lepas, semalam kita buat butter roll, itu kita akn masukkan utk nxt n3 insyaAllah. Resepi Asal dr Puan Roshayati Johari, n sumber2 dr rumah mamafami n rumah kak hana, minta izin kembali resepinyer utk rujukan yg akn dtg, terima kasih! Dan buat pengunjung ARAH terima kasih setiap kunjungan, sgt2 hargainya :-) selamat beristirehat sume!

ROTI COKLAT BERKISMIS
Resepi Asal : PUAN ROSHAYATI JOHARI
Sumber2 Lain : mamafami@blogspot.com n hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

Basic Dough
  • 500g tepung gandum@tepung roti
  • 100g gula
  • 30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
  • 11g yis mauripan@sebungkus
  • 1sk garam
  • 1sk bread improver - optional>>tak masukkan
  • 1sk bread softener - optional>>kita gantikan dgn shortening :D
  • 80g butter@marjerin>>sukatan butter ni kita kurangkan cuma guna 60g sahaja
  • 250ml air@susu segar
  • 1 biji telur - kacau sedikit
Bahan Tambahan (mengikut citarasa)
  • setengah cawan kismis hitam atau kuning - cincang>>yg ni kita gantikan coklat chip sbb budak2 tak mkn kismis
  • 1sb serbuk koko
  • 1/2sk coklat emulco - optional

_DSC0183_DSC0176
jgn tanyer kita lembut ke tak bila dibiarkan kat luar sbb habis di makan masa tgh hangat2 tu ya ehehe... ank2 kita ler tuu :D


Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  • Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  • Bahagikan bulat2 kecil kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  • Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.
Nota : Terpulang kepada anda utk masukkan kismis kemudian atau masukkan sekali ketika menguli. Hana masukkan awal supaya kismis hancur.Untuk kaedah uli tangan sila rujuk resepi asal.

Cara2 uli dgn tangan boleh rujuk resepi lain, sama sahaja, cuma butter tu masukkan last sekali.

_DSC0159_DSC0161

Jumaat, 23 Mac 2012

Nasi Kerabu

_DSC0109
Align Center
NASI KERABU

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi jumaat buat sume!! :-)

Yeaaaaa! hari ni tak jd g imigresen ^__^ tp kena pergi 9hb nanti.. Ok, semua org dah sarapan ke belum? kalau belum dtg umah kita meh kita jamu apa2 yg ada kat rumah ni ya :D beskut kering pun ada tau! beskut kering yg panjang bulat2 tuuu, cicah air milo sedap! ehehe...

Jom kita nk citer pasal NASI KERABU ^__^ dekat malaysia sekali pun kita tak pernah beli nasi kerabu sbb tak pernah tahu kat mana ada jual ehehe.. teruk kan? Teringinnnnnn sgt nk makan nasi kerabu ni lamaaaaaaaaaaa dah sejak berblogging, sblm berblogging mmg tak tahu kewujudan nasi kerabu ni, siyesss ni tau! tak tipu :D Sejak2 berblogging ni jugak byk makanan2 org malaysia yg kita tahu ikut negeri, kalau dulu mmg tak tahu langsung lerr ehehe.. maklumlah kita jenis tak pemakan sgt, cerewet pun ya jugak, jalan jauh pun tak pernah, nk g johor pun takut, masa sekolah dulu2, lepas kawen ok lah sbb tinggal kat jb, lepas tu sejak pindah sini jalan jb dah byk berubah jadi takut lagi sekali sbb takut sesat! dah lari tajuk pulak ya.. PERTAMA KALI makan n buat nasi kerabu, aduhaiiiiii... 2 jam duk kat dapo, naik fitam rasa TAPI bila dah sudah masak semuanyer bila dpt makan terasa satu kepuasannnn, walau pun byk yg kurang, next time kita complete kan nasi kerabu ni yerr :D ppssst>> kalau org2 pantai timur tengok mesti gelak ehehe.. maklomlah ank jawa yg masak, byk kekurangannya, yg paling best sambal tumis dia, mmg sedaplah! eh? sumeeeeeeee sedap2 tau! hihihi.... part kerabu dia tu mintak ampon, kita hiris2 apa yg ada kat depan mata termasuk carrot tuuu ehehe... yer tak kak nor? gelak dia tgk salad tu ada carrot :D sampaikan dah sudah makan baru perasan telo masin TERLUPA nk posing! haish! punyerlah kelam kabut, apa pun resepi ni gabungan dr Kak Yani MyR dgn Kak Pea, sbb yg kak yani punyer perantau so apa2 yg ada ajerr, kitanyer nasi kerabu ni separuh perantau kot sbb nk ikutkan bhn2ya ada kat sini tapi BUDU kena import lerr :D Terima kasih jugak buat kak norazmihah sbb bg tunjuk ajar :D Mintak izin n halal resepinya untuk dikongsikan disini n rujukan akn dtg ya :-), akhir sekali, ececece... mcm menulis surat pulak ya :D SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!

NASI KERABU
Resepi Gabungan : KAK YANI MYR n KAK SOFEA

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Nasi
  • 4 cwn beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
  • 2-3 titik pewarna kuning >>yg ni guna 10 kuntum bunga talang, tumbuk, campur dgn air n tapis.
  • 2-3 helai daun limau purut(optional)
  • 1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka. >>yg ni kita letak

Sambal Tumis
  • 5-10 biji lada kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
  • 200ml/ 1/2 tin santan pekat
  • 2 btg serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
  • garam dan gula melaka

Sambal Ikan
  • 1 ekor ikan kembung- saiz besar
  • 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
  • 1 batang serai
  • 1cm halia

Solok Lada
  • 10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5 cm halia
  • lada itam skit
  • 2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja
  • sedikit garam,gula dan perasa
  • Sedikit putih telor>>yg ni kita tambah


Kerabu
  • kubis
  • timun
  • taugeh
  • daun kesum
  • Bunga Kantan

Bahan-bahan lain optional
  • solok lada
  • telur asin
  • bawang jeruk
  • ayam goreng kunyit
  • sambal belacan
  • Daging Panggang
  • Ikan Goreng Tepung
_DSC0107_DSC0108_DSC0106
Sambal ikan, solok lada n Sambal tumis :-)

Cara-cara :

## Sediakan sambal tumis ##

Blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend dan bhn2 lain tadi sehingga pecah minyak.

## Masak nasi ##

Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa. Air bergantung dgn beras yg digunakan.

## Cara sedia sambal kelapa ikan ##

Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

##Cara sediakan solok lada##

Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. * Akak rebus dgn santan.>>kita pun rebus dgn santan :-)

@@ Kerabu @@
Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

_DSC0121

Khamis, 22 Mac 2012

Maltesers Squares with Almond

_DSC0085
MELTESERS SQUARES WITH ALMOND

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi khamis sumenyer! :-)

Projek semalam semalamnyer, buat tgh2 malam sbb tak ssh nak membuatnyer :D oh! saya sgt sgt sgt tak stabil minggu niii, penatttttt yg amat, nak tido tak boleh sgt, golek2 pun buat sakit badan jerrr :D

Resepi asal dr blog dailydelicious, tertarik bila kak Ummi tayang meltesers lap2 :D buatnyer tak ssh sume benda dah siap n gaul2 sahaja :-) Pd penggemar cekelat boleh lah cuba, kita letak almond, semakin sedap sgt2! hihihi... Ok resepi cnp dr umah Kak Ummi, mekaseh ya kak, minta izin kembali resepinyer tuk dikongsikan disini n rujukan akn dtg :-). Untuk setiap kunjungan di ucapkan terima kasih, semoga semua org berada dlm keadaan yg memuaskan hendaknya insyaAllah! Besok kena pergi imigration, perkara yg paling malasssssss sekali nak pergi sbb jadi tunggul ehehehe....

MELTESERS SQUARES
Resepi Asal : Dailydelicious
Sumber : Home Sweet Home Kak Ummi

Bahan:
  • 100 gm butter
  • 200 gm coklat masakan di potong kecil
  • 3 sudu besar golden syrup >>yg ni kita kurangkan cuma guna 1sk madu
  • 225 gm Digestive biskut - di kisar halus ->>boleh gantikan dgn beskut tiger aatau marie
  • 225 gm Maltersers>>boleh gantikan dgn kitkat balls atau yg sewaktu dgnnyer
Untuk Hiasan
  • 100 gm maltersers>>separuh melteser dan juga guna almond yg disangan secukupnyer
  • 50 gm coklat masakan putih
  • 50 gm coklat masakan

_DSC0092_DSC0101
almond :-) suke almond!

Cara2
  1. Kisarkan biskut hingga halus.
  2. Sediakan loyang berukuran 8 inci, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe, ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
  3. Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut. Matikan api
  4. Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
  5. Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
  6. Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu ita masauk dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru ita keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
  7. Tuangkan dalam loyang.
  8. Ita taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hingga beku.


_DSC0097_DSC0089
hmmmmm...sedap ;-)

Rabu, 21 Mac 2012

Roti Sosej Berkeju

_DSC0052
ROTI SOSEJ BERKEJU
Assalamu`alaikum wbt, salam pagi rabu semua! :-) Sekejap ajerr dah nak abis seminggu, dah sampai pertengahan minggu dah pun, skrg ni masa berlalu terlalu cepat, satu hari rasa mcm pendek jerr, hmmmm.... ok! Mood kurang sikit lerr sbb penyakit yg satu niii :( asyik nak marah2 tanpa sebab, jerawat seketul kuar kat pipi uuuwaaaaaaaa...... Minggu ni kita masak menu ringan2 sikit sbb hari isnin lepas g sepital menyibuk sekali timbang berat badan, ugghhhh... mcm nak nanges lagiii :( nak hilangkan yg ada point2 tuuu buat sakit mata kalau tgk, sigh** Ni menu tertunda jugak ya :D Roti sosej resepi minami san kat MyR, org sana sini dgn blossomnyer tp tgn kita ni keras sikit bab2 nak membentuk jadik bunga takut jadik benda lain ehehe... kita buat yg old fashion jer lah eak :D Dah pernah buat resepi ni dulu, sedap! Kepada minami san, arigatou utk resepinyer, minta izin n halal kembali resepinyer utk rujukan yg akn dtg m(_ _)m, untuk semua pengunjung terima kasih n semoga sentiasa dilindungi n diberkatiNya selalu insyaAllah aminnn...

ROTI SOSEJ BERKEJU

Resepi Asal : MINAMI san MYR

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 190 ml air
  • 400 gm tepung roti
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil yis
  • 60 gm butter
  • **bahan2 lain**
  • 12 batang sosej
  • sos cili
  • cheese
  • 1/4 sudu kecil pelembut roti (*optional)>>yg ni tak letak pun dah cukup lembut :-)

_DSC0051
hasil dr kudrat jerr :D masih merindui BM ehehe...
Cara2:
  1. masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
  2. bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
  3. ambil sebiji doh. canaikan
  4. ambil sebatang sosej dan gulung
  5. hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
  6. tolak kiri dan kanan selang seli.
  7. ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
  8. biarkan doh selama 40 minit.
  9. setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
  10. roti siap dibakar..

Uli menggunakan tgn:

>>Satukan bhn2 kering gaul sebati dgn whisk, tuangkan bhn cecair sedikit demi sedikit kecuali butter, kuarkan adunan, uli doh kat atas papan pencanai yg besar atau meja, kemudian campurkan dgn butter tadi dan sambung menguli sehingga adunan tak melekat di tgn dan doh menjadi elastik.

Letakkan doh di dalam mangkuk besar yg telah disapukan butter, balut dgn cling wrap dan tunggu sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 45 minit (utk proses ni kita letak dekat tempat panas atau dekat luar supaya doh cepat naik ehehehe...)

Keluarkan angin dgn menekan doh yg telah naik tadi, dan tutup kembali selama 5minit. Kemudian boleh lah di bahagikan beberapa bahagian. Utk step n cara nak buat boleh g kat link yg kita dah bg tu ya. Step seterusnyer dr no 3 di atas tadi buat sehingga habis.

Selasa, 20 Mac 2012

Slow Roasted Rosemary Lemon Chicken

_DSC0039
SLOW ROASTED ROSEMARY LEMON CHICKEN

Asslamu`alaikum wbt, salam pagi selasa sume :-),

Semua org sihat? Moga diberi kesihatan yg berpanjangan buat semua org insyaAllah! Ni pun menu dah LEPAS hihihi... buat hari sabtu kalau tak silap, kalau nak tahu menu2 yg kita dah buat kita akn update dulu dekat FB so, sapa2 yg ada acc FB tahu lah dia menu hari apa ya ehehe... mood kita kurang sikit dlm minggu ni sbb kena penyakit bulan :D

Sejak Kamalia kuar n3 pasal ayam sedap ayam sedap tertunggu tunggu jugak resepinyer, bila dah di post, terus terasa nk buat tp masa tu byk bhn tak cukup sbnrnyer, tp tak cukup tak cukup bila diubah suai dgn gabungan 2 resepi ni jd byk pulak bhnnyer kikiki.... satu hal lagi sbb guna serbuk paprika n cili, ank2 kita ni bukan boleh mkn pedas sikit nanti mesti tarik muka tak nak makan, jdnyer kita letak serbuk paprika tu sikit kasi rasa jerr, n kita suke dgn rosemary sebenrnyer sbb tu kita tambah2, dgn gabungan 2 resepi kat bwh tu ya :-) Klik jer link kat bwh tu ya. Mcm biasa mintak maaf dgn pengubahsuaian resepi tu ya, n minta izin kembali utk resepi asalnyer utk rujukan akn dtg terima kasih! dan buat pengunjung2 arah terima kasih setiap kunjungan ;-)

SLOW ROASTED ROSEMARY LEMON CHICKEN
Gabungan Resepi : KAMALIA /KAK TTM & SHARM1969@MyR
Ubahsuai : ARAH

Bahan2 (Seekor ayam sederhana besar)

  • 1 Ekor Ayam (basuh bersihkan dan belah bhgn dada atau ikut kesukaan)
  • 4 biji bawang putih *
  • 4 Batang Daun Rosemary segar buang btg ambil daun*
  • 1 inci halia*
  • 1 ketul kiub ayam knorr*
  • 1 sk lada hitam di tumbuk
  • 1/2 sb paprika> nak pedas boleh lebihkan
  • 1 sk sos tiram
  • 1 sk kicap pekat
  • 1/4 cwn jus lemon
  • 2 sb minyak zaitun
  • 1/2 sb madu
  • Garam secukup rasa
  • 4 dadu butter**tambahan, tak letak pun takpe

_DSC0032
sedapppp! biasa buat ayam gini mmg kena sekor2 sbb lebihan ayam tu nk buat sandwich :-)

Cara2

  • Bersihkan dan basuh ayam tadi, potong memanjang di bhgn dada atau ikut potongan yg sesuwai untuk di bakar.
  • Tumbuk bhn2 yg bertanda * sehingga lumat atau separuh lumat.
  • Satukan semua bhn2 tadi termasuk sos dan gaul sehingga rata.
  • Lumurkan pada ayam tadi atas dan bwh, seelok eloknyer menggunakan tgn dan ratakan paste tadi keseluruhan ayam. Tutup dgn cling wrap dan perap selama 1 jam atau lebih (yg ni kita perap 2 jam)
  • Panaskan oven 160c dan bakar ayam tadi selama 1 jam stgh atau lebih bergantung dgn suhu panas oven masing2, utk setengah jam selepas mula membakar, sapukan kembali bhn perapan tadi, kalau rajin leh ulang lagi selama stgh jam lagi sehingga ayam masak. Boleh di hidangkan dgn sos lada hitam atau sos kegemaran masing2, selamat mencuba!


_DSC0034_DSC0037
Mkn dgn sos lada hitam :-)

SOS LADA HITAM
Sumber : KAK HANA

Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (*kita letak 2 sb. jek)
  • 2 sb. sos tomato(*1sb jer)
  • 2 sb. kicap pekat(*kita letak 1sb)
  • 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati (*kita guna serbuk pati lembu)
  • 1 sb. tepung jagung ) dibancuh
  • 1/2 cawan air ) bersama
  • 2 sb. susu cair (*kita guna fresh milk je dlm 1/4cup)
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.