ads/iklan

Jumaat, 30 April 2010

Macam2 :D

CHICKEN TAUHU HAMBURGER

Salam kembali buat semua :-),

Haih! lama betul tuan umah g cuti2 hihihi..... Mintak maaf byk2 sgt sbb lepas balik dr japan tu terus demam pastu budak2 naik sekolah, dugaan betul dan waktu yg sama jugak ada meeting ada kinkyu lagi byk betul nak kena buat pheeww! Nak OL mmg tak sempat nak settlekan baggage yg byk tu pun tak larat, tapi skrg ni alhamdulillah sume dah settle cuma meeting ni lah ada lagi minggu depan ni tu yg malas sgt tu.. Org2 baju merah jugak satu hal, sgt2 leceh byk perkara yg kita nak buat tergendala nak beli refill card pun malas campur takut fobia betul nak kuar sbb baju2 merah ni dah semakin ganas jerr ada yg byk pistol sume, itu hari kita thn motosikal teksi tp tak perasan lah yg dia ni pengikut baju merah jugak bila dah naik baru perasan! ya Allah tuhan jer yg tahu perasaan kita masa tu, mcm nak terjun jer dr motor tu, yer la kan, byk musuh yg kita tak tahu kang tak pasal2 kuar peluru sesat yg berdendam ngan baju merah tu, tak ke haru huhuhu... alhamdulillah selamat :-)..

Pd yg tgglkan mesej, yg dtg ke rumah ni,mintakmaaf sekali lagi tak sempat nak buat kunjung balas, insyaAllah malam karang free sbb esok cuti sekolah, cuti kerja jdnyer leh lah meronggeng lama2 sikit ehehe.. pastu sabtunyer nak g belanja barang2 dapur pulak, dan esok jugak besday ninja tu pulak nak buat kek malas betul! Rasanyer buat kek fev dia jer lah mlm ni hihihi... kek paling senang iaitu Blueberry ciskek :D pastu pacaklah lilin :D..

Untuk resepi CHICKEN TAUHU HAMBURGER tu sbnrnyer resepi asal kat umah KAK HANA sana tu, cuma kita ni kena jimat daging terpaksa guna ayam ehehe.... not bad sedap ajer! tp kalau guna daging of kos xtra sedap :D.. Resepi asal kat SINI umah kak hana jugak hihihi... Untuk sos pun ikut yg kat resepi tu jugak ya :D sesekali tukar selera letak tauhu mmg best! Mintak ijin n halal ya kak resepinyer :-) maceh!!

TAUHU HAMBURGER

Bahan-bahan
  • 300g daging cincang
  • 50g taufu lembut
  • 1/2 biji telur - dikocok
  • 2 sudu besar bawang besar cincang
  • serbuk lada sulah dan lada hitam
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak @ butter
  • air (dlm 3 sudu besar) - utk steam
  • Fresh shiitake n Carrot d cincang>> yg ni kita tambah
Bahan Sos
  • 1/4 cawan air
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar syouyu - leh ganti kicap
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara
  • Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali air utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, bulat2kan seperti bentuk humburger. (agak bolat2 n gemok@tebal dr beger biasa)
  • Panaskan sedikit minyak@butter dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. masukkan hamburger dan balik2kan sehingga 3/4 masak.
  • Masukkan air. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). biarkan sehingga air kering baru matikan api.
  • Utk membuat sos : Satukan semua bahan dalam kuali. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Curahkan kuah sos ke atas hamburger.
  • Hidangkan dengan salad pilihan.


SARAWAK GRILLLED CHICKEN WING

SARAWAK GRILLED CHICKEN WING

Yg ni pulak makanan sampingan tuk hari ni ehehe.. dah lama plan sejak along publish n3 ni, tp oleh kerana sibuk dgn persiapan nak g japan terbantutlah segala2nyer :D Jdnyer ayam ni dah lama dperap dah terlebih semalam malam ehehe... rasanyer mmg kaw kaw TAPI kaler dia tak cunlah mcm along punyer huhuhu.. pastu silap masa bakar tu kita tak letak atas rack tu yg tersiat siat kulit dia tu ehehe..sengal punyer org.. Untuk along take care semasa dlm perjalanan pulang ke semenanjung semoga selamat pergi n kembali :-), n mintak izin jugak resepinyer ya along :-).. Leh g kat umah ALONGROZZ jugak tuk resepinyer. Tenkiuuuu long! Rasanyer KAK HANA pun dah buat leh g sana jugak tuk resepinyer ya :D

SARAWAK GRILLED CHICKEN WINGS

INGREDIENTS:
  • 8 pieces Chicken Wings
  • 2-3" Ginger*
  • 2 cloves Garlic* (* blended)
  • 3 tbsp Chili Paste
  • 1 tsp Freshly Grounded White Pepper
  • 2-3 tbsp Honey
  • 2-3 drops Red Color
  • Salt


METHOD:
1. Marinate wings with all ingredients.
2. Grilled until cooked.


SUP AYAM HADYAI


SUP AYAM HADYAI

Yg ni pulak menu masa tgh demam dah pinish yer hihihi... lama nak mencuba resepi ni akhirnyer dapat buat jugak, rasa lebih kurang jer mcm sup yg kita buat itu hari cuma masam jer beza dia, sup2 ni mmg kegemaran kita haih! rasa nk makan lagi jerrr nak2 tenyeh lah cili api tumbuk atau sambal kicap byk2 mmg bermangkuk mangkuk2 leh kering kuah dia kita hirup ehehe... Resepi asal dr PYHONDA @ MyR, pastu jejaka malaya chef MAT GEBU buat pulak, kita cnp dr umah KAK HANA n boleh tgk kat umah KAK NOR n KAK UMMI.. Mekasehhhhh tuk resepi yg simple n sedap! ;-)

SUP AYAM HADNYAI

Bahan-bahan
  • 800 g ayam, dipotong sederhana besar
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan


Cara-cara
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  2. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja. Jika suka boleh perahkan limau nipis.


PULUT SERUNDING

PULUT SERUNDING

Pulut ni dah biasa org buat tang serunding tu dah biasa guna resepi KAK AS kat MyR.. Kita ni jarang2 b uat srunding sbb tak pandai tp sejak2 dah pandai ni tp tak terrer suke buat stok byk2 nanti nak buat makan lagi tggl reheat jerr, ni lah kerja2 org pemalas ehehe.... letak daging cincang sedap! Untuk resepi serunding tu leh tgk kat MyR dr KAK AS, mekaseh yo kak :D mintak ijin byk2 kali jugak tuk resepinyer :-)..

SERUNDING

Bahan-bahan ( Lebih dari 10 orang makan )
  • Sebiji kelapa di buang kulit ari dan diparut (saya guna kelapa kering 500gm)
  • 300gm daging- di hiris halus
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan udang kering-di kisar halus
  • *2 labu bawang besar
  • * 3 ulas bawang putih
  • * sehiris lengkuas
  • *1 batang serai
  • *1 inci halia
  • *6 tangkai cili kering - pedas ikut suka
  • * 1/2 cawan ketumbar
  • Kisar bahan *
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Gula & garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 yang di kisar
  2. Setelah naik minyak dan bau masukkan daging
  3. Masukkan garam gula & air asam jawa, setelah daging empuk masukkan kelapa parut @ kelapa kering
  4. Gaul hingga rata dan agak kering, angkat dan sedia di hidang...
  5. * Jika x suka letak daging boleh juga. Guna kelapa sahaja...bahan2 tetap sama.. Selamat mencuba..



Haaa....ni satu lagi kisah sedih lah pd kita huhuhu.... Jam kat atas tuuu baru beli sebab kotak jam yg kat bwh tu jam baru pakai lebih kurang 2 bulan HILANG!!!!! uuuwaaaaaaa!!! sedihnyer sbb yer la kan kita kumpul duit sendirik beli pastu tup2 ilang??? kalau bertahun pakai tak pe baru 2 bulan?? :-( hilang lepas balik dr jumpa kak hana masa kat dlm umah kot! rasanyher budak kecik tu buang dlm tong sampah! wawawawa.... jam kesayagan tu! Tapi yg kat atas ni pun guna duit sendirik jugak, kena jaga betul2 sbb kita dah merosakkan menghilangkan byk jam ehehehe.... tuan umah ni mmg cuai :D... bukan jam tgn ajerrr sume brg rasanyer, nak2 spec kita ni ntah baper kali kita patahkan sbb terpijak terduduk terjatuh dan sbgnyer dgn kecuaian sendirik ehehe....

Citer pasal AWARD pulak malam karang kita angkut AWARD yg dah dbg ya :-).. tunggu kedatagan hamba ya ehehe... Mekaseh sbb sudi bg award ya terharu sgt! kita jer yg tak pandai2 nak buat award ehehe... ok, berjela jugak ya n3 kali ni, mana yg nak baca tu baca lah ya, kalau tak nak baca tgk2 gmbr jer ehehe... nak menggosok laks, insyaALlah malam karang buat kunjung balas, winduuuuuuuuuuuuuuu sgt kat semua org :-)..

Rabu, 21 April 2010

Tadaima :D

G panjat bukit jap tp sbnrnyer kat bwh tu tnh perkuburan dia org cuma kita org naik bukit sikit semata mata nak ambik view ni hihihi...

Salam kembali bersiaran buat sementara waktu :D,

1st sekali, RINDUUUUUUUUU sgt kat sume org :-), alhamdulillah dah selamat sampai ke tanah air yg tak ku cinta ini Bangkok Thailand :D, alhamdulillah perjalanan nak sampai ke rumah selamat.. Tapi byk tragedinyer lah :-( sedih nak citer huhuhu... Tak leh nak jalan2 lagi sbb keadaan rumah mcm baru semalam kena gempa bumi sampai sekarang SEBABnyer sob sob... kita ada 4 fish tank yg sgt besar, 2 drnyer ikan2 sume mati :-( tak tahu kenapa yg lagi 2 ok pulak, ikan kesayangan pulak tu yg mati uuwaaaaaa.... jdnyer lepas jer kuar elevator dah terbau sikit2 hanyir, bukak pintu umah mcm nak pengsan, dgn keadaan penat yg amat tu terus mulakan kerja membersihkan, lepas maghrib sampaikam ke pagi kita berdua mengerjakan fish tank yg berbau dan kotor, loyerrr terusss nk makan sume huhuhu...

Oleh itu tuan umah kena cuti lagi lah ni nak main masak2, dan esok pulak dah mula sekolah sepatutnyer selasa tp flight cuma ada selasa jerr terpaksa cutikan budak2 sekolah 1 hari.. Dah mula kena buat bekal semula mcm biasa.. letihhhnyerrr!! klulah leh campak jer sume menda2 ni kat mesin pastu siap senang betul kerja :D
Buat sementara waktu layan gmbr2 munga2 dulu ya, kebetulan sejukkkkk sgt egegegege..... kita tak byk amik gmbr sbb tgn kebas tak rasa langsung, kali ni mmg lain sikit sejuknyer mcm musim salji gitu, tapi mg turun salji pun :D nak kuar umah malas betull rasa nak duk depan heater jer yg best :D, balik bangkok pulak rasa cam nak duk dlm bilik ekon jerrr pulak, panasssss tull.. :D

Untuk yg tgglkan mesej mekasen byk2 kita hargai sgt2 cuma nak buat kunjung balas mmg tak sempat lagi, insyaAllah kita akn ambik masa tuk g jalan2 kat umah2 org ya ;-), sekerang ni nak sambung kemas luggage yg manyakkkk dgn harta karun made in japan hihihi....


TAKATO KOEN





SUBHANAALLAH, tgk jer lah gmbr2 sakura kat atas ni mmg cantik! Alhamdulillah dpt jugak tgk munga sakura yg mcm lautan niii ;-), tgk yer jan tak tgk :D ehehe.. masa ni lah mmg sejukkk yg amat!byk lagi gmbr2 sakura cuma gmbr TUAN KAMERA jer tak ambik tak de mood sbb sejuk! egegege.....



ICHIGO GARI/ Strawbery picking :D Sedap sgt!!!! mkn sampai nak termuntah muntah ha! maklumlah tak de limit masa jdnyer mknlah kenyang2 ehehe... kita rasa mkn lebih dr 50 biji! punyerlah jakun! hihihi... oppss, sblm tu kena kosongkan perut sblm g petik :D.. Pastu tiap2 hari sampai semalam mmg keja beli strawbery jerrr hihihi.... balas dendam! :D




Makanan yg paling best ;-)



Mak mertua kita orderkan 3 kg !!! ahahaha.. melantaklah sampai 2 hari tak leh habis :D sedap!!!! beli kat website jerr :D


SUWA LAKE




SHICHIGO SAN

Harus ambik gmbr kat studio tuk budak2 tp kena ikut turn lah kan nak ambik sekali gusss kang ninja pengsan laks hihihi... tahun depan insyaAllah dtg japan lagi ambik kan yg si kenit tu pulak :D, nak ikutkan tak leh ambik sendiri gmbr ni cuma leh ambik kat belakang tabir jerr tp tuan pakcik kameraman baik hati ;-).. ada lagi malas nak upload, byk kerja :D Cuma salin 4 baju jer :-)






UNTUK SEMUA ORG yg mendoakan perjalanan kita terima kasih byk2 :-) hanya DIA yg mampu balas semuanyer insyaAllah.. Untuk mesej yg ada kat cbox mekaseh n insyaAllah akn d buat balas kunjungan bila lepas kerja rumah sume selesai :-) tenkiuuuuu...

Isnin, 12 April 2010

Japan

NAGANO, JAPAN
Gmbr sekadar hiasan bukan nagano betul2 tau nilah kwsn perumahan mak mertua kita, dkelilingi gunung ganag yg menyejukkan mata, itulah perkara yg kita suke kalau balik sini mmg aman :-)

Salam Rindu ;-),

Salam kembali buat semua yg merindui tuan umah hihihi... ada ke yg rindu ni? :D Ok, tak leh nak bebel lama sbb lappy ni nak masuk ward sebenarnyer, jap g ada org sony dtg ambik kat umah sbb lappy ni still under guanrantee lagi jdnyer inilah perkhidmatan yg dia org kena byr hihihi....

Pertama sekali nak mintak maaf pd yg tgglkan mesej kat cbox sbb hari jumaat dgn sabtu mmg tak sempat nak OL sgt dgn keadaan yg semakin buruk kat thailand tu kan, masa kita org nak ke airport pun nekad jugak takut2 ada jalan jem ker apa ke kan, alhamdulillah DOA semua org kita selamat sampai ke airport dgn selamatnyer :-). Flight kita org midnight, dan mcm biasa kita mmg penakut sikit, tp tu la doa semua org buat semuanyer berjalan lancar, sbnrnyer mlm tu mmg cuaca tak elok sgt, kapal sentiasa bergoyang kuat tu tak mcm biasa, org laen tido kita jer yg mabuk2 ehehe... sakit kepala nak muntah, takut sume perasaan ada sampaikan tak leh nak makan sampai keptg punyerlah mabuk2 :D yg lain2 ok jerr :D. Alhamdulillah kita org sampai dgn selamatnyer pagi jam berapa tak tgk jam lupa pulak sbb sblm bertolak ninja tu rest sekejap sbb nak drive kan tido pun tak cukup, bukannyer 1 jam 2 jam sampai jdnyer urusan kat airport dgn car rental service lagi ambik masa jugak. Dah sampai umah gitu gini call sana sini dah jd lambat perjalanan kita nak ke destinasi seterusnyer :D Plan byk berubah sob sob..

Jeng jeng jeng!!! :D SERONOK tak terkata dpt jumpa KAK HANA n FAMILYnyer, mcm mimpi jd kenyataan tauuu! berdebar debar jer masa mula naik keta dr umah ni sampai kan nak bwk jajan2 yg kita beli dr thai terlupa! hihihi... punyerlah xcited :D.. Gmbr tak byk sgt ambik dan org yg ambik tu pun tak reti byk kena reject huhuhu... Kalau nak puas tgk tggu jer kak hana update ya mmg laki bini tu tak reti duk diam keja ambik gmbr jerr hihihi... Kita g berdua jerr maklumlah baru kawen ahahaha..... sbnrnyer budak2 penat tu sbb tak bwk, tak pe lenkali leh jumpa lagi insyaAllah mungkin kat siam pulak ;-) sapa tahu???

Walaupun sekejap sbb abg ipar kita tukar plan sbb dia sibuk terpaksa jumpa sekejap jerr tak leh lama2 lg pun ujan tuu SEJUK!!!! egegegegege...... InsyaAllah akn bersiaran lepas balik dr japan, sbb lepas ni byk agenda yg nak dbuat :D, jumpa lagi!!! insyaALlah.. MEKASEH SUME! :-)


Abg Hamzah yg hensem dan mcm pemalu jugak kot! hihihi...


Lagi sorang ank kak hana si danish ke danial yg tak de ssh betul nak bezakan nama ank2 kak hana ni sume dekat2! eheheh... asyik syasyul jjerrrr :D baju kita besor ya bukan orgnyer besor :P maklomlah sejok! berlapis lapis pakai baju mcm org jakun! :D

Sapa kata bam bam???? kita tgk kita yg lg besar + tinggi dr KAK HANA :D, ala kak mana tembamnyer huh!

Darwish yg sgt baikkkkkkkkk dgn auntie ika ya, tak nangis pung! mmg cute dpt jumpa depan2 dgn darwish ni ;-) nak cium lebih2 segan sbnrnyer ekekeke.... Mekaseh kak! sbb nak jumpa dgn kita sian akak dtg dari jauh.. Take care k g tokyo nanti ;-)

Jumaat, 9 April 2010

Basic Doh

ROTI KOSONG

Salam dpagi jumaat yg mulia n indah :-),

Ya Allah! kita ingatkan hari ni hari khamis!!!!! uuuwaaaaaa... baju yg baru beli sume belum gosok! bykjkk lak tuuuu, pastu byk lg bhn2 kecik yg tak dbeli lg! sbbnyer plan konon2 kalau hari khamis nak g beli maknanyer hari ni lah hari khamis kita rupanyer hari ni dah jumaat!!!! esokk jah oiiii nak pergi huhuhu...esok mmg dah tak leh kuar2 lagi lerrr byk kerja nak kena buat nak kena cuci fish tank ni sume lagi uuuwaaaaa.... hari ni mmg kena kerahhhhh lerrr semua tenaga huhuhu...menggong betul tuan umah niii patut pungggggg mlm td ada kes rupanyer malam jumaat! huh! Jdnyer hari ni berjkali ganda buzynyer kang tak pasal2 kena marah huhuhu sbb satu benda tak siap lagi ehehe... cuai betullll lerrr Jom layan bf kita ya buat mlm td sedap!! Resepi dr KAK NOR setelah pengeditan dsana sini tp mmg tak rugi cuba LEMBUTTTTTTTTTT sgt! no bread improver, no bread softner, trust me mmg lembut! Tenkiuu kak nor!! leh g kat umah KAK NOR juga ya :-), Mintak ijin n halal resepinyer juga ya :-).. Pd yg tggl mesej mekaseh kalau dah free kita blogwalking :-)tq!! Kalau nak buat roti berinti kena kurangkan sukatan gula atau nak buat roti manis tmbhkan ajer gula, doh ni sesuai tuk buat apa2 jenis bun ;-)

BASIC DOH

Bahan2

  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A
  • 100ml air
  • 100gm water roux
  • 30gm butter
  • 30gm shortening


Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

YAKISOBA PAN ilham dr ROSS OSAKA


Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.


BLUEBERRY GIANT FINGER BUN

Khamis, 8 April 2010

Puding MAngga

PUDING MANGGA

Salam kembali n akn kembali esok hari insyaAllah :D

Hmmm.... panas kat sini, mekaseh juga yg risau akn keadaan kita kat sini, dah tak kuar2 lg lah ni sampai hari sabtu ni nak habiskan stok dlm sebok jdnyer mmg dah tak leh beli bhn2 sume :D cam nak g pindah jerrr bunyinyer hihihi... bukannyer apa dah byk kali kuar walau 3 4 hari dah kena komplen dgn ninja tu sbb bwg kuar tunas kentang pun gitu jugak ahahaha... aiyaaaa... cepat betul dia kuar tunas2 :D.. Ok hari ni buat puding, silap3!! MALAM SEMALAM :D jdnyer dia punyer tekstur dah sedang elok gitu sedap! kaya dgn rasa mangga hihihi... Resepi ambik kat MyR dr KAK HANI @ RINGGO, mmg best! lemak gitu dgn rasa mangga n fresh cream ;-).. Mintak izin n halal resepinyer ya kak ;-) arigatouuu!!! :-) Kita dah jangkit kak HAZILA sbb dah semakin tak keruan bila tak mkn dessert2 mcm ni hihiihi.. ikut musim ya :D panas buat yg sejuk2 kalau sejuk buat yg panas2 yg pasti HARUS ada :D

PUDING MANGGA

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 2 biji mangga ranum
  • 170ml F&N krimer sejat
  • 80ml fresh cream
  • 100g fresh milk
  • 1/2 s/k tepung custard
  • 600ml air suam
  • 100gm granulate sugar
  • 15gm serbuk gelatin
  • setitik dua pewarna kuning


Cara-cara

  1. campur gelatin dengan 300ml air suam, kacau dan biarkan selama 10 minit.
  2. campur air selebihnya dengan gula dan kacau hingga larut.
  3. kupas kulit dan buang biji mangga, mixer/FP kan isi sampai jadi puree.
  4. campur 1 dan 2, masukkan 3, krimer sejat, fresh cream, fresh milk, tepung custard, dan kacau. masukkan pewarna dan kacau lagi.
  5. letak bowl tadi diatas air berais dan kacau sehingga sejuk dan kelihatan pekat. kalau suka boleh tambah mangga yang dipotong dadu kecil2 untuk merasa texture yang berbeza dalam pudding ini.
  6. tuang kedalam bekas pudding, sejukkan dalam petisejuk selama 1 atau 2 jam sebelum dihidang. bolehlah dihias dengan hirisan manggo dan mint.

Mee Bandung

MEE BANDUNG

Salam kembali ;-),

Tetiba bdn mcm nak pitam gitu hihihi oppss! bukan ada isi, td ni masa kemas2 sambil main tali skipping, lompat lompat dpt 100 terus nak pitam! hihihi.. lama sgt tak lonjat2 tu pasallah, pastu perut terus mulas mcm tak de selera gitu senang kata ala2 mabuk :D haih! mcm2 bdn ni lah terkejut sgt lah tu sbb lama dah tak main lompat2 hihihi.... Oleh kerana dah plan nak buat mee bandung mmg hari ni nak langsaikan utang buat mee bandung niii :D Suke mee bandung style nii maksudnyer tak de letak kacang, boleh letak tp kita lg suke klu tak de kacang2 :D Biasanyer mmg makan mee bandung ni order dekat restoren akak ipar kita jerr lebih kurang dgn resepi yg kita guna ni cuma cara lain sikit bhn totally same.. Resepi hari ni ambik kat MyR, MEE BANDUNG DAGANG, kena dgn selera kita buat paste dia byk2 kan senang.. nak masak tggl bukak peti ais jerr :D Tp hari ni kita guna mee hoon jerr ehehe mee kuning yilek.. Sedap ajerr! tp mmg kita suke mee hoon tak de masalah lah kalau curah kuah apa sekalipun :D.. Mcm biasa mintak halal n izin ya tuan resepi untuk dpanjangkan kat sini pulak ya mekaseh!! :-)

MEE BANDUNG DAGANG

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 500g udang kering segar
  • cili untuk menumis
  • gula pasir
  • bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
  • bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
  • mee kuning 1 peket
  • sotong basah
  • telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
  • Sayur sawi 2 ikat
  • tauhu goreng 5 keping
  • garam
  • air untuk kuah>>Yg ni kita ikut cara akak ipar kita guna air rebusan daging then masukkan paste
  • 5 biji tomato segar
  • minyak untuk menumis
  • daging (optional)
  • Bawang goreng


Mee mcm biasalah, tertimbusss dgn sayur mayur yg bykk tuuu ya hihihi.. MEE HOON ya :D

Cara-cara

  1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
  3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
  4. Cuci mee kuning dan toskan
  5. Potong sayur sawi dan tomato
  6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
  7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
  9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
  10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
  11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
  13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
  14. Makan semasa panas
  15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

Kuih Ketayap@Gulong@Dadar

KUIH KETAYAP @ GULONG @ DADAR

Salam n selamat pagi sume ;-),

Jam menunjukkan 6.35pg waktu Thai ehehe... cuaca kat luar pun belum nak terang sgt masih kelam2 lagi, org yg tulis ni pun masih dthp kesedaran 80% hihihi.... Lama sggh kita menenung inti kelapa ni nak dbuat apa, nak buat kuih bungkus daun pisang tak de, nak buat roti bgn dah kul 5pg dah tak sempat, nak buat kuih bom malas nak menggoreng, itulah alasan2 org yg malas mcm kita hihihi..jdnyer terasa nk makan kuih ni, lama jugak tak buat mcm rindu jerrr... Untuk resepi ni ikut resepi PRINCESS HARYATI @ MyR, tp klau ikut kita, kita lg suke guna doh lempeng tuuu sbb tak lemak jdnyer mmg sesuwai bila dmakan dgn inti nii, tp oleh kerana td ni TERlebih rajin ikut resepi org, ingatkan nak mkn dgn kari sekali tp bila rasa tak sedap sbb berlemak kulit dia nii, jap g nak membancuh lempeng kosong cicah kari :D, buat kuih gulong ni pun suku adunan jer dpt 3 gulong jerr :D sbb budak2 tk mkn.. Ok, mintak izin n halal sekali lg resepinyer ya mekaseh!!

Latest News>>Bangkok dumumkan Darurat jam 6 ptg semalam, sedih dgr sbb hari sabtu ni kita dah nak bertolak jdnyer minta doa semua org perjalanan kita hari sabtu ni selamat tanpa gangguan org2 BAJU MERAH ni yg semakin degil.. Mintak2 tak akn terjadi kat malaysia ya, dia org nak demokrasi tapi tak tahu atau phm bahasa lagi erti KEAMANAN huh! Bila tgk rata2 pakcik dan makcik2 yg tua2 tu dsuruh duduk mcm tuggul tepuk2 kaki merah dan putih tu, semakin ramai yg join, KENAPA??? bukan dia org dtg suke2 mestilah dpt habuan huhuhu...Bila dah jd mcm tu Keganasan pun bermula ramai dah yg cedera sbb bom sesat ni sume, kesian kan mangsa2 yg terkana bom ni, walaupun bom kecik tp kalau tak bernasib baik jalan2 kat luar, nauzubillahminzalik, mintak djauhkan.. insyaAllah amin.. Ok tgk resepi hihihi... kita pun naik frust klu bercerita pasal baju merah ni..

KUIH KETAYAP@DADAR@GULONG

Bahan-bahan ( 3-5 orang )

  • utk kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan>>Ganti dgn Pandan Paste jer :D
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)>>Better guna fresh milk tak muak.
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan




Cara-cara

  1. untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

Rabu, 7 April 2010

Nasi jeng jeng hihihi

NASI AMBENG

Salam kembali ;-)!!

Nak dikutkan kan kan kan kita malas dah nak kuar2 lg TAPI kita tak perasan pulak kasut adidas kita tu dah koyak ekekeke.... kat bhgn line dia tu yg koyak tak perasan tp tak bestlah nak jalan2 nanti kan, jdnyer hari ni nk kuar misi mencarik kasut baru!!! yeaaaaa!!!! Dah jatuh cinta dgn kasut nike masa g shopping tp tak beli sbb ingatkan tak koyak ehehehe.. sekali balik umah loorrrrr... mmg nak kena beli yg baru :D jdnyer lepas makan ni kuar lagi lah malasss sbb panasssssss sgt kat luar tuu, org2 baju merah ni pun makin lama makin degil jugak huh! nyusahkan org jerrr huhuhu... HAri ni menu jawa ya, ank jawa biasalah ekekeke... kita baru dpt makan nasi ambeng 2 kali sejak 7 tahun duk kat sini kenapa??? byk bhnnyer yg tak de, ni pun urap tak de :-( lg best kalau ada urap pucuk ubi!!! uuuwaaaaa....nak buat urap taugeh, taugeh pulak tak de huh! buat jer lah mana yg ada dlm sebok :D Mkn ank beranak hihihi...sonok!bersila kat bwh mmg best! sapa2 yg tak pernah cuba harus cuba ya, dia mcm nasi campur jugak cuma beza tu lah cara makan dgn presentation dia ;-)


Untuk resepi dia, biasanyer sambal goreng kacang panjang tempe tak de kobis sume, pastu serunding( haaaa..kan dah kata ada srunding hihihi), ayam biasanyer masak kicap tak pun masak merah, kita buat masak kicap sbb sayur goreng kita tak letak kicap, dan yg penting sekali IKAN KERING BULU AYAM!!!!! hihihi... sedappp!!!! Resepi mcm biasa2 jerrr buat mcm lauk2 biasa tuu pastu bungkus dgn daun pisang.. jemput makan!! :D


Ayam masak kicap ikut cara mak kita jerrr.. :D Rasanyer lebih kurang jer kan.. Kita paling suke masak kicap n merah :D ceduk jangan tak ceduk ya hihihi.. nak kuar lepas makan :D

Bubur Kacang Hijau wif durian n pulut

BUBUR KACANG HIJAU wif PULUT n DURIAN

Salam n selamat pagi sume ;-),

Hari ni sajer gatal2 nak bf dgn pulut bubur ni sume hihihi... dah buat mlm td bubur nii durian ni pun dah beli semalam ni pejam mata jer lah rega durian tu mmg mahal! nak makan punyer pasal asyik dapat keras jer kan, semalam ni terjumpa yg lembik terus ambik tak pkir byk pun :D, TAPI mkn kenalah panas2 baru sesuwai n sedap pagi2 mcm ni pastu perut sebu hihihi... Untuk resepi sume org leh buat ni kan? buat bubur kacang hijau tu dgn buat pulut, skrg ni kalau buat pulut kita lg suke kukus dah tak buat mcm tanak nasik sbb pulut kukus ni sedap! Jemput makan ya nak sambung buat apa2 kerja yg patut dulu.. Haaa! Rasanyer menu KAK AM FLORA semalam ptg ni bubur kacang ijau jugak kalau tak silap hihihi... jemput makan :-)


Kombinasi yg best, thanks to kak hazila bg idea mcm ni dulu2 hihiih..

Selasa, 6 April 2010

Bistik Daging

BISTIK DAGING

Salam kembali sume ;-),

Dah lunch lum? hihihi... kita dah lunch dgn jayanyer! alhamdulillah kenyang, daging lagi ya :D klu ada stok gitu lerr asyik daginggg jerr sbb ank2 pun tahu boring asyik ayammmmmm jerr ehehe... BISTIK DAGING ni resepi asal dr NORZAILINA NORDIN dlm buku bertajuk Variasi MAsakan Selatan, tp CMG dah buat jdnyer kita pun buat jugaklah! rasanyer yg dah buat resepi ni KAK AM FLORA.. lg sapa eak? ehehe... JEmput makan lah! hari ni tak leh lama2 sgt depan lappy sbb FB mogok, bagus jugak dia mogok leh lah buat kerja2 yg tertangguh tu :D, cnp dr dapur CIKMAT mekaseh ya cikmat! mintak ijzin n halal juga resepinyer dpanjangkan kat sini, tenkiuu2!!! Rasa dia ala2 bone steak gitu sedap! cicah ngan roti mmg ngam! kuah dlm kuali ya malas pulan nak menuang :D..

BISTIK DAGING

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging batang pinang
400 g ubi kentang, dikiub 2 cm (kurang lebih 4 biji, boleh kurangkan kalau suka)
4 camca besar tepung gandum
4 camca besar margerine
3 camca besar minyak masak
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
4 cm kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
Kacang pis, untuk hiasan

BAHAN KUAH :-)
200 ml air (mat lebih kan sikit)
120 ml sos tomato
2 camca besar cili kisar
1 camca besar tomato puree
1 kiub stok daging (optional)

BAHAN DIKISAR :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan paper towel hingga kering. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam. Perap 30 minit dalam peti sejuk.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak + margerine hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.
  3. Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu). Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Hidangkan dengan menabur kacang pis sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama roti dan nasi...Selamat mencuba untuk semua!!!

Cucur Badak

CUCUR BADAK

Salam n selamat pagi sume! :-)

Pagi2 mcm ni mmg free sikit, tp jap g nak kena buat bf tuk kids pulak pastu terussss menerusss sibuk cewah! :D sibuk apa ntah kita pun tak tahu, kdg tu kan kemas2 tgk jam dah nak dekat kul 12! pdhal mcm baru jer nak melandingkan punggung nak duduk jap relax2 jap cepat bertul masa berjalan huhuhu... Pg ni untuk mak makan cucur badak, sian betul serunding kita tu dah buat dr minggu lepas tak dsentuh sentuh, lepas ni menu2 yg ada meyelitkan serunding akn kuar hihihi... Jom BF!! resepi cucur badak ni guna resepi KAK QUINNIE @ MyR, ,ekaseh ya kak! dah biasa guna resepi ni best! :-) tenkiuuuu!!

CUCUR BADAK/KERIA

Bahan-bahan
  • 500 gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air



TErgaring sudah kuihnyer hihihi...


Cara-cara
  1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah diangkat.

Isnin, 5 April 2010

Daging Itam Manis Berempah

DAGING ITAM MANIS BEREMPAH

Salam kembali buat semua :D,

Alhamdulillah, dpt pun makan daging akhirnyer :D... Opps, sblm tu mintak ampun ya sbb mcm biasalah weekend mmg ada sibuk byk sikit tak sempat nak blogwalking sume byk habiskan masa dgn family jer :-), jap g nak g guntingan pulak, pastu nak kemas sikit2 kemaserti kata meneung beg2 sekalian sbb byk brg dah beli tp tak muat! huhuhu.... Masak simple jer sblm melangkah kuar rumah nak bergunting, cuba resepi ni pulak maklumlah kicap2 ni sume budak2 kat umah ni tak de masalah boleh makan cuma jgn buat peads2 lah kan lada hitam sume kena kurangkan.. Nmpk kat umah KAK HANA, n resepi asal dr KAK NOR yg main cubit2 garam jer hihihi.... Mekaseh ya kanda2 ku sume lebiuuuu!!!.. Mintak ijin n halal resepinyer ya dan sapa2 nak leh g tgk kat umah KAK HANA n KAK NOR ya n kita cnp dr umah kanazawa.. Untuk yg tggl komen, insyaAllah akn dbalas kunjungannyer bila free nanti maceh!! :-)

DAGING ITAM MANIS MEREMPAH

Bahan-bahan

300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan

Bahan A
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
Bahan utk tumis
  • 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1/2 inci halia ~ ditumbuk
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
  • 1 bj cili merah ~ dihiris
  • 1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
  • minyak
Bahan B
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis




Cara-cara
  • Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.(hana campur skali bwg putih dan halia ms perap)
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah. Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi. Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar. (Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging)
  • Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu) Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato. Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.