Jumaat, 2 April 2010

Egg Benedict Wif Bruschetta

EGG BENEDICT wif BRUSCHETTA

Salam jumaat buat semua!! :-)

Sekejap jer dah nak masuk hari minggu, dah masuk bulan 4 pun dah.. terasa diri ni makin tue pun ada hihihi.... Pagi ni terasa2 nak buat egg benedict ni tp bila tgk sume org buat telurnyer ala2 tak masak sgt gitu, kita ni mmg tak leh nak mkn kuning telur yg peratus masaknyer cuma 50% jerr mesti nak upkan sikit tak kisah dia masih cair tp dlm makna lain dia dah kenyal gitu tak pe.. DAN lagi satunyer kita mmg sukelah tepi2 roti tuuu sbb tu kita tak kerat buang tepi2 roti tu sbb kita suke! hihihi... jdnyer untuk menghilangkan sikit bau2 ayam ni kan kita makan dgn bruschetta lah kan dan letak seasoning maggi, cam budak2 jerr hihihi... Mekaseh ya ross bg idea nk bf apa pg ni ;-) bdk2 mmg tak layanlah makanan2 cenggini jdnyer cuma buat 1 remekin tu jer :D.. Kak hana pulak mkn dgn tomato salsa bila dah dbuat sana sini dah jd rentak lain resepi asal ni tp tak pe selagi kita mention n hargai dgn tuan punyer resepi sbb sharing resepi yg sgt sedap ni alhamdulillah sume org gembira :-) betul tak?Ok resepi asal kat MyR @ ZURIN mekaseh ya tuan resepi mintak halal n izin juga resepinyer dpanjangkan dsini :-) mekaseh!! Boleh tgk kat umah ROSS juga ;-) Untuk resepi bruschetta tu leh klik kat SINI ya :D

EGG BENEDICT wif BRUSCHETTA

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam



Cara-cara

1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan
2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit. >>kita upkan sikit sbb nak kasi kuning telur tu betul2 nak masak :D

1 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam ika...k.atie nk tumpang bekpes kt sini la..ada lg tak roti tue..lupa lak semlm x sempat nk dtg...meh tapau sikit laksa putih nun...