Khamis, 8 April 2010

Kuih Ketayap@Gulong@Dadar

KUIH KETAYAP @ GULONG @ DADAR

Salam n selamat pagi sume ;-),

Jam menunjukkan 6.35pg waktu Thai ehehe... cuaca kat luar pun belum nak terang sgt masih kelam2 lagi, org yg tulis ni pun masih dthp kesedaran 80% hihihi.... Lama sggh kita menenung inti kelapa ni nak dbuat apa, nak buat kuih bungkus daun pisang tak de, nak buat roti bgn dah kul 5pg dah tak sempat, nak buat kuih bom malas nak menggoreng, itulah alasan2 org yg malas mcm kita hihihi..jdnyer terasa nk makan kuih ni, lama jugak tak buat mcm rindu jerrr... Untuk resepi ni ikut resepi PRINCESS HARYATI @ MyR, tp klau ikut kita, kita lg suke guna doh lempeng tuuu sbb tak lemak jdnyer mmg sesuwai bila dmakan dgn inti nii, tp oleh kerana td ni TERlebih rajin ikut resepi org, ingatkan nak mkn dgn kari sekali tp bila rasa tak sedap sbb berlemak kulit dia nii, jap g nak membancuh lempeng kosong cicah kari :D, buat kuih gulong ni pun suku adunan jer dpt 3 gulong jerr :D sbb budak2 tk mkn.. Ok, mintak izin n halal sekali lg resepinyer ya mekaseh!!

Latest News>>Bangkok dumumkan Darurat jam 6 ptg semalam, sedih dgr sbb hari sabtu ni kita dah nak bertolak jdnyer minta doa semua org perjalanan kita hari sabtu ni selamat tanpa gangguan org2 BAJU MERAH ni yg semakin degil.. Mintak2 tak akn terjadi kat malaysia ya, dia org nak demokrasi tapi tak tahu atau phm bahasa lagi erti KEAMANAN huh! Bila tgk rata2 pakcik dan makcik2 yg tua2 tu dsuruh duduk mcm tuggul tepuk2 kaki merah dan putih tu, semakin ramai yg join, KENAPA??? bukan dia org dtg suke2 mestilah dpt habuan huhuhu...Bila dah jd mcm tu Keganasan pun bermula ramai dah yg cedera sbb bom sesat ni sume, kesian kan mangsa2 yg terkana bom ni, walaupun bom kecik tp kalau tak bernasib baik jalan2 kat luar, nauzubillahminzalik, mintak djauhkan.. insyaAllah amin.. Ok tgk resepi hihihi... kita pun naik frust klu bercerita pasal baju merah ni..

KUIH KETAYAP@DADAR@GULONG

Bahan-bahan ( 3-5 orang )

  • utk kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan>>Ganti dgn Pandan Paste jer :D
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)>>Better guna fresh milk tak muak.
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan




Cara-cara

  1. untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

2 ulasan:

E-na Zarina berkata...

Takutnya ika baca ttg darurat tu...Semoga ika sefamily dilindungi selalu...
pssst : nk balik mesia ke ?

Watierman, rmanbkr berkata...

Salam Ikaaaaaa....Moga Ika sekeluarga selamat dalam peliharaannya ...Amin!

Maih kita trade serba sikit kuih hijau tu dengan karipap akak boleh???